Anda di halaman 1dari 22

PANDUAN MASALAH PENUAAN

Sesetengah orang sangat fobia dengan perkataan penuaan, terutamanya bagi wanita yang memang mementingkan kecantikan fizikal dan pandangan orang terhadap dirinya. Walau bagaimana kita cuba mengelaknya, penuaan pasti menjelma. Cuma apa yang boleh dilakukan ialah melambatkan proses penuaan tersebut.

Selain senaman dan rawatan lain, proses penuaan juga boleh dilambatkan dengan cara mengambil makanan yang sesuai untuk melambatkan proses penuaan. Banyak kajian pemakanan yang telah dijalankan mengenai perkara ini.

1.0-MEMERANGI TANDA PENUAAN


Apabila melihat wajah di cermin dan mendapati terdapat garis-garis halus di bawah mata sesiapa juga pasti akan gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan tua dimamah usia. Realitinya setiap wanita takut berhadapan dengan penuaan walaupun ia sebenarnya adalah proses semula jadi yang berlaku pada setiap manusia.

Jujurnya bagi wanita yang sudah berusia atau sudah memasuki usia senja masih menginginkan penampilan awet muda. Justeru mereka mencari pelbagai cara untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan disebabkan pancaran sinaran matahari, tekanan, pencemaran selain kesan merokok, minum minuman keras atau pola makan buruk yang turut menyumbang kepada penuaan kulit.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, tanda penuaan boleh dikesan pada kulit yang mengalami tompok hitam. Ini terjadi pada mereka yang sering berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama.Biasanya kesan ini muncul pada lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu iaitu daerah yang mudah terkena matahari.
3

Selain menimbulkan tompok hitam tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah.Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan kolagen dan elastin kulit rosak.Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang dan kencang.

Seterusnya pori-pori yang semakin membesar adalah tanda kulit semakin tua. Seiring pertambahan usia, pori-pori menjadi lebih besar kerana terdapat sel kulit mati di sekitar liang roma.

Kajian dijalankan Akademi Dermatologi Amerika menunjukkan sinaran matahari dan juga aktiviti merokok juga boleh menyebabkan kulit berkedut. Paparan radikal bebas ini menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) kulit dalam membran sel. Akibatnya, paras kolagen dan elastin turun daripada masa ke semasa sehingga kulit mulai merosot dan hilang keanjalannya.

2.0-FAKTOR PENUAAN KULIT


Untuk mengembalikan struktur kulit yang lebih baik dari keadaan sebelumnya, seseorang harus mengenalpasti tanda-tanda awal proses penuaan kulit. Dengan cara itu, rawatan awal dan pencegahan dapat dikenalpasti terlebih dahulu supaya kerosakan struktur kulit dapat dicegah, dihentikan dan diperbetulkan.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penuaan kulit berlaku dan ianya seperti berikut:

Faktor Genetik 1. Garis halus / kedutan 2. Kulit menipis 3. Kulit kusam dan tak bermaya 4. Rongga pori-pori yang lebih terbuka 5. Cengkung di kawasan pipi dan mata 6. Pengenduran kulit di leher, wajah, dan lengan 7. Kulit kering & bersisik 8. Keguguran rambut Faktor Luaran 1. Kedutan yang ketara di bahagian dahi,tepi mata dan tepi mulut 2. Kulit menjadi kasar 3. Tona kulit yang tidak sekata ataupun gelap

3.0-JENIS MAKANAN YANG BAIK UNTUK KULIT


Kita mungkin membelanjakan sebagian besar gaji untuk serum dan krim mahal yang menjanjikan kecantikan kulit. Namun percayalah, produk mahal itu tak akan banyak membantu tanpa ditunjang makanan sihat yang bersahabat dengan kulit. Ikan

Ikan berlemak seperti salmon, tilapia, dan cod sangat kaya dengan asam lemak omega 3. Kulit anda akan berterima kasih kerana terjaga kelembapannya dan tidak akan mudah mendapat iritasi. Selain itu, ikan (cod dan salmon) kaya dengan vitamin D yang penting untuk tulang.Bagi yang vegetarian sepenuhnya, mungkin anda perlu menambahkan suplemen vitamin D harian.

Teh hijau Teh ini tidak terlalu mahal.Anda boleh meminumnya dan mengamalkannya sebagai rutin setiap hari karena teh kaya dengan antioksidan yang berguna untuk kesihatan kulit.Minumlah setidaknyatidaknya sekali sehari untuk mengelakkan penuaan dan radang kulit.

Brokoli Kaya dengan vitamin A, C, dan K, jenis sayuran ini memang sayuran yang banyak manfaatnya.Vitamin A menurunkan penghasilan minyak di muka, vitamin C merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk kulit dan vitamin K pula membantu mencegah kerosakan kulit dengan efektif.

Minyak biji bunga matahari Ia mencegah kekeringan kulit dan radangan, serta juga penting untuk pembentukan prostaglandin, sejenis hormon yang mempertahankan semua sel tubuh untuk bekerja dengan lebih baik.

Almond Almond juga tidak boleh dilupakan kerana ianya dapat meningkatkan vitamin E di dalam tubuh, yang juga antioksidan penting untuk kesihatan kulit.Ia dapat meningkatkan kadar kelembaban vitamin E tersebut di permukaan kulit.

4.0-MELAMBATKAN PENUAAN
Kolostrum dan Anti Penuaan

Penuaan melembabkan kecantikan kulit kita.Ia mempengaruhi kesihatan kita, rupa fizikal kita dan kualiti kehidupan secara keseluruhannya. Penyelidikan terperinci menunjukkan kolostrum adalah unik kerana ia hanya membekalkan hormon-hormon anti penuaan di dalam keseimbangan yang sempurna, seperti yang dikehendaki oleh kulit. Itulah sebabnya tiada kesan-kesan sampingan terhadap kulit walaupun pengambilan kolostrum pada dos yang lebih tinggi.

Hormon-hormon Awet Muda

Proses penuaan dikaitkan secara langsung dengan pengurangan hormon-hormon terutamanya Hormon Pertumbuhan (GH). Pengeluaran GH dalam badan kita mula menurun daripada waktu baligh lagi.Apabila mencecah 61 tahun, paras GH hanya 20% daripada paras sewaktu kita berusia 21 tahun. Inilah sebab kenapa kebanyakan dari kita mula menampakkan simptom-simptom penuaan apabila usia mencecah 40an. Antara simptom-simptom penuaan GH ialah:

Pengurangan tahap pergerakan dan tenaga. Kulit berkedut dan rambut beruban putih. Hilang keupayaan penyembuhan. Kehilangan isipadu otot. Pertambahan lemak.

Kajian menunjukkan bahawa meningkatkan GH ke tahap yang normal dapat mengurangkan segala simptom-simptom ini.Namun supplemen GH yang tidak asli selalunya tidak seimbang dan tidak dianggap 100% selamat.

Kolostrum sebagai Pengganti Asli Hormon

Kolostrum bekerja seperti GH dengan tiada sebarang kesan sampingan yang tidak selamat. Apabila kolostrum diambil sebagai supplemen kita, kulit akan nampak lebih muda, kesan usia dan bintikbintik hitam akibat penuaan hati mula berkurangan, isipadu tulang dan ketumpatan serta isipadu otot juga bertambah. Tahap ketahanan tubuh melawan penyakit dan paras tenaga kita juga turut meningkat.

Selain itu,tahap lemak akan mula berkurangan dan fungsi seksual pula meningkat.Warna dan kekuatan rambut juga mula meningkat.

Kolostrum juga mengandungi faktor-faktor pertumbuhan penting, seperti pertumbuhan epidermal (EGF), memiliki darjah tertinggi serta berupaya merangsang regenerasi sel dan penyembuhan luka. Di samping faktor-faktor pertumbuhan, kolostrum dipenuhi kandungankandungan utama lain yang membantu mengekal, mengawal atur dan memulihkan sistem tubuh badan.

Antioksida - Dihubungkaitkan dengan perkembangan keupayaan kognitif dan daya ingatan, membersihkan radikal-radikal bebas (penyebab kanser, penyakit jantung dan strok) daripada sistem badan kita. Anti-inflamasi - Membantu menyembuhkan badan dan melawan penyakit-penyakit seperti Reumatoid Artritis.

10

5.0-ANTIOKSIDA UNTUK KECANTIKAN KULIT


Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh disumbangkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang.

Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit.

Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E,
11

mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.

Beta-karotena juga dikenali sebagai Pro-vitamin A yang boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berfungsi sebagai antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas dengan berkesan.

Vitamin C pula diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit. Ia menyerupai fungsi vitamin E sebagai nutrien anti-radikal bebas utama yang boleh melindungi sel daripada serangan radikal bebas dalam tubuh serta melawan kesan kerosakan radikal bebas.

Mineral seperti selenium dan zink turut memainkan peranan sebagai antioksida.Selenium diperlukan dalam pembentukan enzim glutasi peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas. Pengambilan selenium organik adalah disarankan kerana ia semula jadi dan selamat. Manakala zink pula merupakan nutrien mikro yang diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk fungsi imuniti, kesihatan kulit dan penyembuhan kulit atau luka.Secara luarannya, anda turut disarankan agar memakai krim pelindung sinar UV yang sesuai ketika berada di luar rumah.

12

6.0-10 TIPS MENGURANGKAN KEDUTAN


Kehadiran kedutan di muka adalah amat digeruni oleh kebanyakan wanita kerana ia akan menampakkan diri telah dimamah usia. Walaupun ia sukar untuk dielakkan 100 peratus, usaha untuk mengurangkan kehadirannya perlu dilakukan agar wajah tampak lebih muda dan jelita. Kehadirannya juga harus diminimumkan agar wajah tidak kelihatan lebih tua dari usia.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meminimumkan kedutan dan untuk menganjalkan kulit, iaitu:

1. Mengamalkan pemakanan yang sihat

Diri anda adalah apa yang anda makan. Ambillah makanan yang menyumbang kepada kesihatan kulit iaitu lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.Ia mampu membantu memperbaiki struktur kulit. Hendaklah mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan berminyak dan makanan berlemak.

13

2. Lindungi kulit anda dari sinaran matahari

Sinaran ultra ungu yang terdapat pada sinaran cahaya matahari boleh mempercepatkan kedutan pada kulit.Oleh itu elakkanlah kulit anda dari terdedah kepada sinaran terus matahari untuk jangka masa waktu yang panjang. Gunakanlah krim pelindung matahari setiap kali anda ingin keluar rumah pada waktu siang iaitu krim yang mengandungi SPF 15 atau 20 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.

3. Penggunaan krim pelembab

Elakkan kulit anda dari mengalami pengeringan kerana kekeringan kulit adalah penyumbang kepada kehadiran kedutan.Gunakanlah krim pelembab yang sesuai dengan kulit anda.Ia dapat membantu kulit anda mendapat cukup lembapan yang mana dapat membantu kulit untuk menjadi lebih elastik dan mengurankan kedutan.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya enam jam sehari. Tidur yang cukup akan menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas yang mana dapat mengelakkan kelesuan pada wajah. Ianya sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko kehadiran kedutan.

5. Menggunakan pelindung mata

Penjagaan mata adalah amat penting kerana kedutan amat mudah terjadi di sekitar mata.Penggunaan krim mata amat membantu
14

mengatasi masalah ini.Penggunaan cermin mata yang mampu mengelakkan mata dari sinaran UVA dan UVB juga patut digunakan ketika anda terdedah kepada pancaran matahari dan juga ketika manggunakan komputer dan menonton televisyen.

6. Mengamalkan pengambilan ikan sebagai diet harian

Ikan sememangnya kaya dengan protein yang dapat membantu membina struktur kulit. Omega-3 yang terdapat pada ikan salmon, mackerel dan tuna misalnya mengandungi ALA (Alpha Linolenic Acis) dan EPA (Eicosapemntanoik Acid) dan DHA (Docosahexanoic Acid) yang amat baik untuk tubuh dan kulit.

7. Senaman secara teratur

Senaman yang teratur mampu menyumbang kepada kesihatan tubuh sekaligus kepada kesihatan kulit.Lakukanlah senaman ringan setiap hari terutamanya ketika setiap kali bangun tidur selain dari senaman yang dilakukan selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi, tiga kali seminggu.

15

8. Minum air dalam jumlah yang mencukupi

Minumlah air sebanyak lapan gelas sehari untuk cuaca dan keadaan yang normal.Minumlah lebih dari lapan gelas sehari ketika cuaca panas dan ketika mengadakan aktiviti yang aktif dan ketika berada di tempat berhawa dingin.Kandungan air yang cukup dalam tubuh mempu mengekalkan keanjalan kulit dan dapat mengelakkannya dari berkedut.

9. Bersihkan sisa solekan

Jangan sesekali tidur tanpa membersihkan sisa solekan pada wajah anda. Sisa solekan ini, walaupun cuma bedak, akan menutup pori-pori kulit. Ia boleh menyebabkan pori-pori tersumbat yang menyumbang kepada kehadiran kedutan.

10. Hindari dari merokok dan duduk berhampiran orang yang merokok

Merokok mampu mengurangkan kelembapan kulit dan menyumbang kepada kehadiran kedutan.Elakkanlah dari tabiat merokok dan berada berhampiran orang yang sedang merokok. Segeralah membersihkan wajah anda jika terpaksa bersama orang yang sedang merokok jika anda sayangkan kulit anda.

16

7.0-CARA MELAMBATKAN TANDA PENUAAN


Tahukah anda, anda tidak perlu membeli produk kecantikan yang mahal-mahal atau melaburkan sejumlah wang yang besar untuk pembedahan demi tampil cantik dan awet muda. Begitu juga pengunaan terlalu banyak produk atau rawatan kecantikan, kadangkadang ia akan memburukkan lagi keadaan anda.

Tanpa produk atau rawatan yang mahal sekali pun anda masih boleh memperoleh kulit wajah yang sedar dan muda.Langkah-langkah di bawah disarankan dapat membantu anda memelihara aset diri yang paling berharga.

17

Langkah 1 Lindungi diri dari matahari. Lindungi diri dengan pelindung matahari, tidak dinafikan ia merupakan sejenis produk tetapi harganya agak berpatutan. Gunakan setiap hari, malah pastikan juga bahan solekan anda mengandungi bahan pelindung matahari atau sekurang-kurangnya SPF1.Bagi berambut pendek, sapu rata bahan pelindung matahari di sekitar leher, tengkuk dan telinga. Langkah 2 Hirup udara segar. Menatap komputer sepanjang hari di bawah sinar lampu kalimantan boleh membuatkan wajah anda pucat.Bagaimana menanganinya? Tidak perlu mendapatkan rawatan yang mahal hanya ambil masa beberapa minit keluar dari pejabat untuk mendapatkan udara segar dari luar. Ia dapat mengembalikan kesegaran kulit. Langkah 3 Makan ikan dan kekacang. Kolagen semula jadi boleh diperolehi dalam makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti ikan, kekacang dan telur dan makanan yang kaya dengan anti oksida seperti sayuran hijau. Makan bergoreng telah membuktikan ia dapat mengurangkan jumlah kolagen. Jadi anda haruslah tahu apa yang perlu anda lakukan, betulkan? Langkah 4 Jangan lupa krim anti kedutan. Jangan lupa oles serum atau krim anti kedut kerana ia dapat menyegarkan wajah yang kusam

18

8.0-SENAMAN WAJAH

Dahi 1. Tempatkan jari telunjuk tepat di atas mata dan tarik ke bawah mata sambil mengangkat alis. 2. Latihan ini mampu menegangkan kulit dahi. 3. Ulangi latihan ini sebanyak sepuluh kali. Bibir 1. Hisap jari sekeras mungkin dan dengan perlahan-lahan melepaskannya. 2. Ulangi latihan ini sebanyak sepuluh kali. 3. Latihan wajah ini akan membuatkan bibir lebih tegang dan tegang. Mata 1. Duduk dengan mata tertutup dan bertenang. 2. Sambil memejamkan mata ,lihat ke bawah dan ke atas sejauh mungkin. 3. Ulangi latihan senam mata ini sebanyak sepuluh kali.
19

Pipi

1. Ambil jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan bawa jari-jari tersebut ke pipi serta mendorongnya ke dalam. 2. Pada masa yang sama, angkat pipi dengan senyuman selebar mungkin.

Leher dan Dagu 1. Duduk lurus dan pusingkan kepala ke belakang sambil menatap langit-langit. 2. Tutup bibir dan tenang. 3. Gerakkan bibir bawah ke bibir atas sejauh mungkin dan tahan sampai hitung ke sepuluh. 4. Santai dan ulangi sebanyak sepuluh kali.

Beberapa tips yang perlu dilakukan oleh anda tidak kira tua atau muda. Lakukan sendiri di rumah atau di tempat kerja Info Setelah melakukan senam wajah, regangkan otot-otot wajah dengan menggunakan cara berikut:

a. Buka bibir selebar mungkin. Rasakan pipi, dagu, dan bibir meregang. tahan dan lepaskan dan kemudian ulangi. Latihan ini mengemaskan otot-otot wajah, meningkatkan sirkulasi dan mengurangi ketegangan serta stres. b. Tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembus nafas sekali gus sambil membuka mulut lebar-lebar dan jelirkan lidah sejauh mungkin. Buka mata dan lihat ke atas.Ini membantu untuk mengurangkan ketegangan di wajah dan leher, meningkatkan aliran darah di bawah kulit bahagian tersebut dan merangsang mata.

20

c. Cubit pipi kamu dan urut perlahan-lahan. Ini meningkatkan perjalanan darah.

9.0- BUAH MENGHALANG PENUAAN


Pengambilan buah dan sayur yang banyak mampu menghalang kedutan yg keterlaluan kerana makanan sihat ini dapat merangsang sistem penahanan semulajadi kulit terhadap kerosakan akibat sinaran matahari. Penyelidik juga mendapati bahawa mereka yang suka makan buah dan sayur dengan kerap jarang mengalami kedutan lebih awal dari usia. Ini adalah kerana sayur dan buah sangat kaya dengan vitamin khususnya vitamin A, C dan E yg mempunyai paras anti oksida yang tinggi dan sangat baik untuk kulit.

PETUA TRADISIONAL : LOBAK MERAH Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

PETUA TRADISIONAL : LOBAK MERAH Caranya ialah: 1. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. 2. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
21

3. 4. 5. 6. 7.

Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

PETUA TRADISIONAL : JAMBUL NANAS 1. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. 2. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. 3. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.

Insyallah, ebuku ini menjelaskan secara terperinci mengenai bagaimana mengatasi penuaan secara efektif dan terancang. Insyallah jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami ye. Semoga ebuku ini memberikan manfaat dan sejuta ilmu kepada anda. Insyallah..

22

Anda mungkin juga menyukai