Anda di halaman 1dari 7

CONTOH CADANGAN KAJIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SEJARAH 940/4
2014

Tema : Sejarah Sukan.


Tajuk : Kajian kes : Sejarah perkembangan dan Sumbangan Persatuan Silat Olahraga Daerah
Bachok dari tahun 1980 hingga 2000.

Pengenalan.
Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok mulai ditubuhkan pada tahun 1980. Persatuan Silat
Olahraga Daerah Bachok ditubuhkan oleh Majlis Sukan Daerah Bachok. Matlamatnya untuk
menyertai pertandingan pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai peringkat. Terdapat
lima cawangan yang bernaung di bawah Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok iaitu
Persatuan Silat Olahraga Cawangan Jelawat, Persatuan Silat Olahraga Cawangan Kemasin,
Persatuan Silat Olahraga Cawangan Gunung, Persatuan Siat Olahraga Cawangan Beris Kubur
Besar dan Persatuan Silat Olahraga Cawangan Bukit Marak. Persatuan Silat Olahraga Daerah
Bachok telah mengadakan pelbagai aktiviti dan menyertai pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan. Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok
telah banyak melahirkan tokoh-tokoh sukan ini sehingga ke peringkat negeri dan
kebangsaan.

Objektif Kajian .
1. Mengenal pasti sejarah penubuhan persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok dan
pengurusan persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok dari tahun 1980 hingga tahun
2000.
2. Menjelaskan usaha-usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh Persatuan Silat Olahraga
Daerah Bachok dalam memajukan sukan Silat Olahraga dari tahun 1980 hingga tahun
2000.
3. Mengupas kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Persatuan Silat Olahraga Daerah
Bachok dalam tempoh 20 tahun dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Permasalahan Kajian.

1. Essei ini akan menjelaskan bagaimanakah perkembangan Persatuan Silat olahraga


Daerah Bachok dari sejak penubuhannya pada tahun 1980 sehingga tahun 2000.
Perkembangan merangkumi penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh persatuanpersatuan di peringkat cawangan yang bernaung di bawah Persatuan Silat Olahraga
Daerah Bachok.
2. Di samping itu, essei ini juga akan menjelaskan apakah usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh persatuan ini untuk meningkatkan pencapaian anggotanya dalam
tempoh 1980 hingga 2000.
3. Dalam kajian ini menghuraikan apakah faktor- faktor yang mempengaruhi kejayaan
Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok
4. Malah esei ini juga cuba untuk mengupas apakah kejayaan ahli-ahli Persatuan Silat
Olahraga Daerah Bachok yang telah memenangi kejohanan dalam pelbagai samada di
peringkat negeri dan kebangsaan dalam tempoh tersebut.

Skop Kajian
1. Kajian skop ini merangkumi latar belakang sejarah penubuhan Persatuan Silat
Olahraga Daerah Bachok dan perkembangannya dari segi keanggotaan, pengurusan
dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk ahli ahlinya dari tahun 1980
hingga tahun 2000.
2. Kajian ini juga akan menfokuskan kepada penglibatan dan kejayaan yang dicapai
oleh ahli ahli persatuan di pelbagai peringkat pertandingan dalam tempoh 1980
hingga 2000.

Kajian Terdahulu
Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan sehingga kini, tidak ada penyelidikan yang
dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok dalam
tempoh berkenaan. Namun begitu terdapat juga kajian yang pernah dibuat terhadap
persatuan sukan yang lain berhubung dengan sejarah penubuhan persatuan sukan,
perkembangan dan kejayaan yang di capai seperti Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan.
(nyatakan dengan lengkap maklumat kajian lepas dan berikan ulasan tentang kajian lepas
tersebut)

Kaedah Kajian :
1. Kajian Perpustakaan.

Bagi mendapatkan sumber,kajian dilakukan dengan membuat penyelidikan dalam


buku-buku, jurnal, majalah, rekod rekod lampau, internet atau website, buletin dan
gambar yang berkaitan dengan persatuan seni silat olahraga Daerah Bachok.
2. Kajian lapangan.
Di samping itu akan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Persatuan Silat
Olahraga Daerah Bachok diperolehi dengan mengadakan temuramah dengan bekasbekas pengerusi persatuan dan ahli-ahli yang berjaya mencapai kejayang yang
cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan dalam tempoh 1980 hingga 2000.

Pembahagian Struktur Essei


1. Pengenalan
Dalam bahagian ini, akan menjelaskan mengenai Silat Olahraga dan
perkembangannya dalam sukan negara secara umum.
2. Isi.
2.1. Bahagian ini akan fokuskan kepada penubuhan Persatuan Silat Olahraga Daerah
Bachok dan pengurusannya dalam tempoh 1980 hingga tahun 2000 dengan merujuk
kepada pelbagai sumber primer dan sekunder.
2.2. Bahagian ini akan menjelaskan kemudahan-kemudahan prasarana, kekuatan dan
usaha-usaha yang dibuat oleh Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok sehingga
berjaya melahirkan tokoh yang terkenal serta keupayaan ahlinya dalam pelbagai
pertandingan.
2.3. Bahagian ini mengambarkan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh ahlinya
dalam pelbagai pertandingan yang disertainya dalam tempoh tahun 1980 hingga 2000.
Di samping itu dipaparkan kejayaan ahli yang berjaya mewakili negara dalam
pertandingan diperingkat antara bangsa.
3.Kesimpulan.
Bahagian ini menyatakan mengenai harapan , prospek masa depan dan perancangan
persatuan ini dalam usaha memartabatkan Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok.
Penutup
Pada keseluruhannya, kajian terhadap Persatuan Silat Olahraga Daerah Bachok untuk
memperihalkan sumbangan yang telah diberikan oleh persatuan ini dalam tempoh 20 tahun
kepada kemajuan sukan silat olahraga kepada negeri Kelantan dan Malaysia.
Senaraikan bibliografi (sekurang kurangnya 5 bahan)
Tema : Sejarah Tokoh.

Tajuk : Haji Hassan bin Munas ( Tokoh Janggut ) : Penentangan Terhadap Pentadbiran British
di Pasir Puteh Kelantan Pada Tahun 1915 Hingga 1927.
Pengenalan.
Tok Janggut merupakan salah seorang tokoh politik tempatan yang menaikkan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk Melayu terutamanya di Tanah Pasir Putih, Kelantan.
Pada awalnya beliau adalah seorang ketua kampung dan alim ulama yang disegani penduduk
di kawasan berkenaan. Namun perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British di
kawasan berkenaan, telah menyebabkan beliau mengetuai gerakan penentangan terhadap
kuasa British. Penentangan yang digerakkan oleh beliau membawa kepada perkembangan
politik di Tanah Pasir Putih dan kesan kepada penduduk tempatan.
Objektif Kajian .
1. Mengenal pasti permulaaan perluasan kuasa British di Kelantan yang membawa
kepada perubahan pentadbiran kepada negeri tersebut.
2. Mengupas perubahan perubahan yang diperkenalkan oleh British sehingga
membawa kepada penentangan penduduk tempatan di Kelantan.
3. Menjelaskan sebab sebab yang membawa kepada penentangan Tok Janggut
terhadap pentadbiran British di Kelantan.
4. Menghuraikan perkembangan penentangan yang diketuai oleh Tok Janggut terhadap
pentadbiran British di Kelantan
5. Merungkai kesan kesan penentangan Tok Janggut terhadap pentadbiran British di
negeri tersebut
Permasalahan Kajian.
1. Esei ini membincangkan apakah perubahan yang diperkenalkan oleh British pada
awal abad ke 20 yang membawa kepada perubahan pentadbiran di Kelantan
2. Esei ini juga cuba untuk mengupas apakah sebab sebab yang membawa kepada
penentangan Tok Janggut terhadap pentadbiran British di Tanah Pasir Puteh
3. Kajian ini menyelidik bagaimana Tok Janggut melakukan penentangan terhadap
British di Tanah Pasir Puteh.
4. Malah ia juga berusaha untuk menghurai apakah kesan kesan penentangan Tok
Janggut terhadap pentadbiran British di daerah tersebut.

Skop Kajian
1. Kajian in melibatkan kawasan di salah sebuah daerah di negeri Kelantan, iaitu Tanah
Pasir Putih yang menjadi antara kawasan perluasan kuasa British pada awal abad ke
20 M
2. Kajian ini juga akan menfokuskan kepada penglibatan tokoh kajian iaitu, Tok Janggut
dalam melakukan penentangan terhadap kuasa British di Kelantan terutamanya
kawasan Tanah Pasir Putih.
3. Skop masa adalah melibatkan pada awal permulaan perluasan kuasa British di
Kelantan pada awal abad ke 20M iaitu sekitar tahun 1905 hingga 1915
Kajian Terdahulu
Hasil daripada penyelidikan yang telah dilakukan sehingga kini,terdapat banyak kajian yang
telah dilakukan oleh pengkaji tentang penentangan kuasa British di negeri negeri Melayu
pada awal abad ke 20M. (berikan contoh kajian lepas dgn menyatakan maklumat lengkap dan
ulasan anda)

Kaedah Kajian :
1. Kajian Perpustakaan.
Saya akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, jurnal, majalah, rekod rekod
lampau, internet atau website, buletin dan gambar yang berkaitan dengan penentangan
Tok Janggut terhadap perluasan kuasa British di Tanah Pasir Putih.
2. Kajian lapangan.
Saya akan mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penentangan
Tok Janggut mengadakan temuramah dengan penduduk di sekitar Tanah Pasir Putih
terutamanya kaum keluarga Tok Janggut yang masih ada di kawasan berkenaan.
Pembahagian Struktur Essei
1. Pengenalan
Dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan mengenai latar belakang perluasan kuasa
British dan permulaan penglibatan Tok Janggut dalam menentang kuasa British di
Tanah Pasir Putih
2. Isi
2.1. Bahagian ini akan fokuskan kepada penglibatan awal Tok Janggut dalam
penentangan kuasa British di Tanah Pasir Putih

2.2. Bahagian ini sebab sebab yang membawa kepada penentangan Tok Janggut
terhadap pentadiran British di Tanah Pasir Putih
2.3. Bahagian ini mengambarkan cara penentangan Tok Janggut terhadap
penentangan kuasa British di Tanah Pasir Putih
2.4. Bahagian ini menjelaskan kesan kesan penentangan Tok Janggut terhadap
penentangan yang telad dilakukan

3.Kesimpulan.
Bahagian ini menyatakan penglibatan Tok janggut dalam memimpin penentangan
terhadap kuasa British di Kelantan terutamanya di Tanah Pasir Putih pada awal
abad ke 20M
Penutup
Pada keseluruhannya, kajian ini akan memperlihatkan kepentingan penentangan Tok
Janggut terhadap perluasan kuasa British di Tanah Pasir Putih kepada masyarakat kini

Bibliografi
Senaraikan 5 bahan rujukan yang digunakan dalam proposal dengan menggunakan
kaedah gaya Chicago. Sebagai cth:
Nama penulis. Tahun. Penerbit. Tajuk buku. Tempat

Anda mungkin juga menyukai