Illias Zaidi
Sinopsis
Cerpen Hipertensi
Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus
yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu
mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada
khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar
berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke
hadrat Ilahi.
Tema
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh
cabaran. Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam
bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai
seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat sama ada
ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia
pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang
aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan
membiarkan angan-angannya menjadi seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai
yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan tentang kehebatannya dalam bidang
aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia bukan sahaja membayangkan bahawa
dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan
Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Persoalan
1. Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di
dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)
2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut
mempunyai makna yang baik. (m/s:44)
3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling