Anda di halaman 1dari 3

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

bahagian ini menerangkan tentang kesimpulan dan cadangan mengenai keseluruhan


keputusan daripada analisis data yang telah dilakukan dalam bab 4 berkaitan kajian
hubungan antara faktor penghalang terhadap penerapan bangunan hijau di Malaysia.
5.2

Kesimpulan

Merujuk kepada hasil dapatan kajian, bangunan hijau yang telah di iktiraf oleh GBI
menunjukan pertambahan yang semakin meningkat dengan hanya beberapa tahun
sejak ianya ditubuhkan namun pencapaian ini belum boleh dikatakan cemerlang ini
kerana masih terdapat jurang perbezaan yang besar diantara bangunan hijau yang
diiktiraf oleh GBI dengan bangunan konvensional. perbezaan ini menunjukan masih
bangunan hijau belum diterima secara keseluruhan oleh rakyat Malaysia termasuk
juga pihak industri untuk melaksanakan bangunan hijau. Berdasarkan kajian
(Shamsuddin et al, 2013) menyatakan ekonomi negara secara keseluruhannya
sebagai adalah faktor yang membolehkan pembinaan hijau dibina, ini kerana pihak
industri hanya membina teknologi hijau adalah berdasarkan permintaan semasa oleh
pembeli iaitu rakyat Malaysia, namun jika negara menghadapi masalah ekonomi
ianya akan menyebabkan penjimatan kos oleh pembeli dan memberi kesan kepada
industri. Juteru hanya binaan yang konvensional sahaja yang menepati citarasa
pembeli.

40

Selain itu, memfokuskan kepada arkitek sebagai pereka bangunan turut


menghadapi dalam menerapkan teknologi hijau dalam bangunan. Setelah soal selidik
dibuat keatas arkitek yang berkerja di syarikat perunding, terdapat beberapa faktor
yang telah dikenalpasti sebagai faktor penghalang kepada arkitek dalam menerapkan
bangunan hijau antara faktor-faktor tersebut adalah faktor kesedaran, faktor
pengetahuan, faktor kesediaan, faktor teknologi, faktor permintaan, faktor pihak
berkuasa dan faktor kos. Setelah analisis dilakukan setiap faktor penghalang
menunjukan hubungan keatas faktor penghalang. Namun hanya faktor teknologi
sahaja yang menunjukan signifikan terhadap faktor penghalang dalam penerapan
bangunan hijau.
Ini menunjukan bahawa faktor teknologi adalah faktor utama sebagai faktor
penghalang kepada arkitek untuk melaksanakan bangunan hijau ini disokong oleh
(Bohari, 2015) yang menyatakan pembinaan bangunan memerlukan teknologi yang
bersesuai untuk memastikan bangunan hijau boleh dibina. Arkitek tidak dapat
menerapkan elemen hijau dalam bangunan disebabkan ketidaksesuaian dan
kekurangan teknologi hijau yang ada dipasaran pada masa kini. Faktor teknologi
sebagai faktor penghalang kepada pembinaan bangunan hijau juga disokong oleh
(Yiing et al, 2013) yang menyatakan menghadapi antara faktor penghalang kepada
perlaksanaan bangunan hijau adalah kesukaran dalam mendapatkan teknologi hijau
di Malaysia.
5.3

Cadangan

Hasil kajian mendapati terdapat kekurangan semasa melakukan kajian antaranya


adalah soal selidik hanya melibatkan pihak arkitek sahaja sebagai pereka bangunan,
kajian hanya memfokuskan kepada penarafan daripada GBI sahaja dan maklum balas
secara atas talian daripada responden tidak mendapat sambutan. Oleh itu, terdapat
beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk kajian akan datang. Antaranya
adalah:
i.

Memilih responden yang mempunyai latar belakang sebagai pereka,


pengilang, kontraktor binaan dan pelabur. Ini bertujuan untuk
mendapatkan pandangan secara keseluruhan mengenai masalah yang
dihadapi sebelum, semasa dan selepas pembinaan bangunan hijau
dilakukan.

41

ii.

Meluaskan skop kajian yang tidak hanya tertumpu kepada GBI sahaja.
Ini kerana di Malaysia terdapat beberapa sistem penarafan yang

iii.

dipraktikan seperti GREENMARK dan GREENSTAR.


Mengedarkan borang soal selidik secara terus kepada responden.
Semasa menjalankan kajian dijalankan terdapat beberapa pihak
kurang selesa untuk menjawab soal selidk secara atas talian.

Anda mungkin juga menyukai