Anda di halaman 1dari 23

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

1.0 PENGENALAN
Pada tahun 1960-an, satu daripada isu penting yang hangat dibincangkan adalah
mengenai aspek kependudukan. Isu ini menjadi topik penting perbahasan para ahli sains
sosial, ahli politik, pegawai tinggi kerajaan dan badan dunia yang menjalankan aktiviti
kependudukan. Terdapat tokoh-tokoh terkemuka yang memberikan pendapat masing-masing
tentang baik buruknya sesebuah negara yang mempunyai penduduk yang ramai. Antara
tokoh-tokoh tersebut ialah Robert Malthus, Esther Boserup dan Julian Simon.
Melihat kepada populasi penduduk dunia pada tahun 1650, hanya kira-kira 500 juta
penduduk yang menghuni dunia ini. Jumlah tersebut meningkat pula kepada 1000 juta pada
tahun 1850, 2000 juta pada tahun 1930 dan sebanyak 4432 juta orang pada tahun 1980.
Masalah pertambahan penduduk yang pesat ini menjadi rumit disebabkan kerana penumpuan
penduduk yang tidak seragam. Secara umumnya, konsep asas pertumbuhan penduduk
dipengaruhi dengan perubahan saiz penduduk, sama ada meningkat atau menurun melalui
beberapa penunjuk iaitu kadar kelahiran, kadar kematian, kadar kesuburan dan migrasi.
Pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, kadar kematian di negara membangun
semakin menurun. Semasa penurunan kadar ini, didapati bahawa kesuburan masih tinggi.
Penurunan kadar kematian adalah disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi perubatan,
kesihatan awam, sanitasi dan kebersihan alam sekitar. Hasilnya, negara membangun
menghadapi masalah pertumbuhan penduduk yang pesat. Oleh itu, ledakan penduduk yang
berlaku di negara membangun ini pada dasarnya boleh dikaitkan dengan taraf kesihatan yang
semakin baik dan pengetahuan tentang kawalan penyakit.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan populasi penduduk mempunyai hubung kait dan
pengaruh terhadap aspek pembangunan sesebuah negara. Pada umumnya, pembangunan
adalah suatu proses perubahan. Perubahan tersebut tidak hanya berlaku terhadap penduduk
tetapi juga keadaan sosial dan ekonominya. Perubahan dari satu tahap ke tahap yang lain
dapat dijelaskan dengan penunjuk tertentu. Salah satu penunjuk yang mudah digunakan ialah
data penglibatan tenaga buruh dalam berbagai-bagai sektor ekonomi. Teori perubahan sektor
ekonomi yang dikemukan oleh Clark dan Fisher menyatakan bahawa struktur ekonomi akan
berubah daripada yang mudah dengan sebahagian besar penduduk terlibat dalam sektor sara
diri kepada yang kompleks. Justeru, dapat disimpulkan bahawa pertumbuhan penduduk yang
pesat di sesebuah negara dapat mempengaruhi aspek pembangunan dalam negara tersebut.
Hal ini kerana, untuk mengerakkan sesuatu sektor ekonomi, bilangan atau populasi penduduk
1

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

yang ramai sangat diperlukan. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua penduduk dalam
sesebuah negara mampu digunakan dalam pembangunan negara tersebut.
2.0 SEJARAH DASAR KEPENDUDUKAN
Di masa lampau, kadar pertumbuhan penduduk adalah perlahan dan masa yang diambil
untuk penduduk berganda atau meningkat adalah lama. Pertumbuhan penduduk kadangkadang diganggu oleh wabak penyakit, peperangan, kebuluran dan bencana alam yang
mengorbankan nyawa. Untuk menambah bilangan penduduk, pengguguran, pembunuhan
anak dan penggunaan kontraseptif adalah dilarang. Perkahwinan sangat digalakkan dan
bantuan diberikan kepada keluarga yang mempunyai ramai anak. Secara umumnya, motif
saiz penduduk yang besar adalah dari segi keagamaan, ketenteraan dan ekonomi. Ahli
falsafah Greek iaitu Plato dan Aristotle menganjurkan agar dikekalkan saiz penduduk yang
sesuai dengan bandar dan negara.
Suatu dasar kependudukan yang terkenal terdapat di Rom semasa pemerintahan
Augustus. Dasar tersebut terkandung dalam Lex Julie et Papia-Poppea dan dikuatkuasakan di
antara sebelum Masihi 8 sehingga selepas Masihi 9. Menurut dasar ini, amalan calibasi tidak
dibenarkan dan orang yang tidak mempunyai anak akan dihukum. Oleh itu, penduduk atau
rakyatnya digalakkan berkeluarga untuk mewariskan harta. Negara Perancis dan Sepanyol
juga adalah pro kelahiran. Di Sepanyol, tujuan utama mereka mengalakkan kelahiran adalah
untuk menggantikan penduduk yang telah mati. Cukai juga dikecualikan bagi orang yang
berkahwin muda dan berkeluarga besar. Manakala di Perancis pula, cukai turut dikecualikan
bagi orang yang berkahwin pada usia muda dan pencen turut diberikan kepada seorang bapa
yang mempunyai lebih daripada 10 orang anak.
Negara lain di Eropah yang turut pro kelahiran pada abad ke-17 dan 18 ialah Savoy,
Austria, Rusia dan Jerman. Rusia dan Jepun menunjukkan sikap menggalakkan pertumbuhan
penduduk. Walau bagaimanapun, tekanan penduduk mula dirasai apabila kadar kematian
menurun. Justeru, jelas bahawa kebanyakan negara Eropah pada abad ke-17 dan 18 adalah
pro kelahiran. Hal ini bertujuan untuk memastikan agar penduduk dapat menyumbang kepada
pembangunan dan keselamatan negara. Dengan jumlah penduduk yang besar, maka sesebuah
negara dapat mempertahankan serangan luar dan dihormati oleh semua pihak.

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

3.0 TEORI-TEORI KEPENDUDUKAN


Kepesatan pertumbuhan penduduk di beberapa bahagian dunia menyebabkan jumlah
penduduk secara keseluruhan meningkat dengan sangat cepat. Di beberapa bahagian dalam
dunia ini, kemiskinan merupakan perkara lazim terjadi. Keadaan ini berpunca daripada
kekurangan sumber makanan. Fenomena ini telah menarik minat beberapa ahli
mengemukakan teori-teori tersendiri mengenai dengan perkara ini yang mana mereka
berusaha untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan masalah kemiskinan tersebut.
Antara ahli atau tokoh yang mengemukakan tentang teori-teori kependudukan ini ialah
Thomas Robert Malthus, Esther Boserup dan Julian Simon.
3.1 Thomas Robert Malthus (1766-1834)

Gambar 3.1 Thomas Robert Malthus


(Sumber: http://geography.about.com/od/populationgeography/a/malthus.htm)

Teori yang dikemukakan oleh tokoh ini dikenali sebagai aliaran Malthusian.
Thomas Robert Malthus (gambar 3.1) merupakan seorang pendeta Inggeris yang
hidup pada tahun 1766 sehingga tahun 1834. Tokoh ini menyatakan bahawa terdapat
pertalian di antara pembangunan ekonomi dan pertumbuhan penduduk. Teori Malthus
mengenai penduduk adalah ilham daripada keadaan negara Inggeris pada masa itu.
Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, negara Inggeris ditimpa bencana dan
kemelaratan. Pengangguran terdapat di bandar-bandar akibat migrasi penduduk luar
3

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

bandar. Tenaga buruh yang berlebihan telah menurunkan upah buruh di industri.
Malthus yang bersimpati dengan keadaan ini berpendapat bahawa kemelaratan yang
menimpa penduduk adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pertumbuhan
penduduk dengan bahan makanan.

Rajah 3.1 menunjukkan teori asas kependudukan Malthus


(Sumber: http://www.buzzle.com/articles/thomas-malthus-theory-of-population.html)

Dalam bukunya yang bertajuk An Essay on the Principle as It Affects the


Future, menyatakan bahawa penduduk (seperti juga tumbuhan dan binatang) apabila
tidak ada pembatasan atau pengawalan akan berkembang biak dengan cepat dan
memenuhi dengan cepat di beberapa bahagian dari permukaan bumi ini. Tingginya
pertumbuhan penduduk ini adalah disebabkan kerana hubungan kelamin antara lelaki
dan perempuan yang tidak boleh dihentikan. Oleh itu, Malthus berpendapat bahawa
untuk terus hidup manusia amat memerlukan bahan makanan. Namun, pertumbuhan
makanan adalah jauh lebih lambat jika dibandingkan dengan kelajuan pertumbuhan
penduduk, seperti yang dapat dilihat pada rajah 3.1. Justeru, apabila tidak diadakan
kawalan terhadap pertumbuhan penduduk, maka manusia akan mengalami
kekurangan bahan makanan. Inilah yang menyebabkan berlakunya kebuluran dan
kemiskinan manusia.
Menurut tokoh ini, penduduk bergantung kepada subsistens dan sekiranya
jumlah penduduk tidak dikawal, maka ia akan berganda setiap 25 tahun. Malthus
menegaskan bahawa kadar pertumbuhan penduduk adalah lebih cepat daripada
4

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

pertumbuhan cara menyara diri. Walau bagaimanapun, pendapat Malthus (1798)


tentang pertambahan penduduk dunia telah disangkal banyak kali. Namun begitu,
pertambahan penduduk di sesetengah kawasan di dunia adalah lebih pesat berbanding
keupayaan negara di kawasan tersebut menyediakan makanan yang diperlukan.
Keadaan ini seolah-olah menyokong pandangan Malthus yang menyatakan bahawa
penduduk dunia akan bertambah secara berganda.
Penduduk jika tidak dikawal akan bertambah mengikut geometri
(1,2,4,8,16,32,64),manakala

sara

diri

bertambah

menurut

kadar

aritmetik

(1,2,3,4,5,6,7,8,..). Malthus juga berpendapat bahawa selain peperangan dan ancaman


wabak penyakit, masalah kekurangan makanan boleh menjadi penghalang utama
proses pertumbuhan penduduk yang pesat di dunia, khususnya di negara yang sedang
membangun. Walau bagaimanapun, andaian bahawa penduduk yang kekurangan
makanan boleh menahan keberahian jantina, melambatkan perkahwinan atau
mengurangkan jumlah anak, tidak dapat dipertahankan.
Oleh itu, untuk keluar daripada permasalahan kekurangan makanan tersebut,
pertumbuhan penduduk harus dibatasi dan dikawal. Menurut Malthus, pembatasan
atau kawalan tersebut dapat dilaksanakan dengan dua cara iaitu Preventive Checks
dan Positive Checks. Preventive Checks adalah merujuk kepada pengurangan
penduduk melalui kelahiran. Manakala, positive checks pula adalah pengurangan
penduduk melalui proses kematian. Apabila di suatu kawasan mempunyai jumlah
penduduk yang melebihi jumlah bahan makanan, maka tingkat kematian akan
meningkat yang disebabkan oleh kelaparan/ kebuluran, wabak penyakit dan
sebagainya. Proses ini akan terus berlaku sehingga jumlah penduduk seimbang
dengan jumlah bahan makanan yang ada.

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

3.2 Esther Boserup (1910- 1999)

Gambar 3.2 Esther Boserup


(Sumber: http://bigpictureeducation.com/search/esther%20boserup)

Penulis teori kependudukan lain yang kemudian selepas Malthus iaitu Boserup
(gambar 3.2), menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa makanan bertambah
secara perlahan. Pada pendapat tokoh ini, pertambahan penduduk tidak semestinya
diikuti dengan kebuluran dan kekurangan makanan, sebaliknya ia menggalakkan
perubahan teknik pengeluaran (rajah 3.2), khususnya dalam bidang pertanian dan
pembahagian kerja bagi meningkatkan kecekapan daya penghasilan. Oleh itu,
pertambahan penduduk akan diikuti oleh pembangunan dalam bidang pertanian dan
seterusnya peningkatan bekalan atau sumber makanan untuk penduduk.

Rajah 3.2 menunjukkan teori kependudukan Boserup


(Sumber: http://bigpictureeducation.com/search/esther%20boserup)
6

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

Sejak awal penulisannya, Boserup (1981) mengatakan bahawa manusia pada


saat ini hidup dalam sebuah tempoh yang mana pertumbuhan penduduk dan
perubahan teknologi berjalan secara seiring dan pesat. Dalam konteks ini, para pakar
melakukan kajian mengenai perubahan jumlah penduduk dan perubahan teknologi
pertanian. Terdapat dua fenomena yang saling berhubungan dalam konteks ini. Yang
pertama ialah, perkembangan jumlah penduduk mempengaruhi perubahan teknologi.
Yang kedua, perubahan teknologi mempengaruhi perkembangan jumlah penduduk.
Atas dua fenomena ini, kecenderungan Boserup lebih kepada fenomena yang pertama
iaitu perkembangan jumlah penduduk yang mempengaruhi perubahan teknologi.
Boserup juga menyatakan tentang hipotesis tekanan penduduknya seperti berikut:
Production increasing inventions may occur independently of the prior rate
of population growth, the adoption of new knowledge depends upon
population push hypothesis, population growth is necessary for there to be a
change in productive techniques.
Pada perspektif pemikirannya, Boserup memulai analisisnya dengan meninjau
tentang sejarah kehidupan manusia terutamanya dari aspek perkembangan teknologi
yang berlaku. Ada beberapa tahap penting yang boleh dicatat iaitu ketika ditemukan
penggunaan api yang telah menyebabkan munculnya kaedah penyediaan makanan.
Penggunaan api ini telah mengurangi jumlah kadar mortaliti atau kematian, mencegah
gangguan atau ancaman daripada binantang buas dan menambah keselesaan dalam
kehidupan terutamanya di kawasan yang mempunyai suhu dan iklim yang dingin.
Berkurangnya jumlah kematian telah mempercepatkan perkembangan jumlah
penduduk. Daripada teori yang dikemukan oleh Boserup ini, boleh dikatakan bahawa
penggandaan penduduk dunia adalah mustahil tanpa dipengaruhi oleh kejayaan dalam
perubahan teknologi tersebut.
Pada dasarnya, hubung kait antara perkembangan jumlah penduduk dan
perubahan teknologi adalah sangat kompleks. Dalam konteks ini, apa yang
dimaksudkan oleh Boserup tentang teknologi ialah kaedah pengolahan tanah dan cara
menjaga kesihatan. Daripada teori ini, menunjukkan bahawa meningkatnya jumlah
penduduk akan dapat membantu kehidupan manusia kerana berfungsi sebagai
pengeluar. Namun, peningkatan dalam jumlah penduduk juga akan menyebabkan
7

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

masalah atau kesulitan dalam kehidupan manusia kerana penurunan nisbah antara
sumber daya alam dengan manusia.
3.3 Julian Simon Lincoln (1932- 1998)

Gambar 3.3 Julian Simon Lincoln


(Sumber: http://bigpictureeducation.com/search/julian%20simon

Julian Simon Lincoln (gambar 3.3) adalah seorang Professor Ekonomi dan
bidang tumpuannya ialah Ekonomi Populasi. Simon telah menulis beberapa buah
buku mengenai populasi penduduk antaranya ialah The Ultimate Resource pada
tahun 1981. Pada dasarnya, Simon tidak setuju dengan pendapat akan terjadinya
bencana akibat pertambahan jumlah penduduk dalam teori Malthus yang mana
peningkatan populasi akan memberikan kesan negatif terhadap ekonomi kerana
peningkatan tersebut akan mengurangkan sumber daya alam. Menurut Simon,
penduduk sebaliknya adalah penyelesai terhadap kekurangan sumber makanan kerana
manusia boleh berinovasi. Hal ini bermaksud bahawa bekalan sumber daya alam
adalah tidak terbatas. Ketika sumber daya alam berkurang, maka manusia akan
melakukan pelaburan dengan melakukan inovasi. Dalam teori ini, manusia digalakkan
untuk mencari lebih banyak potensi sumber bahan mentah selain yang telah sedia ada.
Hal ini bermaksud bahawa manusia perlu mencari sumber alternatif yang boleh
menggantikan sumber yang ada dengan penciptaan cara atau kaedah lain agar tidak
terlalu bergantung kepada sumber tersebut.

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

Secara ringkasnya, ketiga-tiga teori kependudukan yang dikemukan oleh tokoh-tokoh di


atas masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dan ia terus
menjadi bahan perbincangan sehingga ke hari ini. Satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah,
penduduk akan terus berkembang selagi ianya diimbangi oleh pengeluaran bahan makanan.
Ahli kaji penduduk menjangka perkembangan penduduk akan menjadi perlahan selepas
proses perkembangan ekonomi melalui pembangunan yang tidak lagi cekap kerana penduduk
terlalu ramai. Selepas tahap tersebut, pertambahan penduduk dengan sendirinya akan menjadi
perlahan. Namun, di sebalik pandangan para pengkaji penduduk ini, proses pertambahan
penduduk dunia terus berlaku.
4.0 HUBUNG KAIT ANTARA POPULASI DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Kependudukan merupakan faktor penting dalam proses pembangunan sosioekonomi
sesebuah negara. Perubahan demografi akan memberi kesan kepada kemampuan sesebuah
negara menepati hala tuju yang dirancang. Setiap individu memerlukan keperluan asas seperti
makanan, air dan sebagainya untuk hidup yang mana secara langsung akan memberi tekanan
kepada alam sekitar. Cabaran utama yang dihadapi adalah untuk memenuhi keperluan dan
kehendak penduduk yang semakin bertambah tanpa mejejaskan keperluan generasi masa
hadapan. Cabaran ini dapat dipenuhi dengan mengambil kira pada peringkat makro iaitu
pengintegrasian faktor-faktor kependudukan dalam proses perancangan dan dalam peringkat
mikro iaitu pemahaman mengenai hubung kait di antara penduduk, alam sekitar dan
pembangunan mapan di semua peringkat.
Sehubungan dengan itu, sesebuah negara haruslah memantau aliran pertumbuhan
penduduk di negara mereka. Perubahan yang berlaku terutamanya dari aspek struktur umur,
kesuburan dan taburan adalah perkara yang harus dipandang serius kerana ia boleh memberi
implikasi yang besar kepada pembangunan negara secara menyeluruh. Berasaskan kepada
maklumat dan indikator mengenai isu-isu semasa berkaitan kependudukan akan membantu
dalam perancangan pembangunan negara di masa hadapan. Justeru, tidak dinafikan bahawa
populasi memberi kesan terhadap pembangunan sesebuah negara. Populasi yang
dimaksudkan di sini adalah pertumbuhan penduduk yang semakin pesat dari hari ke hari.
Namun, tidak semua kawasan di dunia ini mengalami peningkatan atau pertambahan
penduduk yang berlebihan. Keadaan ini lazimnya dialami oleh negara-negara sedang
membangun yang masih mempunyai kadar kelahiran yang tinggi. Lantaran itu, keadaan

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

sebegini akan memberikan kesan kepada pembangunan negara tersebut. Implikasi yang
dihadapi boleh dilihat dari dua sudut pandangan iaitu kesan negatif dan kesan positif.
5.0 KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK
Pertumbuhan penduduk memberi kesan terhadap pembangunan sesebuah negara.
Pertumbuhan penduduk yang pesat iaitu bilangan penduduk terlalu ramai berbanding dengan
sumber alam akan memberikan pelbagai implikasi kepada sesebuah negara. Keadaan ini
wujud kerana pertambahan penduduk yang amat pesat, kemerosotan bekalan sumber alam
yang boleh dimajukan, kemerosotan permintaan untuk tenaga kerja atau gabungan kesemua
faktor ini. Jika pertumbuhan penduduk tidak diikuti dengan pembangunan sumber alam dan
perkembangan sektor perkhidmatan, maka pelbagai implikasi akan berlaku.
Namun, dalam memperkatakan tentang pertumbuhan penduduk, tidak semua negara di
dunia ini mengalami peningkatan dalam pertumbuhan penduduknya. Ada juga keadaan di
mana pertumbuhan penduduk adalah optimum dan kekurangan penduduk. Konsep penduduk
optimum boleh dikatakan sebagai bilangan atau saiz penduduk yang memungkinkan
pengeluaran per kapita maksimum. Keadaan penduduk optimum boleh diperhatikan di negara
maju seperti di Eropah Barat dan Amerika Utara. Manakala, keadaan kekurangan penduduk
pula merujuk kepada bilangan penduduk yang terlalu kecil untuk mengusahakan dan
menggunakan sumber alam yang banyak. Sumber alam yang ada masih boleh menampung
jumlah penduduk yang ramai tanpa menjejaskan aras kesejahteraan penduduk yang ada
seperti di negara Kanada. Walau bagaimanapun, dalam dunia sebenar, keadaan lebihan
penduduk atau pertambahan penduduk yang pesat lebih lazim ditemui dan berlaku. Oleh itu,
perbincangan lebih berfokuskan kepada kesan pertumbuhan penduduk yang pesat.
5.1 KESAN NEGATIF
5.1.1 Kemiskinan
Masalah kemiskinan umumnya boleh dikaitkan dengan hasil keluaran yang
rendah. Kemiskinan sering berlaku ekoran daripada saiz penduduk yang terlalu ramai
di sesebuah negara. Hal ini kerana, negara atau kerajaan tidak mampu menampung
kesemua penduduk yang ada dalam negara tersebut. Berlaku lebihan penduduk dan ini
mengakibatkan penduduk yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan mengalami
masalah menampung perbelanjaan hidup yang seterusnya menyebabkan kemiskinan
berleluasa. Saiz keluarga yang besar turut merumitkan lagi keadaan penduduk. Negara
10

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

membangun adalah negara yang dominan dengan keadaan sebegini. Ekonomi di


kebanyakan negara sedang membangun bergantung pada sektor pertanian. Pada tahun
1970, kira-kira 80% penduduk di Laos dan Kampuchea terlibat dalam sektor
pertanian. Manakala di Malaysia sebanyak 60%, Filipina 54% dan Indonesia 70%.
Pendapatan per kapita petani di negara ini tidak melebihi AS$100. Nilai pendapatan
per kapita ini adalah rendah ini jika dibandingkan dengan pendapatan di negara maju
yang rata-ratanya melebihi daripada AS$1000 (Jadual 5.1.1).
Jadual 5.1.1 Jumlah petani, pengeluaran dan pendapatan di negara maju dan
membangun pada 1960, 1980 dan 2000
1960

1980

2000

Negara

Negara

Negara

Negara

Negara

Negara

Jumlah

Maju
115

Membangun
850

Maju
75

Membangun
1230

Maju
50

Membangun
1480

Petani (juta)
Keluaran

78

43

125

77

186

135

680

52

1660

63

3720

91

Pertanian
(billion AS$)
Pendapatan
Per

Kapita

(AS$)
(Sumber: Katiman Rostam, 2002)
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira-kira 85% kemiskinan
mutlak berlaku di luar bandar. Selain itu, pertambahan penduduk yang pesat
menyebabkan kesesakan ruang dan pemecahan tanah pertanian terutamanya
disebabkan tradisi pembahagian harta pusaka seperti yang berlaku di Malaysia. Ini
bermakna, semakin ramai orang yang bekerja di kawasan pertanian, semakin sempit
kawasan tersebut ditambah pula dengan pendapatan yang lebih rendah dan ini
menyebabkan pengangguran yang ketara.
Pendapatan petani yang kecil dan tidak mencukupi menyebabkan petani terpaksa
berhutang. Kegagalan mereka untuk menjelaskan hutang pula akan mengakibatkan
tanah mereka tergadai atau terjual. Para petani yang tidak bertanah pula terpaksa
menyewa daripada tuan tanah yang biasanya mengenakan sewa yang tinggi. Keadaan
penduduk yang miskin juga tidak memungkinkan mereka membuat pelaburan bagi
11

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

membangunkan kegiatan pertanian yang lebih moden. Walaupun kerajaan telah


membelanjakan wang yang banyak untuk memajukan sektor pertanian, namun
kegiatan pertanian di negara membangun masih ketinggalan.
Faktor lain yang turut menyebabkan hasil keluaran dan pendapatan petani
rendah ialah jenis kegiatan atau cara pengeluaran petani itu sendiri. Cara pertanian
utama yang dijalankan oleh petani ialah pertanian kebun kecil dan sara diri yang tidak
cekap serta kurang menguntungkan. Penduduk luar bandar juga terlibat dalam
pekerjaan

sebagai

nelayan,

pelombong

dan

pembalak

yang

rata-ratanya

berpendapatan rendah. Disebabkan pendapatan yang rendah, sebahagian besar


penduduk luar bandar khususnya di negara membangun berada dalam kemiskinan.
5.1.2 Buta huruf dan tahap pendidikan yang rendah
Taraf pendidikan yang rendah adalah kesan yang turut berlaku akibat daripada
pertumbuhan penduduk yang pesat. Kerajaan telah memperuntukkan sebahagian besar
belanjawan untuk menghapuskan buta huruf. Walaupun demikian, masih ramai
penduduk luar bandar yang buta huruf. Ini disebabkan kekurangan sekolah, yuran
persekolahan yang tinggi dan sikap negatif petani terhadap pelajaran anak-anak
mereka. Sikap penduduk atau masyarakat yang mementingkan tenaga kanak-kanak
untuk menolong ibu bapa di rumah atau di ladang menyebabkan kanak-kanak tidak
dihantar ke sekolah sehingga akhirnya kanak-kanak keciciran dalam pelajaran.
Keciciran boleh juga dikaitkan dengan tingkat pencapaian akademik yang rendah
akibat pemakanan yang kurang berzat. Kanak-kanak juga tidak dapat melanjutkan
pelajaran mereka disebabkan kemiskinan. Keadaan buta huruf yang dialami ini
menyebabkan usaha memperkenalkan teknologi moden dan inovasi dalam bidang
pertanian untuk meningkatkan hasil tani di kawasan luar bandar menghadapi
berbagai-bagai masalah. Kebanyakan petani masih lagi berpegang pada idea
konservatif dan bersikap negatif terhadap perubahan. Hal ini kerana, mereka telah
terbiasa dengan belenggu kemiskinan yang dihadapi.

Jadual 5.1.2 Peratus penduduk buta huruf di wilayah Kalimantan, Indonesia Tahun
2010-2013
12

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

Provinsi/Tahun
Kalimantan Barat
Kalimantan

2010 (%)
9.74
2.52

2011 (%)
10.36
3.34

2012 (%)
9.28
2.57

2013 (%)
8.66
2.07

Tengah
Kalimantan

4.06

4.54

3.80

2.96

Selatan
Kalimantan

2.95

3.32

2.66

2.49

Timur
(Sumber: Badan Pusat Statistik Indonesia)
Berdasarkan kepada jadual 5.1.2 menunjukkan peratusan penduduk buta huruf
di wilayah Kalimantan, Indonesia pada tahun 2010 sehingga 2013. Daripada data ini,
dapat dilihat bahawa masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat di sana masih
berlaku. Di wilayah Kalimantan Barat misalnya, pada tahun 2010, kadar buta huruf
penduduknya ialah 9.74%, tahun 2011 meningkat kepada 10.36%, tahun 2012
menurun semula kepada 9.28% dan tahun 2013 terus menurun kepada 8.66%.
Meskipun terdapat penurunan dalam kadar atau peratusan buta huruf di wilayah
tersebut, namun masalah buta huruf dalam kalangan penduduknya masih wujud
sehingga ke hari ini. Hal ini disebabkan kerana negara Indonesia secara
keseluruhannya mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai dan ini
mengakibatkan kerajaan tidak mampu menyediakan asas pendidikan kepada semua
rakyatnya. Tambahan pula, keluasan dan taburan penduduk negara Indonesia turut
mempengaruhi ketidakseragaman kemudahan pendidikan di negara berkenaan.
5.1.3 Penghijrahan penduduk desa ke bandar
Penghijrahan atau aliran perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar
adalah masalah besar di kebanyakan negara yang mempunyai pertumbuhan penduduk
yang pesat khususnya di negara-negara membangun. Keadaan di luar bandar seperti
kemiskinan, kekurangan tanah pertanian, kekurangan infrastruktur dan kekurangan
pekerjaan adalah faktor penolak kepada perpindahan penduduk luar bandar ke bandar.
Faktor penarik yang terdapat di bandar pula adalah peluang pekerjaan yang banyak
dan kemudahan asas yang baik. Walau bagaimanapun, perpindahan penduduk ini
memberikan beberapa implikasi atau masalah kepada negara tersebut.
Masalah pertama yang wujud akibat penghijrahan ini ialah sektor pertanian telah
kehilangan tenaga muda yang berpelajaran. Keadaan ini boleh mengancam
perusahaan atau kegiatan pertanian di luar bandar. Kedua, sebahagian penduduk yang
13

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

berhijrah dari desa terdiri daripada golongan yang berpendidikan rendah, kurang
berpengetahuan dan tidak mempunyai cukup pengalaman tentang bidang ekonomi di
bandar. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawat pekerjaan yang boleh
memberikan pendapatan yang mencukupi. Kebanyakan mereka hanya menceburi
bidang perindustrian dan perkhidmatan yang rendah daya pengeluarannya.
Selain itu, penduduk yang ramai di bandar juga akan menimbulkan masalah
perumahan. Menurut Laporan ECAFE pada tahun 1979, antara 60 hingga 70%
penduduk bandar di negara Asia tidak mempunyai tempat kediaman sendiri
disebabkan pendapatan yang rendah dan harga rumah yang tinggi. Laporan Bank
Dunia pula menganggarkan bahawa antara 35 hingga 68% penduduk di 6 buah bandar
di Asia tidak mampu membeli rumah, meskipun rumah yang paling murah di pasaran
bandar berkenaan. Oleh itu, keadaan ini mendorong kepada kewujudan kawasan
setinggan yang didirikan oleh penduduk yang tidak berkemampuan tersebut.
5.1.4 Pertambahan penduduk yang pesat
Pertambahan penduduk yang pesat adalah disebabkan oleh kadar kelahiran yang
tinggi khususnya di kawasan luar bandar. Dalam tempoh 1920 hingga 1960, kadar
pertumbuhan penduduk di negara sedang membangun khususnya ialah kira-kira 3%.
Sebahagian besar penduduk yang tinggal di luar bandar tidak mempunyai pelajaran
yang tinggi, malah masih ramai yang buta huruf. Pemikiran mereka yang tradisional
di samping pegangan kepercayaan agama yang kuat menyebabkan mereka sukar
untuk menerima idea baru seperti pembaharuan cara hidup dan perancangan keluarga.
Sebilangan daripada mereka lebih cenderung untuk mempunyai keluarga yang besar
dan ramai anak. Pelbagai masalah yang timbul akibat pertambahan penduduk yang
pesat.

Yang pertama ialah, sebahagian besar penduduk terdiri daripada kanak-kanak


yang dianggap tidak produktif. Golongan penduduk di bawah umur 15 tahun ini
masih di bawah tanggungan ibu bapa dan menjadi beban kepada negara. Kerajaan
perlu menyediakan kemudahan asas untuk mereka. Contohnya, kemudahan
persekolahan, kesihatan, pekerjaan dan sebagainya yang memerlukan perbelanjaan
14

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

yang besar. Di samping itu, pertambahan penduduk yang pesat juga menyebabkan
masalah kekurangan makanan dan zat makanan. Pendapatan yang kecil tidak
mencukupi untuk menyara sebuah keluarga yang besar. Tenaga yang mereka gunakan
bagi kerja yang mereka lakukan jauh melebihi jumlah nilai kalori makanan yang
mereka makan. Makanan yang dimakan hanya memadai untuk mengenyangkan tetapi
kebanyakannya mengandungi kurang zat makanan. Akibatnya, taraf kesihatan
penduduk luar bandar rendah dan mereka mudah dijangkiti oleh berbagai-bagai jenis
penyakit. Masalah ini menjadi lebih serius apabila ditambah dengan keadaan bekalan
air, pembuangan sampah dan perumahan yang kurang sempurna. Masalah ini boleh
meninggalkan kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi negara, khususnya
akibat daya pengeluaran yang rendah.
Selain itu, pertambahan penduduk yang pesat adalah sukar dikawal. Amalan
perancangan keluarga tidak dapat diterapkan. Pengaliran idea pembangunan adalah
lambat terutamanya jika masyarakat masih buta huruf. Oleh itu, masyarakat luar
bandar khususnya di negara membangun amat sukar untuk dimajukan. Tambahan
pula, pertambahan penduduk yang tinggal di kawasan pertanian luar bandar tidak
disertai dengan perkembangan ekonomi yang sewajarnya menyebabkan berlakunya
pengangguran dan taraf kehidupan serta pendapatan yang rendah. Pengangguran di
kawasan desa boleh melebarkan lagi jurang pendapatan antara penduduk bandar
dengan desa. Hal ini kerana, pendapatan penduduk bandar beberapa kali ganda lebih
tinggi berbanding penduduk desa.

Jadual 5.1.3 Kadar pertumbuhan populasi India dari tahun 2010-2014


Tahun

Populasi

Kadar

Pertumbuhan

(%)

15

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

2010

1 205 624 648

1.30

2011

1 221 156 319

1.29

2012

1 236 686 732

1.27

2013

1 253 221 234

1.34

2014

1 275 214 660

1.75

(Sumber: Countrymeters)
Jadual 5.1.3 menujukkan kadar pertumbuhan populasi atau penduduk negara
India dari tahun 2010 sehingga 2014. Pada tahun 2010, peratus kadar pertumbuhan
penduduknya ialah 1.30%. Menginjak ke tahun yang seterusnya iaitu tahun 2011,
kadar pertumbuhan menurun kepada 1.29% sahaja dan penurunan ini terus berlaku
sehingga tahun 2012 iaitu 1.27%. Namun, pada tahun 2013, kadar pertumbuhan
penduduk India mula meningkat semula iaitu kepada 1.34% dan berterusan sehingga
tahun 2014 iaitu kepada 1.75%. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa negara India
mengalami proses pertambahan penduduk yang tinggi. Hal ini berkait rapat dengan
faktor-faktor yang telah dinyatakan di awal perbincangan mengenai dengan
pertambahan penduduk yang pesat.
5.2 KESAN POSITIF
5.2.1 Tenaga buruh yang ramai
Penduduk atau sumber manusia juga dikenali sebagai buruh. Buruh penting
bagi melakukan sesuatu kerja. Bilangan orang, jantina dan umur buruh adalah aspek
terpenting kepada kuantiti bekalan buruh di sesebuah negara. Bagi menggerakkan
sesuatu kerja yang berat perlu menggunakan tenaga manusia seperti membina
bangunan, bilangan buruh lelaki yang ramai dan masih muda amat diperlukan. Namun
demikian, taraf kesihatan, kekuatan mental dan ketahanan diri adalah unsur penting
kepada kuantiti buruh. Semakin ramai bilangan buruh lelaki muda yang sihat, cergas
dan berani, maka semakin tinggi kuantiti dan keupayaannya. Oleh itu, semakin
banyak dan pelbagai kerja berat yang dapat dilakukan. Walau bagaimanapun,
kepentingan sumber manusia tidak hanya diukur berdasarkan kuantiti dan
keupayaannya sahaja, tetapi kualiti buruh juga adalah penting. Oleh itu, sumber
manusia di sesebuah negara sebenarnya bergantung pada ciri penduduk negara
berkenaan. Penduduk yang ramai, berpendidikan dan berkemahiran tinggi, berakhak

16

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

mulia, cergas dan terbuka adalah suatu aset kepada negara berkenaan. Aset tersebut
penting bagi memajukan negara.
Carta 5.2.1 Perangkaan utama tenaga buruh, Malaysia 2010 dan 2011

Penduduk umur bekerja


('000)
2010-19,326.9
2011-19,684.6

Tenaga buruh ('000)


2010-12,303.9
2011-12,675.8

Luar tenaga buruh ('000)


2010-7,023.0
2011-7,008.8

Bekerja ('000)
2010-11,899.5
2011-12,284.4

Penganggur('000)
2010-404.4
2011-391.4

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

Pada tahun 2011, kadar penyertaan tenaga buruh mencatatkan peningkatan


kepada 64.4% berbanding 63.7% pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2010.
Peningkatan 0.7% ini disumbangkan oleh pertambahan penduduk dalam pasaran
buruh daripada 12.30 juta pada 2010 kepada 12.68 juta orang pada tahun 2011.
Peningkatan tenaga buruh pada tahun 2011 disumbangkan oleh pertambahan
penduduk bekerja seramai 384,900 orang daripada 11.90 juta kepada 12.28 juta orang.
Manakala, bilangan penganggur menyusut seramai 13,000 orang kepada 391,400
orang. Keadaan ini menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran sebanyak
0.2% kepada 3.1% berbanding 3.3% pada tahun 2010 (carta 5.2.1). Oleh itu, dapat
dilihat dengan jelas bahawa terdapat peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh
sebanyak 64.4% pada tahun 2011.
Melihat kepada negara Malaysia, jumlah penduduk yang ramai merupakan
matlamat yang ingin dicapai. Pada prinsipnya, Malaysia telah menggubal dasar
kependudukan yang bermatlamat untuk menambahkan jumlah penduduk sehingga 70
17

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

juta dalam tempoh 115 tahun. Terdapat sebab-sebab tertentu yang mendorong
kerajaan untuk berbuat sedemikian. Ia mungkin berkaitan dengan keperluan tenaga
buruh, pertahanan negara dan kepadatan penduduk yang masih rendah dan masih
banyak kawasan yang belum dibuka untuk petempatan.
Untuk memesatkan pembangunan negara, sesebuah negara itu memerlukan
banyak sumber tenaga manusia dan ini hanya boleh dicapai sekiranya saiz penduduk
negara besar. Hal ini kerana untuk mengelakkan pengambilan tenaga buruh asing dari
negara luar. Malaysia berpendapat dengan pentadbiran yang baik dan cekap serta
kadar pengeluaran yang tinggi, 70 juta penduduk ini tidak akan menjadi masalah,
malah ia akan menjadi sumber kekuatan untuk mempertahankan negara terutama dari
segi memiliki pasukan tentera yang kuat. Dalam jangka panjang, kempen menyeru
pasangan berkahwin untuk mempunyai lebih ramai anak akan meninggikan lagi daya
pengeluaran negara. Dengan kejayaan seperti ini serta dengan saiz penduduk yang
besar dan pemerintahan yang cekap diharapkan negara akan memperoleh national
power.
Kejayaan dan keyakinan terhadap dasar 70 juta penduduk ini bergantung
kepada dasar kependudukan negara yang terancang dan memenuhi keperluan rakyat.
Dalam hal ini, rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk
mempertahankan penurunan kadar kesuburan di masa akan datang. Negara
memerlukan saiz penduduk yang besar dan dalam masa yang sama juga negara
memerlukan rakyat yang berkemampuan dan sihat agar dapat membantu
pembangunan negara supaya terus maju dan bersaing dengan negara jiran dan negara
lain di dunia ini. Ini adalah harapan negara untuk menjadi sebuah negara yang
dihormati, bukan setakat mempunyai ramai penduduk tetapi rakyat yang rajin bekerja
dan bersemangat untuk menaikkan nama negara dalam apa jua bidang sekalipun.

5.2.2 Meluaskan pasaran domestik

18

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

Selain daripada menyediakan tenaga buruh untuk pembangunan negara, populasi


penduduk yang ramai turut menyumbang kepada perluasaan pasaran domestik
sesebuah negara. Hal ini kerana, bilangan penduduk yang ramai membantu
perkembangan ekonomi negara melalui pengaliran wang yang banyak (aktif) dalam
pasaran. Penduduk yang ramai sudah pasti memerlukan bekalan domestik yang boleh
menampung bilangan tersebut. Sebagai contoh, negara China merupakan negara yang
mempunyai pasaran domestik yang besar dan luas kerana faktor saiz penduduk yang
ramai. Meskipun dilihat dari aspek taraf kehidupan masyarakat China adalah tidak
sekata kerana perbezaan wilayah, namun ia tetap menyumbang kepada saiz pasaran
domestik yang besar di negara berkenaan. Taraf kehidupan tersebut tidak menghalang
kepada aliran wang di pasaran kerana penduduk tetap memerlukan sumber makanan
dan bahan keperluan asas kehidupan yang lain. Oleh kerana negara tersebut memiliki
rakyat yang ramai, maka secara tidak langsung kerajaan akan sedaya upaya
menyediakan keperluan rakyatnya dari segi makanan, barangan dan bahan-bahan
keperluan mereka yang lain. Tambahan pula, dengan pasaran domestik yang luas,
negara terbabit tidak perlu meluaskan pasaran antarabangsanya ke negara lain kerana
penduduk di negaranya sendiri sudah mencukupi untuk mengerakkan pasaran
tersebut. Justeru, saiz pasaran domestik yang luas dan besar mampu menjana kepada
proses pembangunan sesebuah negara.
5.2.3 Keselamatan negara
Dari aspek keselamatan negara, saiz penduduk yang besar dan ramai
merupakan aset berharga kepada negara tersebut. Hal ini kerana, penduduk yang
ramai mampu dijadikan sebagai golongan tentera yang melindungi negara daripada
sebarang ancaman luar. Sebagai contoh, negara China merupakan negara yang
berpenduduk ramai. Disebabkan oleh penduduk yang ramai itu, golongan rakyat yang
boleh dilatih dan seterusnya dilantik sebagai tentera adalah sangat ramai. Keadaan ini
menyebabkan tingkat keselamatan negara China adalah tinggi. Ini juga yang
mendorong negara China menjadi antara negara militari yang digeruni oleh negara
lain. Oleh itu, sebuah negara yang memiliki golongan tentera yang ramai akan
dihormati dan digeruni oleh negara lain. Risiko ancaman keselamatan dari pihak luar
tidak menjadi masalah yang rumit bagi negara yang mempunyai saiz tentera yang
besar seperti China.

19

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

5.2.4 Pengaliran wang dalam negara


Negara yang memiliki penduduk yang ramai seringkali dilihat sebagai negara
yang miskin. Walau bagaimanapun, persepsi ini kian berubah kerana wujudnya
inisiatif penduduk sesebuah negara tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan
mereka. Akibat daripada kesempitan hidup yang dialami, ada dalam kalangan
penduduk negara tersebut akan bermigrasi atau berhijrah ke negara lain untuk mencari
peluang pekerjaan seterusnya mencari sumber pendapatan yang boleh meningkatkan
taraf hidup mereka. Sebagai contoh, penduduk warga Bangladesh berhijrah ke negara
kita, Malaysia kerana negara kita sangat memerlukan pekerja asing yang boleh
menggerakkan pembangunan negara khususnya dari aspek industri pembinaan. Hasil
daripada penghijrahan ini, maka wang gaji yang diterima oleh pekerja asing itu akan
dikirimkan ke negara asal iaitu kepada keluarga mereka bagi mengurangkan beban
kehidupan di sana. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan pengaliran mata
wang asing masuk di negara berkenaan. Keadaan ini turut menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara yang terbabit.
Oleh itu, pertumbuhan penduduk atau populasi di sesebuah negara khususnya di negara
sedang membangun memberikan kesan ketara terhadap negara tersebut, sama ada kesan
negatif mahupun kesan positif. Pertumbuhan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf
kehidupan yang rendah, kadar pertumbuhan penduduk yang pesat dan daya pengeluaran yang
rendah serta jumlah pengangguran yang tinggi. Selain itu, keadaan infrastruktur, sistem
pengangkutan, perhubungan, kemudahan kesihatan dan kemudahan-kemudahan lain masih
belum dimajukan dan penggunaan teknologi juga terbatas. Namun, pertumbuhan penduduk
yang tinggi juga memberikan kesan positif kepada sesebuah negara. Tenaga buruh yang ramai
mampu mempengaruhi pembangunan di negara berkenaan kerana mampu menyumbang
kepada daya pengeluaran yang tinggi dan tenaga buruh yang ramai berguna untuk
mengerakkan ekonomi negara terbabit. Selain itu, perluasaan pasaran domestik juga akan
berlaku dengan adanya penduduk yang ramai yang berperanan sebagai pembeli kepada
barang-barang keperluan dan kehendak yang dihasilkan dalam sesebuah negara. Tambahan
pula, kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi dan saiz penduduk yang pesat dianggap
sebagai sumber kekuatan dan kekayaan negara. Pada umumnya, ramai penulis turut
mengakui bahawa saiz dan pertumbuhan penduduk merupakan faktor penting bagi kemajuan
sesebuah negara.

20

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

6.0 PENUTUP
Sejak zaman dahulu lagi, para pendidik dan ahli fikir telah memberi perhatian yang
serius kepada masalah penduduk terutama dari segi saiz dan pertumbuhan. Kadar
pertumbuhan penduduk penduduk yang pesat adalah punca kepada kemiskinan, peperangan,
wabak penyakit, kebuluran dan kekurangan makanan. Namun, jika dilihat pada zaman
sekarang, pertumbuhan penduduk yang pesat telah menyebabkan pelbagai kesan negatif iaitu
kemiskinan, buta huruf dan taraf pendidikan yang rendah, penghijarahan penduduk desa ke
kawasan bandar dan semestinya pertambahan penduduk yang pesat. Walau bagaimanapun,
saiz penduduk yang besar turut menjadi kebanggaan sesebuah negara kerana penduduk
sebagai sumber kekuatan dan kekayaan negara tersebut. Di samping itu, tenaga buruh yang
ramai, pasaran domestik yang besar dan pengaliran wang masuk merupakan antara kesan
positif yang boleh dilihat. Lantaran itu, pelbagai teori kependudukan muncul antaranya ialah
Teori Malthus, Boserup dan Simon. Secara mudahnya, teori-teori kependudukan merupakan
asas dalam menggubal dasar pembangunan dan perancangan sesebuah negara.
Justeru, tidak dinafikan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara populasi
penduduk dan pembangunan. Populasi penduduk di sesebuah negara mampu memberikan
kesan yang buruk dan baik kepada pembangunan sesebuah negara. Namun, kesan atau
masalah tersebut boleh diatasi dengan perancangan yang teliti dan rapi oleh kerajaan.
Tambahan pula, kemunculan teknologi moden pada masa kini mampu membantu
mengimbangi pertumbuhan populasi penduduk yang pesat dengan sumber bekalan makanan.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa populasi penduduk dan pembangunan sangat berkait
rapat. Hal ini kerana, penduduk merupakan sumber tenaga atau penggerak kepada kegiatan
ekonomi di sesebuah negara. Dengan jumlah tenaga buruh yang ramai, maka negara mampu
melaksanakan aktiviti pembangunan dengan pesat. Namun, jumlah atau saiz penduduk yang
tinggi jika tidak disertai dengan kualiti yang diperlukan akan memberikan kesan yang kurang
baik. Lantaran itu, tidak menguntungkan bagi pembangunan sesebuah negara jika hanya
bergantung kepada kuantiti penduduk dan tidak kepada kualiti penduduknya.

21

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

7.0 RUJUKAN
Aligica, D. P. 2009. Simon and the Limits to Growth Neo- Malthusianism. The Electronic
Journal of Sustainable Development, 1(3) 74-77.
Clarke, I. J. 1988. Geografi Penduduk dan Negara Sedang Membangun. Rosnah Talib
(penterj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Doddy S. Singgih. 2001. Pangan, Penduduk dan Teknologi Pertanian: Sebuah Perdebatan
Teoritis. Masyarakat, Kebudayaan dan Politik, 14 (4), 43 -54.
Katiman Rostam. 2002. Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Simon, L. J. 1996. The Ultimate Resource 2. New Jersey: Princeton University Press.
Usman Yaakob. 1989. Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ambika Prasad. (2012, Mac 6).What are the main consequences of population explosion?.
PreserveArticles. Retrieved from http://www.preservearticles.com/2012030625147/what-arethe-main-consequences- of-population-explosion.html
Bose, D. 2012, Julai 10. Thomas Malthus: Theory of Population. Retrieved from
http://www.buzzle.com/articles/thomas-malthus-theory-of-population.html
Badan Pusat Statistik Indonesia. 2013. Peratus penduduk buta huruf menurut kelompok umur
tahun 2003-2013. Retrieved from
http://www.bps.go.id/tab_sub/view.php?kat=1&tabel=1&daftar=1&id_subyek=28&notab=2
Countrymeters. 2014. India Population. Retrieved from http://countrymeters.info/en/India
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013, Januari 29. Analisis Tenaga Buruh di Malaysia, 20102011. Retrieved from
http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/findings/RINGKASA
N_PENEMUAN_PTB2011.pdf
"Malthus, Thomas Robert." Complete Dictionary of Scientific Biography. 2008. Retrieved
October

20,

2014

from

Encyclopedia.com:

http://www.encyclopedia.com/doc/1G2-

2830902792.html
22

HGM 3033- GEOGRAFI PENDUDUK

23

Anda mungkin juga menyukai