Anda di halaman 1dari 5

Usrah merupakan salah satu dari sistem dalam islam.

Dalil menyebarkan dakwah islam bermula


dari pengumpulan kecil-kecilan untuk kenal islam di lakukan oleh Rasulullah saw di rumah arqam
abi al-arqam ketika awal penurunan islam.
Hassan al-banna pernah menyebut jalan dakwah kita ini adalah jalan dakwah yang satu
Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah,adalah adalah yang patut kita gunakan zaman sekarang.
Pengumpulan dan usrah (5-6 orang)

Jadi wasilah penyampaian islam itu sentiasa berjalan sehingga sekarang,perasan tak?

Tak perasan kalau anda tiada usrah dan anda tak pernah buat dakwah! serious!

Jadi dari jalan dakwah yang satu ini,Hassan al-banna mula mengumpulkan anak-anak muda di
kampung-kampung dan seluruh Mesir.Dan kemudian membentuk Katibah(Pengumpulan usrahusrah kecil) untuk mencari Murabbi yang boleh membawa usrah.
Nak cari Murabbi supaya membantu Hassan al-banna buat usrah ketika itu.

Proses Katibah berlansung bukan 2-3 hari tapi bertahun lama sehingga lahirlah murabbi-murabbi
yang boleh membawa usrah dan memegang manhaj islam yang sebenar.

Katibah bermula dari September 1937 dan pada 1943 mula berlaku beberapa tentangan dalam
Ikhwah Muslimin ketika itu.Risau dengan keadaan semasa,maka lahirlah murabbi-murabbi yang
boleh membawa usrah ketika itu,dan selepas 6 tahun Hassan al-Banna mati di bunuh meninggalkan
Ikhwan Muslimin dalam keadaan banyak membentuk Murabbi-murabbi agung seperti Hassan
hudaibi dan ramai lagi.

Dan akhirnya sampai sekarang,wujudlah beberapa Usrah sehinggalah sekarang.

Anda anda usrah??

Kalau takda usrah carilah usrah sekarang.

Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan melalui 3 rukun.

(1)TAARUF
(2)TAFAHUM
(3)TAKAFUL

Nampak macam senang,tapi nak praktikkan susah sangat.Tak percaya?Boleh telu


suri maksud-maksud 3 rukun tu.

Taaruf :
Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca(dan yang ada usrah),
1 Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan seusrah dengan anda mahukan?
2- Anda tahu apa yang kawan seusrah kita lakukan ketika sedang down ?
3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat kawan seusrah dengan anda ketika dia sedang
marah?

Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan yang saya berikan,anda belum mampu lagi
untuk mempraktikalkan rukun yang pertama ini.

Taaruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara mengenai kawan seusrah
dengan anda.Bukan setakat tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesar-besar perkara
sehinggalah sekecil-kecil perkara.
Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas?
Anda kena saling muayashah iaitu saling bersama dengan ahli seusrah,makan bersama,borak
bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama.
Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli seusrah tersebut sehingga kita mampu
memahami dia tatkala keadaan keadaan musibah yang melanda diri dia.
Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan.
Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya berikan di atas.
Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di berikan,tak perlu tanya bagaimana calon yang dia
mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas sebab terdapatnya nilai-nilai ukhwah yang
tinggi dan taaruf yang mendalam.

Tafahum :
Juga ada beberapa soalan.
1 Bila kali terakhir anda menasihati kawan seusrah anda?
2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar nasihat?
3 Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan mata,berikan satu bentuk nasihat pada dia
sekarang !

Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-Banna,iaitu rukun yang kedua yang
membawa maksud saling memahamkan antara ahli usrah.
Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan serta saling nasihat
menasihati.

Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat.


Cuba jawab soalan ke 3 di atas?Mudah nak jawab?Susah..
Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam kepala,dan mula untuk fikir aib2 yang ada
pada dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri nasihat.
Itu konsep nasihat yang salah.
Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-hari.Sehinggakan dia merasakan kita adalah
penasihat yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam keadan futur,atau sebaliknya,akan
tetapi kita kena beri nasihat berhari-hari kepada kawan seusrah supaya meninggalkan benda
buruh,dan melakukan perkara baikdan di saat kadang-kadang dia merasakan dia tidak perlukan
nasihat.
Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua ini.Tafahum.

Takaful :
Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim Perlindungan Insurans di malaysia.
Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling bantu membantu dalam meringankan beban
ahli seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada kawan seusrah kita adalah lebih dari
beritikaf di masjid Nabi.Seperti mana hadith Nabi Muhammad saw :
Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan hajat/keperluan seorang saudaranya adalah
lebih baik dari beritikaf di masjid aku sebulan

Jadi konsep ini bertepatan dengan maani ruhi yang mendidik sentiasa menolong kawan seusrah
yang lain dan meringakan beban.

Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di lakukan bagi mendidik dan mentarbiyah
diri seseorang muslim itu dalam sistem usrah.

Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya yakin ia akan membentuk satu sistem usrah
yang hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah Islam sendiri dan seterusnya
memberi kesan kepada pembentukan ustaziatul alam.
WA.

https://wahdahperkongsian.wordpress.com/2013/03/07/ada-apa-dengan-usrah-3rukun-usrah-syeikh-syahid-imam-hassan-al-banna/

Anda mungkin juga menyukai