Anda di halaman 1dari 36

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FSSG/FASS)

TUGASAN


ABSA1103
PRINSIP AQIDAH


SEMESTER :

MEI 2011



Nama & (No Matrik) :


No Tel. :


Nama Tutor :

Pusat Pembelajaran :

Tarikh Penyerahan Tugasan :

Jumlah Patah Perkataan :













ISI KANDUNG


BIL

PERKARA MUKA SURAT
Isi Kandung

i
1. Pengenalan

1
2. Pengertian Orientalis.

2 - 3
3.


















Pendekatan Orientalis dalam usaha menghalang
perkembangan Islam.
3.1 Melenyapkan Sistem Perundangan Islam.
3.2 Melemahkan Bahasa Arab.
3.3 Memesongkan ajaran al-Quran.
3.4 Membawa aliran fikiran yang menyesatkan
Umat Islam.
a. Meterialisme
b. Wujudiah (Existentialisme)
c. Sekularisme
3.5 Menyelewengkan aliran Tasauf dan
kepercayaan / kebatinan Bahaiy dan
Qodyaniah.
a. Aliran Tasauf
b. Bhaiy
c. Qosyaniah
3.6 Menggunakan Media Massa
3.7 Membesar-besarkan tradisi kuno.


4 13

4

Kaedah Untuk Mengatasi Orientalis Dalam Usaha
menghalang Perkembangan Islam.
4.1 Kembali kepada Ajaran al-Quran sepenuhnya.
4.2 Penekanan kepada Tauhid.
4.3 Memperkukuhkan Aqidah terhadap Individu dan
Masyarakat.
4.4 Mengutamakan hari Akhirat.
4.5 Marasa takut untuk melakukan sebarang maksiat
dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
4.6 Para ulamak dan censiakawan Islam bersama-sama
dan berusaha menangani serangan Orientalis.
4.7 Menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam
sebenar.


14 20
5 Dalil tentang bagaimana keimanan terhadap hari
akhirat dapat mengatasi gejala pengaruh Orientalis.
5.1 Dalil tentang beriman pada hari
kebangkitan manusia selepas mereka
dimatikan oleh Allah s.w.t.
5.2 Dalil tentang merasa takut melakukan
sebarang maksiat dan perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah Taala.
5.3 Dalil tentang balasan azab Allah Taala bagi
mereka yang mengubah perundangan
Islam.
5.4 Dalil tentang yakin akan mendapat balasan
yang baik daripada Allah Taala.
5.5 Dalil tentang orang yang beriman akan
sentiasa komited dan beriltizam dalam
melakukan amalan kebaikan di dunia.
5.6 Dalil tentang takut untuk bersekongkol dengan
pelaku perbuatan zalim.


20 - 29
6 Penutup Tugasan

30 -31
7 Rujukan

32

















1. PENDAHULUAN
Akhbar dan media massa selalu mengejutkan umat Islam dengan berbagai bentuk tulisan
dan pola pemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang
membelakangkan nilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu
Islam.
Sejak berzaman lagi, para musuh Islam melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk
menghalang penyebaran Islam di khalayak masyarakat manusia dan penghayatan nilai-
nilainya yang unggul oleh kaum muslimin di seluruh pelosok dunia. Antaranya ialah
menerusi gerakan Kristianisasi dan Oreintalisme. Dua gerakan ini mempunyai tujuan
yang sama iaitu merosakkan keimanan aqidah, syariah yang mengatur persoalan hidup
manusia dan akhlak Islam dengan memberikan gambaran yang salah dan meragukan
tentang hakikat perkara tersebut. Bezanya ialah gerakan Kristianisasi ditujukan kepada
orang-orang awam , manakala gerakan Orientalis ditujukan kepada kalangan golongan
intelektual dengan berselindung di bawah syiar penyelidikan ilmiah. (Abd.al-Azim
1993; hal 109) .
Di dalam tugasan ini menerangkan tentang pengertian Orientalis, pendekatan Oreintalis
dalam usaha menghalang perkembangan Islam, kaedah kaedah bagi mengatasi dan
menghalang Orientalis dari terus memerangi Islam, dan akhirnya tugasan ini juga
menerangkan dan menghuraikan dalil naqli bagaimana keimanan terhadap hari Akhirat
dapat mengatasi golongan tersebut.









1

2. PENGERTIAN ORIENTALIS

Menurut Edward W. Said, Orientalisme ialah istilah berkenaan Orient (Timur) yang
mendapat satu kedudukan istimewaan dalam pengalaman Eropah dan Barat. Timur bukan
sahaja merupakan tempat yang berdekatan dengan Eropah dari segi geograIi, malahan ia
adalah sumber penjajahan Eropah yang terkaya dan terbesar dan sumber bagi tamadun,
bahasa dan kebudayaan.
Menurutnya lagi , pengertian yang lebih bersiIat akademik bagi istilah ini ialah, Sesiapa
sahaja yang memberi pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur; tidak kira
sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain
digelar orientalis dan hasilan daripada aktiviti-aktiviti mereka itu disebut sebagai
Orientalisme. (indriaty , 1998;2)
Menurut Zazuq, Orientalisme ialah suatu ilmu ketimuran atau ilmu tentang dunia timur.
Orientalis secara umum bermaksud semua ahli Barat yang mempelajari dunia Timur
sama ada bahasa, sastera, peradaban ataupun agama ( Zazuq, 1997;h.18 dan Indriaty,
1998;h. 3). Dari pengertiaan ini , dapat disimpulkan bahawa kajian berkaitan agama ,
yang mana bidang akidah adalah sebahagian daripadanya, termasuk dalam kajian
Orientalisme.
Sebahagian para Sarjana Orientalis yang terkenal yang memberi pandangan dengan
prinsip-prinsip aqidah yang suci dan murni, ialah A.J. Arberry, AlIred Guillaume, Baron
Carra de Vaux, H.A.R. Gibb, Goldziher, S.M. Zweimer, G.Von Grunebaum, P.H. Hitti,
L. Massignon, D.B. Macdonald, R.L. Nicholson dan laian-lain lagi (al-Bahi, 1981;h. 447-
452).
Sejarah kemunculan orientalisme dikaitkan dengan kesungguhan orang-orang Kristian
untuk mengkaji Islam hasil cetusan ketidakpuasan hati mereka terhadap Islam selepas
peperangan Salib yang berlaku dalam suatu tempoh yang amat panjang.




2
Perang Salib merupakan motivasi terkuat kepada Kristian Eropah untuk mempelajari
Islam, pengajaran dan adat istiadatnya. Abad ke-19 dan ke-20 dianggap sebagai zaman
keemasan Orientalis. Ini kerana ketika itu para Orientalis secara sepenuhnya merajui
gerakan akademik dan penerbitan ilmiah mereka sendiri. Prancis telah menumpukan
sepenuhnya perhatian untuk menjadikan Paris sebagai pusat pengajaran Bahasa Arab
yang utama dan menjadikan tempat tumpuan pelajaran dan ulama untuk mempelajari
ilmu. (Indriaty, 1998, 4-5).
Para Sarjana Orientalis melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menyebarkan
pemikiran mereka sama ada menerusi penulis buku, ensiklopedia, pengajuran seminar
dan persidangan, penubuhan institusi-institusi kajian, pengeluaran majalah dan
sebagainya (al-Bahi, 1981; h. 432).



















3
2. EMPAT PENDEKATAN ORIENTALIS DALAM USAHA MENGHALANG
PERKEMBANGAN ISLAM.

2.1 Melenyapkan Sistem Pemerintahan Islam
Sejak abad ke 16, Turki telah kuasa besar dunia. Empayar Islam Turki menjangkaui
sebahagian besar benua Eroprah, AIrika dan Asia Barat. Sistem pemerintahan khaliIah
Turki amat digeruni oleh pihak barat. Negara-negara Barat telah mengadakan perjanjian
suci untuk membendung pengaruh dan menghapuskan kekuasaan Turki. Beberapa siri
peperangan telah dilancarkan oleh negara-negara barat untuk melemahkan kedudukan
pemerintahan Islam di Turki. Ini dilakukan dengan menjajah dan menduduki wilayah
Islam yang berada di bawah kekuasaan Turki. Perancis bukan sahaja menduduki al-
Jazair, Tunisia dan Morocco tetapi juga telah diberikan kebenaran oleh barat untuk
menguasai Lebonan. Proses pecah dan perintah yang diamalkan oleh barat ternyata telah
berjaya melemahkan Turki dan negara Islam yang lain di samping menaja pelbagai
gerakan yang berbentuk sekular untuk menggantikan pemerintahan yang berbentuk
Islam.
2.2 Melemahkan Bahasa Arab
Seorang penulis barat pernah menyatakan bahawa kekuatan Arab adalah kekuatan Islam.
Jadi, dengan menghancurkan orang Arab maka ia memudahkan proses penghancuran
Islam. Inilah yang sedang dilakukan oleh barat terhadap negara-negara Arab yang terletak
di Timur Tengah. Negara-negara Islam di rantau tersebut sengaja dilaga-lagakan dan
dibiarkan terus bergolak untuk memudahkan pihak barat campur tangan serta melakukan
penjajahan secara tidak langsung ke atas Asia Barat.


4
Justeru itu, mereka tidak mengambil sebarang langkah yang serius untuk menyelesai dan
menangani isu Palestin yang sudah berlarutan lebih daripada setengah abad. Sebaliknya
umat Islam terus dipersalahkan di atas pergolakan yang berlaku itu.
2.3 Memesongkan Ajaran Al-Quran
Bekas Setiausaha Tanah Jajahan Britain, William Gladstone pernah menyatakan bahawa
selagi al-Quran wujud, selama itu orang barat tidak dapat menguasai dunia Islam dan
benua Eropah tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bekas Gabenor Perancis di
Arab sewaktu berucap pada ulang tahun ke seratus penjajahan Perancis di negara itu telah
menyatakan bahawa barat mesti melenyapkan al-Quran berbahasa Arab dan membuang
bahasa Arab dari lidah umat Islam kalau mahu menguasai mereka. Seorang pemimpin
barat lain, Willan GeIord menyatakan bila al-Quran dan bandar Mekah sudah lenyap dari
Negara Arab, pada ketika itulah kita akan melihat orang Arab menuju kepada
kebudayaan barat dan menjauhi diri dari ajaran Muhammad dan kitabnya.
2.4 Membawa Aliran-aliran Fikiran Yang Menyesatkan Umat Islam
Di antara cara menyelewengkan akidah umat Islam ialah membawa aliran-aliran yang
menyesatkan terutama golongan-golongan muda Islam dengan memalingkan mereka
daripada agama Islam. Antaranya :
a. Meteralisme
Di zaman moden mereka telah meyerapkan Iahaman kebendaan ke dalam otak dan
peribadi masyarakat Islam. Dengan Iahaman yang mengenepikan nilai kemanusian, rasa
kasih sayang terhadap keluarga, sudara mara dan masyarakat semua. Yang paling bahaya
dalam aliran meteralisme ialah, besarnya naIsu manusia , naIsu selalu masuk pada
bahagian lemah, sehingga manusia cenderung hal-hal yang cepat mendapatkan kecintaan
dan kesenangannya.

5

Firman Allah Taala dalam surah al-Insan ayat 27 yang bermaksud :
Ingat! Bahkan kamu suka segera dan kamu tinggalkan akhirat (Surah al-Qiamah)
.Sesungguhnya, mereka itu mencintai yang segera, dan meninggalkan di belakangnya
hari yang berat tanggungjawabnya (seksanya).
Kecenderongan naIsu ini , dimunaIaatkan oleh musuh-musuh Islam untuk mempengaruhi
pemuda dan pemudi melakukan penyelewangan agama Islam dengan mengatakan
bahawa ahli TasauI yang mengatakan dirinya Islam ingin memencilkan dirinya daripada
kesenangan dunia , yang menurut anggapan mereka adalah bukti ajaran agama Islam
yang sebenar. Semua ini adalah propaganda yang salah . Tapi orintalis mengambil
munaIaat dari hal tersebut, untuk merosakkan generasi muda Islam dengan Iahaman
meterialis agar mereka bingung dan ragu.
Meteralisme , menyalahi agama yang menyeru kepada iman pada benda yang gaib iaitu
iman kepada Allah ,malaikat ,akhirat , hisab , surga , neraka dan semua yang gaib. Aliran
kebendaan menyarankan umat manusia kedalam hawa naIsu dan mencintai dunia serta
meninggalkan agama yang benar. Justru itu umat Islam menolak propaganda yang
menyesatkan ini dan menjelaskan golongan muda bahawa Islam buakan sahaja menyeru
kepada kebahagian di akhirat dan tidak mengharamkan segala yang baik waktu hidup di
dunia, bahkan Islam mengkehendaki supaya mereka beramal disemua lapangan
kehidupan dan menaIaatkan sesuatu yang baik dari hasil usaha merka itu. Firman Allah
Taala ayat 172, al-Baqarah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! , Makanlah olehmu rezeki-rezeki yang baik yang
telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu
mengibdikan kepada-Nya semata-mata .




6
b. Wujudiah (Existentialisme)
Existentialisme ialah aliran kebebasan yang melepaskan diri daripada ikatan
masyarakatan, hukum, peraturan serta adat istiadat , dan mengakui semua agama , tidak
punya tempat , tidak punya isteri dan tanah air. Sebenarnya aliran ini adalah
lanjutan dari aliran Iikiran yang ditimbulkan oleh meterialisme moden iaitu memisahkan
manusia dari aliran rohaninya dan bersiIat kebintangan dan tidak berperikemanusiaan dan
tidak berperasaan.
Paul Sartre , tokoh aliran Wujudiah (Existentialisme) ini menyatakan bahawa yang patut
dilaksanakan dalam kehidupan kebebasan ialah menjadikan orang yang pengecut menjadi
berani , menerima ajakan kebinatangan , melakukan keingainan naIsu , membuang semua
tradisi ajaran-ajaran kemasyarakatan dan menghancurkan ikatan-ikatan yang dibuat oleh
agama. (Karya William James yang diterjemahkan olaeh Dr. Mahmud Hasbullah,
dengan judul : Iradah al-Itiqad ; 21)
Aliran Wujudiah merosakan tabiat manusia, akal, hati dan jiwa serta menyamakan seperti
haiwan yang tidak berakal, dan tidak berperasaan. Aliran ini telah tersebar luas di
beberapa tempat Eropah dan Amerika sebagai akibat kemerosotan agama Kristian di
negeri-negeri tersebut. Kemudian Yahudi menggunakan kesempatan ini untuk
memperluaskan kemerosotan masyarakat Amerika dan Eropah yang kemudian diluaskan
ke negeri Islam melalui pemuda pemudi Islam yang belajar di Barat.
c. Sekularisme
Sekularisme ialah Iahaman yang memisahkan antara ilmu dengan agama iaitu
propaganda palsu dan sesat yang bertopengkan intelektualisme . Sebenarnya sekularisme
adalah apa yang dipropagandakan oleh orientalisme untuk merosak atau
menyelewengkan ajaran Islam . Mereka membiayai dan melengkapi dengan segala
Iasilitator agar ilmu dapat terpisah daripada Agama. Gerakan ini mulai bangkit di Eropah
setelah terjadinya antara ilmuan gereja yang berkuasa zaman pertengahan dan menguasai
7

Iikiran orang-orang Eropah yang tidak menerima Iikiran atau pendapat di luar yang
bersumberkan gereja atau Kristian. Persengkitaan ini berakhir dengan terpisahnya antara
ilmu pengetahuan dengan gereja masing-masing .

Berbeza dengan Islam, Islam selamanya tidak memisahkan ilmu dengan agama, sebab
ilmu adalah alat untuk memperkuat agama, dan agama itu sendiripun adalah ilmu, dan
ilmu adalah pembimbing kepada agama. Di dalam al-Quran , yang berhubungan dengan
ilmu disebut sebanyak 820 kali disebabkan peranannya yang penting sekali. Adapun
yang dilahirkan oleh orang orientalis , membawa kepada perpisahan ilmu dengan agama,
hal ini tidak ada dalam Islam dan tidak ada dalam masyarakat Islam kerana Islam
menghimpun ilmu dan pengetahuan.
Sesiapa yang menerima sekularisme bererti tidak tahu hakikat Islam dan tidaklah
sempurna Islam seseorang tanpa ilmu. Kita harus membendung pemuda pemudi
terpelajar dari taktik buta sekelurisme yang menyesatkan. Sesiapa yang tengelam dalam
aliran pemikiran yang dibawa orientalis bererti akan merosakan umat Islam sendiri sebab
hal yang demikian akan merosakkan akidah dan menjauhkan mereka dari agama yang
membawa kesejahteraan mereka (Islam). Allah yang punyai kemuliaan , kekuasaan ,
begitu jua Rasulnya dan orang yang beriman.
Selain daripada di atas para Orientalis juga, menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk
melemahkan umat Islam dengan cara memutarbelitkan Iakta atau kenyataan salah secara
senyap ke dalam amalan umat Islam sendiri. Seperti amalan TasauI aliran Kepercayaan /
Kebatinan Bahaiy , Qodyaniayah dan lain-lain lagi.

8


2.5 Kaedah menyelewengkan aliran-aliran Tasauf dan aliran
Kepercayaan/Kebatinan Bahaiy dan Qodyaniyah.
a. Aliran Tasauf
Para Orientalis akan menyatakan kepada ahli-ahli TasauI bahawa bagi mereka yang ingin
menempuh jalan untuk sampai pada Allah, tapi tidak dengan menempuh jalan yang diatur
oleh Allah dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Sunnah; tetapi para
Orientalis mereka membuat cara sendiri, yang tidak diizinkan Allah, dan membuat
ketentuan/undang-undang Suluk, yang melakukan zuhud (memencilkan diri dari
keduniaan), latihan jiwa mengharamkan yang halal, dan membunuh naIsu. Mereka
mengambil ajaran-ajaran agama, atau aliran-aliran lain.
Mereka hukum-hukum yang belum terdapat dalam agama Islam dan mengikut hala
Syaitan mengiringnya pada khayalan-khayalan yang tak ada hakekatnya, sehingga
mereka membenamkan diri ke dalam ikatan-ikatan Wihdatul Wujud, serta tidak
mengakui Syariat Perundangan Islam , menyamaratakan antara Iman dan KaIir serta
menyamakan antara taat kepada Allah dan melanggar perintah Allah dan dawaan
penyaksiannya pada Tuhan bagi segala yang ada. Lihat kitab karangan Ibnu Arraby, salah
seorang aktivis yang aktiI mengupas tentang kaum tasauI (Wihdatul Wujud) yang sesat.

b. Bahaiy
Bahaiy lahir di Iran pada abad ke-19, yang mengambil inspirasi dari ajaran Syiah,
disebarkan dan dikembangkan oleh Syirazy ( keturunan Yahudi yang mengaku beragama
Islam) yang bergelar BABA, tak berapa lama sesudah Imam ke-12 Muhammad bin
Hasan al Ashary yang kelahirannya dinanti-nantikan oleh sekte Syiah Imam 12.
Kemudian kebohongan ini terbukti dengan kehobongan Al Baba (Syirazy) di kalangan
Syiah, yang menyatakan bahwa imam yang sudah hilang, akan muncul di Tebriz (Iran)
(Adzarbijan.)

9

Kaum Syiah meyakini, bahwa imam ini akan timbul / bangkit di Timur Iran, di suatu
gunung yang benama Kouh Khada, artinya Gunung Allah. Kemudian Al Baba
ditangkap dan dihukum mati, dan sebelum dihukum mati diumumkan, bahwa Imam yang
dimaksudnya ialah muridnya Hasan Sabah Azal yang bergelar Bahaullah dan
dinamakanlah alirannya Al-Bahaiy karena dihubungkan dengan Bahaullah ini, yang lari
dari Iran. Bahaullah mendawakan dirinya Nabi, yang diutus membawa agama baru,
pembaharu Islam, dan kepadanya diturunkan kitab. Selama hidupnya, ia giat menyiarkan
ajaran Bahaiy ini. Dia dikuburkan di Palestina yang diduduki Israel.
Propaganda Aliran Bahaiy serupa dengan Komunisme, yaitu melepaskan diri dari ikatan
dan ajaran agama, dengan tajuk kedamaian dan anti perang, memberikan kebebasan
pada wanita sesuka hatinya, menjadikan tahunan jadi 19 bulan. Jadi hakkat ajaran ini
benar-benar menyeleweng dari Islam dan merusak agama Islam.
Propaganda Bahaiy ini disokong oleh Kolonialis dan Orientalis, demi untuk merosak dan
memalsukan Islam. (Lihat Al-Qodyani dan Al-Qodyaniyah, karangan Abu Hasan An
Nadawy, halaman 19 dan seterusnya).
c. Al-Qadyaaniyah
Propaganda penyesatan yang timbul di India, pada akhir abad ke-19, yang memakai nama
Islam, didirikan oleh MIRZA GHULAM AHMAD dan pusat kegiatannya di India,
penganutnya ialah rakyat India juga, kemudian meluas ke luar negeri termasuk ke
negara-negara Asia, AIrika , dan mendapat sokongan oleh Kolonialis dan Orientails.
Gerakan Qodyaniyah ini timbul di masa udara pemikiran dan politik India sesudah
revolusi menentang penjajahan Inggris pada tahun 1875, yaitu Revolusi yang
menghancurkan umat Islam. Maka Qodyani mengikuti langkah politik kolonial. Dengan
langkah kebudayaan ini, mereka mendapat bantuan dari Inggeris. Tujuannya adalah
menggoncangkan aqidah Islam, karena Islamlah menjadi sumber yang membangkitkan
roh jihad membela agama, tanah air, harta benda dan jiwa. (Lihat Al-Qodyani karangan
Abu Hasan An Nadawy).

10
Di samping itu Kolonialis memperalat aliran-aliran TasauI dan kebatinan yang telah
menyeleweng untuk menyebar luaskan perbuatan-perbuatan bidah, khuraIat. Dalam
keadaan orang Islam India putus asa dan menyerah pada tekanan situasi yang berbahaya,
banyak di antara mereka yang disokong untuk masuk ke dalam aliran Qodyani yang
bathil, yang dipelopori oleh Mirza Ghulam Ahmad di Punjab.
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang diagungkan oleh Inggeris, yang di masa
mudanya terkenal dengan penganut aliran TasauI, dan menyendiri. Kemudian dia
menjadi tokoh di kalangan umat Islam dan mengutip ayat-ayat Al Quran dan
sebagiannya yang diselewengkan, supaya umat Islam tidak dapat menghaIal Quran, dan
menyamakan di antara al-Quran dengan bahasa Arab. Ini adalah usahanya merosakan
mujizat Quran.
Bukan sekadar itu saja, bahkan dia mendakwakan dirinya sebagai Nabi yang menerima
wahyu, dan dia aktiI menyiarkan ajarannya ini untuk maksud politik yang digariskan oleh
Kolonial. Dia menghapuskan Jihad, sebagai kewajiban umat Islam dia mengancam
revolusi Islam menentang penjajah Inggeris di India.
Dalam bukunya TERYAQ QULUB, Mirza Ghulara Ahmad mengatakan: Saya
menggunakan sebagian besar umurku untuk menyokong pemerintah Inggris, dan
mencegah jihad, wajib taat pada Ulil Amri (Inggris). Ini ditulis dalam buku-buku dan
majalah-majalah , risalah-risalah sehingga jika dikumpulkan sebanyak 50 kedai buku.
Kebanyakan buku-buku ini tersebar di negeri-negeri Arab, Mesir, Syiria, Turki serta
Indonesia dan lain-lain, yang tujuannya agar umat Islam toleransi dan mengakui
kekuasaan penjajah; dia memuaskan hatinya dengan kisah Al Mahdi dan Al Masih yang
ditunggu datangnya kembali ke bumi, dan menghapuskan perasaan Jihad dan lain-Iain.
Ini membuktikan, bahwa Mirza Ghulam Ahmad menggunakan Qodyaniyah sebagai alat
untuk mematahkan cita-cita ummat Islam India, supaya mereka tidak melakukan

11


perlawanan terhadap Inggeris dan menerima kehinaan.. Ertinya, Qodyaniyah adalah
produk Kolonial. Inilah rahsia yang menjadikan Qodyan masih berkembang sesudah
matinya Mirza Ghulam Ahmad tahun 1908, dan pengikut-pengikut Mirza ini aktiI
menyiarkan aliran-aliran ini di kalangan umat Islam dengan giat atas bantuan dan
sokongan morel dari musuh-musuh Islam. Qodyan membuka cabang-cabangnya di
Eropah, Asia dan AIrika yang menggunakan nama sebagai dakwah Islam. Penganut
Qodyaniyah bekerjasama menyebarkan Iaham kolonialisme bersama Orientalis dan
Zionis.
Bahkan mereka sengaja menyerang Islam dengan menggunakan musuh-musuh Islam
sebagai anggota dakwahnya, namun begitu Allah tetap melindungi Islam.
2.6 Menggunakan Media Massa
Orientalis sentiasa bersama Kolonialis untuk memerangi Islam. Di negeri-negeri Islam
sendiri, Semua media masa moden sentiasa bekerjasama dengan Orientalis dalam
memerangi Islam. Maka umat Islam menghadapi perang pena, madia masa yang
membawa kebinasaan yang disampaikan mereka melalui surat-surat khabar, majalah-
majalah, radio, television, Iilem atau teater dan lain-lain.
Bahaya perang Media Masa ini sangat besar sekali, sebab ia secara langsung meresap ke
dalam otak dan jiwa tanpa pemeriksaan , dan tanpa kaji oleh kebanyakan manusia dan
umat Islam. Fahaman-Iahaman berbahaya yang diterima akan meresap ke dalam otak
umat Islam, Iahaman-Iahaman ini sengaja disebarkan oleh para orientalis sebagai taktik
untuk menyerang umat Islam.
Media Massa dipergunakan oleh musuh-musuh Islam itu untuk menghancurkan umat
Islam, melalui tulisan-tulisan, gambar-gambar, Iilem-Iilem, Iikiran, buku-buku, majalah-
majalah. Ini lebih berbahaya dari serangan bersenjata sebab tentara itu mudah dilihat dan
diketahui gerakan dan penyerangannya.

12


Tetapi masalahnya, bahwa umat Islam di semua tempat tidak menyedari tentang bahaya
media masa yang disalahgunakan ini, dan banyak pula para Juru Dakwah, Muballig,
menerima apa saja yang disiarkan oleh media massa.
Di zaman kita sekarang, umumnya media massa sering menyiarkan bermacam-macam
berita kemungkaran, kebebasan, atheis. Semuanya disajikan sesuai dengan apa yang
berlaku di Eropah dan Amerika, di mana kebanyakan masyarakatnya sudah lemah sekali
taentang moralnya karena sudah tidak Iaham dan pengertian agama mereka dan akibat
terbongkarnya rahasia Kristien yang di dalam ajarannya sekarang banyak sekali
pertentangan-pertentangan , begitu pula ajaran Yahudi sendiri, semuanya tak sesuai lagi
dengan akal yang sihat dan ilmu pengetahuan.
Sebaliknya, Islam dan ajarannya selamat dari pertentangan-pertentangan . Islam menyeru
kepada Tauhid, persatuan dan persaudaraan, keadilan, kemajuan dan sesuai dengan akal
dan pengetahuan. Islam menyeru umat manusia agar berjuang untuk mempertahankan
agama Islam, mempertahankan tanah air, hak, diri, keluarga, dan lain-lain.
Justru karena itulah para Orientalis telah menguasai media masa bagi memutarbelitkan
Iakta menyelewengkan ajaran agama Islam.
2.7 Membesar-besarkan Tradisi Kuno
Membesar-besarkan adat dan tradisi serta perbuatan-perbuatan masyarakat di masa
Jahiliyah, perbuatan-perbuatan bangsa primitiI, yang didakwakan bahwa hal yang seperti
itu seolah-olah adalah ajaran Islam; ini dilakukan pula oleh para Ilmuwan Islam
(munaIiq) yang bekerjasama dengan Orientalis. Akhirnya mereka menuduhkan bahwa
orang-orang Islam itu sama dengan Badui, Kubu, Ortodok, seperti suku terasing dan
primitiI, liar, Ianatik, dan lain-lain. Syariat Islam itu menurut Orientalis hanya sesuai
dengan orang-orang primitiI dan orang ortodok.

13
3. KAEDAH UNTUK MENGATASI ORIENTALIS DALAM USAHA
MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM
3.1 Kembali Kepada Ajaran Al-Quran Sepenuhnya.
Melihat realiti masyarakat Islam kini yang jahil dan hakikat dan keIahaman Islam yang
sebenar, maka wajarlah umat Islam kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Ini
memandangkan kepada umat Islam yang lemah dari segi sosial, politik , dan
ekonominya.Apabila umat Islam lemah, maka mudahlah musuh-musuh Islam untuk
menyebarkan ajaran-ajaran yang bertentang dengan ajaran Allah .
Selain daripada itu, ruang penggunaan metod akidah dan medannya lebih luas . Uslubnya
pula lebih berbagai , lebih hidup dan lebih berhubung rapat dengan kehidupan manusia
dan perasaannya. Lantaran itu , kita perlu kembali kepada al-Quran untuk mengeluarkan
asas-asas iman dan untuk mengetahui uslub-uslub al-Quran yang dinamik dalam
membawa manusia kepada keimanan kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat. Sebenarnya al-
Quran telah mengemukakannya dengan metod yang terkini sehingga mampu menjadi
asas pemikiran dan aliran bagi seluruh cabang pemikiran masyarakat umat Islam.
Allah berIirman :
=''- '-'',' '-'- , '-' - ,-, ,- '-' '--- , ,'= '--,+- ,
- - '-- +-,- =' , =' - '= '-= , _--- ` , '-'= .'
'='+-- =- -- .


14

Maksudnya :
Kami menurunkan kitab al-Quran kepadamu (Muhammad) dengan sebenar-benarnya ,
untuk membenarkan dan menjaga kita yang terdahulu sebelumnya. Maka dari itu,
hukumlah di antara sesama mereka itu menurut apa yang diturukan oleh Allah.
Janganlah engkau perturutkan nafsu mereka yang membelokkan engkau dari kebenaran
yang sudah datang padamu. Untuk masing-masing dari kamu semua itu Kami tetapkan
aturan dan jalan.
Al-Maidah : 48
Jelaslah bahawa Allah s.w.t. menurunkan kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dengan disertai kebenaran mengenai apa-apa ssaja yanag terkandung di dalamnya., juga
membenarkan isi-isi yang terkandung.
Selanjutnya dalam ayat di atas disebutkan pula bahawa Allah Taala memerintahkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya dalam memutuskan segala persoalan hukum dari
al-Quran itu, baik orang-orang yang beragama Islam ataupun yang termasuk golongan
ahlul-kita (kaum nasrani dan Yahudi) dan jangan sampai mengikuti hawa naIsu mereka
sendiri saja.
3.2 Penekanan Kepada Tahuid
Teras bagi pengajian akidah Islam ialah ketauhidan kepad Allah s.w.t. bukan hanya
mempercayai kewujudan-Nya dan siIat-siIatNya sahaja. Islam tidak menekankan kepada
mengimani wujudNya Allah s.w.t kerana ia merupakan kenyataan yang sudah diterima
secata Iitrah, tetapi penekanan yang sungguh-sungguh ialah ketauhidan terhadap Allah
s.w.t. Kewujudan Allah s.w.t. adalah satu hakikat yang tidak diragukan lagi, malah
merupakan satu hakikat yang amat nyata. Ianya disaksikan oleh Iitrah yang sejahtera dan
dibuktikan oleh akal yang waras.
15

Tauhid yang berpaksikan ibadah kepada Allah s.w.t. akan memberikan penekanan kepada
tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan perundangan terhadap Allah s.w.t.

Tauhid juga tidak pernah mengenal kompromi dengan jahiliah, malah akan menyerang
jahiliah yang berbentuk pemikiran, kepercayaan dan amalan. Lantaran itu tauhid yang
benar pasti akan menyerang Iahaman seperti Orientalis .
Bertolak dari sinilah maka penting sekali genarasi muda terutamanya diberi penekanan
tentang pengajian akidah memberikan penekanan yang lebih kepada persoalan
ketauhidan terhadap Allah s.w.t. agar tidak terpesung dengan Iahaman yang menyalahi
akidah Islamiah.
3.3 Memeperkukuhkan Akidah Terhadap Pembangunan Individu dan
Masyarakat
Aqidah adalah suatu pegangan yang kuat kepada satu ajaran yang diturunkan oleh Allah
maka sudah pastilah apa yang dipercayai itu merangkumi apa yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. dan beramal serta melaksanakan semua perintah-perintah dan
tuntutannya serta menghindari dan menjauhi segala larangannya.
Sedia maklum bahawa, peranan akidah yang kuat akan dapat maengubah individu dan
masarakat daripada jahiliyyah yang penuh segala maksiat kepada masyarakat Islam yang
mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang murni yang jauh dari segala
bentuk kejahatan dan kemungkaran.
Apabila seorang itu mempunyai akidah yang kuat dan teguh ke dalam hati sanubari
mereka maka dengan secara sendirinya ia telah meletakkan dirinya di kalangan manusia
yang bermartabat tinggi , yang mengetahui siapakah dirinya dan mengenali pencipta-Nya
dan dapat menyediakan bekalan di akhirat kelak.
16

Aqidah yang mantap juga membekalkan kepada pemiliknya ketenangan jiwa, yang
diperolehi selain daripada orang-orang yang benar-benar beriman , yang mana
kelapangan Iikiran ini ukan lahir dari sebab-sebab lahiriah yang datang daripada
kemajuan teknologi moden dengan berbagai ciptaan yang menakjubkan dan ukan lahir
lahir dari hasil ketinggian ilmu yang dimiliki yang merentasi kemajuan pemikiran dunia
manusia, kerana perkara-perkara terseut tidaka dapat sedikitpun membantu dan menolong
menenangkan kehidupan manusia.
Aqidah juga membekalkan kekuatan kepada masyarakat, yang dengan kekuatan itu oleh
menundukkan musuh-musuh Islam dan menjadikan mereka gerun dengan perpaduan dan
kesatuan aqidah yang ditanam , melahirkan masyarakat yang mempunyai hubungan di
antara satu sama lan, yang diikat dengan ikatan aqidah berasaskan kepada ukhuwah yang
kuat.
3.4 Mengutamakan Hari Akhirat
Orang yang beriman perlu komited dan beritlizam dalam melakukan amalan kebaikan di
dunia ini kerana yakin bahawa selepas kematian ia akan dibangkitkan semua di ahri
Akhirat di mana pada ketika ktu mereka akan bertemu dengan Allah s.w.t. dan akan
menerima balasan aik atau buruk di atas amalan yang dilakukan semasa di dunia.
Orang yang beriman dengan hari akhirat akan mengutamakan usaha untuk mencapai
kebahagian hidup di akhirat berbanding dengan hidup yang sementara di dunia ni.
Kebahagiaan dan kesenangan hidup di akhirat jauh lebih baik daripada kebahagian
sementara di dunia. Firman Allah s.w.t. :
-= ' +' '-- _' _= ,, '`- -- '- '-- . , - '-' ,=, ' -
-= - '-- -, ` '='- `-= .-,' .
17


Maksudnya :
Katakanlah : Sesungguhnya aaku ini manusia biasa seperti kamu, dan diwahyukan
kepadu : Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa. Sesiapa
yang berharap untuk bertemu dengan Tuhannya ( pada hari akhirat ) , maka hendaklah
ia melaksanakan amal soleh dan jangan ia menyekutukan seorangpun dalam beribadat
kepada Tuhannya.
Al-KahI (18) : 110

3.5 Merasa Takut Untuk Melakukan Sebarang Maksiat Dan Perkara-Perkara
Yang Di Larang Oleh Allah S.W.T.
Orang-orang yang beriman dengan hari akhirat akan merasa takut untuk melakukan
sebarang maksiat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. kerana
mereka meyakini bahawa segala amalan sama ada kecil atau besar akan dibalas oleh
Allah s.w.t. di hari akhirat kelak. Sebagaimana Iirman Allah :
---,, +'-= ,' '-'-- '-' --, . -, ,= '-`- .-, - . -
-, - '-`- .-, .
Maksudnya :
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam (bentuk
dan ragamnya) , supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan di atas segala )
pekerjaan mereka (iaitu ada yang berwajah putih berseri-seri atau yang berwajah htam
dan sebagainya). Sesipapa yang mengerjakan amalan kebaikan seberat zarrah sekalipun,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan amalan
kejahatan walaupun sebesar zarrah sekalipun , nescaya dia akan melihat (balasan )nya
juga.
18


3.6 Para ulamak Dan Cendeakawan Islam Bersama Dan Berusaha Menangani
Serangan Orientalis.
Para ulama, para pendakwah, para mubalig Islam serta pemimpin-pemimpin Islam agar
sentiasa peka dan aktiI menangkis tuduhan-tuduhan, pemalsuan dan ancaman berbahaya
yang sengaja dilontarkan oleh Orientalis, supaya umat Islam sedar, insaI dan lebih aktiI
membahas dan mempelajari ajaran agama Islam dan mengamalkannya.
Usaha ini memerlukan alat-alat dan media masa pula, memerlukan para pendakwa yang
khusus dan berilmu tinggi, berakhlak mulia, berjiwa jihad dan beramal semata-mata
karena Allah s.w.t., dalam ilmunya mengenai Islam, juga memahami taktik dan strategi
serta tulisan dan karangan musuh-musuh Islam, dan mengerti bahasa-bahasa asing seperti
bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia dan terutama sekali bahasa Arab.
Di samping ilmu dan kesungguhannya itu perlu ada perseIahaman di antara para
pendakwah, para ulama berhimpun dan.mengatur berkerjasama dalam mengatur
strategik dan taktik memantap kedudukan Islam.
3.7 Menyampaikan Dan Menyebarkan Ajaran Islam Sebenar
Umat Islam hendaklah berusaha menerima ilmu ajaran Islam yang sebenar melalui guru
yang benar-benar Iaqih tentang ilmu ajaran Islam supaya tidak terpengaruh tentang
serangan Orientalis .Inisudah tentu memerlukan para pendakwah , penyampai ilmu yang
sangat tinggi ilmunya dan benar-benar ikhlas semata kerana Allah s.w.t., cerdas, dan
berani untuk berhadapan dengan para Orientalis dan musuh-musuh Islam dalam segala
bentuk, nama dan tindakan serta serangannya seperti dijelaskan Iirman Allah dalam
surah Ali Imran ayat 104, yang bermaksud :
Hendaklah di antara kamu ada umat yang menyeru kepada kebaikan, melakukan yang
maruf dan mencegah yang munkar mereka itulah orang yang beroleh kemenangan.

19




Firman Allah lagi dalam surah As-ShaI ayat 14, yang bermaksud :
Wahai orang-orang beriman!, Hendaklah kamu menjadi Pembela agama Allah, seperti
yang dikatakan oleh Isa bin Maryam kepada pengikutnya: Siapa yang akan menolongKu
untuk menegakkan agama Allah? Dijawab oleh pengikutnya spontan (langsung): Kami
ansharullah (Pembela Agama Allah).
Kerana itu, wajib bagi semua umat Islam berjuang dan aktiI berdawah menyiarkan dan
membela Islam dengan semua kemampuan, harta, tenaga, ilmu dan semua yang dimiliki,
baik kedudukan, jabatan, kekuasaan, ilmu dan segalanya, agar dimanIaatkan untuk
mengeluarkan umat manusia dari Zhulumat (musyrik, kaIir, munaIiq, Iasiq, bodoh,
melarat, miskin, lemah, dianiaya, pecah-belah, dan lain-lain), kepada an Nur (bertauhid,
beriman, istiqamah, beramal shaleh, pintar, makmur, kuat, adil, bersatu, dan lain-lain)
sesuai dengan ketentuan Syariat Islam yang meliputi Tauhid, Hukum saksi, warisan,
akhlak, jihad, dan semua mumalat, politik, ekonomi, dan lain-lain, tanpa menambah atau
mengurangi.








20
4. DALIL NAQLI BAGAIMANA KEIMANAN TERHADAP HARI
AKHIRAT DAPAT MENGATASI GEJALA PENGARUH ORIENTASI
Beriman kepada hari akhirat ialah mempercayai bahawa selepas manusia mati, ada
sesuatu kehidupan lain di akhirat di mana manusia akan dibangkitkan semula untuk
menerima pembalasan daripada Allah s.w.t. di atas segala perbuatan yang dilakukan oleh
mereka di dunia ini.
Sebagaiman yang diketahui, beriman dengan hari akhirat adalah merupakan salah satu
rukun iman. Sesiapa yang tidak beriman dengan hari akhirat, dia tidak dianggap sebagai
seorang mukmin walaupun dia beriman dengan rukun-rukun iman yang lain. Firman
Allah s.w.t. :
- - -' --' ',- _'= -' --' ',- -'- ,--,-' '+,',
.- , -,- `'- .- -- =` ,,' '- -- --'- -'- -, - .
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasulNya dan
kepada kitab yang Allah turunkan kepada rasulNya serta kitab yang Allah turunkan
sebelumnya. Sesiapa yang kufur terhadap Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya,
rasul-rasulNya, dan hari akhirat, maka sesunggugnya orang itu telah sesat sejauh-
jauhnya .
Surah Al-Nisa : 136
Ayat di atas jelas menerangkan, seseorang yang beriman kepada Allah s.w.t. dengan
yakin maka, ia wajib beriman kepada semua Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah,
Malaikat-Malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-Kitab, Hari Akhirat dan Qada dan Qadar.
Mereka tidak boleh beriman sebahagiannya saja seperti mana Iahaman Orientalis.

21
Dalil-Dalil Naqli Yang Berkaitan Tentang Keimanan Terhadap Hari Akhirat Dapat
Mengatasi Gegala Pengaruh Orientalis :
4.1 Tidak Mempercayai Adanya Kebangkitan Manusia Selepas Mereka
Dimatikan Oleh Allah S.W.T
Orientalis Barat tidak mempercayai adanya kebangkitan manusia setelah dimatikan oleh
Allah .s.w.t. . Ini kerana mereka bahawa peristiwa kebangkitan semula adalah satu yang
mustahil kerana mereka berpandapat bahawa tidak mungkin mayat manusia yang telah
hancur dan musnah dapat dikembalikan semula kepada keadaan asalnya dan dihidupkan
semula .
Pandangan Orientalis yang ingkar ini disebut dalam beberapa ayat al-Quran di antaranya
ialah :
=- '-== '- . -'= ='- ,'' .
Maksudnya :
Apakah (akan dibangkitkan semula) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang
hancur luluh?. Mereka berkata : Kalau demikian , itu adalah suatu pengembalian yang
merugikan.
Al-Naziat : 11-12
Memandangkan keimanan kepada hari akhirat dan kebangkitan semula manusia selepas
mati termasuk rukun iman, maka sesiapa yang mengingkari wuhudnya hari akhirat dikira
sebagai kaIir. Terdapat dikalangan ahli IalsaIah Islam yang mengingkari kebangkitan
manusia secara berjasad kerana mereka percaya yang dibangkitkan semula hanyalah roh
manusia sahaja, bukannya jasad mereka.
Al-Imam al-Ghazzali mengira ahli IalIasah yang mendakwa bahawa jasad manusia tidak
dibangkitkan selepas mereka mati sebagai kaIir. Terdapat dalil-dalil aqli dan naqli yang
membuktikan berlakunya kebangkitan mausia selepas mereka mati dan adanya hari
akhirat.
22
(a) Firman Allah s.w.t. :
',= = ,-' -- '- --` ,-, . - --'= '- --` -, `
'-,- =, ' .- . +--=-' ` ,=,-' +--=-' =-, ',`= -+= ,= .
Maksudnya :
Dan berkata manusia : Betulkah apabila aku mati, bahawa aku akan dibangkitkan
semula dan kembali hidup? dan tidakkah manusia itu memikrkan bahawa sesungguhnya
kami taelah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada (apa-apa) sama sekali?. Demi
Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syatan, kemudian akan
kami datangkan mereka ke sekeliling (neraka) Jahannam dengan berlutut.
Maryam : 66-68
(b) Firman Allah s.w.t :
- ''-- -' '+,,=, . , ,'= '= .- , .
Maksudnya :
Katakanlah ; ia akan dihidupkan oleh Tuhanyang menciptakannya kali yang pertama
dan Dia Maha mengetahui tentang segala makhluk.
Yasin : 79







(c) Firmannya :
-,, --, , - .
Maksudnya :
Sesungguhnya Dia-lah yang menciptakan (makhluk) dari permulaan dan
menghidupkannya (kembali).
Al-Buruj : 13
Berdasarkan Iirman Allah s.w.t. di atas, bahawa umat Islam hendaklah menolak Iahaman
Orientalis tentang dakwaannya bahawa manusia tidak akan dihidupkan semula selepas
kematiannya menurut kajiannya. Ini jelas bahawa Iahaman Orientalis semata-mata ingin
mengkaburkan keimanan umat Islam sahaja.
Oleh itu , umat Islam wajib percaya sepenuhnya keimanan terhadap hari akhirat agar
terselamat daripada azab api neraka dan tergolong orang-orang sesat atau kaIir.
Dari segi dalil akalnya pula, Allah yang berkuasa menjadikan manusia daripada tiada
iaitu setitis air mani tentu sekali lebih berkemampuan untuk mengembalikan manusia
darpada sisa-sisa jasad mereka yang musnah. Ini kerana menjadikan sesuatu daripada
tiada dari segi logik akalnya adalah lebih susah daripada menjadikan sesuatu daripada
saki baki bahan-bahan yang telah sedia ada.

4.2 Merasa Takut Untuk Melakukan Sebarang Maksiat Dan Perkara-Perkara
Yang Di Larang Oleh Allah S.W.T.
Orang-orang yang beriman dengan hari akhirat akan merasa takut untuk melakukan
sebarang maksiat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. kerana
mereka meyakini bahawa segala amalan sama ada kecil atau besar akan dibalas oleh
Allah s.w.t. di hari akhirat kelak.
24
a. firman Allah dalam Surah Al-Zalzalah : 6-8 :
+'-= ,' '-'-- '-' --, ---,, . -, ,= '-`- .-, - . -
-, - '-`- .-, .
Maksudnya :
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam (bentuk
dan ragamnya) , supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan di atas segala )
pekerjaan mereka (iaitu ada yang berwajah putih berseri-seri atau yang berwajah htam
dan sebagainya). Sesipapa yang mengerjakan amalan kebaikan seberat zarrah sekalipun,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan amalan
kejahatan walaupun sebesar zarrah sekalipun , nescaya dia akan melihat (balasan )nya
juga.
b. FarmanNya Lagi Dalam Surah Al-Kahf :49
--' - '- '--',,, ,',-, , '-- ,---- ,-=-' - --' _-
'+-= ` ,- ` ,- ',` , -'= ,'-= '- -= . '=, `
-= =- .
Maksudnya :
Dan diletakkanlah kitab lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan
terhadap apa yang (tertulia0 di dalamnya, dan mereka berkata : Aduhai celaka kami ,
Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar,
melainkan ia mencatat semuanyanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka
kerjakan ada (tertulis) dan Tuhanmu tdak menganianya seorang juapun.



25
4.3 Balasan Azab Allah S.W.T. Bagi Mereka Yang Mengubah Perundangan
Allah S.W.T.
Umat Islam hendaklah berpegang teguh terhadap ajaran Islam iaitu ajaran yang datang
daripada Allah s.w.t. , Tuhan bersiIat maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, aqidah
Islam adalah bersiIat tetap dan tidak berubah di semua zaman. Tiada siapa yang boleh
menokok tambah atau mengurangkan apa yang terkandung di dalamnya. Kalau ada
sebarang tokok tambah, ia dianggap perkara bidaah yang tertolak dengan sendirinya.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
'- ,'= - _'- - ,- ' :
,+ -- ,' '- '-- _ -= - .
Maksudnya :
Sesiapa yang mengada-adakan dalamurusan kami (agama Islam) sesuatu yang bukan
daripadanya, maka ia tertolak.
Al-Quran menolak sesiapa yang cuba mengada-adakan sesuatu dalam agama ini atau
mensyariatkan apa-apa syariat kerana hak untuk menggubal syariat dalam agama ini
hanya milik Allah s.w.t. sahaja, bukannya dikongsi dengan makhlukNya di bumi ini. Dan
bagi mereka itu desediakan azab seksa yang amat pedih di akhirat.
+' - - - ', ' '- ,-' - +' ,=- , , .--' -' `,'
+-,- _--' . ,' -= +' ,-'=' .




26
Maksudnya :
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian
dari agama mareka, sebarang undang-undang yang tidak diizankan oleh Allah? Dan
kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu) , tentulah dijatuhkan azab
dengan serta merta kepada mereka(yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-
orang yan zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
4.4 Yakin Akan Mendapat Balasan Yang Baik Oleh Allah S.W.T
Dengan menerima aqidah Islam yang sebenar, manusia akan dapat mencapai kebahagian
dalam menjalankan kehidupan di dunia dan di akhirat. Hakikat ini banyak disentuk oleh
al-Quran al-Karim menerusi beberapa Iirman Allah s.w.t. ;
a. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah : ayat 62 :
=` ,,' -'- - - ,---' --' ' ,-' ,-- ,-'
'='- .-= ,-=, ` +,'= ,= ` +- --= = +' .
Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi , dan orang-orang
Nasara dan, orang-orang Sabiin (orang-orang yang keluar dari satu agama ke satu
agama yang lain), siapa sahaja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada
allah (termasuk iman kepada Muhammad s.a.w. ), hari kemudian dan beramal soleh
(perbuatan yang baik yang diperntahkan oleh Islam ), mereka akan menerima pahala
daru Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran kepada mereka , dan tidak (pula) mereka
bersedih.
b. Firman Allah Dalam Surah Al-Nahl : 97
-,= ,,= -,,=-' -,- , _`- - '='- .-= - , +-,=-'
,'-, ,-' '- -='- = .
27
Maksudnya :
Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang
baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang
lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
4.5 Orang-Orang Yang Beriman Akan Sentiasa Komited Dan Beriltizam Dalam
Melakukan Amalan Kebaikan Di Dunia.
Orang-orang yang beriman akan sentias akomited dan beriltizam dalam melakukan
amalan kebaikan di dunia kerana mereka yakin bahawa selepas kematiannya, ia akan
dibangkitkan semula di hari akhirat di mana ketika itu ia akan bertemu dengan Allah
s.w.t. dan akan akan menerima balasan sama ada baik atau buruk di atas segala amalan
yang dilakukannya semasa berada di dunia.
a. Firman Allah S.W.T. Dalam Surah Al-Khafi : 110
-= ' +' '-- _' _=,, '`- -- '- '-- . , - '-' ,=, ' -
, ` '='- `-= .-,' -= - '-- - .
Maksudnya :
Katakanlah : Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu , yang diwahyukan
kepadaku : Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa. Sesiapa
yang berharap untuk bertemu dengan Tuhannya (pada hari akhirat) , maka hendaklah ia
mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam
beribadat kepada Tuhanya.




28
4.6 Takut Untuk Bersekongkol Dengan Pelaku Perbuatan Zalim
Manusia yang percaya kepaada hari akhirat akan menghindarkan diri daripada melakukan
perbuatan zalim dan menaIikan hak-hak orang-orang lain semasa hidup di dunia. Ini
kerana melakukan perbuatan zalim atau cenderung bersekongkol dengan pelaku
perbuatan zalim akan dibalas dengan balasan buruk di hari akhirat kelak .
Firman Allah S.W.T. Dalam Surah Hud : 113
` ` ',' - - - ' '- '-' --- ,-'= ,-' _' ,-- `
--- .
Maksudnya :
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan
kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun
selain daripada Allah , kemudian kamu tidak akan diberi pertolingan.

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran al-Karim di atas, jelas menerangkan bahawa umat
manusia amnya dan umat Islam khususnya menolak Iahaman-Iahaman yang dibawa oleh
para Orientalis kerana boleh merosakkan aqidah Islam .
Umat Islam hendaklah sentiasa waspada terhadap janji manis dari para pendawah
Orientalis kerana boleh menyesatkan kehidupan di dunia dan akhirat. Selalu menyakini
tentang balasan yang akan diterima pada hari akhirat kelak.
Apa jua yang kita lakukan sama ada perbuatan itu baik atau jahat, melaksanakan segala
perintah Allah ataupun melanggarkan perintah Allah akan dihisab dan dibalas oleh Allah
Taala.Kebaikan yang dilakukan akan dibalas surga yang penuh kenikmatan sementara
kejahatan yang dilakukan akan dibalas neraka iaitu tempat yang penuh dengan seksaan
dan kepedihan.
Mudah-mudahan kita tergolongan orang yang beriman dengan hari akhirat sepenuhnya ,
dan melaksanakan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.
29
6. PENUTUP
Gerakan Orientalisme aalah satu gerakan untuk meruntuhkan asas binaan Islam dan
memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam. Para Sarjana Orientalis melakukan
beberapa cara dan kaedah untuk menyebarkan pemikiran mereka sama ada menerusi
penulis buku, ensiklopedia, pengajuran seminar dan persidangan, penubuhan institusi-
institusi kajian, pengeluaran majalah dan sebagainya.
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menghalang perkembangan Islam seperti berusaha
untuk melemahkan pemerintahan Islam, menghapuskan Bahasa Arab , memesong ajaran
al-Quran, membawa aliran-aliran Iikiran yang menyesatkan umat Islam,
menyelewengkan aliran TasauI, menggunakan media massa dan lain-lain lagi.
Di samping itu gerakan Orientalis ini mempunyai tujuan iaitu merosakkan keimanan
aqidah, syariah yang mengatur persoalan hidup manusia dan akhlak Islam dengan
memberikan gambaran yang salah dan meragukan tentang hakikat perkara tersebut.
Sebagai umat Islam , kita wajib berusaha untuk mengatasi gerakan Orientalis daripada
menghalang perkembangan Islam . Contoh kaedah yang boleh diberi penekanan ialah
seperti setiap umat Islam kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. ,
Menguasai ilmu Tauhid , memperkukuhkan aqidah terhadap pembangunan individu dan
masyarakat. Kita berharap agar para ulamak dan cendiakawan Islam mestilah bersatu
padu dan berusaha untuk menangani serangan gerakan Orientalis bagi menyebarkan
ajaran Islam sebenar kepada setiap lapisan masyarakat seluruh negara .
Kekuatan aqidah umat Islam akan kukuh selagi mereka yakin dengan beriman tentang
hari akhirat. Setiap amalan yang dilakukan akan menerima balasan baik atau buruk.
Mereka akan takut untuk melakukan perkaraperkara yang melanggar perintah Allah
Taala dan berusaha untuk melakukan segala kebaikan dengan sebanyak-banyaknya bagi
mendapat balasan di hari akhirat.

30
Sebenarnya , apa yang diusahakan oleh Orientalis dalam gerakannya bagi mengelirukan
aqidah umat Islam ini sebenarnya telah mengesahkan apa yang dinyatakan di dalam al-
Quran bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan reda dengan
agama Islam dan kerana itu mereka akan melakukan pelbagai cara dan pendekatan untuk
menghancurkan ajaran Islam sama ada menerusi kaedah ketenteraan ataupun menerusi
gerakan intelektual yang digerakkan di pelbagai institusi kajian di negara Barat.















31
7. RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.


Al-Hadis Nabi Muhammad


Haji Said bin Haji Ibrahim (1997). Perbandingan Aqidah Dan Fahaman Umat Islam.Kuala Lumpur :
Darul MariIah .

Haji Said bin Haji Ibrahm (1998). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Darul MariIah, Kuala Lumpur.


Indriaty Ismail (1998). Orientalisme : Pengenalan ringkas dalam Islam dalam persepsi orientalisme.

Bangi : Jabatan Usuluddin dan FalsaIah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Johari Mat, Dr. (1997). Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah: Satu pengenalan. Jurnal Usuluddin , bil. 6 :
Julai 1997.

Mohammad Asin Dollah (1998). Persepsi orientalis terhadap Quran: Rujukan khusus kepada dan
pandangan George Sale (1697 1736) dalam Islam dalam persepsi orientalisme .

Bangi : Jabatan Usuluddin dan FasaIah, Fakulti Pengajian Islam , UKM.

ProI. Dr. Haron Din (1990). Manusia Dan Islam, Amiza Publishing Sdn, Bhd. Johor Bahru.


Sayid Sabiq (2003). Aqidah Islam, terj.. H. Moh. Abdai Rathomy, Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.
Yusri Abu (2004). KeIahaman Aqidah di kalangan saudara baru : Suatu kajian di Kuala Lumpur.
Disertasi Sarjana, Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.

Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah (2001). Islam : Aqidah dan kerohanian. Bangi : Penerbit UKM.




32

Anda mungkin juga menyukai