Baitulmal

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Baitulmal

Baitulmal merupakan satu istilah bahasa arab yang bermaksud rumah harta.Dalam
istilah moden dinamakan sebagai Perbendaharaan Negara.Baitulmal merupakan
sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelengarakan segala harta
umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang,emas
ataupun perak.Ringkasnya Ia berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat
Islam.Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan bank islam yang aktif dan
langsung memperniagakan harta umat Islam secara terkumpul.
Sejarah Penubuhan Baitulmal
Institusi kewangan islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud
sejak zaman Rasulullah dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq lagi.Tetapi pada masa itu
belum lagi wujud lantaran pendapatan Negara tidak berkembang pesat.Terdapat
dua jenis pendapatan Negara pada masa itu:Zakat dan Harta yang diperoleh
melalui peperangan seperti jizyah,ghanimah dan fai.Pendapatan Negara tidak
disimpan lama,ia terus diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.Faktor
inilah sebenarnya yang menjadikan fungsi baitulmal tidak begitu ketara pada ketika
pada ketika itu.
Institusi Baitulmal telah wujud secara rasminya pada zaman pemerintahan Saidina
Umar Bin al-Khattab.Pada zaman tersebut,peluasan wilayah Islam telah berlaku
dengan pesat.Implikasinya, banyak harta benda yang terkumpul daripada peluasan
wlayah tersebut sehingga tidak dapat diagihkan dengan serta merta.Khalifah Umar
menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid Bin Al-Walid untuk menubuhkan
satu perbendaharaan Negara dengan berasaskan kepada ayat-ayat Al-Quran
,Hadith Rasulullah dan Ijtihad para Sahabat.Pada awalnya,perbendaharaan tersebut
dikenali sebagai Diwan.
Pada zaman Bani Umayyah(41-132H),institusi Baitulmal telah berkembang dengan
begitu pesat.Islam telah Berjaya meluaskan jajahan takhluknya hingga ke Afrika,
Rom, dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada
ketika itu kharaj, disamping zakat, ghanimah, fai dan jizyah.
Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), apabila pusat pemerintahan Negara Islam
berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan terpenting
bagi perdagangan timur dan barat, pendapatan intutusi telah berkembang berlipat
kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Mamum dengan Al-Amin adalah titik
permulaan kemerosotan institusi Baitumal. Institusi Baitumal tidak dapat berfungsi
dengan baik dibawah pemerintahan Al-Mamum. Apabila berlaku penaklukan kuasa
barat ke Negara Islam selepas era perang salib (1096-1250M), institusi Baitulmal
tidak lagi berfungsi untuk menjana ekonomi dan membangungkan prasarana umat
Islam. Peranan semakin sempit dan terhad kepada penggumpullan dan pengagihan
wang zakat, fitrah zakat harta dan wakaf.

Anda mungkin juga menyukai