Anda di halaman 1dari 1

Penerokaan Tuna Industri Perikanan Tuna di Malaysia Malaysia adalah sebuah negara maritim yang di kelilingi oleh empat

lautan iaitu Laut Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Andaman dan juga Laut Sulu yang menghubungkan lautan antarabangsa iaitu Lautan Hindi di sebelah barat dan Lautan Pasifik Barat di sebelah timur. Dengan ruang perairan yang luas ini iaitu 418,000 km2 kawasan Exclusive Economic Zone (EEZ), industri perikanan mempunyai potensi yang besar untuk diterokai secara komersil. Dasar Pertanian Negara, dalam Rancangan Malaysia Ke 9 dan juga Pelan Imbangan Perdagangan (BOT) dalam sektor makanan, penerokaan dalam industri perikanan tuna adalah salah satu agenda utama yang diberi penekanan kearah menjadikan Malaysia sebagai pengeksport dalam sektor makanan pada tahun 2010. Perikanan tuna merupakan industri yang berpotensi tinggi dan mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha khususnya dan negara amnya. Pada tahun 2006, perdagangan tuna di peringkat antarabangsa (nilai eksport) mencecah RM 22.5 billion. Tuna merupakan produk perikanan ketiga terpenting diperdagangkan (8 % daripada nilai perdagangan perikanan) selepas udang dan ground fish. Amerika Syarikat merupakan pasaran utama tuna tin dan diikuti oleh Eropah. Manakala Jepun merupakan pengimport utama tuna segar dan diikuti oleh Taiwan. Senario tempatan agak berlainan. Pada masa ini, aktiviti tangkapan tuna dan ikan serupa tuna dijalankan di empat kawasan perairan iaitu Sarawak, Sabah, Labuan, Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga lautan Hindi. Berdasarkan kepada sumber perangkaan dan juga rekod pendaratan tuna di negara ini, masih terdapat banyak lagi sumber tuna yang boleh dieksploitasi secara komersil.

Pengenalan Mengenai Tuna Tuna adalah jenis ikan pelagik yang mempunyai ciri-ciri seperti aktif, free swimming dan sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain (migratory). Di Malaysia, secara amnya, tuna dikategorikan di dalam dua kumpulan iaitu neratik dan oseanik. Tuna neratik adalah seperti ikan aya/tongkol dan boleh didapati di hampir keseluruhan perairan Malaysia. Manakala tuna oseanik adalah dari spesis yang lazimnya berada di perairan yang dalam dan hanya terdapat di beberapa kawasan perairan di Sabah termasuk Terumbu Layang-Layang dan juga di Sarawak. Spesis tuna oseanik yang pernah ditangkap di kedua-dua negeri tersebut adalah terdiri dari yellowfin, bigeye dan juga skipjack Pasaran bagi tuna neratik secara keseluruhannya adalah untuk tempatan manakala tuna oseanik meliputi pasaran tempatan dan eksport (Iran, Jepun, Filipina dan Thailand). Selain daripada yellowfin, bigeye dan jugaskipjack, bluefin tuna dan albacore juga mempunyai nilai komersil yang tinggi dan diperdagangkan secara global.

Vessel Blue Ocean 3 yang dimiliki oleh anak syarikat LKIM iaitu Blue Ocean Fisheries Sdn Bhd (BOFSB)

http://www.lkim.gov.my/293

Anda mungkin juga menyukai