Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Pendidikan Saya

Falsafah yang saya tanamkan dalam diri sebagai bakal seorang pendidik adalah saya
perlu mempunyai atau menguasai semua ilmu pengetahuan sama dalam bidang atau diluar
bidang yang saya pelajari. Hal ini kerana seorang guru seharusnya mengetahui segala aspek ilmu
pengetahuan kerana guru tidak akan menjangka sebarang persoalan yang bakal ditanya oleh
pelajar-pelajar. Selain itu, falsafah tersebut menjadi idea dan sumber inpirasi kepada saya untuk
berusaha menjadi guru bukan sahaja menyampaikan ilmu di dunia malah ilmu berkekalan hingga
ke akhirat. Seorang guru bukanlah hanya perlu mengingat fakta atau hanya mengajar untuk
menghabiskan silibus semata-mata. Seorang guru haruslah tahu apa yang ingin di ajar di dalam
bilik darjah atau diluar bilik darjah.
Saya juga mempunya beberapa tujuan utama untuk menjadi seorang guru. Tujuan-tujuan
tersebut bakal menjadi garis panduan bagi saya semasa melaksanakan tanggungjawab saya
sebagai seorang guru kelak. Tujuan yang pertama saya adalah saya ingin berkongsi ilmu
pengetahuan serta mendidik pelajar bukan sahaja dari segi akademik tetapi ingin membentuk
akhlak pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga ajaran agama Islam.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa membuat perubahan dari segi cara melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran didalam kelas mengikut perubahan semasa dan kemajuan dalam
bidang teknologi yang terkini. Oleh itu, saya akan membuat persiapan awal dengan mendalami
sesuatu topik yang ingin diajar pada hari tersebut dan tidak perlu bergantung kepada buku teks
sahaja.
Selain itu, fokus utama saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula adalah
pembelajaran berpusatkan kepada pelajar apabila saya mengajar di dalam bilik darjah. Cara ini

akan memberi peluang kepada pelajar untuk berusaha mencari maklumat tambahan,
menyelesaikan masalah dan berkongsi ilmu bersama rakan-rakan mereka di dalam bilik darjah.
Manakala saya pula sebagai guru akan menjadi fasilitator di dalam bilik darjah dimana tugas
saya hanya membantu pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai