Anda di halaman 1dari 2

Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika

musim hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut
melayang.

Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.

Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah
ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai
manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini
menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau
tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap puncapunca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya
menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin
mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan
korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa
berlakunya bencana alam ini.

Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang
sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah
sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami,
kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila
masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang
senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu.
Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu
fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.

Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam


yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak
berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut
dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era
kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula.
Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang
tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk
mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam
berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas
sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.

Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat


perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh
meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian
tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat?
Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan
seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk
menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan
bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk
merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita
memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai
nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam
berlaku begitu sahaja.

Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan


global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran
usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti
akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia
dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan
bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang
dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat
perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global.

Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca


seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu
menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila
mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan
cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah
jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat
seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua
dalam menangani kemelut ini.

Anda mungkin juga menyukai