Anda di halaman 1dari 20

KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan Selain berkomunikasi secara lisan atau bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks.

KEMAHIRAN MENULIS
Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991) tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Kebanyakkan kanak-kanak bermasalah di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis mahupun tulisan mentalis.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Peringkat kemahiran menulis Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1998):
isnamaku_jpm_ipgmkpp

i. Peringkat pra menulis (pra tulisan) ii. Peringkat mendirikan asas (mekanis) iii. Peringkat pelahiran (penulisan kreatif)

KEMAHIRAN MENULIS
Peringkat Pra Menulis (Pra Tulisan) Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari-jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual, iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu, latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanakkanak.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Menurut Hughes, Mercer, Lenz dan Hoffmann (1991), kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis: i.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

KEMAHIRAN MENULIS
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus-putus. iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

KEMAHIRAN MENULIS
v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam. vi. Melukis garis condong.
isnamaku_jpm_ipgmkpp

vii. Menyalin corak mudah dan bentukbentuk, dan

KEMAHIRAN MENULIS
viii.Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Peringkat Mendirikan Asas (Mekanis) Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanakkanak menulis.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Peringkat Pelahiran (Penulisan Kreatif) Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan, idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

KEMAHIRAN MENULIS
Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran seperti melengkapkan ayat, menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, menulis karangan, dan juga menulis surat kiriman.

isnamaku_jpm_ipgmkpp

isnamaku_jpm_ipgmkpp

Anda mungkin juga menyukai