Anda di halaman 1dari 1

Berjimat cermat amalan mulia.

Tuliskan sebuah karangan tentang faedah


berjimat cermat.

Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan
ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat
cermat.
Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan
pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung,
wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah sedikit- sedikit, lama- lama
jadi bukit . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara
berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara
gading kelak.
Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil,
amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam
penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk
membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan
pada masa hadapan.
Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu
daripada amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga
bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan
perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan
jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.
Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan
penderitaan orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di
benua Afrika. Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak
akan membazir makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada
peluang kita juga boleh menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan
mereka.
Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini
menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab. Kita perlu sederhana dalam
setiap perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.

Anda mungkin juga menyukai