Anda di halaman 1dari 14

Pengguguran

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara aruhan oleh seorang pakar perubatan. Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

Isi kandungan
[sorok]

1 Definisi 2 Kejadian o 2.1 Faktor peribadi dan sosial o 2.2 Pengguguran tak selamat 3 Rujukan 4 Pautan luar

[sunting] Definisi
Berikut merupakan istilah-istilah perubatan untuk mengkategorikan pengguguran:

Pengguguran spontan (keguguran): Kematian atau penyingkiran bayi dari rahim akibat trauma tak sengaja atau sebab semula jadi. Keguguran sebagini boleh disebabkan replikasi kromoson tak betul, atau faktor persekitaran lain. Pengguguran aruhan Pematian atau penyingkiran bayi dari rahim yang dilakukan dengan sengaja oleh manusia sendiri. Pengguguran seperti ini boleh dikategorikan kepada: o Pengguguran terapeutik: Pengguguran yang dilakukan bagi: Menyelamatkan nyawa wanita yang hamil Memelihara kesihatan fizikal atau mental wanita Menghentikan kehamilan yang akan melahirkan bayi yang mempunyai gangguan kongenital yang membawa maut atau keadaan tak sihat yang teruk Mengurangkan jumlah fetus secara berpilih, untuk mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan kemahilan berganda o Pengguguran elektif: Pengguguran untuk sebab-sebab lain.

Perkataan "pengguguran" sendiri selalunya dikaitkan dengan pengguguran aruhan.

Kejadian

Histogram pengguguran di UK mengikut umur hamil pada 2004. Kekerapan serta sebab-sebab pengguguran bayi berbeza di seluruh dunia mengikut rantau. Kira-kira 46 juta pengguguran dilakukan di seluruh dunia setiap tahun. Dalam itu, 26 juta merupakan pengguguran sah, manakala 20 juta yang lain itu melanggar undang-undang. Nisbah pengguguran dunia ialah 26 per 100 kehamilan diketahui.[1]

Carta palang tentang sebab-sebab pengguguran pada 1998.

[sunting] Faktor peribadi dan sosial


Mengikut satu kajian tahun 1997, terdapat beberapa sebab wanita-wanita memilih untuk menggugurkan kandungan mereka, termasuk: keingingan menangguhkan atau menghentikan kegiatan melahirkan anak, kerisauan akan gangguan kehamilan terhadap pekerjaan atau pendidikan, isu kewangan, kestabilan perhubungan dengan pasangan, atau tanggapan

ketidakmatangan.[2] Kajian di Amerika Syarikat pada 2004 menunjukkan bahawa 1% daripada wanita yang hamil adalah akibat perogolan dan 0.5% akibat sumbang mahram.[3] Satu lagi kajian pula menunjukkan bahawa 54% daripada wanita yang menggugurkan anak menggunakan kaedah pencegahan hamil.[4] Di United Kingdom, tinjauan yang dibuat pada 1994 menerangkan bahawa wanita yang menggugurkan anak sering berada dalam golongan sosial yang tinggi, ataupun bersekedudukan atau bercerai. Kajian itu juga menyatakan bahawa wanita yang mempunyai teman seks yang banyak mempunyai kadar pengguguran yang lebih tinggi berbanding dengan wnita yang mempunyai pasangan seks tunggal.[5] Ada juga pengguguran yang berlaku akibat tekanan masyarakat. Hal ini termasuk diskriminasi terhadap orang kurang upaya, kecederungan menginginkan bayi jantina tertentu, keengganan atau ketidaksetujuan menjadi ibu tunggal, keadaan ekonomi yang tidak sesuai untuk melahirkan bayi baru, tidak mempunyai akses kepada keadah pencegahan hamil serta kawalan penduduk (seperti dasar anak tunggal di China).

[sunting] Pengguguran tak selamat


Di negara sedang membangun di mana pengguguran adalah tidak sah, wanita kadangnya terpaksa menggunakan prosedur pengguguran aruhan sendiri. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggangarkan bahawa 19 juta pengguguran seperti ini berlaku di dunia setiap tahun dan boleh dikelaskan sebagai pengguguran tak selamat.[6]

[sunting] Rujukan
1. Henshaw, Stanley K., Singh, Susheela, & Haas, Taylor. (1999). The Incidence of Abortion Worldwide. International Family Planning Perspectives, 25 (Supplement), 30 8. Retrieved 2006-01-18. 2. Bankole, Akinrinola, Singh, Susheela, & Haas, Taylor. (1998). Reasons Why Women Have Induced Abortions: Evidence from 27 Countries. International Family Planning Perspectives, 24 (3), 117-127 & 152. Retrieved 2006-01-18. 3. Finer, Lawrence B., Frohwirth, Lori F., Dauphinee, Lindsay A., Singh, Shusheela, & Moore, Ann M. (2005). Reasons U.S. women have abortions: quantative and qualitative perspectives. Perspectives on Sexual and Reproductive Health, 37 (3), 110-8. Retrieved 18 January 2006. 4. Jones, Rachel K., Darroch, Jacqueline E., Henshaw, Stanley K. (2002). Contraceptive Use Among U.S. Women Having Abortions in 2000-2001. Perspectives on Sexual and Reproductive Health, 34 (6). Retrieved June 15, 2006. 5. Wellings, K., et al. (1994). Sexual Behaviour in Britain: The National Survey of Sexual Attitudes and Lifestyles. London, UK: Penguin Books. 6. World Health Organization. (2004). Unsafe abortion: global and regional estimates of unsafe abortion and associated mortality in 2000. Retrieved 2006-01-12.

Pengguguran bayi pasti alami titik hitam kekal


with 3 comments Oleh Ibrahim Abdullah

PENGGUGURAN bayi sama dengan pembuangan bayi. Pengguguran dilakukan menerusi suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan itu akan membakar kulit bayi secara perlahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya selepas menderita selama berjam-jam, bayi itu akhirnya meninggal dunia.

Selama proses itu, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetik keras. Pengguguran bukan saja pembunuhan biasa tetapi cara pembunuhan keji. Setiap wanita mesti sedar dan berwaspada mengenai kes bahaya ini. Pengguguran kehamilan pada usia enam hingga sembilan bulan dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi itu hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuh biasanya dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan dalam air, dipukul kepalanya hingga pecah, ditinggalkan dan dibiarkan begitu saja di mana-mana lokasi. Proses itu sering kali tidak disedari pelaku dan wanita yang sepatutnya menjadi ibu penyayang. Mereka rasa selamat selepas melakukan pengguguran tetapi titik hitam tetap kekal dalam nurani pelaku tidak bertanggungjawab itu. Mereka sentiasa diburu dan dihantui perasaan bersalah, berdosa dan menanggung risiko tidak berkesudahan dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Jika diketahui pihak berkuasa, mereka akan ditahan serta dihadapkan kemuka pengadilan. Kes pengguguran anak atau pembuangan bayi ada hubung kait dengan perzinaan. Kerana malu dan aib yang ditanggung pelaku, mereka melakukan perbuatan keji itu. Perbuatan itu disebabkan kurang fahaman ajaran agama dan kerosakan moral tidak terkawal. Firma Allah yang bermaksud: Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takut kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu, sesungguhnya perbuatan membunuh mereka (anak), adalah satu kesalahan (dosa) besar. (Surah al-Israk, ayat 31) Dalam ayat ini Allah menjamin rezeki kepada anak dan juga pelakunya (ibunya), justeru kenapa ia dibunuh atau dibuang di merata tempat? Apakah kesalahan anak atau bayi itu? Mereka yang melakukan dosa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari pembalasan nanti. Firman Allah yang bermaksud: Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah alIsrak, ayat 32) Perbuatan zina menimbulkan banyak kerosakan dalam masyarakat antaranya masalah nasab keturunan, mengembangkan pelbagai penyakit di kalangan masyarakat, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan. Jika sesebuah negara membiarkan perzinaan berleluasa, tanpa pengawalan sistematik, negara itu akan hancur. Anak adalah anugerah Allah kepada manusia perlu dihargai. Sayangilah anak kerana mereka haruman syurga. Sayangi mereka semoga Allah merahmati dengan bimbingan serta lindungan ke arah jalan lurus

http://aferiza.wordpress.com/2007/07/03/pengguguran-bayi-pasti-alami-titik-hitam-kekal/ diakses pada 5 april 2010.jm 3.44

Pengguguran dan Pembuangan Bayi


Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung. Tempat- tempat pembuangan: di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya. Pandangan Terhadap Pengguguran Dan Pembuangan Bayi Pengguguran seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Isu moral yang ingin diketengahkan ialah adakah fetus boleh dianggap makhluk yang hidup? Dan satu persoalan lain yang ditimbulkan ialah:

Adalah salah untuk membunuh manusia yang tidak berdosa; Fetus adalah insan yang tidak berdosa, perlu dibiarkan meneruskan proses pembesaran.

Kesimpulannya

Adalah salah untuk membunuh fetus kerana fetus akan membesar menjadi manusia. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=388%3Apenggugu ran-dan-pembuangan-bayi&catid=205%3Ainfo-ringkas&Itemid=4

Pengguguran ke atas ibu yang mengidap (T.B) Isu : Seorang ibu yang sedang mengandung mengidap penyakit batuk kering (T.B) dan mendapat rawatan di hospital dengan memakan ubat batuk kering yang difahamkan (daripada pengalaman-pengalaman yang lepas) boleh menyebabkan bayi yang dikandungnya akan mengalami kecacatan bila dilahirkan. Dalam hal-hal seperti ini pihak doktor mengesyorkan agar kandungan tersebut digugurkan.

Kemusykilan: i) Apakah dibolehkan oleh agama Islam menggugurkan kandungan seperti ini sekiranya kandungan tersebut baru sahaja berusia 7 minggu serta mendapat kebenaran daripada ibu yang mengandung. ii) Sekiranya ibu tersebut mengidap penyakit Aids. Apakah pengguguran bayi yang dikandung dibolehkan oleh agama Islam. iii) Dan apakah dibolehkan menggugurkan kandungan jika sekiranya ibu yang mengandung tersebut tersuntik oleh doktor dengan suntikan Rubela yang diketahui umum bahawa dengan suntikan ini boleh menyebabkan kandungan mengalami kecacatan. iv) Dipohon juga daripada Dato agar dapat memberi fatwa yang khusus dalam perkara-perkara pengguguran seperti di atas. v) Apakah berdosa doktor serta jururawat yang bertugas dalam melakukan pengguguran tersebut kerana terpaksa melakukannya disebabkan tugas.

Keputusan :

Mesyuarat mengambil keputusan sepertimana berikut: i) Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari satu hari hingga 40 hari. Peringkat kedua alaqah iaitu dari 41 hari hingga 80 hari. Peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhghah iaitu berumur antara 81 hari hingga 120 hari. Peringkat keempat pula ialah selepas berumur 121 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya (janin). ii) Terdapat berbagai kecacatan yang berlaku pada janin, antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak, kepala besar dan sebagainya. Yang kedua kecacatan mental seperti kelembapan otak, kecacatan otak dan sebagainya. Bentuk kecacatan pula ialah kecacatan teruk dan kecacatan ringan. iii) Menurut ijma Fuqaha, adalah haram menggugurkan janin telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh. Kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang bersangatan. iv) Manakala menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari adalah makruh, sekiranya tidak mendapat bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua suami isteri. v) Ijma Fuqaha juga berpendapat pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu menghadapi cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Kanun Keseksaan seksyen 312 di bawah tajuk menyebabkan keguguran menyatakan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebabkan seseorang perempuan yang hamil gugur hendaklah jika keguguran itu tidak disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda. Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Manakala soalan apakah berdosa doktor serta jururawat yang bertugas dalam melakukan pengguguran tersebut, kerana terpaksa melakukannya disebabkan tugas yang mesti dipikul mengikut undang-undang dan prosedur perubatan dan mendapat persetujuan daripada ibu yang mengandung tersebut. Mesyuarat mengambil keputusan ia berkait rapat dengan hukum pengguguran, samada pengguguran itu hukumnya haram atau sebaliknya.

Baca : 3943 Oleh : Jawatankuasa Fatwa Agama Islam & Adat Melayu

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=668

Pengguguran dan Pembuangan Bayi Keseriusan isu Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.

Tempat- tempat pembuangan: di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya..

PANDANGAN TERHADAP ISU PENGGUGURAN Pengguguran seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Isu moral yang ingin diketengahkan ialah adakah fetus boleh dianggap human dan persoalan lain yang ditimbulkan ialah: Adalah salah untuk membunuh manusia yang tidak berdosa; Fetus adalah insan yang tidak berdosa, perlu dibiarkan meneruskan proses pembesaran.

Kesimpulannya * adalah salah untuk membunuh fetus kerana fetus akan membesar menjadi manusia. Peringkat Awal ( Zaman Kuno ) Pada peringkat ini, pengguguran adalah merupakan cara mencegah kehamilan dan untuk merancang keluarga.Walau bagaimanapun, ia disekat bahkan diharamkan oleh agama-agama di dunia sehingga pengharaman itu disahkan dalam undang-undang skular . Agama seperti Islam , Yahudi dan Kristian melarang keras perbuatan tersebut kerana ianya disamakan dengan satu pembunuhan. Hippocrates ( bapa perubatan moden) dan Sorannes (pakar ginekologi kuno) menentang pengguguran tanpa mengira apa tujuan pengguguran dibuat. Pandangan aspek perubatan Mengikut American Medical Association (AMA), Fetus adalah dianggap sebagai manusia hidup iaitu pada peringkat conception. Oleh itu, pada peringkat awal AMA menentang pengguguran kerana bagi mereka pengguguran akan menyebabkan maut kepada ibu. Pengguguran pada pandangan mereka adalah dianggap sebagai melakukan jenayah. PANDANGAN / DAPATAN KUMPULAN MENGENAI ISU Moral adalah nilai dan tidak semua nilai itu adalah moral. Thomas A. Mappes and Jane S. Zembaty, (1992) mengatakan bahawwa banyak sebab pengguguran dilakukan , antaranya: a) Boleh membahayakan ibu mengandung dari segi kesihatan , fizikal atau mental

b)

Fetus yang dikandung akan dilahirkan dalam keadaan cacat atau lemah.

c) Kes-kes gawat, misalnya jika seorang ibu dibiarkan terus mengandung akan menyebabkan kematian si ibu. d) e) f) g) h) i) Anak luar nikah. Anak yang dikandung hasil dari perbuatan rogol atau sumbang mahram (incest) Pasangan yang berkahwin secara sah, tetapi enggan memiliki anak Bimbang ekonomi ibu bapa tidak mencukupi. Perjuangan hak wanita dalam menentukan kedudukan kandungan mereka sendiri Wanita yang mementingkan karier- takut peluang kenaikan pangkat terlepas.

Bermoral 1. Penyakit tersebut berisiko tinggi kepada ibu yang mengandung.

2. Disokong kuat oleh Teori Egoist, kerana kepentingan ibu sebagai individu lebih penting dalam memerlukan kebahagiaan dirinya sendirinya. 3. Teori Utilitarian juga setuju dengan keputusan ini kerana kebaikan dan keseronokan orang ramai diutamakan, dan kesakitan itu satu kecelakaan. Tidak bermoral Pandangan aspek Perubatan Ibu masih boleh dirawat, walaupun terpaksa berada lama di hospital.

Semua pandangan mengatakan bermoral atas alasan: i) Walaupun fetus tidak bersalah , tetapi kerana ia membahayakan ibu mengandung , maka pengguguran boleh dilakukan. ii) Ibu lebih berhak untuk hidup kerana si ibu telah ada arah hidupnya, tanggungjawab dan keluarganya sendiri. iii) Teori Egoist menyokong tindakan ini kerana ini akan mendatangkan keuntungan pada individu. iv) Para ulamak bersetuju, atas dasar suatu keperluan peribadi yang sangat penting dan mustahak

dalam usaha menyelamatkan nyawa ibu. Bermoral Teori Egoist menyokong individu mencari kebahagiaan untuk dirinya, walaupun kesalahan terletak pada ibu tersebut.

Tidak Bermoral Ibu bertanggungjawab kerana tidak mengambil langkah-langkah beringat / berjaga-jaga untuk mengelak dari mengandung. Jadi fetus berhak untuk terus hidup kerana ia sudah terbentuk. Pandangan Agama Islam i) Ibu perlu meneruskan kandungannya, kerana hukumnya berdosa jika menggugurkan fetus tersebut, memandangkan fetus tersebut tidak bersalah. ii) Fetus tidak membahayakan ibu yang mengandung. Yang menjadi masalah di sini ialah jika anak yang dikandung hasil dari perbuatan rogol dan sumbang mahram (incest). Biasanya ibu yang mengandung merasa tidak sukakan kandungannya dan boleh menganggu emosi serta masa depan ibu tersebut. Imam Ghazali pula berkata: apa yang disebut pembunuhan atau pengguguran , iaitu suatu tindakan kriminal terhadap manusia yang sudah ujud, sedang ujudnya anak itu sendiri bertahap. Tahap pertama iaitu bersarangnya sperma dalam rahim dan bercampur dengan air perempuan dan dia siap menghadapi hidup. Tindakan ini suatu tindakan kriminal. Jika sperma ini sudah menjadi darah, maka tindakan kriminal ini lebih kejam http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=991

Tajuk: KISAH TELADAN PENGGUGURAN BAYI Dikirim oleh: Azwar on 10 April, 2009, 04:09:42 PM Kerana nafsu...dan akhirnya... insaflah wahai manusia sekalian.... Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses aborsi (pengguguran) : Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan) Pada kehamilan muda, dimana usia janin masih sangat kecil, aborsi dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Sang anak yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan, dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah

dari janin yang baru dibunuh tersebut . Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan) Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk. Aborsi dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk aborsi (cunam abortus). Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai. Boleh dicapai, pinggang, bahu atau leher. Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan. Dalam klinik aborsi, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan. Aborsi pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan) Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik. Aborsi dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Aborsi bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini. Aborsi pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan) Pada tahap ini, bayi

sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik. Untuk upacara seperti ini, proses aborsi dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuhnya mudah saja, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan aborsi itu selesai. Selepas hanya saja darah bayi itu yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam aborsi ini bahawa pembunuhan keji telah terjadi. Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para wanita calon ibu yang melakukan aborsi. Mereka merasa bahawa aborsi itu cepat dan tidak sakit, mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh obat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah aborsi dilakukan. Benar, bagi wanita, proses aborsi cepat dan tidak sakit. Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri. Tolong sebar luaskan sehingga semakin banyak yang tahu dan sedar bahwa aborsi (pengguguran) itu adalah suatu pembunuhan.. .. yang keji!!!!!!!!
http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=5588.0

Itali : Pil Gugur Janin Dijual Secara Terbuka. Apa Kebaikannya?


[i=s] Post Last Edit by NIXAR at 10-12-2009 13:51 [/i] [b][size=3][color=Blue]MUTAKHIR Itali benarkan jualan terbuka pil gugur janin [/color][/size][/b] ROM: Pihak berkuasa farmasutikal Itali (AIFA) semalam membenarkan penjualan terbuka pil pengguguran janin RU486 meskipun ditentang keras anggota kerajaan dan Vatikan. AIFA sebelum itu membenarkan penggunaan pil RU486 sebagai alternatif kepada pengguguran

bayi pada 31 Julai lalu tetapi diarah oleh Jawatankuasa Senat supaya mengkaji semula keputusan itu. Ia mencetuskan protes oleh pegawai Roman Katolik serta anggota kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi. Bagimanapun, sehingga 2 Disember lalu kebenaran penjulan itu dibuat AIFA menerusi laman internetnya yang memaklumkan ia dibenar untuk penjualan umum mulai semalam. AFP

ARKIB : 31/03/2010

15 mayat bayi di sungai China

BEIJING 30 Mac - Sebanyak 15 mayat bayi ditemui di sebatang sungai di timur China, disyaki dibuang sebagai sampah oleh sebuah hospital berhampiran. Usia mayat-mayat bayi yang ditemui di wilayah Shandong itu tidak dapat ditentukan, namun saiznya menunjukkan ia baru dilahirkan dengan satu daripadanya masih berupa janin, demikian menurut Beijing News. Pihak berkuasa berkata, mayat-mayat yang ditemui itu mungkin perbuatan menggugurkan kandungan atau bayi yang mati selepas jatuh sakit. Mayat-mayat bayi malang itu ditemui di pinggir bandar Jining. Pengguguran bayi menjadi perkara biasa di China di mana tidak kurang 13 juta kelahiran bayi mati setiap tahun, berikutan langkah menyekat kelahiran kebangsaan digelar 'polisi satu anak' yang membenarkan setiap pasangan di bandar hanya mempunyai satu waris sahaja. Polisi itu mendorong pengguguran berleluasa bayi perempuan di China, yang mana masyarakat China secara tradisinya lebih menyukai anak lelaki. Menurut saksi, sesetengah mayat mempunyai label tarikh lahir dan nama ibu, namun masih belum dipastikan mereka datang dari hospital mana, kata laporan tersebut.
SEORANG lelaki mengumpulkan beg plastik berisi mayat bayi dekat jambatan di Jining, wilayah Shandong, pada 28 Mac lalu. AGENSI

Laporan tidak memberi maklumat terperinci tentang tarikh lahir. Satu daripada mayat-mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik yang tertera tulisan 'sisa hospital'. Zhong Haitao, pegawai jabatan kesihatan di Jining berpendapat, mayat bayi-bayi itu dibuang ke dalam tong sampah, manakala sebahagiannya jatuh ke dalam sungai berdekatan. Siasatan rapi sedang dijalankan. Jabatan kesihatan ketika dihubungi enggan memberi komen. - AFP

Utusan Malaysia. ARKIB : 31/03/20105 April 2010 / 20 Rabiul Akhir 1431

Anda mungkin juga menyukai