Anda di halaman 1dari 2

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyempurnakan Assignment HBEF1403 Seni dalam

pendidikan untuk Semester 3 OUM ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada suami dan anak-anak yang sangat memahami, serta doa restu daripada kedua ibu bapa saya. Penghargaan ini juga kami tujukan kepada Open University Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan di samping rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat. Tidak lupa juga kepada tutor kesayangan kami Puan Mazlina Binti Musa yang banyak memberi perhatian, panduan dan tunjuk ajar serta bantuan yang tidak pernah jemu sehingga sempurnanya tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kami. Mudahmudahan Allah SWT yang Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua, Amin.

Pengenalan
Seni dalam pendidikan telah mula diajar di sekolah rendah mulai daripada tahun 1 dan berterusan hingga ke tingkatan lima. Tiga cabang utama seni dalam pendidikan ialah Pendidikan Seni Visual, Dunia Muzik dan Pendidikan Seni Pergerakan. Namun, di peringkat sekolah rendah ketiga-tiga cabang seni ini telah dipecahkan dan pengajaran berlangsung secara berasingan. Pembahagian masa juga melibatkan tempoh yang berasingan. Pemberatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah adalah sama iaitu 60 minit seminggu diajarkan sebanyak dua masa berganda dalam seminggu.

Penggabungjalinan atau pengubungkaitan antara ketiga-tiganya bolah dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penerapan ketiga-tiga unsur dapat meningkatkan pemahaman pelajar disamping menambahkan minat kepada murid terutama aktiviti yang dirancang akan lebih menarik.

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan pembelajaran terancang dapat dilakukan terutama yang melibatkan pengajaran bertema. Penggunaan ketiga-tiga unsur menerbitkan keinginan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai