Anda di halaman 1dari 7

GUIDEBOOK FOR KHAT

CLASS OF 2016
BY

AFFWAN LOKMAN

KANDUNGAN
Pendahuluan
perjalanan 1: PERSEDIAAN
Perjalanan 2: KAEDAH LATIHAN
Perjalanan 3: MEDIUM PENULISAN
Perjalanan 4: APLIKASI
Penutup

Sesungguhnya Allah Itu Cantik Dan Cintakan Kecantikan

BUKU PANDUAN KELAS KHAT 2016

oleh

M AFFWAN LOKMAN
ABSTRAK
Seni khat merupakan satu cabang kesenian didalam islam itu sendiri walaupun secara
umumnya ia adalah hasil variasi didalam penulisan kaligrafi untuk tulisan arab. Hal ini
kerana al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa arab. Seni didalam islam itu tidaklah hanya
pada seni khat sahaja, namun banyak lagi cabangnya antaranya seperti seni tezhib atau
hiasan berbunga yang selalunya didampingkan sekali dengan seni khat. Perbezaan ketara
antara seni islam dan seni barat ialah pada ketepatan dan perancangan yang teliti
berbanding seni barat yang lebih bebas dan tanpa batas hingga apa-apa sahaja yang yang
dianggap cantik walau pada pandangan subjektif umum dikira seni. Didialam mempelajari
seni khat, banyak persediaan dan cabaran yang akan ditempuhi pelajar. Seni khat adalah
suatu cabang kemahiran yang mana memerlukan latihan dan pengulangan pada hal yang
sama sehinggalah tangan yang menulis itu sudah terbiasa didalam menggores dan
lenggokan unik yang ada pada setiap jenis khat. Terdapat berpuluh jenis-jenis atau variasi
khat yang telah wujud didalam dunia pada hari ini. Walaubagaimanapun hanya berbelas
jenis yang diangkat sebagai jenis yang kerap digunakan, dan yang terkenal didalam itu
adalah khat Thuluth, Nasakh, Riqaah, Diwani, Diwani Jali, Farisi/Nastaalik, Maghribi,
Raihani, dan Kufi.

PERJALANAN I: PERSEDIAAN AWAL


Didalam permulaan perjalanan ini, hal pertama yang perlu pelajar khat tahu ialah
mengenai persediaan didalam ingin belajar dan menulis khat. Aspek utama didalam belajar
khat tidak sama seperti pengajian-pengajian lain secara total, kerana khat bersifat kemahiran.
Pelajar perlu menulis demi mendapat pengalaman nyata. Hanya sekadar teori tidak cukup
untuk menjdikan pelajar mahir dalam bidang ini. Peralatan yang cukup amatlah penting.
Rujukan yang baik perlu dimiliki pelajar. Hal ini kerana waktu sebenar bagi seorang pelajar
khat belajar khat ialah pada waktu latihan.
Pengajian khat terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah bahagian
teori, dimana pelajar akan mengetahui kaedah, skala ukuran setiap huruf, penyambungan,
selok belok jenis-jenis khat dan lain-lain. Dan bahagian kedua ialah apabila pelajar membuat
latihan. Dan bahagian kedua inilah bahagian yang terpenting dan terpanjang. Hal ini boleh
diibaratkan dengan air wuduk dan solat. Bahagian pertama itulah air wuduk dan
bahagian kedua itulah solatnya. Solat tidak akan sah tanpa ada wuduk. Begitulah
hubungan yang rapat antara ilmu dan latihan. Kalau x paham lg xtau lah. Adoi.
PERALATAN MENULIS KHAT
1

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

kertas (art paper / glossy paper)


Dakwat
Bekas dakwat serta benang
Handam sekurang-kurangnya 3 batang (buluh/ batang resam/ kayu/ dll)
Pisau cutter (dan refill nya skali)
Pembaris 30cm
Pensel
Bekas pensel (pencil case)
File khusus
Pen khat biasa mata saiz 3.0 dan 2.0 dan 1.0

RUJUKAN ASAS
Rujukan asas didalam dunia khat adalah sama juga seperti ilmu-ilmu lain iaitu buku-buku
khat dan buku-buku kaedah khat. Namun ada sedikit penambahan untuk khat iaitu rujukan
dari penulis khat yang mahir iaitu melihat sendiri kaedah dan lenggok goresan yang dibuat
penulis berengalaman itu. Hal ini adalah kerana mengetahui kaedah sahaja tidak mencukupi
untuk menulis dengan sempurna. Rahsia kecantikan dan kesenian khat itu bukan sahaja pada
kaedahnya namun juga pada bagaimana seorang penulis khat itu menggoreskan qalamnya
beserta jumlah dakwat yang diperlukan bersamanya dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai
buku kaedah yang ditulis oleh khattat bertaraf dunia. Antaranya buku yang ditulis oleh
Mehmed syawki, Mustafa halim, uthman, abdul baki khattat dari Malaysia dan lain-lain.
RUJUKAN TAMBAHAN
Rujukan tambahan adalah merupakan rujukan yang bersifat elektronikal, iainya terdiri dari
video-video kaedah khat yang mana banyak dan boleh didiapatkan di youtube.com. pelajar
juga boleh friend dengan pelbagai khattat yang mempunyai facebook atau Instagram dan
melihat karya-karya yang terbaru dari mereka dan save gambar itu untuk rujukan kelak dan
untuk latihan. Antara khattat yang memuatnaik gambar khat di fb dan ig adalah, abdul
Rahman depeler, Yilmaz turan, abdul baki, isep misbah, Osman izcay, fathy rosly dan ramai
lagi.

PERJALANAN II: BEBERAPA KAEDAH LATIHAN YANG BERKESAN


Perkara yang paling penting didalam menajamkan kemahiran menulis khat adalah
latihan. Tidak boleh tidak, pelajar yang ingin menulis dengan baik dalam dunia khat ini wajin
bagi mereka untuk melakukan latihan secara berterusan dan tanpa berhenti dengan kadar
yang lama. Proses memahirkan dan melembutkan tangan uutuk menulis khat sudah pasti
memakan masa yang agak lama, namun ianya tergantung atas kekerapan dan kerajinan
seorang pelajar itu membuat latihan.
Menulis khat akan menjadi satu perkara yang amat sukar untuk seorang yang baru
bermula, dan disinilah perperangan akan tercetus samada mengalah atau teruskan. Didalam
minda pelajar akan berfikir boleh kah aku tulis kalua mcm ni tulisan aku, aku ni tiada bakat
lah, aku memang tulis tak cantic lah. Jangan risau wahai pelajar sekalian kerana hal itu
berlaku untuk semua orang. Khattat bertaraf dunia pun begitu juga dahulu, tutor kamu ni pun
sama juga. Biasa. Tiada orang yang lahir mampu terus berlari. Paling tidak dia akan menangis
2

dulu. Latihan amatlah penting. Ingat tu. Just dont give up ok. Banyak kaedah latihan yang
boleh dipilih.
KAEDAH MENIRU KARYA MASTER
Kaedah ini adalah kaedah yang perlu bagi setiap pelajar sesudah pelajar mampu menulis
huruf-huruf hujaiah sikit-sikit. Atau bilamana pelajar sudah masuk level 3. Kaedah ini dimana
pelajar akan menulis balik karya khattat muktabar dengan membuat lakaran dahulu ataupun
dengan terus menulis menggunakan qalam khat terus. Saiz qalam paling baik digunakan
adalah saiz yang sama seperti karya master tersebut, namun jika tiada saiz yang sama tidak
mengapa untuk menggunakan saiz mata yang lain.
KAEDAH MENIRU BUKU-BUKU KHAT YANG MUKTABAR
Kaedah ini sama juga seperti kaedah diatas, namun bezanya adalah pada benda yang ditiru,
iaitu kaedah bentuk-bentuk huruf dan sambungan huruf asas. Level yang diperlukan adalah
dalam sekitar level 1-2 sahaja. Pelajar meniru bulat-bulat apa yang ada pada mukasurat
kaedah itu tanpa melakar. Hanta garisan yang diperlukan.
KAEDAH MENEKAP
Kaedah ini adalah kaedah yang agak lain dari kedua-dua kaedah diatas kerana kaedah ini
adalah kaedah beyond kpd meniru, tekap terus, ikut satu-satu apa yang ditulis dengan
menggunakan kertas minyak / kertas sureh/ kertas translucent/ tracing paper. Pelajar juga
boleh gunakan lightbox. Lightbox boleh dibuat sendiri dengan hanya mencari sebuah cermin
tebal dan diletakkan diantara dua buah buku atau benda yang yang tebal hinggal ada ruang
antara kedua-dua celah buku tersebut untuk diletakkan lampu. Pelajar boleh menekap apa-apa
sahaja termasuk karya dan keadah. Level yang diperlukan hanyalah berada pada level 1-2.
KAEDAH MEMBUAT KARYA SENDIRI
kaedah ini agak sukar dan perlukan ilmu dan penglaman yang agak tinggi. Atau level 5 keatas
sahaja yang digalakkan menggunakan kaedah ini. Kaedah ini pelajar perlu mengambil satu
ayat / teks arab untuk menulis dan merekakan bentuk sendiri tanpa ada rujukan mana-mana.
-KAEDAH PENGULANGAN HURUF
Kaedah ini khusus untuk pelajar yang ingin memantapkan benar-benar bentuk huruf hingga
sempurna, level 2 keatas digalakkan. Pelajar perlu menetapkan berapakah jumlah yang ingin
dulangi, (namun jumlah itu hendaklah tidak kurang dari 50 kali) dan diulangi setiap hari atau
3 kali seminggu.
KAEDAH RIVALRY
Kaedah rivalry adalah kaedah persaingan yang sihat antara rakan yang belajar khat juga.
Suatu perlumbaan siapakah yang paling cantik tulisannya. Dilakukan sehingga tiada beza
antara kecantikan kedua-pelajar tersebut.

PERJALANAN III: MEDIUM KHUSUS PENULISAN KHAT


Terdapat banyak medium atau tapak penulisan karya khat atau untuk membuat
latihan. Secara umumnya segala jenis kertas boleh digunakan dalam menulis khat, namun
kertas yang paling sesuai adalah dinamakan kertas ahar atau warq muqahhar dan jika sukar
untuk mendapatkan kertas ini, maka cukup sekadar gunakan kertas seni atau art paper. Ada
juga medium yang agak lain sikit dari kertas namun asasnya sama seperti kertas iaiatu kain
kanvas.
KERTAS ART PAPER
kertas seni atau lebih terkenal dengan panggilan art paperatau glossy paper adalah kertas asas
yang digunakan keseluruhan khattat sebagai medium penulisan untuk latihan, lakaran karya
dan laian-lain. Kertas ini mudah didapati di kedai-kedai alat tulis atau kedai kertas.
WARQ MUQAHHAR
Warq muqahhar adalah kertas paling tinggi nilainya dalam dunia khat. Kertas ini adalah
kertas yang diolah dengan pelbagai proses dengan campuran pitih telur, tawas, tepung, dan
banyak lagi proses dan campuran yang oleh digunakan. Kertas ini di Malaysia amat-amatlah
limited availability untuk dijumpai dan harganya amatlah mahal berbanding kertas biasa.
Selalunya orang Malaysia import kertas ini dari turkey, india dan Indonesia. Kertas ini secara
kebiasaannya mempunyai warna yang lembut dan bukan putih dan memiliki corak pada
sebahagian jenisnya terutama yang dari turkey, india dan Indonesia. Penulisan karya
traditional semuanya menggunakan warq muqahhar sebagai medium asas.
KAIN KANVAS
kain kanvas adalah sebenarnya penggunaan untuk karya-karya yang lebih moden. Pengunaan
kanvas dalam dunia khat adalah tidak ubah juga seperti seni mainstream yang lain. Asasnya
ialah painting background dan tulisan khat.

PERJALANAN IV: APLIKASI SENI KHAT


Seni khat boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara, tempat dan keadaan. Khat boleh
digunakan sebagai wadah utama dalam mencari punca pendapatan atau rezeki, boleh juga
menjadi pendapatan sampingan, juga boleh menjadi hadiah kepada sesiapa sahaja yang kita
inginkan. Antara lain juga mampu menjadi wadah dakwah, dan dekoratif kepada masjidmasjid mahupun rumah-rumah. Namun, mencapai semua itu, seorang pelajar khat bukan
sahaja perlu hanya mampu menulis dengan baik sahaja tetapi perlu juga tahu bagaimana ingin
menguruskan hal-hal lain untuk mencipta hasil atau suatu produk akhir yang berkualiti.
Dalam perjalanan kali ini, para pelajar akan didedahkan dengan kaedah dan maklumat asas
berkaitan dengan produk-produk yang boleh dihasilkan dengan penulisan khat. Antaranya
ialah:
FRAME

Frame adalah produk asas bagi perletakan karya khat supaya lebih cantik, kemas dan terjaga
dan untuk menambah nilai pada karya itu sendiri. Namun secara realiti di Malaysia, karya
yang tidak diletakkan frame, tidak akan dinilai sebagai karya. Hati-hati.
MURAL
Mural adalah lukisan di dinding. Kaedah ini banyak digunakan di dinding-dinding sekolah
atau bangunan-bangunan lain.
UKIRAN
Ukiran khat adalah suatu level up kepada ukiran itu sendiri dan medium yang paling sesuai
diukir adalah kayu. Ada juga orang menggunakan batu namun itu sedikit sahaja dan terkena
di turkey.
STICKER
Sticker sesuai digunakan dalam banyak situasi dan kedaan. Namun penghasilannya adalah
sedikit sukar kerana ia melibatkan pemotongan yang halus pada sticker itu dan jika
mengunakan mesin pemotong sticker, kosnya agak tinggi.
FOAM BOARD
Foam board adalah selalunya digunakan untuk membuat khat / tulisan/ logo dll yang timbul
dari permukaan asal.
BAJU
baju antara produk yang paling biasa dilihat yang menggunakan khat. Namun khat yang
ditulis atas baju mestilah tidak mengandungi ayat-ayat suci alquran. Cukup sekadar nama
orang atau jenama atau lain-lain.
ACRYLIC BOARD
acrylic board adalah papan plastic atau propek samada lut sinar ataupun ada warna. Acrylic
board banyak digunakan untuk membuat sign indoor ataupun karya yang kelihatan licin
permukaannya.
CERMIN
Cermin adalah satu bahan yang rumit untuk digunakan, kadang-kadang kaedahnya boleh
menyerupai kaedah acrylic board namun specialty tambahan untuk cermin adalah boleh
dikikis reflectionnya dan jadikan ia karya yang cantik.
KEYCHAIN
Keychain adalah suatu produk kecil yang mana khat akan ditulis atas permukaan keychain itu
jika boleh.

PENUTUP: CATATAN ISTIQAMAH DAN BEBERAPA PESANAN


5

Khat ialah satu subjek kemahiran atau skill. Bilamana dikatakan kemahiran, maka
sinonimnya adalah dengan latihan. Tidak boleh tidak latihan adalah aktiviti utama dalam
menguasai kemahiran ini. Tidak akan seseorang itu mampu berlari selepas sahaja dilahirkan.
Seperti belajar khat juga, dilahirkan sahaja kita dalam dunia khat ini maka menangislah kita,
sesudahnya, barulah meniarap, sesudah itu, barulah merangkak, dan baru boleh berjalan dan
akhirnya pandai berlari dan melompat. Seluruh proses itu sudah pasti memakan masa, dan
memakan masa yang agak panjang secara umumya.
Belajar khat di kelas sebegini, jangan pernah berharap untuk kita jadi pandai
terus, TIDAK! Tidak sesekali anda akan jadi pandai menulis khat dengan hanya hadir
kelas sebegini. Kelas ini hanyalah diperingkat untuk membantu belajar dilahirkan
hingga ketahap merangkak sahaja dan tujuan kelas ini adalah supaya pelajar
mampu berjalan dan lantas berlari sendiri. Jika berlari terus yang diharapkan, maka
ini bukanlah tempat yang sesuai.
Belajar khat amatlah perukan esabaran dan toleransi. Jangan pernah berputus asa
walau tulisan masih belum menjadi walau sudah tulis benda yang sama ulang-ulang 100 kali.
Proses melembutkan tangan itu bukanlah sesuatu yang cepat. Jangan paksakannya, maka
lakukannya dengan istiqamah WALAUPUN SEDIKIT namun berterusan.
Langkah peningkatan kemahiran sering disalah erti. Kemahiran tidak akan dicapai
hanya dengan hadir di kelas sahaja. Maaf, tidak akan mahir jika rutin itu sahaja yang diulang.
Langkah paling utama adalah disaat habisnya kelas itu. Itulah waktu untuk
aplikasikan ilmu ynag dapat didalam kelas. Dan jadilah berani untuk cuba benda bau
dalam dunia khat, asalkan tidak melepasi batas syarak.
Jadilah kreatif dalam membuat karya dan membuat latihan. Latihan perlukan masa,
tenaga, wang ringgit. Namun jika kita kreatif, boleh kita optimumkan perkara-perkara itu dan
tambahan untuk itu supaya kita tidak merasa bosan dalam membuat latihan.

Semoga Berjaya

Anda mungkin juga menyukai