Anda di halaman 1dari 15

TAMADUN CHINA

PENGERTIAN TAMADUN
Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab. Bagaimanapun perkataan ini tidak
asing lagi pada masa ini. Perkataan yang sama erti dengan tamadun ialah
peradaban atau dalam bahasa Inggeris ialah Civilisation . Walaupun semua istilah di
atas adalah berbeza tetapi secara umumnya bererti maju atau mencapai kemajuan.
Para Sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat
aspek iaitu:1. Aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup
manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar.
2. Aspek Kedua tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau
kebaikan di dalam kehidupan.
3. Aspek ketiga, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek
pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia.
4. Aspek keempat tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan
kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau
di Bandar atau mencapai kemajuan material.
LATARBELAKANG TAMADUN CINA
Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi
(SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada
Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai
Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani
(Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain,
integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah
dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan
dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai
satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara
kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa di provinsi
Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5.

Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran


cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan
ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai
kawasan pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah
pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah
dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa.
Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara
Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum
diambilalih oleh kebudayaan Longshan.
Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa
Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama. Pertemuan
arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi
Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju
berbanding ketamadunan Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan
berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar (potters wheel)
dalam pengeluarannya.
Dalam tahun 1766SM 1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti
Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting
semasa pemerintahannya. Zaman Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan
tamadun yang lebih komplek dengan pembentukan negara-kota, penggunaan
sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan wujudnya sistem
masyarakat yang berlapis. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara Henan di
mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah
ketamadunan Dinasti Shang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA
1. Alam Sekitar
Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah
perkembangan peradaban China. Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin
(milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan
pertanian. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah
pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya

menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Penemuan
benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang
menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas.
Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan
ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan
kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan
Selatan China.
Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan, bahagain barat-laut
direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi
Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia dengan ketinggian 4000-5000 meter
secara purata. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan sungai mengalir ke arah
kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan pergerakkan penduduk,
terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China. Hasil dari pola
pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke Selatan China.
2. Bahasa dan sistem tulisan cina
Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih
digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini adalah kerana,
walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu tulisan bercirikan
karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan faktor penting dalam
menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya.
Karektar yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya berdasarkan kepada
lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi (tulisan Han), lambang
petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan gabungan bentuk bunyi
(xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau
penggunaan sesuatu huruf cina, iaitu mutual semantik transfer (zhuanzhu) dan
loan character (jiajie). Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai six principles
of writing (liushu).
Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain terutamanya si
Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang telah mengadaptasi

karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka, walaupun mereka mempunyai


bahasa sendiri.
3. Pembentukan bangsa Tionghoa
China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknya terdiri daripada
pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu menduduki tiga
kawasan utama, iaitu Utara, Tengah dan Selatan.
Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu
kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang, kumpulan FengYang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China.
Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa
tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya
dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali
sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).
4. Pandangan semesta dan kepercayaan
Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif
cina di mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasakuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao dan
Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini, konsep Tian iaitu langit
sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah
wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).
Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip tertinggi dalam
alam semesta. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi
aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Asas utama dalam pengajaran
konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai
perikemanusian (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa (xiao). Pujangga
agung konfusianisme, Mencius (372 SM 289 SM), berpendapat semasa dilahirkan
manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran
(yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).

Dong Zhongshu (179 SM 104 SM), seorang lagi pujangga konfusianisma di zaman
dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan
merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu pertalian di antara insan
dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan
kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi
amarannya.
Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap Daoisme dan Yijing
menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga
dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.
5. Sistem politik dan pemerintahan
Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan
dinasti Qin (221 SM 209 SM). Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah
Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme
bermula sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep Legalisme
telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem pemerintahan dengan
menggantikan sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri dan
jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commendaries dan counties
(junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized bureaucractic
government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran dan
kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan cina.
Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa yang diterapkan
oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme berpendapat bahawa pemerintah tidak
perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan
kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.
Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan
pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah.
Ini adalah kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan
pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan
xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan.
6. Kemasukan Islam di Cina

Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul
Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga
ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada
penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini
telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada
mengekalkan kuasa di Asia Tengah.
Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar ke negara China:
i. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan
kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut.
Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua
daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan
hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah
membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam
di negeri China. (Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia,
page. 495, in Arabic) .
ii. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan,
baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun
651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil
daripada lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan pembinaan Masjid
yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou.
(Abdur- Rauf, 1994).
iii. Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas
Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja
China memeluk Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga
ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Pada tahun 1876 ia memberontak dan
merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan
komunis China).
iv. Dalam tahun 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen memberontak menentang
Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah AlMansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam

berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi
tersebut. Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di
China. (Abdur-Rauf, 1994).
v. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan
menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou, dan
sebagainya (Abdullah, 1994).
vi. Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini
memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China (Muhyiddin
Hasan, 1987).
vii. Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk
Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan Timur dan China.( AbdurRauf, 1994).
viii. Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau
telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. Pendakwah tersebut
dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. (Jameel Abdullah).
Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal.
1- Zaman Tang berakhir 907 Masehi
2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi
4- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa
dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. (Muhyiddin Hasan,
1987).
SUMBANGAN TAMADUN CINA

1. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya
sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah
ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 1368) dan orang Manchu (dinasti
Qing, 1644 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik.
Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan
penyebarannya.

Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi
puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana
dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM 771 SM) hingga
zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius
(551 SM 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat
dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang
mempunyai fungsi sosial dan politik.

Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu
prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi
bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik
cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik.

Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 1368).
Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju drama berbentuk puisi yang digubah mengikut
kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis
sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah
seperti drama Douer Yuan (ketidakadilan Yuan).

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan
kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam
drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.

Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis
dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik
klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik
dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni
dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada
abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina
terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.

Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun
cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera.
Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai
hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 1101) pada zaman dinasti
Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya
terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).

2. Sains dan teknologi

Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun
ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk
mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi,
perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina
telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan
astronomi.

Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM.
Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2
menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.

Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori
kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang
menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima
elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah
berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada
rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini
berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh
saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan
menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao
gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat.

Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan
letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuhtumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan
dinasti Tang (618 906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada
11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli
kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang,
pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han
(206 220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan
(induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet
(polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan
digunakan semasa pelayaran.

RELEVANSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LAIN

1. Pengenalan

Tamadun Cina yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan tamadun luar apabila orangorang Cina mula berhijrah ke tempat luar. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil telah

menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar samada untuk melakukan aktiviti ekonomi ataupun
mencari penempatan baru. Penggabungan etnik-etnik cina yang kemudiannya dikenali sebagai
orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang besar dan berpengaruh. Interaksi tamadun
Cina dengan tamadun luar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu interaksi budaya Cina
dengan kawasan bulatan budaya dan juga interaksi budaya Cina dengan kawasan luar lingkaran
bulatan budaya.

2. Interaksi dengan kawasan bulatan budaya Korea, Jepun dan Vietnam

Pada zaman dinasti Shang (kurun ke-16 hingga ke 11 SM) orang Cina telah mengenali Korea
sebagai satu entiti kawasannya tersendiri. Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk
mengelakkan peperangan dan seksaan politik. Dipercayai pada kurun ke-2 SM, Wiman, iaitu
seorang pelarian Cina telah memerintah sebuah wilayah Korea iaitu Chosan. Pada tahun 108 SM,
empayar Han berjaya diperluaskan ke kawasan orang-orang Korea termasuk kawasan yang
diperintah oleh Wiman. Semasa pemerintahan Han, orang Korea telah dipaksa supaya
mengamalkan kebudayaan Cina. Proses perkembangan kebudayaan Cina mencapai kemuncaknya
apabila Korea muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa pemerintahan
dinasti Li (1392 1910).

Antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah konfisianisme dan
Buddhisme. Pengaruh konfusianisme dan buddhisme pada Korea sangan kuat sehingga kerajaan
Korea menubuhkan institusi pendidikan untuk mengkaji konfusianisme dan buddhisme disamping
menjadikan fahaman ini sebagai bahan pengajaran. Tidak cukup dengan itu, demi mengukuhkan
lagi fahaman ini, kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke China untuk mempelajari
konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China. Oleh itu, setiap perkembangan dan
konsep konfusianisme telah diamalkan sepenuhnya oleh Korea.

Selain daripada kepercayaan, bahasa dan tulisan Cina juga mempengaruhi Korea. Pada kurun ke15, pemerintah dinasti Li Korea telah mencipta sistem tulisan Korea berpandukan kepada grafik

tulisan Cina. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan atau
bahasa Cina. Pengaruh Cina mula terhakis apabila Jepun menakluki Korea pada tahun 1910.

Hubungan Cina dengan Jepun bermula seawal kurun ke-2 SM iaitu di zaman dinasti Qin (221206SM). Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera
dan perbuatan perkakas besi dan gangsa dibawa masuk ke Jepun oleh pedagang Cina. Pengaruh
kebudayaan Cina berkembang denga pesatnya pada zaman Nara hingga zaman Kesyogunan
Tokugawa (664-1867) di mana bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan
sebagainya dipelajari oleh pelajar-pelajar Jepun yang dihantar ke China.
Sistem tulisan Jepun, Kana dicipta berasaskan kepada sistem tulisan Cina iaitu Kanji. Buku sejarah
terawal Jepun iaitu Nihongi ditulis menggunakan bahasa Cina. Falsafah konfusianisme Cina yang
bersendikan Dao begitu terpengaruh dalam sistem pembelajaran, politik dan tatasusila orang-orang
Jepun. Perkembangan falsafah konfusianisme di jepun boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa
pertama pada kurun ke-5 hingga kurun ke-12, fasa kedua pada kurun ke-12 hingga kurun ke-17 dan
fasa ketiga bermula pada kurun ke-17 iaitu zaman pemerintahan Edo atau Kesyogunan Tokugawa
(1603-1867).

Vietnam merupakan negara Asia Tenggara yang paling kuat dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Ini
adalah kerana Vietnam merupakan negara yang terdekat dengan China dan pernah menjadi
sebahagian daripada empayar China untuk jangka masa yang panjang (111-939). Penaklukan ini
meniggalkan kesan yang mendalam kepada pembentukan kebudayaan tempatan. Bahasa,
pemikiran, adat resam dan nilai-nilai kehidupan penduduk Vietnam banyak dipengaruhi oleh
kebudayaan Cina. Bahasa Cina merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran, pendidikan,
kesusateraan dan sebagainya sebelum Vietnam ditalukki oleh kuasa Perancis.

Klasik konfusisnisme yang diasaskan oleh ahli falsafah Cina merupakan pegangan dan pedoman
hidup masyarakat Vietnam. Ajaran konfusius juga dijadikan panduan dan rujukan bagi golongan
pemerintah dalam pengetahuan politik, ekonomi ddan juga perancangan pendidikan. Selain
daripada itu, terdapat juga aspek-aspek harian lain seperti pakaian, seni binaan dan juga budaya

hidup orang-orang Vietnam seolah-olah mencerminkan kehidupan orang-orang Cina.

3. Interaksi dengan kawasan luar budaya Asia Tenggara, India, Dunia Islam dan Barat

Hubungan tamadun Cina dengan Asia Barat dan Eropah agak lambat. Ini adalah kerana kedudukan
geografi yang agak jauh dan dipisahkan oleh permukaan bumi yang bergunung ganang serta
padang gurun. Negara-negara Asia Tenggara, yang kedudukannya agak dekat dapat berinteraksi
dengan kebudayaan Cina seawal zaman pemerintahan dinasti Han (206-220TM). Kerajaan Dinasti
Han telah menghantar utusan ke Funan (Kampuchea) dan negara-negara Asia Tenggara lain dalam
usaha mencari jalan untuk menembusi Tamadun Rom dan Parsi.

Penghijrahan orang Cina ke Negara-negara Asia Tenggara secara tidak langsung juga menyumbang
kepada interaksi antara budaya. Dalam kurun ke-19, kemasukkan beramai-ramai orang Cina dan
India oleh penjajah Barat dalam usaha mereka untuk memenuhi permintaan tenaga buruh telah
mewujudkan satu kolompok masyarakat Cina dan India di Negara-negara Asia Tenggara. Budaya
dan pegangan kehidupan pendatang ini telah mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan.

Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula sebelum kegemilangan kerajaan
Parameswara Melaka, tetapi hubungan ini bertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming, yang di
hantar Maharaja China untuk berdagang dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan Melaka.
Asalnya hubungan perdagangan ini telah bertukar kepada hubungan perkahwinan apabila Puteri
Hang Li Po berkahwin dengan Sulatan Melaka.

Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara. Kedua-dua tamadun ini
mempunyai keagungan masing-masing. Interaksi antara dua tamadun ini, telah membuka lembaran
baru dalam konsep kepercayaan buddha. Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai
konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang singkat,
orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan
Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana.

Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini terus berlaku bukan sahaja dalam kontek
pegangan kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua tamadun ini.
Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pembuatan kertas dari China telah dibawa
masuk ke India dan teknologi membuat gula dari India telah dibawa masuk ke China.

Walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat, pertembungan dua tamadun ini banyak
memberi kesan positif kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini. Tamadun Barat yang terkenal
dengan kemajuan sains, telah menggunakan kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji secara
lebih mendalam empat penemuan agung tamadun Cina. Tamadun Cina yang mengutamakan etika
dalam pengurusan masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual cina sebagai penghalang
kepada kemajuan sains dan teknologi. Pertembungan tamadun ini telah menyedarkan para
intelektual cina supaya melancarkan satu revolusi yang dikenali sebagai Gerakan Kebudayaan Baru
dalam usaha untuk memajukan negara China.

Penutup

Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina
sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun
lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme
telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan.
Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan
rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.
i.
Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan agung kepada
dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih maju berbanding dengan tamadun lain.
Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-1735), dasar isolation telah diperkenalkan,
ini tidak memundurkan masyarakat cina. Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan
secara global. Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali dalam
peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan China.

Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh para intelektual Cina telah menyedarkan
kerajaan China bahawa pembaharuan perlu dilakukan untuk memajukan tamadunnya sendiri.
Pegangan kosnfusianisme semakin terhakis apabila ramai rakyat China diberi pendidikan
sekularisme Barat.

Rujukan:
1. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Terbitan Universiti Malaya
2. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Terbitan Universiti Teknologi Mara
3. Tamadun Melayu, India, China & Jepun By Esa Khalid & Mohd Azhar Abd. Hamid
4. http://www.fstc.co.uk
5. http://www.muslimheritage.com

Anda mungkin juga menyukai