Anda di halaman 1dari 9

2/10/12

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

HOME

FORUM

ETIKA

PELBAGAI

DAFTAR MASUK

DAFTAR AHLI

.::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah Forum Halaqah Raudhah Halaqah Kasturi Feqah Islam (Moderator: syarqowy) Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbal

Pages: [1]

Ke Bawah

Author

Topik: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut (Read 2399 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

hakim114

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


on: 02 October, 2009, 12:06:19 PM

BERSUCI (CARA BERSUCI ORANG LUKA DAN BERBALUT) 1. Jika seseorang itu luka, bagaimana caranya untuk ia bersuci?
Posts: 249

Orang yang sakit atau luka, jika ia dapat membasuh atau memandikan dengan air sebahagian anggotanya, maka bahagian itu wajib dibasuh dengan air ketika ia mengambil wudhuk atau mandi. Adapun kawasan yang tidak dapat dibasuh dengan air kerana takut membawa kerosakan atau mudarat- hendaklah diganti dengan tayammum (yak dengan menyapu debu ke muka dan tangan). Ini adalah pandangan Imam Ahmad dan Imam Syafiie.

Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik; toharah adalah dengan salah satu sahaja iaitu dengan air (yakni wudhuk atau mandi) atau dengan tanah (yakni tayammum). Tidak wajib menggabungkan keduanya. Oleh demikia menurut pandangan kedua ini; jika kebanyakan badan adalah elok dan dapat dibasuh dengan air, memadai dengan membasuh kawasan yang elok/sihat itu dan tidak perlu kepada tayammum. Dan kalau kebanyakan badan adalah sakit/luka, cukup dengan tayammum sahaja, tidak perlu lagi wudhuk atau mandi. 2. Orang yang mengalami luka pada badannya atau patah tulang anggotanya dan terpaksa dibalut, diplaster atau disimen di mana ia tidak dapat ditanggalkan (termasuk semasa ingin mengambil wudhuk), bagaimana caranya ia hendak mengambil wudhuk atau mandi? Bagi kes tersebut, diberi kelonggaran untuk menyapu air di atas kain balutan atau plaster atau simen yang dipakainya. Orang yang menghadapi masalah sedemikian, ia hendaklah melakukan tindakan berikut semasa mengambil wudhuk; Pertama; Hendaklah ia membasuh dan meratakan air sebagaimana biasa ke kawasan-kawasan yang sihat (tidak sakit) dari anggota wudhuknya.

Kedua; Bagi kawasan yang berbalut pula, wajib ia menyapu air ke atasnya. Menurut Imam Abu Hanifah; memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan. Namun jumhur ulamak (iaitu Imam Malik, Syafiie dan Ahmad) berka Wajib disapu air meliputi seluruh balutan.

Jika ia mandi wajib, hendaklah ia mandi sebagaimana biasa iaitu dengan meratakan air ke seluruh badannya yang sihat (yakni yang tidak berbalut). Adapun kawasan yang sakit (yakni yang berbalut) hendaklah disapukan air ke at balutan secara menyeluruh atau sebahagian besar darinya mengikut pandangan ulamak tadi. Apabila ia sembuh nanti, tidak diwajibkan ia mengulangi semula mandi wajibnya. Ia hanya diwajibkan membasuh/memandikan anggota-anggota yang berbalut sahaja. Adakah wajib disertai dengan tayammum? Mengenai soalan ini, para ulamak berbeza pandangan; 1. Menurut mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad; tidak wajib lagi bertayammum. Memadai membasuh kawasan yang sihat dan menyapu air di atas balutan bagi kawasan yang sakit. Tidak perlu bertayammum.

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

2. Menurut mazhab Imam Syafiie; wajib disertai dengan tayammum. Berdasarkan mazhab Syafiie, orang yang memakai balutan ia hendaklah melakukan tiga perkara semasa mengambil wudhuk atau mandi wajib; a) Membasuh kawasan yang sihat (tidak sakit atau cedera) b) Menyapu air ke atas balutan dengan meratakannya c) Bertayammum; bagi mandi wajib, cukup dengan sekali tayammum sahaja sama ada sebelum mandi atau selepasnya. Adapun bagi wudhuk, ada dua pandangan; (Pandangan pertama); wajib bertayammum mengikut bilangan anggota wudhuk yang berbalut untuk menjaga tertib yang disyaratkan dalam wudhuk. (Pandangan kedu cukup sekali tayammum sahaja iaitu sebelum wudhuk atau selepasnya. Pandangan yang rajih dalam mazhab ialah yang pertama.

1/9

2/10/12

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


yang pertama.

3. Mengikut mazhab Imam Ahmad; wajib tayammum hanya jika balutan melebihi kawasan yang perlu, yakni kawasan yang sakit atau cedera. Jika balutan hanya membalut kawasan sakit tanpa menyentuh kawasan yang sih tidak perlu bertayammum, cukup dengan menyapu air ke atas balutan sahaja. Adakah wajib memakainya setelah bersuci? Ada dua pandangan ulamak; Pandangan pertama; wajib balutan atau palster atau simen itu dipakai setelah bersuci iaitu setelah mengambil wudhuk atau setelah mandi wajib. Jika tidak, maka solat yang ditunaikan sepanjang memakai balutan atau simen atau plaster itu wajib diulangi semula apabila sembuh nanti. Pandangan ini telah diberikan oleh mazhab Imam Syafiie dan Imam Ahmad.

Pandangan kedua; tidak wajib bersuci terlebih dahulu sebelum memakainya. Dalam pengertian yang lain; tidak disyaratkan pemakaian balutan atau simen atau plaster itu dibuat setelah mengambil wudhuk atau mandi wajib terlebih dahulu. Sekalipun seseorang memakai balutan atau simen dalam keadaan tidak berwudhuk, harus baginy menyapu atas balutan atau simen itu semasa mengambil wudhuk atau mandi wajib dan tidak perlu ia mengulangi solatnya apabila sembuh. Pandangan ini telah diberikan oleh mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Berapa lamakah tempoh diizinkan menyapu balutan? Keizinan dari Syarak untuk menyapu balutan tidak ada tempoh masa tertentu. Ia bergantung kepada tempoh kesembuhan luka atau patah. Selagi luka atau patah belum sembuh dan balutan masih perlu dipakai, maka selagi keharusan menyapu di atas balutan berterusan. Apabila sakit telah sembuh dan balutan dapat dibuka, hilanglah keharusan tersebut dan wajib mengambil wudhuk atau mandi wajib sebagaimana asalnya. http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/bersuci-cara-bersuci-orang-luka-dan.html

tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

hakim114

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #1 on: 02 October, 2009, 12:07:59 PM

BERSUCI (TAYAMMUM) Apa makna tayammum?

Posts: 249

Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan ma wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud);

Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari temp buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muk kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. (al-Maidah: 6). Bila diharuskan tayammum? Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm;

1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. 2. Kerana tidak mampu menggunakan air Apakah dalil keharusan bertayammum apabila keputusan air?

Dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Seorang lelaki datang berjumpa Umar r.a. dan bertanya; Aku tel berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi). Umar menjawab; Janganlah kamu mengerjakan solat (hing kamu menemui air). Namun Ammar bin Yasir r.a. (yang ada bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar; Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tid menemui air (untuk mandi). Adapun kamu, maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat. Adapun aku, mak aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian aku menunaikan solat. Apabila diceritaka kepada Nabi s.a.w., maka baginda berkata (kepada Ammar); Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya).[2] Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air?

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

2/9

2/10/12

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air?

Dalilnya ialah hadis dari Amru bin al-As r.a. yang menceritakan; Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil, aku tela bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk, lalu aku bimbang jika aku mandi mungkin ak membawa kebinasaan kepadaku. Maka aku pun bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersa sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang), mereka mengad kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayammum). Maka Rasulullah bertanya kepadaku; Wahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub Lalu aku menjawab; Aku teringat firman Allah; Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Sesungguhny Allah sentiasa mengasihani kamu. (an-Nisa; 29). Maka kerana ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat. Mendengar peneranganku, Rasulullah s.a.w. ketawa dan baginda tidak berkata apa-apa.[3]

Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina Ali ditanya berkenaan seorang lelaki yang berada dalam musafi lalu ia ditimpa junub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan. Jawab Saidina Ali; Hendaklah ia bertayammum. Imam Ahmad pernah menceritakan; Beberapa orang sahabat bertayammum dan mereka menyimpan air untuk minuman mereka.[4] Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air?

1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Ha tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor. 2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang. 3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.

4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas 5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya. 6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya. 7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan). 8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa. Apakah syarat-syarat sah tayammum? Untuk sahnya tayammum, para ulamak telah menggariskan syarat-syarat berikut;[5]

Pertama; Hendaklah orang yang bertayammum mempunyai keuzuran yang menghalangnya dari menggunakan ai iaitu kerana keputusan air atau tidak mampu menggunakan air. Kedua; Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air. Ketiga; Hendak lah tayammum itu dengan menggunakan tanah yang bersih Keempat; Hendaklah bertayammum setelah masuk waktu

Syarat pertama telahpun kita huraikan tadi iaitu tatkala memperkatakan tentang bilakah harus kita bertayammum Untuk berikutnya kita huraikan syarat-syarat selebihnya iaitu yang bersangkutan dengan kewajipan mencari air, bahan tayammum (iaitu tanah menurut jumhur ulamak) dan waktu dilakukan tayammum. Apa maksud mencari air?

Seseorang yang ingin bertayammum kerana ketiadaan air, wajib ia berusaha mencari air terlebih dahulu di kawasa sekitarnya. Jika air tiada di rumah, hendaklah ia pergi ke masjid umpamanya atau ke rumah berdekatan moga-mo menemui air. Jangan semata-mata tiada air di rumah, lalu ia pun bertayammum. Setelah pasti benar-benar tidak air, barulah bertayammum. Mencari air itu wajib diulangi setiap kali hendak bertayammum.[6] Tidak cukup dengan pencarian ketika kali pertama bertayammum sahaja.

Bagaimana jika ada air, namun tidak mencukupi untuk bersuci, adakah digunakan air baru tayammum atau terus tayammum? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini;[7]

Pandangan pertama; wajib digunakan air yang ada itu, kemudian barulah bertayammum bagi anggota yang tidak dapat dicuci dengan air. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan Imam Syafiie (dalam qaul jadidnya)

Pandangan kedua; hendaklah terus bertayammum dan tinggalkan air itu. Pandanagn ini adalah pandangan jumhu ulamak yang terdiri dari al-Hasan, az-Zuhri, Hammad, Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafiie (dalam qaul qadimnya), Ibnu al-Munzir dan al-Muzanie (murid Imam Syafiie).

Kalau seseorang itu lupa bahawa dalam kenderaannya ada air atau ia lupa ada menyimpan air di satu tempat, lalu pun bertayammum dan mengerjakan solat; bagaimana hukumnya? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini;

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

3/9

2/10/12

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

Pertama; menurut Imam Syafiie dan Imam Ahmad; tidak dipakai tayammum itu, yakni solatnya wajib diulangi semua setelah mengambil wudhuk dengan air tersebut. Hujjah mereka ialah; thoharah dengan air adalah perintah yang wajib. Ia tidak gugur semata-mata kerana lupa.

Kedua; menurut Imam Abu Hanifah; dipakai tayammum itu, yakni solatnya sah kerana lupa adanya air membawa kepada tidak dapat menggunakan air, maka halnya sama seperti orang yang ketiadaan air. Adakah tayammum hanya harus dengan tanah sahaja? Bolehkah bertayammum dengan selain tanah? Ada beberapa pandangan ulamak dalam masalah bahan yang harus digunakan untuk bertayammum; Pertama; jumhur ulamak (mazhab Imam Syafiie, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Yusuf dan Daud az-Dzahiri) mensyaratkan tayammum hendaklah dengan tanah, tidak harus dengan pasir, batu, kapur dan sebagainya yang tidak dikategorikan sebagai tanah. Dan disyaratkan tanah itu pula hendaklah berdebu (yakni dapat melekat pada tangan bila ditepuk) dan bersih.

Kedua; Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula berpendapat; tidak khusus kepada tanah sahaja. Harus tayammu dengan segala yang ada di atas permukaan bumi; tidak hanya tanah, tetapi juga pasir, kapur, batu dan seumpamanya. Malah menurut Imam Malik; harus tayammum dengan salji dan setiap yang melapisi permukaan bumi. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah juga tidak mensyaratkan bahan-bahan untuk bertayammum itu berdeb Oleh itu, pada pandangan mereka; harus bertayammum di atas batu yang tidak ada debu atau di atas tanah licin yang tidak ada debu yang melekat di tangan apabila ditepuk di atasnya. Adakah harus bertayammum dengan menepuk di dinding, di atas permaidani, di pakaian, di belakang binatang kenderaan atau sebagainya? Ada dua pandangan ulamak;

Pertama; mengikut pandangan mazhab Syafiie dan Ahmad; harus jika di atas tempat-tempat yang ditepuk itu ada terdapat debu yang dapat melekat di tangan sebagaimana yang disyaratkan tadi. Jika tidak terdapat debu padanya tidak harus tayammum.

Kedua; mengikut Imam Malik; tidak harus melakukan tayammum dengan menepuk ke atas debu yang terdapat d atas pakaian, permaidani dan sebagainya itu. Menurut beliau, tayammum hendaklah dengan menepuk terus ke at bumi. Adakah harus bertayammum dengan tanah bernajis?

Tidak harus kerana tayammum wajib dengan tanah atau bahan yang bersih kerana Allah menyebutkan di dalam ayat ( #% $#shaid yang bersih). Begitu juga, Nabi s.a.w. juga bersabda; Shaid (tanah) yang bersih adalah al bersuci bagi seorang muslim jika ia tidak mendapati air sekalipun selama sepuluh tahun. Jika ia telah menemui air hendaklah ia menyapu air (yakni membasuh) badannya. Demikian itu lebih baik baginya.[8] Menurut Abu Hamid; hukum tersebut telah disepakati oleh sekelian ulamak.[9] bersambung.....

hakim114

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #2 on: 02 October, 2009, 12:09:48 PM

Adakah disyaratkan masuk waktu sahnya tayammum? Ada dua pandangan ulamak;
Posts: 249

Pertama; jumhur ulamak (terdiri dari mazhab Imam Malik, Syafiie, Ahmad dan lain-lain) berpandangan; tidak sah tayammum melainkan setelah masuk waktu solat sama ada tayammum kerana keputusan air atau kerana tidak mampu menggunakan air. Maksud masuk waktu ialah tiba waktu yang mengharuskan suatu solat itu dilakukan. Disyaratkan masuk waktu kerana tayammum adalah toharah darurat seperti mana toharah wanita yang istihadha di mana kedua-duanya tidak menghilangkan hadas, akan tetapi dilakukan hanya untuk mengharuskan solat sahaj Maka sebagaimana wanita yang istihadhah tidak harus mengambil wudhuk melainkan setelah masuk waktu, begit juga orang yang ingin melakukan tayammum juga tidak harus melakukannya melainkan setelah masuk waktu so

Kedua; Imam Abu Hanifah berpandangan; tayammum tidak terikat dengan waktu, yakni harus melakukan tayammum sekalipun belum masuk waktu. Beliau mengkiaskannya dengan wudhuk dan toharah-toharah yang lai (mandi, menyapu khuf, menghilangkan najis). Sebagaimana wudhuk harus dilakukan sebelum masuk waktu solat maka tayammum juga sedemikian kerana ia disyariatkan sebagai ganti kepada kedua-duanya.[10] Apakah syarat tayammum bagi orang sakit atau luka?

Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Sakit atau luka yang mengharuskan tayammum ial

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

4/9

2/10/12

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Sakit atau luka yang mengharuskan tayammum ial sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan menyebabkan at-talaf (kematian atau kemusnahan anggota) at mendatangkan mudarat pada badan. Ia merangkumi;[11] 1. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada aggota ( ;)%lumpuh dan sebagainya. 2. Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota. 3. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat. 4. Menyebabkan lambat sembuh 5. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung. 6. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan; seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya.

Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir. Menurut mazhab Syafiie; doctor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq). Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doctor kafir atau fasiq.[12] Namun menurut mazhab Imam Malik; harus memakai pandangan atau makluman dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim.[13] Apakah syarat tayammum bagi orang yang kesejukan? Syaratnya ialah tidak ada sebarang ikhtiar lagi yang dapat dilakuka bagi menggunakan air. Jika mampu berikhtiar sama ada dengan memanaskan air atau sebagainya, wajiblah dilakukan ikhtiar itu. Jika tidak mampu, barulah diharuskan tayammum.[14] Sejauhmanakah ibadah yang harus dilakukan dengan tayammum? Tayammum mengharuskan apa yang diharuskan dengan wudhuk dan mandi.[15] Seorang yang bertayammum harus mengerjakan solat fardhu, solat sunat, sujud tilawah, sujud syukur, membawa mushaf, membaca al-Quran dan beriktikaf. Hukum ini telah disepakati oleh ulamak.[16]

Namun para Fuqahak berikhtilaf dalam menentukan bilangan solat fardhu yang harus dikerjakan dinisbahkan kepa satu tayammum yang dilakukan. Di sana ada tiga pandangan; [17]

Pandangan pertama; tayammum sama seperti wudhuk iaitu tidak terikat dengan bilangan solat. Selagi tayammum tidak batal iaitu dengan menjumpai air atau dengan berlakunya hadas-, maka harus untuk melakukan dengan tayammum itu seberapa banyak solat yang dikehendaki sama ada fardhu atau sunat dan tanpa mengira waktu. Pandangan ini merupakan pendapat Said bin al-Musayyab, al-Hasan, az-Zuhri, as-Tsauri, Imam Abu Hanifah, alMuzani dan ar-Ruyani.

Pandangan kedua; Jumhur ulamak yang terdiri dari Saidina Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, as-Syabi, an-Nakhaie, Qatadah, Yahya al-Ansari, Rabiah, Malik, Syafiie, al-Laits, Ishaq dan Imam Ahmad. Mereka berpendapat; satu tayammum hanya untuk satu solat fardhu atau satu ibadah wajib sahaja. Oleh demikian, tidak harus menjamakka dua solat dengan satu tayammum atau melakukan dua tawaf atau melakukan satu solat fardhu dengan satu tawa fardhu, menghimpunkan dua solat nazar atau antara satu solat fardhu dengan satu solat nazar. Hendaklah diperbaharui tayammum untuk setiap solat fardhu yang hendak dilakukan setelah dipastikan tidak air terlebih dahulu. Adapun solat sunat, harus dilakukan seberapa banyak yang dikehendaki.

Pandangan ketiga; Imam Abu Tsur dan fuqahak mazhab Hanbali.[18] Mereka berpandangan; Tayammum terikat dengan waktu di mana satu tayammum hanya bagi satu waktu solat fardhu sahaja. Seorang yang bertayammum boleh melakukan apa sahaja solat yang dikehendaki sama ada solat fardhu dalam waktu, solat fardhu yang luput, menjamakkan dua solat dan seberapa banyak solat sunat yang diingini selama belum masuk waktu lain. Apabila masuk waktu lain, batallah tayammum dan wajib diulangi semula tayammum bagi mengharuskan solat kembali. Kedaaannya menyamai seorang wanita istihadhah atau orang-orang lainnya yang melakukan toharah darurat.[19 Apakah anggota-anggota tayammum? Berdasarkan ayat al-Quran tadi dan hadis-hadis Nabi s.a.w. (sebahagiannya telah kita sebutkan tadi), anggota

tayammum hanya dua sahaja (sama ada tayammum bagi menggantikan wudhuk atau bagi menggantikan mandi) iaitu; 1. Muka 2. Dua tangan

Mengenai muka tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa keseluruhan kawasan muka yang wajib dibasuh ketik mengambil wudhuk, maka ketika tayammum kawasan muka tersebut wajib diratai dengan debu. Adapun tangan, maka para ulamak berbeza pandangan tentang kawasan yang wajib disapui debu;

Pertama; mengikut jumhur atau majoriti ulamak iaitu Saidina Ali, Ibnu Umar, al-Hasan al-Basri, as-Syabi, Salim Abdullah, Imam Malik, al-Laits, Imam Abu Hanifah dan Syafiie; kawasan tangan yang wajib disapui debu adalah sama sebagaimana yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk iaitu bermula dari hujung jari hinggalah ke siku. [20] Mereka berdalilkan antaranya- sabda Nabi s.a.w.; Tayammum itu dua kali tepukan, sekali untuk disapu ke muka dan sekali untuk di sapu ke kedua tangan hingga ke siku.[21]

Kedua; sekumpulan ulamak yang terdiri dari Atho, Makhul, al-Auzaie, Imam Ahmad, Ishaq, Imam Syafiie (mengi qaul qadimnya sebagaimana diceritakan oleh Abu Tsur)[22] dan disokong oleh Ibnu al-Munzir berpandangan; kawasan tangan yang wajib disapui debu ketika tayammum hanyalah sampai ke pergelangan tangan sahaja.[23] Mereka berdalilkan hadis kisah Ammar (yang telah kita kemukakan tadi) di mana Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya).[24] Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh jumhur tadi ia adala dhaif. Sebenarnya ia hanyalah pandangan Ibnu Umar, bukan sabda Nabi s.a.w..

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

5/9

2/10/12

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

Menurut Imam Nawawi; pandangan kedua di atas adalah kuat dari segi dalilnya dan lebih hampir kepada kehendak as-Sunnah.[25] Berapakah bilangan tepukan yang wajib semasa melakukan tayammum?

Rentetan dari khilaf di atas, berlaku pula khilaf dalam menentukan berapakah bilangan tepukan ke tanah yang me dilakukan oleh orang yang melakukan tayammum? Mengikut jumhur ulamak tadi; tayammum wajib dengan sekurang-kurangnya dua kali tepukan ke tanah; satu tepukan untuk disapu ke muka dan satu tepukan lagi untuk disapu kepada dua tangan hingga ke siku. Jika dua kali tepukan itu mencukupi untuk menyapu keseluruhan kawa muka dan tangan (hingga ke siku), tidak perlu lagi ditambah. Jika tidak, wajiblah tepukan itu ditambah hingga deb meratai seluruh kawasan yang wajib disapu itu.[26]

Adapun pandangan kedua di atas (Atho, Makhul, al-Auzaie, Imam Ahmad, Ishaq dan disokong oleh Ibnu al-Munzi mereka menegaskan; yang wajib ialah sekali tepukan sahaja untuk kedua-dua anggota tayammum iaitu muka da dua tangan hingga pergelangannya.[27] Bilakah batalnya tayammum?

1. Tayammum adalah bersuci gantian bagi wudhuk. Apabila berlaku kepada orang yang bertayammum perkaraperkara yang boleh membatalkan wudhuk sebagaimana yang telah kita jelaskan dalam tajuk yang lalu (contohnya telah terkentut atau tersentuh kemaluan atau sebagainya), maka batallah tayammumnya. Kesimpulannya, perka perkara yang membatalkan wudhuk juga akan membawa kepada batalnya tayammum.

2. Bagi orang yang bertayammum kerana ketiadaan air, tayammumnya batal apabila telah bertemu air. Sebaik bertemu air, dengan sendiri tayammumnya terbatal. Apabila hendak solat semula, wajib ia mengambil wudhuk, ya tidak cukup dengan tayammumnya tadi sekalipun ia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan tayammumnya. Jika ia bertayammum tadi kerana ganti mandi wajib, hendaklah ia mandi wajib sebelum mengerjakan solat berikutnya.

3. Jika seorang bertayammum, kemudian belum sempat mengerjakan solat ia telah menemui air, tidak harus ia menunaikan solat dengan tayammum itu, akan tetapi hendaklah mengambil wudhuk, kemudian baru tunaikan so Ini kerana tayammumnya dengan sendiri terbatal dengan kerana bertemu air sekalipun belum sempat mengerjak solat. Jika air ditemui semasa sedang solat (seperti ada orang memberitahunya semasa sedang solat itu), jika ia in meneruskan solatnya diharuskan dan solatnya sah. Namun sebaik-baiknya ialah ia menghentikan solatnya, kemudian mengambil wudhuk dan melakukan semula solat. Jika air ditemui setelah selesai solat, sah lah solat yan ditunaikan sebelum bertemu air itu dan tidak perlu diulangi semula sekalipun waktu masih ada.

4. Jika bertayammum kerana keuzuran (seperti sakit, sejuk keterlaluan dan sebagainya), tayammum dikira terbat sebaik sahaja hilang keuzuran. Contohnya; jika seseorang bertayammum kerana sakit, maka sebaik ia sembuh da sakit, batallah tayammumnya. Nota Kaki

[1] Lihat takrif Tayammum di dalam; Al-Mughni, 1/180. [2] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. [3]Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Daruqutni. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar. [4] As-Solah Ala Mazahib al-Arbaah, hlm. 91. [5] Al-Mughni, 1/182-184, al-Majmu, 2/269. [6] At-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/375. [7] Al-Majmu, 2/294-295, al-Mughni, 1/183. [8] Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zar r.a.. Kata beliau; hadis ini hasan soheh. Dalam riwayat yang lain, lafaz hadis berbunyi; ' 3 ". &3 1 3 " 3 1" * ' & "A1 *3" 3" 1 3 Shaid yang baik adalah wudhuk seorang muslim ketika ia tidak menemui air sekalipun sepuluh tahun. Jika ia tela menemui air, hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan sapulah kulitnya dengan air (yakni ratakanlah anggota wudhuknya dengan air). Demikian itu lebih baik baginya. (Riwayat al-Bazzar dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam Ibnu Hajar; perawi-perawi hadis ini adalah soheh. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5154). Sabda Nabi s.a.w.; demikian itu lebih baik baginya, bermaksud; bersuci dengan air itu lebih baik baginya dari se keberkatan dan pahala. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5154). [9] Al-Majmu, 2/248. [10] Al-Mughni, 1/182, al-Majmu, 2/272. [11] Al-Mughni, 1/195, at-Tahzib, 413-414, Tafsir Ibnu Kathir, 1/550 (Surah an-Nisa, ayat 43). [12] At-Tahzib, 1/414. [13] As-Solah Ala Mazahib al-Arbaah, hlm. 90. [14] Al-Mughni, 1/197. [15] At-Tahzib, 1/396. [16] At-Tahzib, 1/402. [17] Al-Mughni, 1/198-199, al-Majmu, 2/317-318, at-Tahzib, 1/396-402. [18] Pandangan yang masyhur dalam mazhab Hanbali berbeza dengan pandangan yang dinaqalkan dari Imam Ahmad. Lihat; al-Majmu, 2/318. [19] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, 1/413, al-Mughni, 1/198. Pandangan Abu Tsur; lihat dalam al-Mughni, 1/199 dan al-Majmu, 2/318. [20] Al-Majmu, 2/242, al-Mughni, 1/189. [21]Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani dari Ibnu Umar r.a.. [22] Al-Majmu, 2/241. [23] Al-Majmuk, 2/242. [24] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. [25] Al-Majmu, 2/242.

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

6/9

2/10/12

[25] Al-Majmu, 2/242. [26] Al-Majmu, 2/241-242, al-Mugnni, 1/187. [27] Al-Majmu, 2/242, al-Mughni, 1/187. http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/bersuci-tayammum.html

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

feez

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #3 on: 26 November, 2011, 10:01:32 PM

Salam, bagaimana cara untuk ambil wudhu jika kaki bersimen dari bawah lutut hingga ke hujung kaki, kecuali jari kaki?

Posts: 2

Ummi Munaliza

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #4 on: 26 November, 2011, 10:33:47 PM

Quote from: feez on 26 November, 2011, 10:01:32 PM

Salam, bagaimana cara untuk ambil wudhu jika kaki bersimen dari bawah lutut hingga ke hujung kaki, kecuali jari kaki?
Posts: 12363

Anniversary Ke 27

Sila baca dari atas.

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet. Penal Utama Baitul Muslim

ashrafiq

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #5 on: 10 December, 2011, 09:02:22 PM

Posts: 4

saya disini berada dalam kemusykilan terhadap dalam hukum solat. dalam keadaan saya yang berad dalam keadaan sakit akibat luka ketika kemalangan di bahagian tangan. so, bagaimanakah cara untuk saya menca dalam kekusyukan kerana saya terasa amat sakit untuk megenakan air wudhuk.? adakah saya patut mengenakan

islam di hatiku

air wuduk ataupun tidak?

Munzir khan

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

7/9

2/10/12
Munzir khan

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #6 on: 10 December, 2011, 09:11:50 PM

Quote from: ashrafiq on 10 December, 2011, 09:02:22 PM

Posts: 402

saya disini berada dalam kemusykilan terhadap dalam hukum solat. dalam keadaan saya yang berad dalam keadaan sakit akibat luka ketika kemalangan di bahagian tangan. so, bagaimanakah cara untuk saya mencapai dalam kekusyukan kerana saya terasa amat sakit untuk megenakan air wudhuk.? adakah saya patut

mengenakan air wuduk ataupun tidak?

Salam,sila rujuk surah An Nisa:43

Ummi Munaliza

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #7 on: 10 December, 2011, 10:55:45 PM

Quote from: ashrafiq on 10 December, 2011, 09:02:22 PM

Posts: 12363

saya disini berada dalam kemusykilan terhadap dalam hukum solat. dalam keadaan saya yang berad dalam keadaan sakit akibat luka ketika kemalangan di bahagian tangan. so, bagaimanakah cara untuk saya mencapai dalam kekusyukan kerana saya terasa amat sakit untuk megenakan air wudhuk.? adakah saya patut

Anniversary Ke 27

mengenakan air wuduk ataupun tidak?

Solat diwajib dalam apa jua keadaan selagi fikiran masih waras. Terdapat kaedah untuk berwudhuk sekiranya tang luka dan berbalut. Sekiranya ada bahagian anggota wudhuk yang luka dan berbalut, balutan tidak boleh kena air boleh lah bertayamum. Kaedahnya begini: Mula-mula ambil wudhuk untuk anggota yang boleh kena air. Tinggalkan anggota yang berbalut sehingga tertib.

Selepas itu, barulah bertanyamum bagi mengangkat hadas/bersuci bagi anggota berbalut yang tidak boleh kena ai Apa bila selesai wudhuk dan bertanyamum, barulah mengerjakan solat samada berdiri seperti biasa, atau duduk atau berbaring mengikut keupayaan diri.

ashrafiq

Re: Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut


Jawab #8 on: 10 December, 2011, 11:15:56 PM

salam ta'aruf terima kasih banyak2 kerana membantu saya dalam masalah ini.
Posts: 4

islam di hatiku

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

8/9

2/10/12
Pages: [1] Ke Atas

Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

.::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah Forum Halaqah Raudhah Halaqah Kasturi Feqah Islam (Moderator: syarqowy) Bersuci Untuk Orang Luka dan B

Langkau:

===> Feqah Islam

Related Topics
Subjek / Dimulakan Oleh Bab 1 : Taharah / Bersuci
Dimulakan Oleh alhaudhie 1 2 Ibadah

Jawapan 26 Jawapan 8131 Views 0 Jawapan 324 Views 2 Jawapan 615 Views

Kiriman Akhir

04 January, 2012, 10:4 oleh

bersuci
Dimulakan Oleh mencari sinar Muslimah

23 January, 2010, 05:4 oleh

Pesanan Tentang Bersuci


Dimulakan Oleh FlaiR Artikel Agama

29 August, 2010, 12:4 oleh

Janaan SMF & TinyPortal

Halaqah.ne

halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0

9/9

Anda mungkin juga menyukai