Anda di halaman 1dari 10

CTU101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK : 25 KISAH NABI DAN RASUL

NAMA NO. PELAJAR


NADIA BINTI ZAID 2023457872
MARISSA BINTI MOHAMAD AZMI 2023811752
SITI MISHEL AYRA BINTI SHEIKH AHMAD RAFFIE 2023831452
NUR QISTINA AMALIN BINTI MOHD AMRU 2023844858

KUMPULAN : CAMU1101C
TARIKH : 11 DISEMBER 2023
DISEDIAKAN UNTUK : DR. ZAKIAH SAMORI

PERKARA 1 2 MARKAH
Pengenalan /5
Ulasan & Perbincangan /10
Analisa Kritis /5
Rumusan & Refleksi /5
Etika & Rujukan /5
JUMLAH /30

PERAKUAN PELAJAR

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan kami
serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber,
atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami
sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat
boleh dibawa kepada Jawatankuasa tatatertib ACIS.
NAMA PELAJAR NO PELAJAR TANDATANGAN TARIKH

NADIA BINTI ZAID 2023457872

MARISSA BINTI MOHAMAD AZMI 2023811752

SITI MISHEL AYRA BINTI SHEIKH 2023831452


AHMAD RAFIE

NUR QISTINA AMALIN BINTI 2023844858


MOHD AMRU

ISI KANDUNGAN

BAB 22 : KISAH NABI MUHAMMAD SAW.

BIL PERKARA HALAMAN

1. PENGENALAN

1.1 Pengenalan buku/artikel 1

1.2. Pengenalan dan Latar belakang Penulis

2. ULASAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Perbahasan/ Isu Utama Penulisan 2


2.2 Pandangan Terhadap Penulisan/ Hasil Kajian

2.3 Kepentingan Penulisan /Hasil Kajian

2.4 Komentar Terhadap Gaya dan Metodologi Penulisan 3

2.5 Kekuatan/ Kelemahan Penulisan

3. RUMUSAN DAN REFLEKSI

3.1 Rumusan 4

3.2 Refleksi

4. ANALISA KRITIS

4.1 Penghayatan pelajar 5

4.2 Saranan aplikasi dalam masyarakat

5. RUJUKAN 6

6. LAMPIRAN 7

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan buku

Tajuk buku yang dipilih untuk laporan ini ialah Kisah 25 Rasul dan Nabi. Karya ini
mengisahkan sirah 25 Nabi dan Rasul yang telah diambil daripada ayat Al-Quran Al
Karim. Karya ini ditulis oleh Zaid Husein Alhamid dan cetakan pertama diterbitkan oleh
Pustaka Amani pada Julai 1995, di Jakarta, Indonesia. Selain itu, Buku ini mengandungi
161 halaman dan 22 bab. Bab yang akan diulaskan adalah Kisah Nabi Muhammad SAW,
bab 22 , halaman 133.

1.2 Pengenalan dan Latar belakang Penulis

Zaid Husein Alhamid berasal dari Indonesia dan merupakan seorang penulis yang
menitikberatkan tentang penulisan yang bertemakan sejarah Islam serta riwayat hadith.
Antara karya yang telah beliau karangkan ialah, Kamus Al Muyassar yang diterbitkan
pada tahun 1982, Pelajaran Bahasa Arab Tingkat Dasar, Terjemah Matan Lubabul Hadits
dan Kamus Arab.

a. Biodata Penulis

Zaid Husein Alhamid telah melanjutkan pelajaran dalam kajian Islam serta perbahasan
dalam Bahasa Arab. Disamping menjadi seorang pengarang, beliau lebih terkenal dalam
menceburi bidang penterjemah buku Bahasa Arab, Arab Mesir kepada Bahasa Indonesia.
Antara buku yang telah beliau terjemahkan ialah, Kehidupan Para Khalifah Teladan,
karya Khalid Muhammad Khalid, 375 Dosa-Dosa besar, karya Afif Abdul Fathah
Thabbarah, dan Kehidupan Sesudah Mati, karya Ibrahim Muhammad Al Jamal.

b. Hasil Karya/Penulisan lain

Antara Karya yang telah beliau karang dan terjemahkan ialah :

• Kamus Al Muyassar
• Pelajaran Bahasa Arab Tingkat Dasar
• Terjemah Matan Lubabul Hadits
• Kamus Arab
• Kehidupan Para Khalifah Teladan
• 375 Dosa-Dosa Besar
• Kehidupan Sesudah Mati

2.0 ULASAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Perbahasan dan Isu Perbincangan

Antara ulasan atau perbincangan yang dapat diulaskan dalam buku ini adalah
mengisahkan tentang Nabi Muhammad SAW. Salah satu kisah yang tertera dalam buku
ini adalah kisah mengenai Tahun Gajah. Penulis menyatakan pada tahun ini, datang
pasukan gajah yang dipimpin oleh Abrahah dari negeri Habasyah untuk merobohkan
Ka’bah. Penulis juga menyatakan dengan jelas bahawa maksud jahat mereka ini berhasil
digagalkan dengan pertolongan Allah yang mengirimkan burung-burung Ababil lalu
menjatuhkan batu-batu yang mengandungi wabak penyakit dan menimpakannya atas
pasukan Abrahah. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan abad ke-6 Masihi dan tahun ini
juga dilahirkan nabi besar Muhammad SAW sebagai nabi terakhir bagi umat manusia.

Selain itu, kisah lain tentang Nabi Muhammad SAW yang dapat diulaskan daripada buku
ini adalah mengenai wafatnya ibu Nabi Muhammad SAW. Penulis menyatakan bahawa
ketika Nabi Muhammad SAW mencapai usia 6 tahun, ibunya wafat di suatu tempat
bernama Abwa’, sebuah desa yang terletak antara Makkah dan Madinah. Nabi
Muhammad SAW kemudiannya diasuh oleh Ummu Aiman dan dipelihara oleh atuknya,
Abdul Mutthalib yang sangat terkemuka di Makkah pada waktu itu. Setelah 2 tahun
dipelihara oleh atuknya yang sangat mencintai cucunya, Abdul Mutthalib juga wafat pada
usia 140 tahun dan kemudian Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh Abu Thalib, ayah
kepada Imam Ali RA.

2.2 Pandangan Terhadap Penulisan / Hasil Kajian

Perbahasan tersebut sangat menarik dan juga dapat menarik perhatian orang ramai untuk
membaca buku tersebut. Hal ini demikian kerana orang ramai secara tidak langsung dapat
mengetahui serba sedikit tentang Nabi Muhammad SAW. Kita juga dapat mempelajari
dan memahami tentang Nabi Muhammad SAW dengan mudah dan cepat.

2.3 Kepentingan Penulisan / Hasil Kajian

Perbahasan dan penulisan seperti itu amatlah penting kerana pembaca akan lebih mudah
memahami dan mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih mudah. Buku ini juga secara
tidak langsung telah memberikan sumbangan kepada individu. Contohnya seperti
seseorang individu tersebut telah berjaya mempelajari dan mengetahui tentang Nabi
Muhammad SAW serta menjadikan amalan-amalan yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad SAW sebagai panduan hidup. Di samping itu, terdapat juga individu yang
menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola mereka.

2.4. Komentar Terhadap Gaya dan Metadologi Penulisan

Berdasarkan karya ini, gaya penulisan yang dapat dilihat dari penulis adalah penulisan
bertemakan sirah nabi yang dipetik dari ayat-ayat di dalam Al-Quran serta hadith yang
sahih. Dalam karya ini, kita dapat melihat bahawa penulis dapat mengemukakan hasil
kajian beliau dalam menafsir peristiwa serta hadith yang terdapat di dalam kitab suci Al-
Quran secara sahih dan benar. Oleh itu, jelaslah bahawa daripada penulisan ini, tujuan
sebenar pengarang adalah untuk menyebarkan ilmu sirah islam di samping menarik minat
pembaca agar ilmu yang diperolehi lebih mudah untuk difahami oleh semua masyarakat.

2.5 Kekuatan dan Kelemahan Penulisan

Berdasarkan kajian terhadap buku ini, dapat dilihat bahawa ianya disusun dengan kemas
dan sempurna serta saling berkait dengan tajuk yang digunakan iaitu ‘Kisah Nabi
Muhammad’

Antara kekuatan ulasan ini adalah gaya penulisan yang argumentatif, dimana penulis
berjaya mempengaruhi dan menarik minat pembaca untuk mendalami kisah yang telah
dikemukakan olehnya. Penulis juga berjaya memberikan fakta yang jelas kepada
pembaca dan juga moral yang diselit supaya dapat kita ambil sebagai pengajaran. Dengan
memperkuatkan idea dan fakta ini, penulis turut berjaya memberi pengetahuan baru
kepada pembaca tentang Nabi Muhammad justeru dapat menarik lebih ramai pembaca.
Oleh itu, gaya penulisan buku ini mempunyai kejelasan dan perkembangan idea secara
logik.

3.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

3.1 Rumusan

Kesimpulan daripada buku ini adalah buku ini menceritakan tentang kisah-kisah 25 Rasul
dan Nabi serta kitaran hidup setiap Nabi. Kita juga dapat mengetahui tentang gaya hidup
setiap Nabi lalu dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kita sebagai individu yang
bertanggungjawab terhadap agama.

Secara kesuluruhan bagi Kisah Nabi Muhammad SAW ialah Nabi Muhammad SAW
merupakan seseorang yang penting kerana kita menjadikan Nabi Muhammad SAW
contoh teladan dalam hidup kita. Dalam kisah ini penulis menceritakan bahawa kelahiran
Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir bagi umat manusia terjadi pada tahun yang
sama Allah menggagalkan niat jahat pasukan gajah dari Habasyah yang dipimpin oleh
Abrahah untuk memusnahkan Ka'bah.

Tambahan pula, penulis juga menyatakan bahawa selepas ibu Nabi Muhammad SAW
wafat di Abwa' ketika dia berusia 6 tahun, Nabi Muhammad SAW telah diasuh oleh
Ummu Aiman, dipelihara oleh atuknya Abdul Mutthalib sebelum dipelihara oleh Abu
Thalib iaitu ayah kepada Imam Ali RA selepas atuknya wafat pada usia 140.

3.2 Refleksi

Kisah Nabi Muhammad SAW telah memberikan impak kepada saya sebagai seorang
pembaca. Misalnya, kita perlu mencontohi keharmonian hidup pelbagai bangsa seperti
sewaktu pembentukan kerajaan Islam Madinah. Kisah Nabi Muhammad SAW juga telah
menyatakan beberapa nilai murni yang terdapat pada Nabi Muhammad SAW. Sebagai
contoh, kita perlu menanamkan sikap tidak mudah berputus asa dan tidak cepat menyerah
kalah dalam apa-apa ujian yang Allah SWT berikan. Kita juga mesti menghadapi segala
cabaran dan halangan dengan betul dan penuh kesabaran supaya dapat memperolehi
kejayaan. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW wajar menjadi contoh yang terbaik kepada
manusia terutamanya kepada generasi muda zaman kini. Semua pihak terutamanya, ibu
bapa perlulah mengambil inisiatif bagi mendidik para pemuda dan bakal-bakal pemimpin
islam dengan menerapkan ilmu agama, akidah dan tauhid yang cukup serta mengingatkan
generasi muda tentang sifat baik Nabi Muhammad SAW.

4.0. ANALISA KRITIS

4.1 Penghayatan Pelajar


Berdasarkan pandangan saya, cara untuk menghayati hasil penulisan ini dalam kehidupan
seharian adalah dengan membaca perjalanan hidup baginda. Nabi Muhammad SAW telah
melalui pelbagai halangan dan cabaran demi menyebarkan dakwah islam kepada umat-
umatnya. Dengan memahami dugaan yang dilalui oleh baginda, kita dapat mewujudkan
rasa cinta terhadap nabi akan kerana kesungguhan baginda untuk menyebarkan agama
islam kepada mereka yang tidak mengetahui. Daripada ini, perasaan rindu dan sayang
terhadap nabi dapat dipupuk di dalam diri disamping memberi kesedaran untuk sentiasa
berselawat ke atas baginda dan Allah SWT.

4.2 Saranan Aplikasi Dalam Masyarakat

Pandangan saya dalam mengaplikasikan penulisan ini di dalam masyarakat adalah


dengan menjadikan personaliti Rasulullah sebagai inspirasi. Hal ini dikatakan kerana
Rasulullah SAW memliki akhlak dan sikap yang terpuji yang sering disenangi oleh setiap
orang. Baginda merupakan seorang yang lemah lembut pada masa yang sama baginda
tidak pernah berteriak, berperilaku yang kasar serta membalas perbuatan buruk yang
menimpanya kepada sesiapapun. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Rasulullah SAW
dapat menjadi teladan kepada masyarakat agar peranan mereka dapat dimainkan ketika
berdakwah anatar satu sama lain untuk menyempurnakan akidah, akhlak serta budi bicara
seseorang itu.. Seterusnya, Rasullullah juga meninggalkan sunnah untuk umatnya
mengikut dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat
dapat menghidupkan amalan nabi dalam era pemodenan ini disamping mendapat
ganjaran pahala dari Allah SWT. Seperti contoh, apabila kita bertemu sesama muslim,
maka berikanlah salam serta senyuman kepada mereka. Ini adalah salah satu daripada
pelbagai sunnah yang dapat diikuti oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Hasil
daripada ini, sesebuah masyarakat itu menjadi lebih hidup dan ramah dan sentiasa
disenangi oleh setiap orang dimana-mana mereka berada. Maka terbuktilah bahawa,
mengaplikasikan teladan nabi dalam masyarakat dapat dilakukan dengan menghidupkan
sunnah nabi secara istiqamah dalam kehidupan seharian.
5.0 RUJUKAN

1. Buku

Zaid Husein Alhamid. (1995). Kisah 25 Nabi dan Rasul. Pustaka Asmani – Jakarta

2. Internet

Abdullah, M. (23 April, 2011). Cara kehidupan bersosial di dalam lingkungan Sunnah
Nabi SAW. Retrived from:

http://ghostridermujahid.blogspot.com/2011/04/cara-kehidupan-bersosial-di-
dalam.html

Latifah, B. (11 Disember 2016). Hidupkan sunnah sebagai tanda cinta.


Retrieved from:

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/12/222590/hidupkan-
sunnah- sebagai-tanda-cinta

Syuhara, S. ( 8 Oktober 2022). Bagaimana Cara Mencintai Rasullullah SAW.


Retrieved from:

https://ikram.org.my/bagaimana-cara-mencintai-rasulullah-saw/

Mohd, R. A. (1 Oktober 2019). Contohi sikap baik Nabi.


Retrieved from:

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/10/502436/contohi-sikap-baik-nabi

(21 Julai 2012). Rumusan kisah Nabi Muhammad SAW.


Retrieved from:

https://sejarah4561112s4b.blogspot.com/2012/07/rumusan.html

3. Perpustakaan Digital

https://www.goodreads.com/author/list/5262518.Zaid_Husein_Alhamid

https://onesearch.id/Author/Home?author=Zaid+Husein+Al-+Hamid

https://librarywebopac.mod.gov.my/webopac/Author/Home?author=Zaid+Husein+Al-
Hamid

https://balaiyanpus.jogjaprov.go.id/opac/detail-opac?id=327599
6.0 LAMPIRAN

1. NADIA BINTI ZAID


2023457872
Tugasan : Pengenalan, Analisa Kritis, Komentar Terhadap Gaya dan Metadologi
Penulisan, Editor

2. MARISSA BINTI MOHAMAD AZMI


2023811752
Tugasan : Ulasan Nabi Muhammad SAW, Etika Rujukan, Lampiran

3. NUR QISTINA AMALIN BINTI MOHD AMRU 2023844858


Tugasan : Ulasan Nabi Muhammad SAW

4. SITI MISHEL AYRA BINTI SHEIKH AHMAD RAFFIE 2023831452


Tugasan : Rumusan dan Refleksi

Anda mungkin juga menyukai