Anda di halaman 1dari 15

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. AlQuran merupakan senjata yang paling mujarab
yang melimpah ruah, mata air yang tidak
mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur
hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia
tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid).
Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar
manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru
dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang
ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang
ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat
mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh
tauladan dan juga kisah-kisah yang benar
berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada
masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia
mendapat pengajaran dan panduan dalam
mengharungi kehidupan sebagai muslim yang
sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang
akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang
akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini
dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari
qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke
syurga atau ke neraka.
Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab

suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T


kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara
yang termasyhur ialah kitab Zabur yang
diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat
yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab
Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi
tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab
yang paling utama dan termulia di sisi Allah
S.W.T.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang berbunyi:
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai
kemegahan yang mana manusia berbangga
dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan
umatku ialah Al-Quran yang mulia.
Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak
berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau
dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan
oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan
meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar
belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha
itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga
usaha golongan-golongan kuffar.
Al-Quran adalah satu perlembagaan yang
lengkap bagi semua aspek kehidupan,
mengandungi semua yang dihajati oleh manusia
walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak

terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia


menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna
untuk mencari dan mengkaji berpandukan
saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya
kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah
dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata
kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan
jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada
sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan
denganya Tuhan keluarkan mereka dari
kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang
terang benderang dengan izinNya dan
dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke
jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)
Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak
padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang
yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta
Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang
berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:

Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah


kerana ia adalah sumber bagi segala amalanamalan baik. Aku meminta supaya baginda
menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran
kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan
bekalan untuk hari akhirat.
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan
menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia
diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan
sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang
besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah
tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan
sehari-hari.
Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan
zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama
daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca
Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah
melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:
Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca AlQuranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).
Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan
rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis

berbunyi:
Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah
S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan
Allah sebanyak mana yang kamu boleh.
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling
berkesan untuk membersihkan jiwa dan
menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia
akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh
air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar
semula. Katanya dengan banyak mengingati mati
dan membaca Al-Quran.

PAHALA MEMBACA AL-QURAN


Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala
yang amat besar kepada orang yang membaca
Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan
tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya
yang tidak sama antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam
sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah

s.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada
Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan
setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku
tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf
tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim
satu huruf.
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut
dalam beberapa hadis antaranya yang
diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah
bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat
dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam
golongan yang lalai.
Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu
tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan
sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu
malam dimasukkan ke dalam golongan yang
taat.
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat
daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan
yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang
membacanya adalah baginya cahaya pada hari

Qiamat.
Adapun pahala membaca surah-surah banyak
diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w
antaranya:
Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan
hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada
tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan
menima dirinya.
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini,
pahala membaca dalam solat dan pahala
membaca dengan berwuduk lebihbesar
ganjarannya daripada tidak berwuduk.
Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang
panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi
tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar
solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Orang yang selalu membaca Al-Quran sematamata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi

dan berbeza semasa mereka masih hidup


ataupun sesudah berada di akhirat di samping
kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang
membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga
kepada kedua ibubapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal
dengan apa yang terkandung di dalamnya,
ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari
kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada
cahaya matahari jika matahari itu berada di
dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi
bayangkanlah bagaimana pula orang yang
dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat
(pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah
S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada
Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan
Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat
dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran
dan mengajarnya kepada orang lain.

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA


AL-QURAN
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada
menyebut tentang orang yang tidak ada langsung
membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong
dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang
kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada
rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti
rumah yang ditinggalkan kosong.

ADAB MEMBACA AL-QURAN


Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah
ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat
kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab
yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha
Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar
telah menggariskan beberapa adab sebagai
panduan sepeti berikut:
1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin
kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang
paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan


bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha
Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para
Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di
Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di
samping dapat menambah kelebihan pahalapahala iktiqaf.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih,
cantik dan kemas.
4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut.
Melalui mulut tempat mengeluarkan suara
menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w
berbunyi:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah
merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran
maka peliharalah dengan bersugi.
Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah
merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran
maka peliharalah dengan bersugi.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan
bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah
berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam
keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T.
Walaupun kita tidak dapat melihat Allah
sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan

bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.


7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika
sedang membaca Al-Quran.
8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan
duduk penuh tertib. Jika membaca dalam
keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak
dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu
hendaklah membaca Istiazah:
(A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
Kerana memohon perlindungan dari Allah
dari syaitan yang kena rejam.
10. Kemudian diikuti dengan membaca
basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).
Hendaklah membaca Bismillah itu pada
tiap-tiap awal surah kecuali pada surah
At-Taubah.
11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah
apabila terputus bacaan di luar daripada AlQuran.
12. Hendaklah membaca dengan Tartil
(memelihara hukum Tajwid). Secara tidak
langsung menambah lagi minat kepada
penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan
melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

Firman Allah S.W.T:


Kami membaca Al-Quran itu dengan
tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)
Hendaklah kamu membaca Al-Quran
dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)
Pengertian Tartil pada bahasa:
Memperkatakan sesuatu perkara itu
dengan tersusun dan dapat difahami
serta tanpa gopoh-gopoh.
Menurut Istilah Tajwid ialah membaca AlQuran dalam tenang dan dapat
melahirkan sebutan huruf dengan baik
serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat
pada tempat-tempatnya.
Saidina Ali k.w berkata:
Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan
huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui
wakaf-wakafnya.
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat
yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan
Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:

Inilah Al-Quran yang memimpin jalan


yang lurus.
(Surah Al-Israi: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang
mukminin.
(Surah Al-Isra: 82)
Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami
turunkan kepadamu dengan penuh
barakah supaya mereka memperhatikan
ayat-ayatnya dan supaya mendapat
pelajaran orang-orang yang mempunyai
fikiran.
(Surah Sad: 29)
14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf
sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu
huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari
Rasulullah s.a.w berbunyi:
Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah
bin Masud daripada Rasulullah s.a.w
telah bersabda sesiapa yang membaca
satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran)
maka baginya satu kebajikan dan setiap
kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku
tidak mengatakan Alif Laam Miim satu

huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu


huruf dan Mim satu huruf.
15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut
tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara
yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan
surah-surah dengan tujuan mengajar kanakkanak adalah diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa
mengantuk dan menguap kerana seseorang yang
sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada
Allah dan apabila menguap akan terhalang
munajat itu kerana perbuatan menguap adalah
dari syaitan.
Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca
Al-Quran maka berhentilah dari
membaca sebagai menghormati Al-Quran
sehingga selesai menguap.
17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau
di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali
meletakkannya di lantai atau di tempat yang
rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan
gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi
hendaklah kamu membacanya dengan
teratur siang dan malam.

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan


menghiaskannya dengan suara yang baik.
Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw,
hiasilah Al-Quran dengan suara-suara
kamu.
19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan
membaca:
(Sadaqallahulazim).
20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran
dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan
sahabat handai bersama-sama di dalam hari
khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada
menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam
Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w,
sesiapa yang telah khatam Al-Quran
baginya doa yang dimakbulkan
Prev: Wanita Yang Menolak Perkahwinan
Next: Pengenalan Kepada Hadis

Anda mungkin juga menyukai