Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

DALAM KEPELBAGAIAN KELOMPOK MASYARAKAT DI SEKOLAH


Peranan

untuk

mengatasi

masalah

ketaksamaan

peluang

pendidikan

dalam

kepelbagaian kelompok masyarakat di sekolah bukan hanya terletak di pundak guru-guru


ataupun pihak sekolah sahaja. Namun, setiap pihak seharusnya memainkan peranan masingmasing untuk memastikan negara ini dapat menghasilkan satu sistem pendidikan yang mampu
menyediakan peluang pendidikan yang sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira asal
kelompok sosiobudaya yang wujud di negara ini.
Masalah ketaksamaan peluang pendidikan di mana sesetengah pelajar yang berasal
dari keluarga yang kurang berkemampuan boleh diatasi dengan memberikan biasiswa untuk
membiayai perbelanjaan pelajaran mereka. Pihak-pihak yang menyediakan bantuan biasiswa
seharusnya peka dengan para pelajar yang berpotensi dalam pelajaran namun tidak
berkemampuan dari aspek kewangan. Hal ini demikian kerana banyak pelajar yang tidak
berkemampuan tetapi berpotensi dan berkemahiran tercicir dari mendapat bantuan biasiswa.
Pelajar seperti ini seharusnya diutamakan kerana mereka inilah yang akan menyumbang dalam
banyak bidang untuk negara ini.
Seterusnya, pihak Kementerian Pendidikan seharusnya membekalkan kemudahan
Teknologi seperti ICT dan akses Internet di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman.
Kemudahan-kemudahan teknologi seperti ini membantu pelajar-pelajar untuk dapat mengetahui
keadaan di luar daripada kawasan yang mereka diami melalui capaian internet yang ada.
Kemudahan ini juga membantu guru-guru untuk mencari bahan-bahan yang berkesan untuk
pengajaran mereka di dalam kelas. Dengan adanya kemudahan seperti internet dan komputer
di sekolah pedalaman, para pelajar di kawasan luar bandar ini dapat mengalami serba sedikit
pengalaman pembelajaran seperti pelajar-pelajar di bandar.
Di samping itu, kerajaan boleh menyediakan peluang pendidikan yang bersesuaian
dengan minat pelajar dengan membina pusat-pusat latihan yang menawarkan pelbagai kursus
di negara ini yang khas untuk kelompok-kelompok etnik, peribumi dan bumiputera. Hal ini bukan
sahaja boleh mengeratkan lagi perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia tetapi juga mampu
memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat pendidikan terutama sekali
dalam bidang yang mereka minati.

Pihak kementerian juga seharusnya mewajibkan pengajaran dan penggunaan bahasa


pengantara sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris di sekolah. Hal ini perlu difokuskan
di sekolah-sekolah etnik yang terletak jauh di kawasan pedalaman untuk memastikan setiap
warganegara negara ini mampu berkomunikasi sekurang-kurangya menggunakan bahasa
Melayu supaya dapat berkomunikasi dengan masyarakat lain menggunakan satu bahasa yang
boleh difahami oleh semua kelompok etnik di Malaysia. Namun demikian, bahasa ibunda
masing-masing tidak perlu dilupakan.
Khidmat guru-guru terlatih yang berkualiti amatlah diperlukan di sekolah-sekolah
terutama sekali di sekolah yang kebanyakkan adalah berasal dari kelompok-kelompok
sosiobudaya yang berbeza. Pengajaran yang dilaksanakan seharusnya bukan sahaja mampu
memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi juga dapat mengeratkan perpaduan di
antara masyarakat pelbagai kaum di sesebuah sekolah.
Kemajmukan yang ada di negara kita ini seharusnya tidak menjadi alasan akan
berlakunya masalah ketaksamaan peluang pendidikan kerana sekiranya semua pihak
bersinergi dalam usaha menyamaratakan peluang pendidikan tidak mustahil satu hari nanti
tiada lagi masalah seperti ini timbul dalam isu sistem pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai