Anda di halaman 1dari 1

Laporan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 3 September 2012, Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakan


Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling. Sambutan ini
diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55
pada tahun ini .
Sambutan yang gilang-gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi. Selain itu,
sambutan ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina selaku pengerusi majlis.
Tetamu kehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2
telah menyempurnakan acara perasmian sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
tahun 2012.Tidak ketinggalan juga, Puan Maselah binti Mohd. Tahir, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 turut menyampaikan sepatah dua kata .
Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran
negeri Johor, lagu sekolah dan lagu 1 Malaysia. Seterusnya, sambutan dimeriahkan
lagi dengan nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing
Universiti gabungan pelajar-pelajar tahun 3 Cemerlang, 5 Cemerlang dan Pasukan
Koir Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Terukir senyuman di bibir Para Guru
Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 apabila melihat persembahan tersebut.
Usai sahaja persembahan itu, para tetamu telah dijamu dengan sedikit santapan
ringan yang telah ditaja oleh Noor Aini and Family Catering. Selepas itu, sambutan
kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang
telah diadakan di kantin sekolah. Terbukti kehebatan Murid-murid Sekolah
Kebangsan Seri Perling 2 kerana dapat menyanyikan lagu patriotik dengan baik
sekali. Pemenang tempat pertama pertandingan ini telah diungguli oleh adik Siti Nur
Diana dari kelas 5 Cerdas.
Setelah itu, Encik Idris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan
Seri Perling 2 bersama beberapa orang guru pergi ke kelas-kelas untuk menyaksikan
marhaban yang telah dipersembahkan oleh kelas-kelas yang terlibat. Selain itu,
Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut diadakan sempena Sambutan
Kemerdekaan Tahun 2012. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini
untuk mencari pemenang-pemenangnya.
Sambutan Kemerdekaan ini telah berakhir pada jam 1.20 tengah hari. Puan Maselah
selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 menasihati murid-murid
sekolah ini agar menyemai dan menanam rasa cinta dan sayang pada tanah air kita,
Malaysia.
Laporan disediakan oleh,

5 SEPTEMBER 2012

..........................................
(ANIS AQILAH BINTI LATIF)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan ,
Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2.

MR PRABHA@PUSAT TUISYEN SARJANA ANDAL

Anda mungkin juga menyukai