Anda di halaman 1dari 23

1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1225/2

PENDIDIKAN MORAL
KERJA KURSUS
Kertas 2

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS


PENDIDIKAN MORAL
KERTAS 2
MULAI FEBRUARI TINGKATAN 4 HINGGA JULAI TINGKATAN 5

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 23 halaman bercetak


1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

2
KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pengenalan

2.0 Objektif Mata Pelajaran Pendidikan Moral

3.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral

4.0 Rasional Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral

5.0 Maklumat Am

6.0 Arahan Kepada Guru

7.0 Arahan Kepada Calon

8.0 Elemen Dan Aspek Yang Dinilai

9.0 Penilaian

10.0 Pengoperasian Kerja Kursus Pendidikan Moral

14

11.0 Lampiran

15

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3
1.0 PENGENALAN
Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu Kertas 1225/1
(Ujian Bertulis) dan Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih
bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing,
memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan
mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yang
panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan
guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua
elemen iaitu:
Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,
membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.
Elemen Iltizam

: Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggungjawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan
Kerja Amal.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


Objektif kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:
2.1

memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;

2.2

menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam


sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;

2.3

meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan


keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;

2.4

mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani


dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

2.5

mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil


dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

4
3.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL
Objektif penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral adalah untuk menilai
kebolehan calon:
3.1

mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia;

3.2

menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral;

3.3

berkomunikasi berasaskan nilai moral;

3.4

membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral;

3.5

menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral;

3.6

menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar; dan

3.7

mengamalkan nilai-nilai yang murni dengan penuh iltizam.

4.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL


Kerja kursus Pendidikan Moral dinilai berasaskan elemen, aspek dan kriteria
penskoran untuk:
4.1

mengukur konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai;

4.2

menilai pencapaian calon dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan lebih
menyeluruh, tersusun dan bermatlamat;

4.3

membolehkan calon dinilai semasa pelaksanaan kerja kursus (Penilaian Proses)


dan hasil akhir kerja kursus (Penilaian Produk);

4.4

memupuk keperibadian calon ke arah berakhlak mulia; dan

4.5

memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

5
5.0 MAKLUMAT AM
5.1

Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4


hingga Julai di Tingkatan 5.

5.2

Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral.

5.3

Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran


dan pembelajaran.

5.4

Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5.5

Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Penilaian Kerja Kursus ini hendaklah
dimaklumkan kepada calon.

5.6

Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelum


atau pada 15 Julai di Tingkatan 5.

6.0 ARAHAN KEPADA GURU


6.1

Guru Penilai mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus serta
merancang proses dan aktiviti bagi semua calon.

6.2

Guru Penilai hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan


dan perinciannya.

6.3

Guru Penilai mestilah memastikan calon melaksanakan kedua-dua elemen


kerja kursus.

6.4

Guru Penilai hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja


yang terbaik.

6.5

Guru Penilai hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka boleh


memperbaiki hasil kerja.

6.6

Guru Penilai hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon.

6.7

Guru Penilai dikehendaki mengisi Borang Laporan Elemen Sahsiah


(Lampiran 1) dan Borang Pencapaian Individu (Lampiran 5).

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

6
7.0 ARAHAN KEPADA CALON
7.1

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral wajib


melaksanakan kerja kursus.

7.2

Calon SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral dari


Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5.

7.3

Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkan


oleh pihak pentadbir sekolah.

7.4

Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.

7.5

Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa
kerja kursus dilaksanakan.

7.6

Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.

7.7

Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5.

8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI


Elemen dan aspek yang dinilai berdasarkan jadual berikut:
Elemen
Sahsiah

Iltizam

1225/2

Aspek
1.

Berkomunikasi

2.

Membuat Keputusan

3.

Menyelesaikan Masalah

1.

Aktiviti

2.

Penyediaan Folio

3.

Penglibatan dan Peranan

4.

Kesan

5.

Penyediaan Bahan Bukti

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Penyedian Tugasan
Kerja Amal

7
9.0 PENILAIAN
9.1

Penskoran Dan Pelaporan


Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM memberi peluang kepada calon
untuk menunjukkan tahap Sahsiah dan Iltizam yang dihasratkan daripada
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Penskoran dan pelaporan kerja kursus
ini dicatat dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)

9.2

Pelaksanaan Pentaksiran
9.2.1

Pentaksiran Elemen Sahsiah


Pentaksiran elemen sahsiah bertujuan untuk menilai penghayatan
amalan nilai murni serta keharmonian hidup calon mengikut norma
masyarakat Malaysia. Ini adalah untuk merealisasikan hasrat Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral iaitu meningkatkan persefahaman dan
kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
dalam negara Malaysia yang demokratik.
Pentaksiran elemen sahsiah dilakukan secara pemerhatian. Pemerhatian
merupakan satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan
tingkah laku calon dengan menumpukan kepada bidang berikut:
i.

ii.

iii.

1225/2

Perkembangan diri
a)

Calon mestilah mengamalkan kemahiran berkomunikasi


dalam konteks penghayatan nilai moral.

b)

Calon hendaklah mengamalkan sikap persefahaman dan


kerjasama dalam kerja kumpulan dan pergaulan.

Demokrasi
a)

Calon mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilai


moral dalam membuat keputusan.

b)

Calon hendaklah sentiasa mengamalkan permuafakatan


dalam menentukan sesuatu keputusan.

Keamanan dan keharmonian


a)

Calon mestilah menunjukkan kemahiran menyelesaikan


masalah berasaskan penghayatan nilai moral.

b)

Calon mestilah mengutamakan aspek keamanan dan


keharmonian dalam membuat penyelesaian tentang
sesuatu isu.

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

8
Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira
(a)

Pemerhatian dijalankan secara tidak formal.

(b)

Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk


semua calon.

(c)

Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kali


pemerhatian dilakukan.

(d)

Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluan


calon. Tumpuan yang lebih diberikan kepada calon yang masih
belum dapat dikesan pemahaman, penghayatan dan amalannya
terhadap sesuatu nilai.

Cara Menyediakan Laporan Elemen Sahsiah

1225/2

(a)

Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar Pendidikan Moral


bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Penilaian
dilakukan oleh guru Pendidikan Moral dan sekiranya perlu guru
tingkatan dan guru disiplin boleh membantu untuk melakukan
pemerhatian. Pemerhatian dilakukan ke atas manifestasi
perlakuan calon sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
termasuk aktiviti kerja amal.

(b)

Elemen Sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan Elemen


Sahsiah (Lampiran 1) menjadi panduan untuk guru menjalankan
pemerhatian. Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secara
berterusan tetapi hasil pemerhatian hendaklah direkodkan pada
Mac, Jun, dan September di Tingkatan 4 serta pada Mac, Mei
dan Julai di Tingkatan 5. Laporan akhir (Julai) akan dijadikan
pelaporan bagi penskoran sahsiah. Laporan Sahsiah adalah
sebagai evidence atau bukti terhadap sahsiah tingkah laku calon
bagi mencapai hasrat meningkatkan persefahaman dan
kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian
hidup dalam negara Malaysia yang demokratik.

(c)

Guru dikehendaki merujuk kepada Penskoran Elemen Sahsiah


(Lampiran 2) untuk mendapatkan gred calon. Gred (n) bagi setiap
aspek yang dinilai adalah berpandukan kepada bilangan (Ya)
bagi setiap kriteria dan hendaklah ditanda (// ) dalam Borang
Laporan Elemen Sahsiah. Gred (n) adalah berpandukan kepada
Penskoran Elemen Sahsiah.

(d)

Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu bagi


pelaporan akhir.(Lampiran 5)

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

9
(e)

Hasil aktiviti calon harus memenuhi penskoran elemen sahsiah


yang telah ditetapkan dan kemudian diberi gred numerik 1, 2, 3
dan 4.(Lampiran 2)

(f)

Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspek


yang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu.
(Lampiran 5)

(g)

Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w)].

(h)

Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada


wajaran (w) untuk mendapatkan purata.
Jumlah [(n) x w ]
= Purata (P )
Jumlah (w)

(i)

9.2.2

Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhan


berpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan Setiap
Elemen.(Lampiran 4)

Pentaksiran Elemen Iltizam


Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan:
(i)

Aktiviti
Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untuk
mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan
yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang
dipertanggungjawabkan.
Aktiviti 1

Tugasan Harian

Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan,


menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari
pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial
masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran
Pendidikan Moral.
Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

1225/2

(a)

Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yang


berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral.

(b)

Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang


hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.

(c)

Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan,


kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang
rasional dan pertimbangan moral.

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

10
(d)

Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada


bila-bila masa.

(e)

Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan


ditulis pada kertas A4.

(f)

Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya


8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.

Aktiviti 2

Kerja Amal

Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja


Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran
Pendidikan Moral iaitu:
BIDANG

BILANGAN AKTIVITI

Perkembangan Diri

1 aktiviti

Kekeluargaan

1 aktiviti

Alam Sekitar

2 aktiviti

Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan,


surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh
dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan.
Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah:

1225/2

Bergotong-royong membersihkan kawasan.

Mengindahkan atau mencantikkan kawasan.

Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran


atau permainan.

Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan


peti surat.

Membaikpulih perabot sekolah.

Membersihkan taman rekreasi.

Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan.

Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim.

Membantu ibu bapa.

Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan


kepada masyarakat.

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

11
Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

1225/2

(a)

Jangka masa untuk sesuatu kerja amal hendaklah sesuai dengan


aktiviti yang dijalankan.

(b)

Kerja amal yang akan dibuat seharusnya tidak membebankan


calon dari segi kewangan dan masa.

(c)

Jenis kerja amal yang dipilih seharusnya sesuai dengan


kemampuan dan keupayaan calon.

(d)

Calon digalakkan untuk menyertai kerja amal lebih daripada


syarat yang ditetapkan.

(e)

Penilaian kerja amal seharusnya tertumpu kepada aspek


penghayatan dan amalan nilai murni serta kekerapan melakukan
kerja amal tersebut.

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

12
(ii)

Folio
Hasil tugasan harian dan laporan aktiviti dikumpulkan sebagai
satu dokumen dalam bentuk folio sebagai evidence pentaksiran.
Maklumat dan dokumen aktiviti-aktiviti yang disertai oleh calon
seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan bahan-bahan
lain boleh dijadikan bahan bukti.

Cara Menyediakan Penilaian Folio


(a)

Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasian


pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh calon dalam bentuk folio.

(b)

Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut:


PERKARA

BIL.

1225/2

Nama

Nombor kad pengenalan

Angka giliran

Tajuk aktiviti

Tajuk tugasan

Pengumpulan tugasan yang bersistem

Lampiran bukti

Kekemasan

(c)

Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Harian


dan Kerja Amal. Guru boleh menggunakan aktiviti lain untuk
mengukuhkan pentaksiran.

(d)

Folio ditaksir berdasarkan evidence dan laporan yang terbaik


daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.(Lampiran 3)

(e)

Aktiviti yang dilaksanakan oleh calon mesti memenuhi penskoran


elemen iltizam yang telah ditetapkan dan diberi gred numerik 1,
2, 3 dan 4.(Lampiran 3)

(f)

Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspek


yang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu.
(Lampiran 5)

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

13
(g)

Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w].

(h)

Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada


wajaran (w) untuk mendapatkan purata.
Jumlah [(n) x w ]
= Purata (P )
Jumlah (w)

(i)

1225/2

Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhan


berpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan Setiap Elemen.
(Lampiran 4)

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

14
10.0

PENGOPERASIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL


Selaras dengan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pengoperasian
Kerja Kursus Pendidikan Moral (KKPM) akan dijalankan oleh pihak-pihak
berikut:
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

Melantik Pentaksir terdiri daripada guru / badan professional untuk menyetara


markah di peringkat negeri dan daerah

Menerima data, markah dan analisis KKPM dari setiap negeri

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Memantau pelaksanaan KKPM peringkat negeri

Mengumpul data, markah dan analisis KKPM dari setiap daerah

Membuat analisis KKPM peringkat negeri

Menghantar data, markah dan analisis KKPM peringkat negeri ke LPM

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)

Memantau pelaksanaan KKPM peringkat daerah

Mengumpul data dan markah KKPM peringkat daerah

Membuat analisis KKPM peringkat daerah

Menghantar data, markah dan analisis KKPM ke JPN

Pentadbiran Sekolah

Memantau pelaksanaan KKPM di sekolah

Menyimpan data calon yang mengambil KKPM

Menghantar data, markah, dan analisis KKPM peringkat sekolah ke PPD

Mengeluar dan mengesahkan maklumat dalam Borang Pencapaian Individu

Ketua Bidang Sains Sosial

Mengumpul data dan skor calon

Membuat analisis keseluruhan calon KKPM peringkat sekolah

Guru Mata Pelajaran

1225/2

Mentaksir hasil kerja calon (Penilai)

Mengumpul markah calon

Menyimpan data calon bagi setiap kelas yang diajar

Mengemaskini maklumat dalam Borang Pencapaian Individu

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

15
Lampiran 1
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
BORANG LAPORAN ELEMEN SAHSIAH

NAMA

: .......................................................................................................

ANGKA GILIRAN : .................................................................................................................


ARAHAN
BIDANG

: Tandakan ( / ) pada skor yang berkenaan


ASPEK

NILAI
HARGA DIRI

HEMAH TINGGI

P
E
R
K
E
M
B
A
N
G
A
N

TOLERANSI

D
I
R
I

BERKOMUNIKASI KESEDERHANAAN
KEBEBASAN
BERSUARA
SIKAP
KETERBUKAAN

KRITERIA

YA TIDAK

Berkeyakinan diri
Menjaga maruah diri
Bercakap sopan
Berbudi pekerti mulia
Bertolak ansur
Bersabar
Berupaya mengawal diri
Bersederhana dalam pertuturan
Bersederhana dalam perlakuan
Bebas berucap
Bebas mengeluarkan fikiran
Memberi dan menerima pandangan
Memberi dan menerima kritikan

HIDUP BERSAMA
SECARA AMAN

Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan

SALING MEMBANTU
DAN BEKERJASAMA

Berusaha bersama
SKOR

BERTANGGUNGJ AWA B

D
E
M
O
K
R
A
S
I

TOLERANSI

MEMBUAT
KEPUTUSAN

MEMATUHI
PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
SIKAP
KETERBUKAAN
HIDUP BERSAMA
SECARA AMAN

Sanggup memikul tugas


Sanggup melaksanakan tugas
Bertolak ansur
Bersabar
Berupaya mengawal diri
Menerima peraturan
Mematuhi peraturan
Memberi pandangan / pembaharuan / kritikan
Menerima pandangan / pembaharuan / kritikan
Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan
SKOR

K
E
A
M
A
N
A
N

K
E
H
A
R
M
O
N
I
A
N

D
A
1225/2
N

TOLERANSI

Bertolak ansur
Bersabar
Berupaya mengawal diri

KEBEBASAN
BERSUARA

MENYELESAIKAN SIKAP
KETERBUKAAN
MASALAH
HIDUP BERSAMA
SECARA AMAN
SALING MEMBANTU
DANMalaysia
BEKERJASAMA
2008 Hak Cipta Kerajaan

Bebas mengeluarkan fikiran


Memberi pandangan / pembaharuan / kritikan
Menerima pandangan / pembaharuan / kritikan
Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan
Berusaha bersama
SKOR

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

16
Lampiran 2
PENSKORAN ELEMEN SAHSIAH
Berkomunikasi
GRED

KRITERIA PENSKORAN

Mencapai 10 15 kriteria

Mencapai 06 09 kriteria

Mencapai 03 05 kriteria

Mencapai 01 02 kriteria

Membuat Keputusan
GRED

KRITERIA PENSKORAN

Mencapai 08 10 kriteria

Mencapai 06 07 kriteria

Mencapai 03 05 kriteria

Mencapai 01 02 kriteria

Menyelesaikan Masalah

1225/2

GRED

KRITERIA PENSKORAN

Mencapai 07 08 kriteria

Mencapai 05 06 kriteria

Mencapai 03 04 kriteria

Mencapai 01 02 kriteria

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

17
Lampiran 3
PENSKORAN ELEMEN ILTIZAM
1.

AKTIVITI
1.1 TUGASAN HARIAN
GRED

KRITERIA PENSKORAN

Melaksanakan 08 10 tugasan harian

Melaksanakan 05 07 tugasan harian

Melaksanakan 03 04 tugasan harian

Melaksanakan 01 02 tugasan harian

1.2 KERJA AMAL

KRITERIA PENSKORAN

GRED
4

4 dan lebih aktiviti daripada bidang yang berbeza

3 aktiviti daripada 3 bidang yang berbeza


ATAU
3 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza

2 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza

1 aktiviti daripada mana-mana bidang tersebut

Catatan

1225/2

: Calon yang tidak melibatkan diri akan dilaporkan sebagai


TIADA penglibatan.

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

18
2.

PENYEDIAAN FOLIO
BIL.

1225/2

PERKARA

Nama

Nombor kad pengenalan

Angka giliran

Tajuk aktiviti

Tajuk tugasan

Pengumpulan tugasan yang bersistem

Lampiran bukti

Kekemasan

GRED

KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 07 08 perkara

Mencakupi 05 06 perkara

Mencakupi 03 04 perkara

Mencakupi 01 02 perkara

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

19
3.

PENGLIBATAN DAN PERANAN


(Daripada pemerhatian dan laporan aktiviti)
PERKARA

BIL.

1225/2

Menyumbang tenaga

Menyumbang idea

Meluangkan masa

Bertanggungjawab

Rajin

Kerjasama

Kepimpinan

Toleransi

Prihatin

10

Mengawal keadaan

GRED

KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 10 perkara

Mencakupi 07 09 perkara

Mencakupi 04 06 perkara

Mencakupi 01 03 perkara

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

20
4.

KESAN
(Pemerhatian dan laporan aktiviti)
NILAI

BIL.

1225/2

Insaf

Kesederhanaan

Iktibar

Perubahan sikap

GRED

KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 4 nilai

Mencakupi 3 nilai

Mencakupi 2 nilai

Mencakupi 1 nilai

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

21
5.

PENYEDIAAN BAHAN BUKTI


GRED

KRITERIA PENSKORAN

Menyediakan gambar dan sijil penghargaan atau surat


pengakuan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan gambar dan sijil penghargaan atau surat


pengakuan bagi aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi


aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan gambar bagi aktiviti yang dijalankan.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

22
Lampiran 4

GRED KESELURUHAN SETIAP ELEMEN

GRED

1225/2

KRITERIA PENSKORAN

34

2 2.9

1 1.9

0.1 0.9

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

23
Lampiran 5
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU
NAMA

: ..................................................................................................................

ANGKA GILIRAN : ..................................................................................................................

Elemen 1

Sahsiah
Aspek

Bil.

Gred Wajaran
(n)

(w)

Berkomunikasi

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah

(n) x (w)

Jumlah
Jumlah [(n) x w ]
= Purata (P )
Jumlah (w)
Elemen 2

Gred Keseluruhan

Iltizam
Aspek

Bil.

Gred Wajaran
(n)

Aktiviti

(w)

Tugasan harian

Kerja amal

Penyediaan folio

Penglibatan dan peranan

Kesan

Penyediaan bahan bukti

(n) x (w)

Jumlah
Jumlah [(n) x w ]
= Purata (P )
Jumlah (w)

Gred Keseluruhan

Pengesahan
Dengan ini disahkan bahawa Gred Kerja Kursus ini berdasarkan kerja calon yang sebenar.
Tandatangan Pengetua : ..........................................
1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Tarikh : ......................

Anda mungkin juga menyukai