Anda di halaman 1dari 22

POLITEKNIK UNGKU OMAR

JALAN RAJA MUSA MAHADI, 31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

AA301 TAMADUN ISLAM


TAJUK : SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ NAMA PENSYARAH : EN MOHD AZRUL BIN JAAFAR TARIKH HANTAR : 29 FEBRUARI 2012

BIL 1. 2. 3. 4.

NAMA NUR IZFARHANA IZZATI BINTI HUSNI SAIFUL AIDI BIN ABDULLAH SANI MUHAMMAD SAYYIDINIE BIN ROSLI MUHAMMAD HAZWAN BIN ROSZIZI

NO PENDAFTARAN 01DKA10F1097 01DKA10F2006 01DKA10F2112 01DKA10F2113

ISI KANDUNGAN
BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Muka Depan Isi Kandungan Penghargaan Soalan Abstrak Latar Belakang Saidina Abu Bakar Bagaimana Menjadi Khalifah Faktor Dipilih Menjadi Khalifah Dasar Pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq Usaha Membangunkan Peradaban Islam Sumbangan dan Jasa Saidina Abu Bakar As-Siddiq Kesan Positif Pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq Nilai Murni dan Pengajaran Kesimpulan Rujukan Muka Akhir

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 2 3 4 5 6 7 8 12 13 14 15 17 18 19 20 21 22

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Tugasan ini amat penting bagi kami memandangkan ia merupakan sebahagian daripada tugasan kami dalam subjek AA301 Tamadun Islam. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada Encik Mohd Azrul bin Jaafar kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua pelajar. Sekalung perhargaan untuk ibu bapa kami yang turut serta membantu kami dari segi kewangan dan memahami keadaan kami yang mungkin tertekan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, mereka juga memberikan sokongan serta dorongan kepada kami sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang samasama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugas masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan ini amat kami hargai. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung. Budi kalian tidak akan kami lupakan.

SOALAN
Huraikan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi umat Islam semasa beliau menjadi khalifah. a) b) c) d) Saidina Abu Bakar As-Siddiq khalifah Islam pertama (latar belakang). Dasar pentadbiran. Usaha-usaha dalam membangunkan peradaban Islam. Kesan positif kepimpinan Saidina Abu Bakar As-Siddiq terhadap tamadun Islam.

ABSTRAK
Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama, iaitu surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.

Selepas kewafatan baginda, Khulafa Al-Rasyidin telah menggantikan baginda. Khulafa AlRasyidin merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang mewarisi risalah baginda. Mereka bukan sahaja mewarisi pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah, bahkan meneruskan segala usaha baginda di dalam menyebarkan Islam.

Terdapat empat orang Khulafa Al-Rasyidin kesemuanya. Mereka ialah Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan, dan Saidina Ali bin Abi Talib. Dalam tesis ini, fokus diberikan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan khalifah yang pertama.

LATAR BELAKANG SAIDINA ABU BAKAR


Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan khalifah pertama umat Islam. Dilahirkan dua tahun setelah kelahiran Rasulullah s.a.w, pada awalnya beliau digelar Abdul Kaabah yang bermaksud hamba Kaabah. Setelah beliau memeluk Islam, beliau menukar nama kepada Abdullah bin Abi Quhafah. Namun begitu, ketika hayatnya, beliau sering digelar Abu Bakar yang bermaksud unta muda dalam bahasa Arab. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan membiak unta. Beliau juga amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq yang membawa kepada maksud yang membenarkan. Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah s.a.w. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah s.a.w. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada kalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Malah, Rasulullah s.a.w mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru. Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid An-Nabawi yang terletak di Madinah.

BAGAIMANA MENJADI KHALIFAH


Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga Rasulullah s.a.w dan tokoh Quraisy sehinggalah ada dua orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu perhimpunan penting di situ. Saidina Abu Bakar dan Umar bin Al-Khattab bergegas ke sana dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin Ubadah.Perjumpaan tergempar ini telah diadakan di rumah seorang pemimpin kaum Khazraj iaitu Saad bin Ubadah. Kaum Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah dilantik menjadi khalifah. Ini kerana beliau merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w, bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota Madinah sewaktu ekspedisi ke Abwa. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum ini. Saidina Abu Bakar mengesyorkan jawatan khalifah diberikan kepada orang Quraisy berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Khalifah hendaklah dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu, kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan Khazraj. Selain itu, jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar, maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan berpengaruh di mana sudah pastinya akan timbul peristiwa . Kemudian, Hubab bin al-Munzir dari kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Saidina Umar menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada keruntuhan negara. Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Saidina Abu Bakar tampil dan berkata, Kami adalah Umara (ketua) dan kalian adalah Wuzara(menteri pembantu). Kata-katanya ini disokong oleh Saad bin Ubadah. Saidina Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Saad bin Ubadah menjadi khalifah. Saidina Umar menolak lalu mengangkat tangan Saidina Abu Bakar dan membaiahnya terhadap perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah. Beliau telah berkata, Demi Allah! Aku lebih suka dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar. Setelah mendengar kata-kata Saidina Umar lalu semua yang hadir terus membaiah Saidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa apa-apa pertikaian lagi.

FAKTOR DIPILIH MENJADI KHALIFAH


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Saidina Abu Bakar dipilih menjadi khalifah Islam yang pertama. di samping sikap beliau yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji yang lain. Antara faktor tersebut ialah : a) Iman Saidina Abu Bakar melebihi iman para sahabat yang lain. Dalam Perang Tabuk, Rasulullah s.a.wa telah meminta kaum Muslimin agar mengorbankan harta pada jalan Allah. Tiba-tiba Saidina Abu Bakar membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saidina Abu Bakar, Rasulullah s.a.w. terkejut lalu berkata kepadanya, "Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu? Saidina Abu Bakar menjawab dengan tenang sambil tersenyum, Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam, Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa tegaknya agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan Saiyidina Abu Bakar. Baginda juga bersabda, Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar. [Hadis riwayat al-Baihaqi]

b) Sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar juga merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling akrab. Ke mana sahaja baginda pergi, pasti saidina abu Bakar ada bersama. Antara bukti keakraban Saidina Abu Bakar dengan rasulullah s.a.w. yang paling kerap kali diperkatakan ialah ketika Saidina Abu mengikut Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Sewaktu dalam perjalanan dari Kota Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dan di belakang baginda. Apabila baginda bertanya hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab, Aku berjalan di hadapanmu untuk memilih jalan yang baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu.

c) Pernah menggantikan Rasulullah saw sebagai imam solat. Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat, beliau memanggil para sahabat ke rumah Saidatina Aisyah dan berkata, "Selamat datang kamu semua, semoga Allah mengasihi kamu semua. Saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertakwa kepada Allah dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku." Dalam bulan Safar, Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Pada hari isnin, sakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat. Setelah Bilal bin Rabah selesai azan subuh, maka Bilal pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. Sesampainya Bilal bin Rabah di rumah Rasulullah s.a.w., maka Bilal pun memberi salam, Assalamualaikum ya Rasulullah. Lalu dijawab oleh Fatimah, Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau. Setelah Bilal mendengar penjelasan dari Fatimah, Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata itu. Apabila waktu subuh hamper habis, Bilal sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam. Salam Bilal telah didengar oleh Rasulullah dan baginda berkata, Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.

10

d) Antara sahabat yang terawal memeluk Islam. Ketika di Yaman untuk menguruskan perniagaannya, Saidina Abu Bakar menjenguk seorang tua yang merupakan pendeta yang sangat rajin membaca kitab dan mempunyai ramai murid. Kemudian orang tua itu bertanya sama ada Saidina Abu Bakar merupakan orang Arab dan berbangsa Quraisy atau tidak. Saidina menjawab benar bagi semua soalan yang ditanya. Namun menghairankan apabila pendeta tersebut meminta untuk melihat perutnya lalu Saidina Abu Bakar menjawab, Saya tidak akan menunjukkan perut saya jika tuan tidak memberitahu akan perkara yang sebenarnya. Lalu, orang itu menceritakan bahawa seorang Nabi akan diutuskan di Tanah Arab. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabat. Seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabat yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindung Nabi daripada sebarang bahaya. Manakala sahabat yang seorang lagi itu berkulit putih dan berbadan kurus. Di perutnya ada tahi lalat dan di paha kirinya ada satu tanda. Setelah Abu Bakar mendengar cerita orang tua itu, dia pun terus menunjukkan bahagian perut dan pahanya, ternyata betul. Sebaik sahaja melihatkan tanda-tanda itu, orang tua itupun berkata, Demi Tuhan, tuanlah orangnya yang akan menjadi sahabat kepada Nabi itu. Setelah Abu Bakar selesai menguruskan urusan perniagaannya di Yaman, dia pun bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Mekah. Sebelum pulang, Abu menemui orang tua itu untuk mengucapkan selamat tinggal. Orang tua tersebut meminta Saidina Abu Bakar menyampaikan beberapa rangkap syair kepada penduduk Mekah. Saidina Abu Bakar bersetuju lalu pulang. Sesampai sahaja beliau di Mekah, beliau dikejutkan dengan berita daripada salah seorang pembesar Quraisy yang mengatakan, Anak saudara Abu Talib yang yatim piatu itu telah mengaku dirinya menjadi Nabi. Kami harap tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Kalaulah kami tidak mengenangkan tuan adalah sahabatnya, sudah tentu kami membunuhnya. Baiklah, hamba akan cuba selesaikan perkara ini., jawab Abu Bakar memberikan jaminan.

11

Setelah itu Abu Bakar pun pergi menemui Nabi Muhammad lalu mengatakan bahawa Nabi Muhammad telah mencemarkan kedudukan keluarga baginda dan ajaran yang dibawa oleh baginda sangat menyimpang dari ajaran nenek moyang. Namun Nabi Muhammad menjawab dengan tegas bahawa baginda telah diutus oleh Allah kepada Saidina Abu Bakar dan seluruh umat manusia. Kemudian,Saidina abu Bakar bertanyakan bukti kepada Nabi Muhammad dan baginda menjawab dengan mengatakan orang tua yang Saidina Abu Bakar temui di Yaman merupakan buktinya. Saidina Abu Bakar tidak dapat menangkap siapa yang dimaksudkan lalu bertanya yang mana satu kerana ramai orang tua yang beliau temui di sana. Lalu Nabi Muhammad menjawab, Orang tua yang mengirimkan rangkap-rangkap syair kepada orang-orang Mekah. Saidina Abu Bakar kehairanan lalu bertanyakan mengenai siapa yang memberitahu baginda tentang orang tua tersebut dan Nabi Muhammad menjawab, Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelum saya yang memberitahu. Sebaik mendengarkan kata-kata itu, Abu Bakar terus menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

12

DASAR PEMERINTAHAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ


Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. menjadi asas corak pemerintahan bukan sahaja Saidina Abu Bakar, malah semua khalifah yang ada. Beliau mengutamakan kebajikan dan keadilan semua rakyat. Antara dasar pemerintahan Saidina abu Bakar As-Siddiq ialah menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan, memperkenalkan bayaran bergaji, dan memperkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat. Huraian mengenainya disediakan di bawah. a) Menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan. Sebelum wafatnya Rasulullah s.a.w, Madinah merupakan lokasi penghijrahan baginda selepas meninggalkan Mekan. Dalam penghijrahan tersebut, Saidina Abu Bakar telah mengikut baginda. Atas sebab itu, Saidina Abu Bakar menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan. Beberapa jawatan seperti bendahari, setiausaha, penyelia tawanan perang dan hakim juga ditubuhkan. b) Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera. Saidina Abu Bakar telah memperkenalkan bayaran bergaji untuk para tentera yang telah berhempas pulas untuk menjaga keamanan negara. Bayaran tersebut didapati daripada hasil rampasan semasa peperangan. c) Hak golongan Mawali. Golongan Mawali ialah hamba yang telah memeluk Islam.Mereka dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu, ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Selalunya, mereka hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab dan tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab. Jadi, Saidina Abu Bakar telah membantu mereka. Orang bukan Arab yang memeluk Islam hanya perlu bayar cukai tambahan sahaja. d) Membahagikan negara Islam kepada 10 wilayah. Saidina Abu Bakar telah membahagikan Negara Islam kepada 10 wilayah. Wilayahwilayah tersebut ialah Mekah, Taif, Yaman, Hadramaut, Khalwan, Zabid, Al-Janad, Najran, Jarsh dan Bahrain. Seorang gabenor dilantik dalam satu wilayah untuk mengetuai wilayah tersebut selain melicinkan urusan pentadbiran.

13

USAHA MEMBANGUNKAN PERADABAN ISLAM


Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., manusia yang ada sudah mula kembali kepada zaman kesesatan mereka dahulu. Jadi, Saidina Abu Bakar terpaksa merangka strategi untuk menyelamatkan peradaban Islam yang main hilang dalam kalangan mereka. Antara usaha Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam membangunkan peradaban Islam ialah : a) Memerangi golongan murtad, nabi palsu, dan golongan yang tidak mahu membayar zakat. Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat, maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan ini yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran. b) Pengumpulan semula tulisan Al-Quran. Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah, ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran (tahfiz Al-Quran) terbunuh. Saidina Umar Al-Khattab meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayatayat al-Quran. Saidina Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut lalu mengarahkan Zaid bin Thabit untuk menyalin semula ayat Al-Quran yang telah ditulis pada batu, kayu, tulang, dan kulit binatang. Setelah kesemua ayat Al-Quran telah disalin semula, naskahnya disimpan di rumah Saidina Abu Bakar. Salinan seterusnya disimpan oleh Saidina Umar bin Al-Khattab, Hafsah (isteri Rasulullah s.a.w.) dan akhirnya Saidina Uthman bin Affan.

14

SUMBANGAN DAN JASA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ


Sebagai khalifah Islam yang pertama, banyak sumbangan dan jasa Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang harus kita ingat dan kenang. Ini kerana, setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., orang Islam sudah mula kembali ke ajaran asal mereka. Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah berhempas pulas untuk menyelamatkan tamadun Islam semasa kepimpinan beliau. Antara sumbangan dan jasa beliau ialah : a) Berjaya menumpaskan golongan Riddah. Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam. Kebanyakan mereka muncul di sebahagian besar Tanah Arab kecuali Mekah, Madinah, dan Taif. Golongan ini terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan golongan yang tidak mahu membayar zakat. 11 batalion tentera Islam dibentuk oleh Saidina Abu Bakar untuk memerangi mereka. Pada mulanya, Saidina Abu Bakar mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura. Para sahabat kurang bersetuju dengan keputusan untuk memerangi golongan Ar-Riddah atas sebab golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat. Namuun Saidina Abu Bakar tetap berkeras untuk memerangi golongan Ar-Riddah walaupun secara bersendirian. Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan dan dipimpin oleh Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.Selainitu, Saidina Abu Bakat membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid yang berjaya menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudhaah dan suku Wadiah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman. Setiap pasukan tentera ini dibekalkan Al-Mansyurat yang merupakan pengumuman kepada ketua-ketua golongan Ar-Riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi. Saidina Abu Bakar menyerahkan al-Adhu ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan. b) Berjaya meluaskan pengaruh Islam ke sempadan Tanah Arab. Pertelingkahan dengan Parsi bermula apabila tentera Islam dihantar ke sebelah Timur Tanah Arab untuk menghapuskan pemberontakan orang Badwi. Parsi yang merupakan musuh orang Islam telah menghasut penduduk di sempadan sebelah Timur supaya menentang kerajaan Islam pimpinan Saidina Abu Bakar.

15

Bagi menyelesaikan masalah ini, Saidina Abu Bakar telah mengarahkan Panglima alMuthana Bin Harithah dengan bantuan Khalid Bin al-Walid bersama-sama dengan 10,000 tentera untuk memerangi Parsi. Pasukan tentera ini akhirnya berjaya menguasai beberapa tempat di Hirah setelah menewaskan pemimpin Parsi iaitu Hurnuz Al-Muthana. Namun begitu, Hurnuz AlMuthana kemudiannya dilantik sebagai wakil pemerintah di Hirah dan Anbat. c) Memerangi Rom setelah utusan Rasulullah s.a.w. ke Syam dibunuh oleh mereka. Sewaktu pemerintah Rasullah s.a.w., kerajaan Rom angkuh dan sukar untuk menerima Islam. Kerajaan Rom telah membunuh ramai pengikut-pengikut yang beragama Islam. Antaranya Farwah bin Al-Juzami, iaitu Gabenor Rom untuk daerah Maan. Saidina Abu Bakar membuat keputusan untuk menumpukan bala tentera Muslim supaya berhadapan dengan Rom yang diketuai oleh Usamah bin Zaid kerana itulah peperangan terakhir yang diatur Rasulullah s.a.w. Ramai yang menyangka Saidina Abu Bakar tersilap perhitungan kerana Usamah bin Zaid terlalu muda untuk mengetuai peperangan menentang Rom. Tambahan pula, jika tentera Usamah bin Zaid tewas, tiada tentera yang dapat mempertahankan Madinah dari serangan luar. Ini menyebabkan orang ramai semakin meragui percaturan Abu Bakar. Dengan ketiadaan bala tentera kedua yang dapat mempertahankan Madinah jika tentera Usamah bin Zaid kalah, dan Usamah sendiri yang terlalu muda untuk mengetuai peperangan menentang Rom, ramai menyangka Abu Bakar tersilap perhitungan. Abu Hurairah bertanya kepada Saidina Abu Bakar, Adakah kamu ingin menghantar semua bala tentera menghadapi Rom, sedang kaum Arab di sekeliling Madinah murtad? Tetapi selepas kemenangan tentera Usamah, kabilah yang ingin murtad membatalkan niat mereka setelah mengetahui umat Islam masih kuat dan ternyata Abu Bakar mengetahui tiada ruang ijtihad dan syura ke atas perkara yang mempunyai nas yang jelas. d) Mendermakan seluruh kekayaan kepada Perang Tabuk. Saidina Abu Bakar medermakan seluruh kekayaannya semasa umat Islam sedang mengahadap tentera Rom dalam Perang Tabuk pada tahun ke-9 Hijrah. Jarak antara Madinah dan tabuk ialah 692kilometer, mengikut Hamka dalam Tafsir Al-Azhar. Jadi, perjalanan yang jauh ini memerlukan persiapan yang betul-betul mantap. Jadi, Saidina Abu Bakar telah mendermakan keseluruhan hartanya. Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apa yang tinggal padanya, beliau menjawab, Allah dan Rasul.

16

e) Membebaskan hamba yang diseksa dengan membayar wang tebusan. Saidina Abu Bakar juga terkenal dengan kebaikan hatinya membebaskan hamba-hamba. Beliau membebaskan hamba-hamba ini dengan membayar wang tebusan. Antara yang paling hangat diperkatakan ialah kisah beliau membebaskan Bilal bin Rabah yang merupakan hamba kepada Umaiyah. Ketika Bilal bin Rabah memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar AsSiddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama Al-Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya. Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata, Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu. Tetapi Bilal lantas menjawab, Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu. Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan. Saidina Abu Bakar terlihat kejadian tersebut lalu membebaskan Bilal bin Rabah dengan membayar wang tebusan. f) Menyertai Rasulullah saw dalam semua peperangan. Sebagai sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling akrab, Saidina Abu Bakar telah menyertai Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Antaranya ialah Perang Badar yang berlaku pada 17 Mac 624 Masihi (17 Ramadhan 2 Hijrah) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab dan Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga Hijrah atas sebab orang Quraisy mahu membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar.Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga menyertai Rasulullah s.a.w. dalam Perang Khaibar pada tahun 629 Masihi dan Perang Tabuk pada tahun kesembilan Hijrah (631 Masihi) yang berlaku kerana kedegilan kerajaan Rom yang tidak mahu menerima Islam.

17

KESAN POSITIF PEMERINTAHAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ


Kesan positif dalam pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dibahagikan kepada lima bahagian iaitu dari segi corak pemerintahan, ilmu pengetahuan, ekonomi, pertahanan, dan sifat kepimpinan. Lihat bawah bagi huraian megenai bagi kesan positif ini. a) Corak pemerintahan Ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar, pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan Islam. Beliau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijthad. Selain itu, khalifah merupakan ketua Negara dan rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan rasulnya b) Ilmu pengetahuan Semasa pemerintahan Saidina abu Bakar, ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang penting. Tidak kiralah ilmu akli atau ilmu nakli. Guru-guru juga dilantik bagi membantu membangunkan pendidikan Negara. c) Ekonomi Memandangkan Saidina Abu Bakar pernah menjadi peniaga terutamanya di Yaman, beliau telah mencurahkan ilmunya agar ekonomi negara meningkat dan berkembang maju. Selain itu, dasar ekonomi Negara telah digubal secara adil dan saksama untuk mewujudkan kestabilan dalam hidup rakyat. d) Pertahanan Dari segi pertahanan, Saidina Abu Bakar sentiasa bijak dalam menyusun strategi pertahanan. Sebagai contoh, mengarahkan Usamah bin Zaid yang baru berusia 18tahun untuk mengepalai tentera Islam menyerang Rom walaupun para sahabat ragu-ragu akan kebolehan Usamah. Walaupun begitu, Saidina Abu Bakar tetap tegas dengan keputusan beliau yang akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam. e) Sifat kepimpinan Saidina Abu Bakar merupakan seorang yang tegas dan berdisiplin dalam menjalankan tugas beliau sebagai khalifah. Atas sebab itu, sifat kepimpinan yang ada pada beliau diikuti oleh semua khalifah. Khalifah yang seterusnya juga dipilih berdasarkan keperibadian dan sifat kepimpinan yang ada pada mereka. 18

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN


Berdasarkan apa yang telah diceritakan dalam muka surat sebelumnya, banyak nilai murni dan pengajaran yang boleh kita dapati. Antaranya ialah kita haruslah mengamalkan sikap setiakawan seperti yang ditunjukkan Saidina Abu Bakar dalam berkawan dengan Rasulullah s.a.w. kita haruslah mengambil keperibadian Saidina Abu Bakar yang sentiasa tegas dan jujur dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh, Sadina Abu Bakar tegas dengan keputusan beliau untuk memerangi golongan Ar-Riddah walaupun para sahabat tidak bersetuju atas sebab golongan tersebut masih boleh diselamatkan. Selain itu, kita haruslah tidak terlalu memikirkan tentang kebendaan seperti yang dilakukan oleh saidina Abu Bakar apabila beliau mendermakan seluruh harta benda beliau ke Perang Tabuk. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa, beliau masih bersyukur dan berusaha untuk menyara ahli keluarga beliau dengan berniaga, namun dibantah oleh para sahabat yang mengatakan bahawa seorang pemimpin seharusnya menjaga urusan negara sahaja.

19

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Saidina Abu Bakar telah menjadi sahabat Rasulullah s.a.w. pada zaman kanak-kanaknya lagi. Saidina Abu Bakar merupakan orang yang paling rapat dan selalu ada di sisi Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar telah mendapat gelaran As-Siddiq iaitu yang membenarkan kerana beliau telah membenarkan peristiwa Isra dan Mikraj dimana pada waktu itu semua orang Arab mendustai Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar telah menyumbang banyak sumbangan dalam pemeritahannya. Antara sumbangannya adalah Saidina Abu Bakar telah memerangai golongan Ar-Riddah, berusaha untuk mengumpul al-Quran, dan meluaskan pengaruh Islam. Saidina Abu Bakar akhirnya wafat selepas 2 tahun pemerintahannya. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 643M di Madinah. Ada beberapa pendapat mengenanai kewafatan beliau. Ada yang mengatakan beliau wafat keracunan, dan ada pula yang mengatakan beliau wafat seperti biasa. Saidina Abu Bakar telah dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s. a. w di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

20

RUJUKAN

A) INTERNET y y http://aki2004.wordpress.com/2009/03/04/perlantikan-sayyidina-abu-bakar/ http://caknasejarah.blogspot.com/2011/04/khalifah-saidina-abu-bakar-assiddiq.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_as-Siddiq http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/AbuBakar.htm

y y

http://sa-melayu.blogspot.com/2010/08/kisah-bagaimana-saidina-abu-bakarmasuk.html

B) BUKU / JURNAL / ENSIKLOPEDIA y Tajuk Pengarang Penerbit ISBN Tajuk Pengarang Penerbit ISBN Tajuk Pengarang Penerbit ISBN Tajuk Penulis Penerbit ISBN : Kisah Hidup Abu Bakar As-Shiddiq : tidak dinyatakan : Penerbit Zaman : 9790240686, 9789790240681 : Abu Bakar: sahabat sejati : novel sejarah Islam : Abdul Latip Talib : PTS Pop, 2008 : 9675136103, 9789675136108 : Rujukan KOMPAK Sejarah SPM : tidak dinyatakan : Arah Pendidikan Sdn Bhd : 9833718876, 9789833718870 : Kisah Keadilan Para Pemimpin Islam : Nasiruddin S.ag. Mm : Penerbit Republika, 2008 : 9791102163, 9789791102162

21

22

Anda mungkin juga menyukai