Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN

Hasil

daripada

praktikum

berkaitan Dan

Meningkatkan Perkhidmatan

Keberkesanan

Di

dalam dalam

Perkhidmatan

Awam

Integriti

Berkualiti,

cadangan

meningkatkan integriti dalam perkhidmatan awam adalah dengan cara Membudayakan integriti melalui program pencegahan (preventive)/ pendidikan (educative) dan program hukuman (punitive). Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan besar dalam memperkukuh integriti dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan. Program pengukuhan integriti boleh dikategorikan sebagai program pra-PIN dan pasca-PIN.

Program berterusan yang telah dilaksana sebelum PIN (Pelan Integriti Nasional). Pelbagai program/kaedah berbentuk pendidikan (educative) seperti ceramah, galakan, motivasi dan sebagainya dan program pencegahan (preventive) seperti audit dalam, mesyuarat Pengurusan, JK mengurang kerenah birokrasi dan sebagainya, dan program hukuman (punitive) seperti tindakan tatatertib telah dilaksanakan untuk meningkatkan integriti dikalangan kakitangan. Antaranya:

i.

Kepimpinan melalui teladan Sebagai pemimpin, segala tindakan, keputusan, dan kelakuannya akan diperhatikan oleh anak buahnya. Pemimpin yang berjaya memancarkan sinar integriti dari dirinya pasti akan dapat mempengaruhi orang bawahnya untuk turut berbuat demikian. Maka pemimpin perlu menjadi seorang yang berintegriti dahulu sebelum mengharapkan kaki tangannya menjadi penjawat awam awam yang berintegriti. Walaupun tiada program khas untuk agenda ini, tetapi segala tindakan, pembawaan dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin perlu mencerminkan sifat integritinya.

ii.

Penubuhan Bahagian.

Jawatankuasa

Keutuhan

Pengurusan

di

peringkat

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan ditubuhkan untuk menyemak proses dan prosedur untuk mengurangkan birokrasi dan menutup ruang

kemungkinan berlakunya rasuah dan membuat tapisan terhadap kenaikan pangkat.

iii.

Melaksanakan arahan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan (PKPA) dan Arahan Perbendaharaan. Pelbagai arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan seperti Piagam Pelanggan, Hari kualiti, Peti Cadangan, Perhimpunan Bulanan, Hari Bertemu Pelanggan, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja, dan sebagainya dilaksanakan secara berterusan. Kempen, ceramah, kursus, pemantauan dan maklum balik yang berkaitan dengan arahan berkenaan sentiasa dilaksanakan.

iv.

Melaksanakan polisi dan inisiatif kerajaan seperti Etika Kerja, Penerapan Nilai Islam, Budaya Kerja Cemerlang, Perisytiharan Harta, dan Tonggak Dua Belas di semua peringkat kaki tangan jabatan. Kefahaman dan penghayatan polisi dan inisiatif ini di kalangan semua peringkat kaki tangan amat penting.

Bagi perkhidmatan berkualiti pula, cadangan yang boleh di ambil dalam meningkatkan kualiti perhidmatan awam adalah Perlaksanaan Model Pengurusan Kualiti (model diskriptif) yang telah dibentuk dalam sektor awam akan melibatkan perubahan budaya organisasi tersebut dari segi perubahan pengurusan dan pentadbiran, cara kakitangan berurusan dan juga segala system operasi termasuk tugas - tugas serta perkhidmatan yang perlu dilaksanakan. Dengan adanya perlaksanaan proses pengurusan kualiti yang seragam dan berterusan ini dapat memastikan kecekapan dan kualiti perkhidmatan yang optimum yang menyeluruh dari segi perkhidmatan yang diberikan oleh setiap organisasi awam. Model pengurusan kualiti yang dibentuk dan diperkenalkan adalah merupakan suatu model pengurusan kualiti yang menyeluruh dan praktikal untuk dipraktiskan dan ianya menekankan kepada dua aspek yang. Aspek yang pertama adalah unsur-unsur yang merupakan faktor-faktor yang menyokong pengurusan kualiti dan unsur-unsur (yang menyokong) pengurusan/ pentadbiran organisasi. Kesemua

aspek atau elemen yang ditekankan ini bersifat universal dan fleksibel di mana ianya boleh diguna pakai di setiap jabatan awam dalam apa juga keadaan. Manakala aspek yang kedua pula adalah aspek mengenai jenis-jenis tugas atau perkhidmatan (jenisjenis urusan atau operasi) yang harus disediakan atau dilaksanakan oleh pihak organisasi awam kepada pengguna serta perkara-perkara atau elemen-elemen yang perlu untuk setiap jenis perkhidmatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai