Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan
Konsep Kemahiran Berfikir
Alat-Alat Berfikir
Soalan alat Berfikir

2
3
10

Soalan a)

11 12

Soalan b)

13 14

Soalan e)

15 17

Soalan f)

18 19

Soalan g)
Rujukan
Lampiran

20 - 23
24
25

PENDAHULUAN
KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
1

Selain bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling acap dan
wajib dilakukan oleh setiap insan berbeza dengan sebarang aktiviti lain yang hanya
dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kebolehan berfikir secara abstrak mampu
untuk menjana idea-idea baharu ; yang membezakan manusia dengan makhlukmakhluk lain. Berfikir juga bertujuan untuk mencari makna. John Dewey mendefinisikan
berfikir sebagai satu operasi yang menggunakan fakta sedia ada untuk mencadangkan
fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baharu dapat dipercayai berdasarkan faktafakta yang sedia ada.
Berfikir melibatkan tiga komponen utama iaitu; operasi mental, pengetahuan dan
sikap. Berfikir terdiri daripada operasi mental iaitu operasi yang dijalankan oleh minda.
Operasi mental juga boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu kognitif yang
meliputi kemahiran serta strategi dan juga metakognitif yang berperanan untuk
mengawal serta mengarahkan proses kognitif. Metakognitif lebih dikenali sebagai
berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking) dimana ia berfungsi untuk memandu
usaha seseorang manusia mencari makna khususnya dalam operasi merancang,
mengarah dan turut menilai pemikirannya.

ALAT-ALAT BERFIKIR

Untuk menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu mampu untuk
berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan pelbagai
masalah memerlukan panduan atau alat-alat yang khusus. Begitu juga seorang guru
memerlukan alat bantu mengajar untuk menjadikan pengajarannya menarik dan
berkesan. Dalam kemahiran berfikir, terdapat alat-alat yang boleh digunakan untuk
berfikir.
Edward de Bono telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research
Trust ) yang dibahagikan pula kepada enam bahagian utama iaitu :
-

CoRT I
CoRT II
CoRT III
CoRT IV
CoRT V
CoRT VI

Dalam pendidikan khususnya, CoRT I dan CoRT IV dapat digunakan untuk melatih
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif khususnya kepada para guru. CoRT I
merupakan asas kepada program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan
pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.

Cognitive Research Trust I ( CoRT I )

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT I ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita
gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan

atau untuk menyelesaikan masalah. CoRT I ini terdiri daripada tujuh teknik asas yang
turut digunakan untuk mencipta peraturan baharu sebelum membuat sebarang
perancangan baru dan sekaligus membuat keputusan yang bijak.
Komponen-komponen dalam CoRT I adalah :
1. PMI ( Plus, Minus, Interesting )
-

Bertujuan untuk meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi. Seseorang


pemikir perlu mengelakkan sebarang reaksi secara emosi bagi menjamin

penghasilan idea yang becapah, bernas dan berkembang.


P (PLUS) : Perkara yang difikirkan positif tentang sesuatu idea.
M (MINUS) : Perkara yang difikirkan negatif tentang sesuatu idea.
I (INTERESTING) : Perkara yang tidak termasuk dalam plus atau minus
tetapi menarik tentang sesuatu idea.
Seterusnya, sesuatu keputusan dicapai berdasarkan penilaian tentang tajuk
yang dikaji dengan mengambil kira semua perkara berkaitan idea sama ada
perkara tersebut difikirkan positif, negatif mahupun perkara tersebut tidak
termasuk antara keduanya namun ia perkara yang difikirkan menarik.

2. CAF ( Consider All Factors )


-

Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan secara menyeluruh tanpa

melepaskan walau satu pun faktor yang penting.


Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita
membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita.
Untuk tujuan ini, ia boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan

yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang.


Menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih
mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
1

Setiap faktor yang disenaraikan akan dipertimbangkan terlebih dahulu


sebelum bersetuju untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

3. C & S ( Consequence and Sequel )


-

Menjangka apa yang akan berlaku kesan daripada sesuatu cadangan atau

keputusan yang dibuat.


Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan
mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara
hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya

menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa.


Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu
kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.
Kita perlu memikirkan beberapa perkara yang amat penting iaitu :
Apakah cadangan tersebut akan berjaya ?
Apakah risiko yang mungkin dihadapi ?
Apakah kesan serta merta, jangka pendek dan jangka panjang ?
Adakah cadangan berkenaan bermanfaat ?

4. AGO ( Aims, Goals and Objectives )


-

Kita perlu sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal sesuatu


perkara supaya matlamat akan tercapai. Oleh itu, setiap perkara yang tidak
berkaitan harus diketepikan supaya tidak menjadi halangan dalam mencapai

objektif.
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin
kerana ia hobi kita atau kita melakukannya kerana terpengaruh dengan
orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita
melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai

sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat
-

kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya.


Dalam melaksanakan sesuatu, kita perlu berbalik kepada persoalan apakah
sebenarnya AGO rancangan tersebut. Setiap tindakan serta keputusan yang
diambil perlu mengambil kira adakah tindakan tersebut terkeluar dari AGO
asal perancangan disamping memastikan cara bagi memastikan AGO dapat

dicapai.
5. FIP ( First, Important, Priorities )
-

Mengambil kira perkara-perkara yang penting dan yang perlu diutamakan


terlebih dahulu antara perkara-perkara yang penting tersebut bagi

menentukan prioriti sesuatu perkara tersebut.


Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO,
timbul pula masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor,
objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara
atau rancangan yang ingin kita laksanakan. Untuk tujuan pemilihan ini, kita
terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain

kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.
Setelah memilih perkara-perkara yang benar-benar penting, kita perlu
memastikan adakah perkara-perkara tersebut benar-benar penting.
Disamping itu juga kita perlu mengenalpasti yang mana merupakan prioriti
yang harus diambil tindakan segera agar perkara yang tidak sepatutnya
diutamakan tetapi telah diutamakan dapat dielakkan.

6. APC ( Alternatives, Possibilities, Choices )


-

Memikirkan beberapa perkara secara serentak disamping menentukan pilihan


yang terbaik dengan mengelakkan pemikiran secara sehala sahaja.

Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara


ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat
berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai
pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara dengan
lebih bercapah. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut
dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada
variasi pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita memilih

untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.


Dengan itu juga, kita akan berfikir secara kritis dan kreatif cara-cara yang
berlainan untuk menyelesaikan setipa masalah yang timbul. Setiap cadangan
juga mempunyai kemungkinan yang tersendiri dalam menjurus kepada
mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.

7. OPV ( Other Peoples Views )


-

Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan


bagi mengelakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri

sendiri.
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui
apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita telah lakukan,
terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan
oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru
Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang
dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal
yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan

kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan
-

difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.


Penerimaan pihak lain terhadap idea-idea kita amat penting supaya segala
yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif.
Justeru itu, pandangan orang lain terhadap idea-idea yang telah diutarakan
amat perlu sama ada ia mampu mempengaruhi orang lain atau adakah orang
lain akan bersetuju dengan cadangan tersebut.

SOALAN ALAT
BERFIKIR

a. Ada cadangan bagi mengatasi masalah tidak cukup bilik kuliah di Institut
Pendidikan Guru supaya waktu kuliah dilanjutkan kepada kelas malam. Buat
PMI.

1.

PLUS
Sukatan pelajaran dapat dihabiskan

MINUS
1. Kemungkinan terdapat guru pelatih

dengan cepat jadi guru pelatih dapat

yang sanggup ponteng kelas malam

mengulangkaji pelajaran dengan lebih

kerana keletihan pada siang hari.


2. Risiko keselamatan guru pelatih yang

baik
2.
Supaya guru pelatih dapat berfikir

tinggal di luar IPG tinggi ketika mereka

bahawa masa yang terluang tidak boleh

dalam perjalanan untuk ke kelas

disia-siakan dan perlu diisi dengan kerja

malam.
3. Berlaku kes kecurian barang kerana

yang berfaedah.
3.
Masalah floating class tidak akan

perkongsian kelas sesi pagi dan sesi

berlaku.
4.
Para pensyarah dapat

malam.
4. Beban pensyarah semakin bertambah.
5. Berlaku pertembungan aktiviti luar kelas

menyesuaikan waktu pembelajaran jika


dengan waktu kelas malam.
ada urusan pada siang hari.
5.
Pihak pentadbiran IPG dapat
menjimatkan kos tambahan seperti kos
menyewa kabin dan membina bangunan
baru.
6. Mendorong guru pelatih untuk berusaha
bersungguh-sungguh.
INTERESTING

1. Kelas malam dapat dijalankan dalam keadaan yang santai tidak seperti
kelas pada waktu siang yang dijalankan pada waktu pejabat yang
memerlukan pelajarnya memakai baju formal.
Kesimpulan
Idea ini sesuai kerana banyak kebaikan dari keburukan. Dalam keadaan
kekurangan bilik kuliah, guru pelatih masih dapat belajar dalam keadaan yang
selesa.

b. Applikasikan CAF atas cadangan untuk mengantikan elaun dengan pinjaman


PTPTN kepada pelajar Institut Pendidikan Guru.

Faktor-faktor
1. Kerajaan kekurangan peruntukan untuk menanggung guru pelatih
berikutan masalah kemelesetan ekonomi yang melanda hari ini
2. Semakin ramai peminjam yang tidak membayar hutang PTPTN selepas
graduasi.
3. Kerajaan ingin menjimatkan perbelanjaan Negara yang semakin kritikal
pada hari ini.
4. Menyelaraskan pinjaman PTPTN bukan sahaja kepada pelajar IPTA dan
IPTS, tetapi juga pelajar IPG.
5. Guru pelatih di IPG telah dijamin pekerjaan mereka selepas mereka
graduasi, oleh itu sumber pendapatan mereka terjamin dan sudah tentu
mereka mampu untuk membayar semula hutang PTPTN tersebut.
Kesimpulan
Saya pasti kebanyakan guru pelatih di IPG tidak bersetuju dengan
cadangan ini berikutan tidak mahukan hutang dalam pendidikan , riba dan
sebagainya tetapi pada pendapat saya, cadangan ini amat berpatutan bagi
mengurangkan risiko kerugian disamping menjimatkan kos perbelanjaan Negara.
Walaupun pemberian elaun digantikan dengan pinjaman PTPTN, peluang pekerjaan
bagi guru pelatih di IPG adalah terjamin dan mereka sepatutnya mampu untuk
menjelaskan semula pinjaman PTPTN tersebut. Jika dibandingkan dengan graduan
lepasan IPTA atau IPTS , peluang pekerjaan mereka tidak terjamin berbanding
dengan graduan lepasan IPG. Graduan lepasan IPG telah dijamin peluang
pekerjaan mereka dan mereka seharusnya bersyukur dan berterima kasih atas
peluang yang diberikan.

e. Ibu-bapa kini begitu teliti membuat pilihan tentang sekolah yang akan
dihantar anak mereka bersekolah. Apakah 5 aspek yang dibuat
pertimbangan. Applikasikan FIP untuk soalan ini. Beri huraian untuk jawapan
anda.
5 aspek penting (mengikut keutamaan):
1. Akademik
Pencapaian akademik memainkan peranan penting dalam pemilihan ke
sekolah. Ini mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah

tersebut kerana persepsi yang tinggi terhadap pencapaian akademik


sekolah tersebut. Semakin baik pencapaian akademik sekolah tersebut,
semakin tinggi persepsi ibu bapa terhadap sesebuah sekolah itu.
2. Jenis sekolah
Ibu bapa pada hari ini jelas peka terhadap jenis sekolah seperti Sekolah
Berasrama Penuh(SBP), Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), Sekolah
Menengan Kebangsaan Agama(SMKA), dan sebagainya. Lebih-lebih lagi
jika sekolah tersebut merupakan sekolah yang amat dikenali masyakat
umum akan pencapaian yang cemerlang menjadikan ibu bapa semakin
tertarik untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.
Ditambah pula dengan sekolah tersebut mempunyai nama yang
menyebabkan semakin tinggi persepsi ibu bapa terhadap sekolah tersebut
seperti SPB dan Sekolah Kluster.
3. Kemudahan
Kemudahan asas yang lengkap akan mendorong ibu bapa untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Ini ditambah pula jika
sekolah tersebut menyediakan kemudahan ICT yang serba lengkap
seperti kemudahan LCD. Pada zaman moden ini kita tidak mahu berada
di takuk lama. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
kemudahan ICT. Tidak kurang juga dengan kemudahan-kemudahan yang
lain seperti kantin, lanskap, perpustakaan, dan taman mini bagi
memastikan keselesaan anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut.
4. Budaya sekolah

Budaya sesebuah sekolah banyak mempengaruhi pembentukan sikap


pelajar. Oleh itu, faktor ini juga penting dalam pemilihan sekolah. Tiada ibu
bapa yang mahu anak-anaknya dididik dengan sikap negatif jika
manghantar anak-anak mereka ke sekolah berbudaya negatif seperti
budaya membuli dan sebagainya. Sudah tentu mereka mahukan anak
mereka berjaya dari segi sahsiah iaitu dengan menghantar anak mereka
ke sekolah yang berbudaya positif.
5. Jarak
Kebiasaannya factor ini lebih terarah kepada ibu bapa yang tiada
pengangkutan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau ibu
bapa seringkali sibuk dengan tugasan pada waktu menghantar anak-anak
ke sekolah. Oleh itu jika sekolah itu dari rumah , ia memudahkan urusan
ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

f. Pelajar Institut Pendidikan Guru tidak sepatutnya disediakan penginapan


asrama. Buat satu C&S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini

Keberkesanan cadangan itu:


Cadangan ini boleh dilaksanakan kerana sebagai guru pelatih, mereka
seharusnya dilatih untuk berdikari bagi mempersiapkan diri untuk menjadi
seorang guru.
Kesan jangka panjang:
1. Keselamatan guru pelatih akan terjejas. Risiko kemalangan juga tinggi
kerana guru pelatih perlu ke IPG dengan kenderaan sendiri ataupun
berjalan kaki. Kemungkinan ketika dalam perjalanan ke IPG berlaku
pelbagai insiden yang tidak disangka seperti rompakan atau kemalangan.
Jika berlaku kematian di luar kampus, berkemungkinan keluarga si mati
tidak dapat menuntut apa-apa dari pihak IPG kerana ia dikira berlaku
diluar kampus. Jika dapat pun, ia merupakan belas ihsan dari kutipan
derma daripada guru pelatih yang lain.
2. Saya percaya terdapat guru pelatih yang akan sentiasa datang lambat ke
kelas pada waktu kuliah. Lebih-lebih lagi jika rumah sewa mereka jauh
dari IPG. Tidak mustahil ketika dalam perjalanan ke IPG, berlaku
kesesakan lalulintas lalu menyebabkan guru pelatih tersebut lambat untuk
sampai ke kelas. Kesannya, guru pelatih itu ketinggalan untuk mengikuti
sesi pembelajaran ketika belum sampai ke kelas. Ini bermakna tidak
semua input guru pelatih tersebut dapat pada waktu kuliah.
3. Guru pelatih dapat melatih diri untuk berdikari disamping belajar hidup
bermasyarakat sepanjang menginap di rumah sewa tersebut. Mereka
dapat beramah mesra dengan jiran tetangga mereka. Disamping itu, ia
dapat melatih guru pelatih untuk bersedia jika mereka diposting di
kawasan pedalaman seperti pedalaman di negeri Sabah atau Sarawak. .

Hal ini adalah kerana apabila mereka tidak menginap di asrama, mereka
terpaksa menempuh segala rutin harian secara bersendirian. Hal ini telah
melatih mereka untuk lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan
orang lain berbeza dengan pelajar yang menginap di asrama yang
sentiasa memerlukan bantuan para warden terutamaya ketika sakit. Ini
mendorong mereka semakin tabah dan bersemangat untuk menjadi guru
yang berdedikasi.
Keputusan:
Pada pendapat saya walaupun cadangan ini baik tetapi ia masih tidak sesuai
dilaksanakan buat masa ini berikutan kesan-kesan jangka masa panjang yang
telah saya huraikan di atas. Jika hendak dilaksanakan juga, perancangan yang
awal serta teliti adalah diperlukan bagi memastikan ia membawa kebaikan bagi
semua pihak.

g. Masalah banjir di kawasan perumahan anda sering berlaku.Anda dijemput


untuk menanggotai jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah
AGO jawatankuasa ini. Bahagikan masalah anda kepada 3 masalah kecil.

AIMS
AIMS

Apakah AGO jawatankuasa anda untuk setiap masalah kecil ini?

Mencari
penyelesaian bagi
masalah
banjir
yang
Untukjalan
membantu
penduduk
ketika
banjir
Supaya
penduduksemua
di kawasan
perumahan
akan
lebih
sering
berlaku
di kawasan perumahan.
sedang
berlaku.
selamat
terutamanya pada musim tengkujuh yang

GOAL
GOAL
S
S

mungkin melanda paling kurang dua bulan sekali


Untuk melatih penduduk supaya tidak panik
dalam setahun.
sebaliknya mengambil tindakan segera,cepat dan
pantas untuk
menyelamatkan
diri serta
harta
benda
Supaya
penduduk
setempat lebih
bersedia
untuk
1

ketika banjir berlaku.


menghadapi
sebarang kemungkinan banjir berlaku.

OBJE
OBJE
CTIV
CTIV
ES
ES

3 MASALAH KECIL

MASALAH

MASALAH RUMAH

MASALAH HILANG

KESIHATAN

HANYUT SERTA

TEMPAT TINGGAL

PENDUDUK

KEHILANGAN HARTA

SERTA TIADA

BENDA

BEKALAN MAKANAN

MASALAH 1 : MASALAH KESIHATAN PENDUDUK


AIMS
-

Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah


kesihatan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan
perumahan ketika banjir sedang berlaku.

GOALS
-

Supaya penduduk sentiasa dalam keadaan sihat


sebelum dan selepas menghadapi banjir disamping
menanam kesedaran diri betapa pentingnya menjaga
kesihatan diri ketika banjir.

OBJECTIVES
-

Untuk memberi bantuan perubatan kepada penduduk,

misalnya memberikan pemeriksaan percuma disamping


menyediakan bekalan ubat-ubatan kepada semua
penduduk serta suntikan bagi mengelakkan sebarang
jangkitan kuman.
MASALAH 2 : MASALAH RUMAH HANYUT SERTA KEHILANGAN HARTA BENDA
AIMS
-

Mencari langkah-langkah penyelesaian yang efisien


bagi mengelakkan masalah rumah hanyut serta
kehilangan harta benda yang maksimum semasa
penduduk dilanda banjir.

GOALS
-

Supaya rumah tidak akan hanyut lagi ketika berlakunya


banjir di kawasan perumahan tersebut pada masa akan

datang.
Supaya barang-barang berharga dapat diselamatkan
sebanyak mungkin dalam masa yang singkat sekaligus
meminimumkan jumlah kehilangan harta benda disamping
memberi pengetahuan tentang cara bertindak pantas
untuk menyelamatkan barang-barang ketika banjir berlaku.

OBJECTIVES
-

Untuk membina pagar bagi setiap sekeliling rumah

sebagai langkah persediaan menghadapi banjir.


Untuk memberi bantuan bot penyelamat seberapa banyak
yang boleh serta seberapa pantas yang mungkin.

MASALAH 3 : MASALAH HILANG TEMPAT TINGGAL SERTA TIADA BEKALAN


MAKANAN
AIMS
-

Mencari jalan penyelesaian yang bervariasi bagi


mengatasi masalah hilang tempat tinggal serta tiada
bekalan makanan ketika banjir sedang berlaku.

GOALS
-

Supaya penduduk kawasan perumahan tidak trauma


menghadapi banjir pada masa akan datang atas sebab
kehilangan tempat tinggal atau dengan kata lain

merempat ketika banjir sedang melanda.


Supaya penduduk menimba pengalaman serta
pengajaran mengenai pentingnya pengambilan
makanan yang sesuai dan bersih ketika menghadapi
banjir.

OBJECTIVES
-

Untuk menyediakan penginapan sementara seperti


asrama-asrama atau sekolah-sekolah yang mencukupi
kepada semua penduduk setempat sementara menanti

banjir surut.
Untuk menghantar bekalan makanan serta bekalan air
bersih kepada penduduk semasa banjir sedang berlaku.

RUJUKAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai