Anda di halaman 1dari 10

KUMPULAN 6

Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar hakisan di dalam Alur sungai

1)gradian (kecerunan)

Dasar alur sungai yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecerunan boleh dilihat melalui profil panjang alur sungai bermula dari hulu hingga ke hilirnya. Kecuraman cerun membolehkan air sungai mengalir deras dan meninggikan kadar hakisan. Hakisan lelasan dan lagaan biasanya akan berlaku dengan cepat jika halaju arus sungai tinggi. Oleh itu,di bahagian hulu sungai kadar hakisannya lebih cepat berbanding dengan bahagian tengah dan hilirnya.kerana kecuraman cerun dasar sungai di kawasan berkenaan.terdiri daripada batuan keras yang membentuk jeram dan air terjun.

2)Isipadu air sungai


Mempengaruhi proses larutan dan hidraulik. Kerana semakin byk air sungai semakin tinggi tenaga potensinya dan kelarutan air sungai tersebut. Isipadu air sungai dipengaruhi juga oleh cuaca misalnya musim tengkujuh,hujan lebat akan memenuhi isipadu air di sungai. Dengan itu,arus sungai b'gerak secara b'pusar mampu mengorek dan memperdalamkan rekahan di dasar dan tebing alur sungai m'lalui proses larutan dan hidraulik.

3)kuantiti dan kualiti bahan

Dilihat secara relatif dan keras-lembut batuan tebing dan dasar alur sungai. Mempengaruhi keberkesanan proses perlanggaran dan geselan/lelasan.kebarangankalian b'laku perlanggaran adalah tinggi kerana bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai adalah banyak. Bahan-bahan t'sebut sama ada di seret atau melantau (saltasi) sebenarnya b'gerak secara rawak di dalam alur sungai.

Dan menyebabkan berlaku perlanggaran sesama bahan jika bahan yang dibawa oleh sungai bersifat keras berbanding dgn batuan tebing dan dasar alur sungai. maka,batuan tebing dan dasar sungai akan mengalami penghausan melalui proses geselan. sebaliknya,akan berlaku jika bahan yang dibawa itu adalah lembut

4)fakor Geometri

Alur boleh dilihat drpd 2 sudut iaitu: *alur yang lurus-pasti mengalami kadar hakisan yang hebat kerana taburan tenaga bagi keseluruhan adalah sama dan seimbang.Jadi tebing alur sama ada kiri atau kanan mengalami hakisan pada kadar yang sama. *alur yang berliku-taburan tenaga tidak sama yang menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan tebing alur sunga

Tebing cekung akan berlaku hakisan melebar akibat lencongan arus yang kuat,mengorek,meruntuhkan tebing lalu melebarkannya. Bagi tebing cembung,yang bertentangan dengan tebing cekung akan mengalami pemendapan kesan drpd pergerakan arus perlahan semasa ia melencong sesuatu liku...

5)Ciri-ciri geologi dasar

Ciri-ciri geologi dasar dan tebing alur sungai mempengaruhi kadar hakisan sungai kerana tebing dan dasar sungai dibentuk oleh geologi yang lembut seperti batu kapur,dolomit dan gipsum. Kerana geologi yang lembut m'punyai struktur,tekstur dan ikatan mineral yanglonggar dan menjadikannya sebagai geologi yang tidak tahan dengan kehadiran air dan akan bertindakbalas secara kimia. Bagi geologi yang keras seperti batu granit dan gabbro amat tahan untuk diuraikan oleh air sungai. Kadar hakisan air sungai ke atasnya adalah lambat sekali.

6)sifat tumbuhan

Akar-akar tumbuhan mempunyai fungsi yang amat penting untuk menstabilkan tebing sungai daripada diruntuhkan oleh hakisan sungai. Ia akan bertindak untuk mengikat dan mencengkam geologi dan tanah di tebing sungai daripada dihakisangkut oleh air sungai dgn sewenang-wenangnya. Sungai-sungai di kawasan hutan tebal (hutan primer) mempunyai tebing yang kukuh dan stabil b'banding dengan sungai-sungai di kawasan hutan yang sudah diterokai (hutan sekunder) dan kawasan lapang.

~tamat~
Qiela

chelsea

nana

chen

zizie

Jill

Anda mungkin juga menyukai