Anda di halaman 1dari 8

GURU INOVATIF

Pengenalan Guru hari ini perlu bergerak sepantas dunia masa kini selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya. Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guru-guru perlu memiliki, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang serta berinovasi. Guru yang mengamalkan etika ini pasti menjamin organisasisekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Insya Allah. Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsifungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Daripada pengertian di atas secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai penghasilan baru. Berbentuk maujud dan mujarad. Berdasarkan proses penyusunan semula Dengan menggunakan unsur yang sedia ada Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat 1. Peringkat Individu Di peringkat ini, individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi. 2. Peringkat Organisasi Di peringkat organisasi, inovasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.

CIRI-CIRI GURU INOVATIF Mitchell Ditkoff, Pengarah dari Idea Champions, mengetengahkan tentang kualiti seseorang inovator, dengan ciri-ciri sebagai berikut Suka Cabaran Tidak merasa cepat puas hati dengan keadaan yang ada dan selalu mempertingkatkan pencapaian dan matlamat serta sentiasa mengeksploitasi keadaan yang ada Ingin Tahu Senantiasa mengeksplorasi lingkungannya dan meramal kemungkinan-

kemungkinan baru,serta memiliki rasa kemegahan (sense of awe)

Seorang guru SK Taman Universiti En. Wan Mohyeddin bin Wan Yaacob dianugerahkan guru berinovatif tahun 2010 sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di MInes SPA Resort pada 22 Mei 2010 baru-baru ini. Beliau banyak menyumbang pembaharuan dan idea-idea yang beliau janakan. antaranya sistem Internet wi-fi ke seluruh kawasan sekolah, Penggunaan ICT secara menyuluruh dalam urusan pentadbiran dan komunikasi antara guru-guru SKTU, penubuhan kelab RICtech, sebuah kelab yang berlandaskan ICT dan Kemahiran Robotik dan membangunkan sistem Google Aps kepada semua guru-guru SKTU untuk kemudahan pribadi dan juga pengajaran dan

pembelajaran. Motivasi Diri Peka terhadap keperluan dari dalam (inner needs) setiasa secara proaktif meneroka projek-projek baru, menghargai setiap usaha yang dilakukan. Imaginasi Tinggi memiliki imaginasi yang tinggi dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. Idea yang Bernas memunculkan ide-ide gila, memandang sesuatu yang tidak mungkin menjadi sebuah kemungkinan, memimpikan dan menghayalkan sesuatu yang besarbesar. Contoh: Dalam bidang sukan Kejayaan pelajar-pelajar kita yang berjaya membantu negara di Sukan SEA di Korat baru-baru ini turut membanggakan kita. Daripada 743 atlet negara, 107 merupakan pelajar kita dan dua orang merupakan guru. 94 orang datang daripada kedua-dua buah sekolah sukan kita dan di Korat, pelajar kita telah membantu negara merangkul 25 pingat emas, 19 pingat perak dan 39 pingat gangsa. Pelajar-pelajar kita telah menyumbang 36 peratus daripada keseluruhan 68 pingat emas yang dipungut oleh kontinjen negara.

Berani Menanggung Risiko melampaui wilayah yang dianggap menyenangkan, berani mencoba dan menanggung kegagalan. Contoh: Mendorong dan membantu pelajar berjaya dalam bidang kurikulum Dalam bidang matapelajaran tertentu seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Komputer, Tulisan, Ejaan dan Ujian Pencapaian Am di peringkat antarabangsa juga menakjubkan. Misalnya kejayaan pelajar tahun empat Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas, Nur Fatihah Athira Muhamad dan juga Isaac Tay Shao Ann daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Kuala Lumpur di International Competitions and Assessments for Schools (ICAS) 2007 membanggakan. Kedua-dua mereka ini berjaya memenangi pingat emas untuk negara walaupun perlu bersaing dengan lebih 1.7 juta pelajar dari 10 buah negara. Peripatetic; Melebar luaskan lingkungan kerja dan memenuhi hasrat mengantarabangsakan Pendidikan negara. Berani melakukan perancangan dan perjalanan (travelling) ke luar lingkungan negara sendiri sambil memperoleh inspirasi atau kejayaan di peringkat antarabangsa. Peringkat antarabangsa pelajar kita terlibat secara langsung

1.Kejohanan 2.International 3.International 4.International

Dunia Science

cabaran and

Teknologi Fair

F1 (ISEF) (IChO) di

di A di di

Australia, .Syarikat, Korea, Singapura,

Engineering Olympiad Olympiad

Chemistry Physics

(IPhO)

5.International Mathematics Olympiad (IMO) di Greece, World Robotics Olympiad (WRO) di China

6.11th World Primary Mathematics Contest di Hong Kong, daripada lapan pelajar yang dihantar, empat orang telah mendapat markah sempurna (perfect score) dan ini mendapat

penganugerahan 1st Honours, membolehkan pasukan negara kita menjadi johan keseluruhan pertandingan tersebut. Pelawak Memiliki kecenderungan terhadap hal-hal yang baru dan mengagumkan, berani tampil menyahut cabaran, bertindak nekad, serta mudah mendampingi orang lain Contoh: semua guru berusaha mempromosikan segala pengalaman, kepakaran dan peranan negara dalam bidang pendidikan di peringkat antarabangsa. Kejayaan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan negara diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Penerimaan Diri Dapat mempertahankan idea-ideanya dan menganggap kesempurnaan sebagai musuh kebaikan, tidak terikat dengan apa-apa yang di pandang baik menurut orang lain Fleksibel Bersikap terbuka bagi setiap perubahan, mampu melakukan penyesuaian terhadap rencangan-rencangan yang telah dibuat, menyajikan berbagai resolusi dan gagasan Membuat Hubungan Baru Mampu melihat hubungan-hubungan di antara unsur-unsur yang terpisah dengan berusaha menghubungkan atau mengkombinasikannya. Reflektif Mengenalpasti setiap masalah dan tantangan, mencari dan berfikir berbagai pertimbangan dalam mengambil keputusan.

Mengenalpasti Bentuk Inovasi perseptif terhadap sesuatu dan dapat membedakannnya, dapat melihat kecenderungan dan prinsip serta mampu mengorganisasikannnya. Ketenangan Merasa tenang dalam situasi tidak menentu (chaos), dapat menjadikan situasi tenang, tidak tergesa-gesa membenarkan terhadap suatu idae yang muncul. Komited Berusaha mencari pengetahuan secara terus menerus, meneksploitasikan segala in put, menyeimbangkan setiap informasi yang terkumpul dan menyelaraskan setiap tindakan. Kerjasama Pasukan Berusaha menyeimbangkan pemikiran dari setiap individu, membuka minda dan mencari peranan organisasi. Ketahanan Merefleksi hal-hal dianggap mengecewakan atau yang tidak dinginkan, belajar dengan cepat dari kesalahan, berkemahuan untuk mencuba dan terus mencuba lagi Gigih Bekerja keras dan tekun, memperjuangkan gagasan-gagasan baru dengan gigih, memiliki komitmen terhadap hasil-hasil yang telah digariskan Berjiwa Merdeka Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan. Selain itu, dapat mengurus pemikiran kita, personaliti, tindakan dan juga sahsiah apabila berada di dalam alam pendidikan

Kerohanian dan Akhlak Keguruan Seorang guru inovatif haruslah memiliki kemahiran intarpersonal dan

interpersonal kerana ia adalah penting untuk berkomunikasi dengan pelajar dan juga masyarakat. Memiliki personaliti kerjaya iaitu kredibiliti dimana mempunyai sikap yang komited dan berkaliber dalam kerjayanya. Berakauntabiliti iaitu seorang guru harus bertanggungjawab dan berdesikasi dalam tugasnya bukan hanya bekerja sambil lewa. citra diri insan guru yang membawa maksud guru sebagai fasilitator, pngurus, pemudah cara dan juga perancang.

Berilmu, beramal dan berbakti Berilmu membawa maksud sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu yang sedia ada bagi menjana idea yang kreatif dan kritis. Beramal adalah dengan adanya ilmu, guru itu akan mengaplikasikan ilmunya di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Berbakti iaitu prihatin dengan perkembangan dan menjaga kebajikan pelajar.

Berakauntabiliti dan Amanah Mengetahui bahawa tanggungjawab seorang guru adalah menyampaikan ilmu Menjaga nama baik profesion keguruan daripada perkara perkara yang boleh menjejaskan bidang keguruan Cuba sedaya upaya menyiapkan tugasan yang diberi kepadanya tanpa banyak alasan Berdaya Tahan yang tinggi Jasmani iaitu persediaan fizikal yang baik serta kesihatan yang baik kerana kita akan berhadapan dengan pelajar di dalam kelas dan suasana kelas

Emosi pula seorang guru harus bijak menguruskan emosi dengan baik, bersikap rasional dan positif. Rohani iaitu sentiasa patuh dengan suruhan Allah SWT dengan mengerja suruhannya dan meninggalkan segala larangan dan menganggap kerjaya guru adalah sebagai satu ibadah. Mental pula, seorang guru haruslah berfikiran terbuka dalam semua aspek dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran

Kreatif dan Inovatif Berpandangan jauh untuk meneroka ciptaan baru dalam bidang pendidikan. Berani menanggung risiko kerana mungkin apa yang difikirkan olehnya tidak diterima oleh orang ramai dan gagal dalam sesuatu projek.. Istiqamah dalam melakukan kerja iaitu dengan secara berterusan dan usaha yang bersungguh - sungguh

Anda mungkin juga menyukai