Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran

Hiperaktif aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan dan bertindak berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. - Hipoaktif aktiviti fizikal yang pasif dan bersifat murung dan pasif. - Disleksia kerosakan saraf otak yang melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi; kesukaran baginya untuk menyebut perkataan yang panjang dan mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.

ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah lakunya:

Austisme kecacatan mental yang mengganggu kefahaman, emosi, komunikasi dan keupayaan untuk bergaul. - Neurotik menderita daripada gangguan rasa bersalah, fobia dan konflik yang menghasilkan perasaan cemas di dalam diri kanak-kanak tersebut. - Skizofrenia masalah personaliti ataupun pemikiran yang berbelah bagi menyebabkan kanak-kanak menjadi pemalu, takut-takut, sensitif dan menarik diri dari hubungan sosial. Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam mengeluarkan kata-kata, mencantum perkataan dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Ciri-ciri kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut: - Gagap berpunca dari keadaan fizikal, mental, penyelerasan otot pertuturan tidak sempurna dan kecacatan saraf dan otot saraf. - Sumbing kecacatan disebabkan kegagalan tulang dan tisu lelangit bercantum semasa masih janin dan bertutur dengan suara yang sengau.

Anda mungkin juga menyukai