Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA Dengan pendidikan seseorang manusia itu dapat dibezakan.

Seorang menjadi mulia kerana pendidikan manakala seorang lagi boleh menjadi hina kerananya. Pendidikan dapat mengubah hala tuju dan nasib hidup seseorang Pertamanya, Pendidikan dapat membangunkan masyarakat dalam sesebuah negara. Melalui pendidikan seseorang indidvidu yang buta boleh menjadi celik dan seorang yang dungu boleh menjadi cerdik. Dengan itu ia akan menyumbang kepada institusi masyarakat seterusnya membangunkan asyarakat dalam sesebuah negara. Keduanya, dengan pendidikan ini, ia mampu mengeluarkan seseorang atau sesebuah keluarga daripada kepompong kemiskinan

Walau bagaimanapun, bagi merealisasikannya kita memerlukan komitmen semua pihak. Kita maklum bahawa pada tahun ini Negara kita bakal menyambut 50 tahun kemerdekaan. Apakah pada usia 50 tahun ini bangsa kita masih lagi berada di takuk yang lama, membiarkan bangsa-bangsa asing memonopoli bidang yang sepatutnya bangsa kita sendiri yang mengunggulinya. Sebenarnya dalam mengejar pembangunan ini, selain pendidikan, sikap bangsa kita juga perlu berubah. Masa untuk menunggu peluang datang bergolek ke atas riba sudah lama berlalu. Setiap orang perlulah mengintai peluang kekosongan yang ada dalam membangunakan segala projek yang telah direncanakan. Baru-baru ini terdapat beberapa projek mega untuk pembangunan negara telah dilancarkan, antaranya adalah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Sekilas pandang, projek-projek ini mencerminkan satu kekuatan ekonomi jangka panjang yang terancang untuk pembangunan negara. Jadi persoalannya kini bagaimanakah peluang ini dapat diambil oleh bangsa kita jika mereka masih ketinggalan dalam aspek pendidikan? Terdapat segelintirnya yang masih lagi dilihat malas, membuang masa menjadi hanya pak turut' dalam gejala sosial yang negatif, dan bagaimana pula kemajuan negara hendak dicapai dalam masa yang telah ditetapkan? Jika peluang yang ada, tidak direbut oleh bangsa kita, di manakah letaknya bangsa kita pada masa akan datang? Itu yang perlu difirkan.

Justeru kita merasakan, pendidikan yang sempurna itu penting dalam menerajui sesebuah pembangunan negara. Kita tidak mahu pembangunan yang dirancang ini semata-mata hanya menampilkan peluang pekerjaan kepada bangsa lain atau warga asing yang sentiasa mengintai peluang yang ada. Kita mahu bangsa Melayu itu sendiri memanfaatkan ilmu pengetahuan dalam menjayakan projek yang ada seterusnnya mengubah nasib hidup mereka. Apa yang pasti, ilmu itu amatlah penting untuk diteroka dan didalami. Maksud mendalaminya bukan lagi secara akademik ataupun ilmiah tetapi lebih menjurus kepada penghayatan ilmu itu sendiri. Memang benar kita banyak mempunyai para ilmuan yang dilahirkan oleh beberapa universiti, tetapi itu bukan bermakna kita mempunyai segala-galanya. Kini kita memerlukan mereka yang mempunyai pelbagai cabang ilmu. Terutama ilmu kemahiran yang pelbagai bagi kepentingan negara di masa mendatang. Justeru itu, kepentingan pendidikan atau ilmu pengetahuan itu sangatlah penting untuk diberikan ruang yang selayaknya dalam kita sama-sama menyambut 50 tahun kemerdekaan. Moga-moga dengan berbekalkan ilmu pendidikan yang seimbang, ia mampu menjadi wadah ke arah kecemerlangan ummah dan negara. seseorang untuk menjadi apa yang dia hendak jadi. Dengan pendidikan

Anda mungkin juga menyukai