Anda di halaman 1dari 16

KANDUNGAN

Alga

1. Pengenalan

2. Faktor-faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Alga


3. Pengelasan Utama Alga
4. Kaedah Pembiakan

KESAN-KESAN ALGA

A. Kesan positif

i. Aspek ekologi

o Penenang laut
o Sumber makanan organisma lain
o Kalsium karbonat
o Bahan bukan organik
o Sumber oksigen
o Habitat

i. Aspek ekonomi

o Makanan manusia
o Peluang kerjaya
o Perubatan
o Bahan kimia

A. Kesan negatif

i. Aspek ekologi
ii. Aspek ekonomi

o Sektor pembuatan
o Kegiatan penangkapan ikan dan pelayaran
o Sektor pelancongan

i. Ketoksinan makanan

o Amnesic Shellfish Poisoning


o Ciguatera Fish Poisoning
o Diarrhetic Shellfish Poisoning
o Neurotoxic Shellfish Poisoning
o Paralytic Shellfish Poisoning

PENGENALAN

Alga merupakan sejenis rumpai atau lumut air. Ia merupakan tumbuhan pertama di dunia
ini, di mana alga biru hijau telah wujud pada 3.5 bilion tahun dahulu dalam era dunia
Paleozoic. Bagi medefinisikan alga ini, ramai ahli biologi masih tidak dapat memberi
makna yang setepat mungkin.

Alga juga dipanggil sebagai ‘organisma autotrof’ kerana ia mampu membuat makanan
mereka sendiri melalui proses fotosintesis. Alga memainkan peranannya dalam air, iaitu
membekalkan oksigen, membersihkan air dan membekalkan makanan kepada organisma
laut. Maka, adalah menggalakkan untuk pertumbuhan alga dalam akuarium bagi
mencipta satu pandangan semulajadi dan persekitaran stabil untuk hidupan air..

Sebahagian alga adalah bersifat melekat, mencengkam kuat pada substrat dengan bantuan
organ pelekapnya. Tumbuhan ini boleh didapati hampir di semua habitat seperti laut,
sungai, longkang, dinding, permukaan tanah yang lembap, batu, batang, daun pokok serta
siput atau haiwan akuatik lain. Malah juga pada kulit manusia yang sentiasa lembap.

Riwayat hidup alga terdiri daripada 2 aspek iaitu semantik atau morfologi dan sitologi.
Aspek morfologi melibatkan peringkat vegetatif dan aspek sitologi pula berkenaan
bilangan kromosom dalam satu peringkat. Jasad alga adalah boleh jelas dilihat oleh mata
kasar. Kita tidak perlu menggunakan mikroskop untuk mengecam flora rumpai ini
sekurang-kurangnya pada peringkat genus.

Sebagai contoh, alga telah membentuk hampir 94% daripada keseluruhan spesies
tumbuhan yang ditemui di persekitaran Pantai Samudera. Kebanyakan alga akan ditemui
di persekitaran air tawar. Di laut Samudera hanya terdapat 900 spesies alga hijau.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN ALGA

Faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan alga ialah cahaya, aliran, suhu, nutrien
dan pesaing.

Dari segi cahaya, iklim Khatulistiwa yang bermatahari cerah sepanjang tahun amat
menggalakkan pertumbuhan alga. Kebanyakkan terumbu karang bersifat ‘light intensity’
iaitu intensif cahaya yang tinggi. Oleh itu, air akuarium masin memerlukan cahaya yang
banyak. Kuantiti, spectrum dan tempoh masa pemancaran cahaya akan mempengaruhi
pertumbuhan alga. pemancaran cahaya selama 12 hingga 16 jam sehari adalah keadaan
yang amat menggalakkan. Maka, biasanya semua lampu di akuarium dibuka untuk
jangka masa yang panjang kerana ia menyerupai proses pemancaran cahaya matahari
semulajadi.
Bagi nutrien pula, kebanyakkan alga yang berbulu dan yang berlendir akan tumbuh
dengan banyak dalam air yang kaya dengan nutrien. Terutamanya nitrat dan fosfat.
Sesetengah alga besar juga memerlukan iron atau elemen lain untuk membantu mereka
tumbuh sihat.

Aliran juga adalah faktor penting. Tempat yang mempunyai aliran rendah dan perlahan
merupakan kawasan bertakung. Di kawasan ini, alga dapat segera menggunakan CO2 dan
nutrien dalam air dan memperhentikan proses fotosintesis. Sebahagian alga besar pula
memerlukan aliran yang tinggi bagi menjamin bekalan nutrien yang mencukupi

Suhu bukan merupakan masalah besar kepada pertumbuhan alga, kerana alga dapat
menahan suhu yang agak tinggi. Namun suhu yang terlalu sejuk atau panas akan
menjejaskan pertumbuhan alga.

Pesaing alga pula merupakan organisma alga yang pelbagai jenis akan makan dan
bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan nutrien laut.

PENGELASAN UTAMA

Alga dapat dikelaskan kepada 10 divisi, iaitu Cyanophyta, Chlorophyta, Xantophyta,


Chrysophyta, Bacillariophyta, Pyrrophyta, Cryptophyta, Euglenophyta, Phaeophyta dan
Rhodophyta.

Cyanophyta adalah sejenis alga biru-hijau yang tidak mempunyai flagelum. Selnya
bersifat prokariot. Ia bergerak dengan meluncur. Pigmen fotosintesisnya termasuk
biloprotein dan karotenoid yang unik seperti miksoxantin dan mikzoxantofil. Bahan
simpanannya termasuk bahan berprotein ‘Sianofisin’. Ia merupakan sejenis bakteria
berfotosintesis dan memainkan peranan penting sebagai ‘pengikat nitrogen’. Alga jenis
ini juga boleh menukarkan nitrogen dari persekitaran kepada nitrat untuk kegunaan
organisma lain. ( Rujuk appendiks: Rajah 1 )

Chilorophyta adalah alga berwarna hijau yang besar. Beberapa genus yang biasa didapati
termasuk Caulerpa, Halimeda dan Valonia. Julat struktur vegetatifnya adalah yang
terbesar berbanding dengan alga kelas lain. Jika berflagelum, bilangan flagelumnya
adalah 2 atau 4 dan dari jenis akronematik. Kebanyakkannya terdapat dalam air tawar.
( Rajah 2 )

Xanthophyta mempunyai kandungan karotenoid yang lebih daripada kandungan klorofil.


Ia mempunyai 2 flagelum yang berbeza, yang panjang dari jenis pantonemik dan yang
pendek dari jenis akronematik. Bahan makanan tersimpannya ialah minyak dan lemak
serta tidak pernah menimbun kanji. Divisi ini tidak mempunyai dinding sel, jika adapun
dindingnya mempunyai kandungan bahan pektik yang tinggi. ( Rajah 2 )

Chrysophyta merupakan hidupan yang paling banyak di muka bumi. Ia mempunyai


pigmen fotosintesis termasuk klorofil dan karotenoid seperti fukoxantin dan
diadinoxantin. Kedudukan dan keadaan flagelumnya berbeza, selnya boleh menjadi
uniflagerum atau biflagerum. Jika biflagelat, flagelumnya mungkin sama panjang atau
tidak. Bahan simpanan utamanya ialah minyak dan krisolaminari (leukosin), kanjinya
tidak menimbun. Struktur selnya tidak mempunyai dinding selulosa dan membrannya
menunjukan kewujudan silika. Bacillariophyta terkenal sebagai hidupan tanah dan flora
dasar laut atau tasik. Dinding selnya bersilika dan berstruktur sekunder khas. Pigmen
fotosintesisnya termasuk klorofil bersama dengan xantofil dan flukoxantin. Bahan
makanan simpanannya terdiri daripada lemak dan krisolaminarin. Selnya berkeadaan
motil dan mempunyai satu flagerum pantonematik. ( Rajah 3 )

Pyrrhophyta mempunyai pigmen fotosintesis klorofil dengan karatenoid dinoxantin dan


piridinin. Selnya adalah biflagelum iaitu flagelum berbentuk jalur dan satu lagi jenis ialah
akronematik. Nukleusnya besar, jelas dan berstruktur khas. Kebanyakan selnya
mempunyai membran yang jelas disertai dengan permukaan yang bercorak ukiran.

Cryptophyta sangat kecil dan mempunyai sel leper serta bersatah dorsiventral. Pigmen
fotosintesisnya termasuk biloprotein,. Pigmen ini berlainan daripada yang terdapat pada
alga biru hijau dan alga merah. Flagelumnya mempunyai bentuk dan panjang yang sama,
dan terletak di bahagian anterior sel. Kebanyakkan spesies Cryptophyceae berbentuk
unisel, motil dan bogel. ( Rajah 4 )

Euglenophyta merupakan organisma unisel yang berflagelum. Pigmen fotosintesisnya


adalah sama seperti Chlorophyta iaitu klorofil dan karotenoid lutin neoxantin. Kesemua
sel Euglenoid ini adalah sel bogel. Euglenoid mempunyai satu, dua atau tiga flagelum.
Bahan simpanannya pula termasuk polisakarida dan paramilum. ( Rajah 4 )

Phaeophyta iaitu alga perang terbatas kepada laut dan terkenal di zon litoral pantai.
Pigmen fotosintesisnya termasuk klorofil bersama dengan xantofil seperti fukoxantin dan
diatoxantin. Bahan makanan simpanannya terdiri daripada laminarin dan manitol. Jujuk-
jujuk khusus dalam dinding selnya terdiri daripada asid fusinik. Peringkat motil alga ini
pula mempunyai bentuk khas, keseluruhannya berbentuk seperti ‘pear’ dan mempunyai 2
flagelum iaitu ekronematik dan pantonematik. ( Rajah 5 )

Rhodophyta tidak terdapat peringkat berflagelat. Pigmen fotosintesisnya termasuk


biloprotein khas seperti R-fikosianin dan R-fikoertrin dan karotenoid taraxantin. Bahan
makanan simpanannya terdiri daripada kanji floridean dan floridosida galaktosida. Ester
polisulfat adalah komponen khas dinding sel. Kelas ini menunjukkan proses pembiakan
seks yang khas dan khusus. ( Rajah 5 )

Secara keseluruhannya, alga dapat dikelaskan berdasarkan 5 kriteria utama iaitu

1. Pigmen fotosintesis
2. Jenis bahan makanan simpanan
3. Jenis komponen dinding sel
4. Bentuk flagelum
5. Beberapa aspek struktur sel
PIGMEN FOTOSINTESIS

Alga daripada pelbagai filum menunjukkan perbezaan warna yang menarik. Namun,
warna alga sering berubah bergantung kepada perubahan persekitaran. Oleh itu,
pengelasan tepat haruslah berdasarkan penganalisa kimia pigmen fotosintesisnya. Tedapat
3 jenis pigmen fotosintesis dalam alga iaitu klorofil, karotenoid dan biloprotein.

Klorofil yang diekstrak daripada pelbagai jenis alga menunjukkan sifat spektrum yang
berbeza. Karatenoid pula terdiri daripada 2 jenis iaitu karoten dan xantofil. Karoten
adalah hidrokarbon tidak tepu dan linear. Manakala xantotil pula adalah bahan
terbitannya yang beroksigen. Kedua-dua klorofil dan karotenoid tidak boleh diekstrak
dalam larutan berair. Tetapi pigmen yang larut air dikenali sebagai biloprotein. Ini
disebabkan semasa pengekstrakannya, pigmen bebas tidak boleh dipisahkan daripada
moieti protein. Biloprotein ini terdapat dalam 3 alga iaitu Cyanophyta, Rhodophyta dan
Cryptophyta.

Kadar pigmen antara alga adalah berbeza. Oleh itu, sel Chlorophyta dan Euglenophyta
lebih hijau kerana klorofilnya lebih daripada karotenoid. Sebaliknya warna coklat
kekuningan Bacillariophyta, Chrysophyta, Pyrrophyta, Crytoppphyta dan Phaeophyta
serta warna hijau kekuningan Xanthophyta menunjukkan karotenoidnya lebih daripada
klorofil. Warna khusus Cyanophyta yang biru hijau pula adalah disebabkan Biloprotein
yang berlebihan.

BAHAN MAKANAN SIMPANAN

Hasil primer proses fotosintesis iaitu pengikatan karbon dioksida adalah sama bagi semua
alga. Tetapi hasil tidak larut yang terkumpul dalam jangka masa panjang berbeza. ‘Kanji
sebenar’ hanya terdapat dalam Chlorophyta, manakala Rhodophyta dan Cyanophyta
menimbunkan ‘kanji floridean’ dan ‘kanji myxophycean’. Bahan simpanan yang lain pula
ialah floridosid dan monogliserat dalam Rhodophyta. Biasanya lemak akan tertimbun
dalam kebanyakkan alga. Chrysophyta dan Bacillariophyta menimbun lebih banyak
lemak, manakala Chorophyta menimbun lebih banyak karbohidrat daripada
lemak.KOMPONEN DINDING SEL Dinding sel lazimnya terdiri daripada 2 bahan, iaitu
bahan tidak larut air dalam bahagian dalaman sel serta bahan yang berlendir dan larut
dalam air mendidih bagi bahagian luaran sel. Walaupun kedua-dua bahagian ini terdiri
daripada polisakarida. Terdapat juga bahan lipid dan bahan berprotein. Polisakarida yang
tidak larut air iaitu selulosa (bahagian dalaman) terdapat dalam hampir semua divisi alga
kecuali Chrysophyta dan Bacillariophyta yang mempunyai dinding sel yang bersilika.
Beberapa komponen yang mencirikan dinding sel termasuk asid poliuronik, asid alginik
dan asid fusinik dalam Phaeophyta serta komponen mukopeptida dalam Cyanophyta.
BENTUK FLAGELUM

Flagelum terdapat dalam semua divisi alga kecuali Cyanophyta dan Rhodophyta. Bentuk,
bilangan dan kedudukan flagelum merupakan ciri penting pengelasan alga. Flagelum
terdiri adripada 2 jenis iaitu akronematik yang licin dan cemeti serta pantonematik yang
berbarisan talus seperti rambut-rambut halus yang disusun ikut paksi flagelum.

BEBERAPA ASPEK STRUKTUR SEL Beberapa divisi alga boleh dikenali dengan
berdasarkan butir-butir terperinci bagi struktur selnya. Rupa bentuk luaran sel yang
berbeza penting untuk mengenali alga-alga. Misalnya Bacillariophyta terdiri daripada 2
bahagian yang serupa iaitu injab. Dinophyceae mempunyai alur membujur dan alur
melintang. Chrysophyta dan Prasinophyceae pula mempunyai permukaan sel yang
bersisik-sisik.

PEMBIAKAN

Terdapat 4 kaedah pembiakan bagi alga iaitu ;

1. Pembiakan vegetatif
2. Pembiakan Aseks
3. Pembiakan seks
4. Percambahan zigot

PEMBIAKAN VEGETATIF

Kebanyakan alga bentuk berfilamen membiak secara vegetatif, filamennya berpecah


membebaskan kepingan-kepingan kecil. Proses pembiakan ini banyak berlaku pada
keahlian Cyanophyta yang berfilamen dan menghasilkan filamen-filamen pendek yang
motil (homogonia).

PEMBIAKAN ASEKS

Dalam kebanyakan spesies alga, pembiakan aseks lebih kerap berlaku daripada
pembiakan seks. Pembiakan ini menghasilkan spora yang pelbagai jenis. Antara spora
ialah,

• Zoospora – unisel yang motil. Terdapat pada kebanyakan kumpulan alga kecuali
Cyanophyta dan Rhodophyta.
• Aplanospora – Spora aseks yang tidak motil
• Autospora – Spora yang menyerupai sel induk.
• Hipnospora – Spora autospora yang mempunyai dinding tebal.

Biasanya sel motil yang dihasilkan oleh sel vegetatif yang membiak disebut sel geriak.
Manakala bagi multisel, spora ini dihasilkan dalam sel vegetatif dan dikenali sebagai
sporangium. Dalam Phaeophyta, terdapat 2 jenis sporangium iaitu plurilokular dan
unilokular. Plurilokular akan membahagi dan membentuk beberapa petak, seterusnya
kandungan setiap petak akan berkembang menjadi sel geriak. Unilokular pula akan terus
membahagi membentuk sel geriak tanpa melalui proses pembentukan petak. Sel geriak
unilokular bersifat aseks dan Sporangium plurilokular membebaskan gamet atau
zoospora.

PEMBIAKAN SEKS

Terdapat 3 kaedah asas bagi pembiakan seks iaitu isogami, anisogami dan oogami.

• Isogami – Proses penyatuan 2 gamet yang berstruktur luaran sama.


• Anisogami – Proses Penyatuan 2 gamet yang berstruktur luaran berbeza.
• Oogami – Hampir sama dengan anisogami, tetapi gamet betinanya tidak
dibebaskan sebelum persenyawaan. Gamet betinanya disenyawa dalam
oogonium. Namun hanya Fucales Phycophyceae yang akan membebaskan
telurnya dari oogonium sebelum persenyawaan.

PERCAMBAHAN ZIGOT

Selepas zigot daripada proses pembiakan seks hidup dengan bebas. Ia akan bercambah
dan membahagi bagi menghasilkan beberapa zoospora. Ia akan berenang buat seketika
dan kemudian dibebaskan lagi untuk bercambah bagi menjadi pokok induk atau terus
menjadi pokok matang.

KESAN-KESAN ALGA

KESAN POSITIF

ASPEK EKOLOGI

1. Penenang laut

Rumpai laut terutamanya alga perang mempunyai kesan penenang terhadap laut.
Tumbuhan ini boleh hidup dengan banyaknya sehingga membentuk hutan di dasar
laut seakan-akan sebuah pulau. Ia mampu mengurangkan daya ombak yang
merempuh pantai dan mengurangkan tindakan hakisan.

2. Sumber makanan organisma lain

Alga juga sebagai penghasil utama bagi rantaian makanan dalam ekosistem
akuatik. Alga yang telah reput akan menghasilkan bau yang dapat menarik
serangga, terutamanya lalat. Organisma yang makan dan terlindung pada rumpai
pula akan menjadi makanan secara langsung kepada hidupan laut lain seperti
moluska. Oleh itu, alga yang kaya dengan nutrien dan kalsium telah menjadi
sumber makanan utama bagi hidupan laut.

3. Kalsium karbonat
Alga merah karolin mempunyai peranan kepada terumbu karang kerana ia kaya
dengan endapan kalsium karbonat di dinding selnya. Antaranya seperti
Porolithon, Lithothamnion dan Lithopyllum. Kalsium karbonat yang tinggi amat
menggalakkan pertumbuhan terumbu karang. Sumbangan kalsium karbonat oleh
alga ini dijangka lebih besar daripada haiwan karang.

4. Bahan tak organik

Melalui proses pereputan rumpai laut, bahan organik yang terkandung di


dalamnya akan ditukarkan kepada bahan tak organik dan kemudiannya
dikembalikan ke laut. Bahan tak organik ini dapat digunakan semula oleh
kominiti tumbuhan lain untuk membentuk populasi di dasar laut.

5. Sumber oksigen

Alga juga menjalankan fungsi seperti tumbuhan di daratan, iaitu sebagai


tumbuhan dalam air yang membekalkan oksigen kepada organisma laut lain.
Melalui proses fotosintesis, alga akan mengikat karbon dioksida dalam air dan
menukarkannya kepada oksigen. Peranan alga ini telah semakin diambil perhatian
oleh bidang penternakan akuarium.

6. Habitat

Alga juga membentuk tempat perlindungan bagi berbagai jenis hidupan laut,
seperti ketam, udang, ikan kecil, teritip, bunga karang dan sebagainya. Oleh sebab
kebanyakan alga bersifat melekat dan mencengkam, maka ia merupakan suatu
tempat perlindungan yang kukuh bagi hidupan laut lain. Terutamanya bagi alga
yang bersaiz besar, ia dapat memberi perlindungan kepada hidupan laut dari
ombak, pemangsa, aliran air dan sebagainya.

Aspek Ekonomi

1) Makanan manusia

Alga mempunyai pelbagai kepentingan kepada manusia sehari-hari. Manusia


telah menjadikan alga sebagai salah satu sumber makanan utama sejak dahalu lagi
dan cara pemakanannya bergantung kepada adat budaya dan masyarakat. Lebih
daripada 70 spesies alga telah dibukti dapat dimakan oleh manusia dengan
selamat. Alga merah dan alga perang merupakan makanan alga yang paling
popular dan dijadikan sebagai sebahagian daripada diet. Ia boleh dimakan secara
mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini mempunyai vitamin dan
mineral serta protein yang tinggi. Namun, ia mempunyai karbohidrat yang sukar
dihadamkan oleh manusia.

Di Hawaii, alga telah menjadi makanan kegemaran sejak turun-temurun.


Antaranya ialah alga hijau Entermorha prolifera dan alga merah Gracilaria
coronopifolia. Di Britain pula, alga merah Porphyra yang dipanggil ‘purple laver’
dimakan dengan pelbagai cara, sama ada dibuat sebagai laverbread, sebagai sayur
atau ‘Blancmange’ yang kering sebagai makanan pencuci mulut.

Di Jepun, pemakanan alga laut sebagai satu kesenian. Jenis alga yang biasa
dimakan aleh masyarakat Jepun ialah spesies Laminaria, Alaria, Porphyra dan
sebagainya. Alga ini boleh sama ada dijadikan teh, kandi, bahan untuk memasak
sup atau sebagai pembungkus sushi. Di Malaysia pula, tumbuhan ini dimakan
mentah oleh masyarakat Melayu tempatan di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia.

Selain sebagai makanan manusia, ia juga boleh dijadikan makanan haiwan seperti
Ascophyllum, Laminaria dan Fucus. Haiwan ternakan seperti ayam, kuda, lembu,
dan kambing yang makan alga-alga ini boleh bertumbuh dengan lebih cepat dan
menghasilkan susu yang bermutu serta telur beriodin tinggi. Alga karolin seperti
Lithotamnion dan Lithophyllum pula dapat digunakan sebagai baja bagi
meningkatkan keasidan tanah.

2. Peluang kerjaya

Alga yang mempunyai pelbagai kegunaan telah membantu meningkatkan peluang


pekerjaan, sama ada dalam bidang akuarium, kosmetik, farmasi, sains, pemakanan
dan lain-lain. Contohnya, salah satu produk alga yang amat popular di pasaran
ialah ‘ Super Blue Green Algae ’. Ia merupakan sejenis keluaran kesihatan di
mana dikatakan ia dapat meremajakan, membina dan menjana semula struktur
dalaman serta luaran badan. Antara organisasi yang terkenal dengan penjualan
produk ini ialah Karen’s Health Boutique.

Selain itu, dalam masa 4 tahun, Ray Cassano telah dapat mencipta pendapatan
tahunan yang melebihi $1 million sebagai sebuah pertubuhan persendirian untuk
Cell tech ( sebuah syarikat nutrien yang berdasarkan Oregon featuring B.G.A ).
Produk alga Cell Tech lain pula ialah Alpha Sun Algae, Omega Sun Algae, Liguid
Omega Sun Algae, Alpha Gold Algae, Probiotics, Acidophilus Enzymes dan
sebagainya.

3) Perubatan

Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Turbinaria, Hydroclathurus


dan Hormophysa dapat mengubati penyakit seperti goiter, disenteri, diarrhea,
masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies juga didapati mempunyai nilai
antibakteria, antikulat, ubat cacing dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga
spesies yang dapat mengurangkan tekanan darah dan kolestrol plasma.

4. Bahan kimia
Antara bahan kimia alga yang banyak memberi sumbangan kepada manusia ialah
filokoid. Filokoid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan.
Ia dapat membentuk gel pada suhu rendah. Bahan ini mempunyai kegunaan
komersial sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan gel. Salah satu jenis
filokoid yang sering digunakan ialah algin yang diperolehi daripada alga perang
termasuk Laminaria.

Algin telah digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan
hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Ini disebabkan ia mampu memberikan
tekstur licin pada aiskrim serta dapat menghalang pembentukan molekul. Selain
itu, algin juga digunakan sebagai bahan pengampai bagi pembuatan bahan
pengilat, farmasi, dadah, dan antibiotik.

Selain daripada algin, karagenan juga merupakan filokoid yang diperolehi


daripada alga merah seperti Chondrus di Atlantik Utara dan EuCheuma di
kawasan Tropika. Karagenan yang ibarat agar-agar ini digunakan sebagai
penstabil aiskrim, ubat gigi, sirap, membaiki tekstur roti dan sup. Filokoid yang
diekstrak daripada alga merah seperti Gelidium, Gracilaria dan Gelidiella pula
digunakan untuk membuat jeli, kertas, filem, losyen, serta melindungi ikan dan
daging ditinkan.

KESAN NEGATIF

ASPEK EKOLOGI

Walaupun alga mempunyai peranan dalam pelbagai aspek, namun ia juga


membawa keburukan yang besar kepada manusia dan hidupan lain. Antaranya
alga boleh menimbulkan masalah kepada jasad air. Pertumbuhan alga yang pesat
akan mengakibatkan pembebasan sebatian yang akan membahayakan haiwan
akuatik. Selain itu, Pertumbuhan pesat alga juga boleh menyebabkan bau busuk
kepada jasad air. Jika jasad air dipenuhi alga ( terutamanya alga berfilamen ),
keadaan anaerobik atau kekurangan oksigen akan dihadapi oleh haiwan dalam air

ASPEK EKONOMI

1) Sektor pembuatan

Bagi sektor pembuatan, walaupun ia dapat menghasilkan filokoid yang berguna


dalam sektor ini, namun penanamannya tidak dilakukan memandangkan
pulangannya yang kecil. Bekalan yang tidak menentu ini menjadikan individu
untuk mengekstrak fikokoid menanggung risiko yang tinggi. Seterusnya
kesanggupan dan minat individu untuk menanam alga juga semakin berkurangan
kebelakangan ini

2) Kegiatan penangkapan ikan dan pelayaran


Kehadiran alga yang banyak juga akan menjejaskan kegiatan penangkapan ikan
dan pelayaran di kawasan pantai akibat daripada kelimpahannya yang tidak
terkawal. Dalam keadaan tertentu, ia juga menyebabkan kegiatan ini menjadi
bahaya. Di mana nelayan dan pelayar ini mungkin tidak dapat memperhatikan
bahan-bahan licin atau hidupan laut berbahaya yang terlindung di bawah lapisan
alga ini. Di samping itu, kegiatan menternak ikan dalam sangkar juga turut
terganggu dengan kehadiran rumpai ini di sangkar.

3) Sektor pelancongan

Selain itu, hanyutan rumpai ini yang banyak di gigi air akan memburukkan
pemandangan. Tumbuhan ini akan mereput dan meninggalkan kesan buruk di
persekitaran kawasan pantai. Dengan demikian, ia akan mengakibatkan tempat ini
tidak sesuai untuk rekreasi. Secara langsung ia juga menjejaskan sektor
pelancongan di negara kita.

KETOKSINAN MAKANAN

Selain daripada keburukan di atas, antara kemudaratan yang paling utama ialah
ketoksinan makanan akibat memakan alga berbahaya.

Dalam beberapa spesies alga, banyak adalah yang mengandungi toksin yang beracun dan
kuntum merbahaya. Dalam ekosistem air tawar, alga beracun selalunya terdiri daripada
divisi Cyanophyta seperti Microcytis, Anabaena, Aphanizomenon dan Nodularia. Spesies
yang lain pula adalah seperti dinoflagellate Alexandrium tamarense dan diatom Pseudo-
nitzschia australis ( Rujuk appendiks: Rajah 6 ). Di samping itu, terdapat juga alga yang
akan mengakibatkan penyakit tanpa kehadiran toksin, seperti spesies Chaetoceros yang
mampu menumpang dalam tisu insang ikan ( Rujuk appendiks: Rajah 6 ). Ia akan
menyebabkan kegatalan pada bahagian kulit manusia atau yang serius akan membawa
maut.

Kebanyakkan manusia yang mengalami ketoksinan daripada alga merbahaya adalah


melalui pemakanan makanan hidupan laut. Antara penyakit ketoksinan makanan akibat
alga adalah:

1. Amnesic Shellfish Poisoning (ASP)


2. Ciguatera Fish Poisoning (CFP)
3. Diarrhetic Shellfish Poisoning (DSP)
4. Neurotoxic Shelfish Poisoning (NSP)
5. Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)

AMNESIC SHELLFISH POISONING (ASP)

Organisma penyebab : Pseudo-nitzschia

Jenis toksin : Domoic Asid


Amnesic Shellfish Poisoning merupakan sidrom pengancaman nyawa. Ia bersifat kedua-
dua gastrointestinal dan neurological dalam badan terganggu. Biasanya gastroenteritis ini
akan berjangkit dalam masa 24 jam selepas memakan shellfish ( hidupan laut yang
bercangkerang seperti siput, remis, kerang, kupang dan sebagainya ) bertoksin ini.
Pesakit yang terkena toksin ini akan berasa loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit.

Neurological pula akan menunjukkan simptom dalam masa 48 jam selepas memakan
shellfish yang mengandungi toksin ini. Pesakit akan berasa kepitaman, sakit kepala,
pengejutan, perasaan tidak selesa badan, kehilangan ingatan jangka pendek, susah
bernafas dan pengsan.

Pada tahun 1987, 4 orang telah mati kerana makan hidupan laut yang mengandungi
toksin ini di Prince Edard Island, Canada.

CIGUATERA FISH POISONING (CFP)

Organisma penyebab : Gambierdiscus toxicus, Prorocentum spp., Ostreopsis spp., Coolia


monotis, Thecadinum sp. dan Amphidinum carterae

Jenis toksin : Ciguatoxin / Maitotoxin

Ciguatera Fish Poisoning juga membawa simpton gastrointestinal, neurological dan


cardiovascular. Biasanya pesakit akan berasa cirit-birit, muntah dan kesakitan perut.
Seterusnya neurological pula akan menyebabkan sensasi suhu, kesakitan otot, kepitaman,
kerisauan, berpeluhan, rasa kaku dan rasa gelenyar pada mulut.

Pemulihannya memerlukan sekurang-kurangnya satu minggu sehingga berbulan-bulan


atau bertahun-tahun. Sehingga kini, masih tiada ubat penawar untuk toksin ini. Namun ia
tidak akan membawa maut dan pesakit akan pulih secara automatik. Ciguatoxin adalah
amat susah untuk dikesan dalam mana-mana makanan hidupan laut sebelum dimakan.

Toksin ini terdapat dalam kebanyakan ikan tropika. Gejala ini berlaku secara mutlak dari
negara subtropika sehingga U.S tropika, seperti Florida, Hawaii, U.S. Virgin Island dan
lain-lain.

DIARRHETIC SHELFISH POISONING ( DSP)

Organisma penyebab : Dinophysis sp.

Jenis toksin : Okadaic Acid

Diarrhetic Shellfish Poisoning membawa simpton gastrointestinal juga. Biasanya


serangan toksin ini akan bermula dalam masa 30 minit sehingga beberapa jam selepas
memakan shellfish bertoksin ini. Penyakit ketoksinan ini lebih ringan jika berbanding
dengan yang lain. Pesakit hanya akan berasa cirit-birit, muntah, kekejangan perut dan
kesejukan. Namun, ketoksinan ini juga tidak akan membawa maut. Pemulihan akan
berlaku dalam 3 hari secara automatik tanpa perawatan.

Pada tahun 1990, ketoksinan ini telah dilaporkan berlaku di Amerika Utara akibat
daripada shellfish yang dibawa masuk dari pantai selatan Nova Scotia.

NEUROTOXIC SHELLFISH POISONING (NSP)

Organisma penyebab : Gymnodinium breve

Jenis toksin : Brevetoxins

Neurotoxin Shellfish Poisoning hampir menyerupai Ciguatera. Simpton gastrointestinal


dan neurological amat kuat sekali. Di samping itu, ia juga akan membawa simpton asma
atau lelah. Sehingga kini, masih tiada kes kematian dilaporkan akibat toksin ini tetapi
pesakit akan berasa lemah dan lesu. Tidak seperti Ciguatera, biasanya pasakit akan pulih
dalam beberapa hari sahaja.

Pada tahun 1991, ketoksinan makanan akibat alga ini telah berlaku di Gulf, Mexico.
Baru-baru ini pula, ia telah merebak ke kawasan kepantaian Carolinas.

PARALYTICS SHELLFISH POISONING (PSP)

Organisma penyebab : Alexandriu spp., Gymnodinium catenatum dan Pyrodinium


bahamense

Jenis toksin : Saxitoxins

Paralytics Shellfish Poisoning adalah penyakit akibat toksin alga yang paling kerap
berlaku. Ia adalah racun yang disebabkan organisma kecil yang dipanggil dinoflagellates.
Toksin ini banyak terdapat dalam siput, mussels, tiram, kepah, kerang dan teritip. Toksin
ini mudah terdapat dalam kebanyakan makanan hidupan laut.

Simpton toksin ini berlaku dalam masa 10 hingga 30 minit selepas memakan hidupan laut
bertoksin ini. Pesakit akan berasa muntah, cirit-birit, kesakitan perut, rasa gelenyar dan
kebakaran pada bahagian mulut, lidah, muka, leher dan demam.

Sekiranya pesakit didapati susah bernafas, bantuan kecemasan harus diberi segera kerana
ia kemungkinan membawa maut. Penyakit ini juga masih tiada ubat penawar.

Ketoksinan ini banyak berlaku di kawasan kepantaian New England dan New York serta
sepanjang kawasan pantai barat dari Alaska hingga ke California.
KESIMPULAN

Alga yang terdiri daripada pelbagai divisi mempunyai peranan ekologi yang sama seperti
tumbuhan di daratan. Ia dapat menukarkan bahan tak organik kepada bahan organik yang
kemudiannya dapat digunakan oleh organisma yang lain. Oksigen yang dihasilkan
digunakan bukan sahaja oleh organisma laut, tetapi juga organisma di daratan.

Di samping itu, tumbuhan ini juga mempunyai nilai dagangan dan nilai kesihatan kepada
manusia terutamanya bidang pembuatan, kosmetik dan pemakanan. Ia juga merupakan
salah satu sumber vitamin dan mineral kepada manusia.

Walaupun alga membawa faedah yang banyak, namun tidak dapat dinafikan bahawa alga
juga membawa keburukan kepada hidupan akuatik dan manusia. Antara yang paling
serius ialah kemudaratan ketoksinan makanan. Beberapa jenis ketoksinan alga yang telah
dijumpai ialah Amnesic Shellfish Poisoning, Ciguatera Fish Poisoning, Diarrhetic
Shellfish Poisoning, Neurotoxic Shellfish Poisoning dan Paralitic shellfish Poisoning.
Kebanyakan toksin alga ini terdapat dalam makanan hidupan laut. Malangnya ia tidak
dapat dikesan oleh mata kasar kita. oleh itu, adalah lebih baik kita cuba mengelakkan diri
daripada memakan makanan hidupan laut di kawasan berisiko tinggi.

RUJUKAN

Ian Morris. 1988. Pengenalan alga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor., Malaysia.

Ahmad Ismail. 1995. Rumpai Laut. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor, Malaysia.

Alexopoulos C.J. & Bold H.C. 1970. Algae and Fungi. The Macmillan Company. United
States of America.

Aishah Salleh. 1996. Panduan Mengenali Alga Air Tawar. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selangor, Malaysia.

Kumar H.D. & Singh H.N. 1979. A Texbook on Algae. The Macmillan Press LTD.
London.

Theodore J. Smayda & Yuzuru Shimizu. 1993. Toxic Phytoplankton Blooms in the Sea.
Elsevier Science Publishers B.V. Amsterdam, The Netherlands.

Sumber Internet:

http://www.karens-health-boutique.com/
KOSA KATA GEMPA BUMI
1 Magnitudo – banyaknya energi yang dilepas pada suatu gempa yang tergambar dalam
besarnya gelombang seismik di episenter. Besarnya gelombang ini tercermin
dalam besarnya garis bergelombang pada seismogram.
2 Episenter – titik di permukaan bumi tepat di atas fokus atau sumber gempa,
dinyatakan dalam lintang dan bujut, Hyposenter=parameter sumber gempa bumi
yang dinyatakan dalam waktu terjadinya gempa, lintang, bujur dan kedalaman
sumber)
3 Fokus – sumber gempa di dalam bumi, tempat batuan pertama patah.
4 Gelombang seismik – getaran gempa yang menjalar di dalam dan dipermukaan bumi
dengan cara longitudinal dan transfersal.
5 Intensitas – besarnya goncangan dan jenis kerusakan ditempat pengamatan akibat
gempa. Intensitas tergantung dari jarak tempat tersebut dari hyposenter.
6. Kerak bumi – lapisan atas bumi yang terdiri dari batuan padat. Baik tanah di daratan
maupun di dasar laut termasuk kerak bumi.
7. Litosfir – lapisan paling atas bumi yang hampir seluruhnya terdiri dari batuan padat.
Lapisan ini termasuk kerak bumi dan (sebagian) mantel atas
8 Mantel – Lapisan di bawah kerak bumi yang tediri dari mantel atas dan mantel
bawah.
9 Lempeng Tektonik - bagian dari litosfir bumi yang padat atau rigid. Lempeng-
lempeng tektonik ini senantiasa bergerak dengan lambat, terapung diatas mantel.
10 Seismograf – peralatan yang menggambarkan gelombang gempa yang datang di
stasiun pengamat.
11 Seismogram – catatan tertulis dari getaran bumi yang dihasilkan oleh seismograf.
12 Seismologist – ilmuwan yang mempelajari gempa
13 Skala Mercalli – suatu ukuran subyektif kekuatan gempa dikaitkan dengan intensitas-
nya
14 Skala Richter – suatu ukuran obyektif kekuatan gempa dikaitan dengan magnitudo-
nya
15 Sesar – patahan atau pemisahan batuan, umumnya di antara dua atau lebih plat
tektonik

Kapan gempa terjadi ?


Gempa dapat terjadi kapan saja, tanpa mengenal musim. Meskipun demikian, konsentrasi
gempa cenderung terjadi di tempat-tempat tertentu saja, seperti pada batas Plat Pasifik.
Tempat ini dikenal dengan Lingkaran Api karena banyaknya gunung berapi.

Siapa yang mempelajari gempa ?


Seismologist adalah ilmuwan yang mempelajari sesar dan gempa. Mereka
menggunakan peralatan yang disebut seismograf untuk mencatat gerakan tanah dan
mengukur besarnya suatu gempa. Seismograf memantau gerakan-gerakan bumi
mencatatnya dalam seismogram. Gelombang seismik, atau getaran, yang terjadi selama
gempa tergambar sebagai garis bergelombang pada seismogram. Seismologist mengukur
garis-garis ini dan menghitung besaran1 gempa. Seismologist menggunakan skala
Richter14 untuk menggambarkan besaran1 gempa, dan skala Mercalli13 untuk
menunjukkan intensitas5 gempa, atau pengaruh gempa terhadap tanah, gedung dan
manusia.
Siapa yang mempelajari gempa ?
Seismologist12 adalah ilmuwan yang mempelajari sesar15 dan gempa. Mereka
menggunakan peralatan yang disebut seismograf10 untuk mencatat gerakan tanah dan
mengukur besarnya suatu gempa. Seismograf memantau gerakan-gerakan bumi
mencatatnya dalam seismogram11. Gelombang seismik4, atau getaran, yang terjadi
selama gempa tergambar sebagai garis bergelombang pada seismogram. Seismologist
mengukur garis-garis ini dan menghitung besaran1 gempa. Seismologist menggunakan
skala Richter14 untuk menggambarkan besaran1 gempa, dan skala Mercalli13 untuk
menunjukkan intensitas5 gempa, atau pengaruh gempa terhadap tanah, gedung dan
manusia.
Gempa adalah pergeseran tiba-tiba dari lapisan tanah di bawah permukaan bumi. Ketika
pergeseran ini terjadi, timbul getaran yang disebut gelombang seismik.

Anda mungkin juga menyukai