Anda di halaman 1dari 11

Mata pelajaran

Kelas
Hari
Tarikh
Masa
Bilangan murid
Tema
Tajuk

:
:
:
:
:
:
:
:

Bahasa Malaysia
Tahun 4 Angsana
Isnin
06 Oktober 2011
Jam 1030 hingga jam 1100 (30 minit)
20 orang
Cintailah Alam Kita
Jerebu dan Hujan Asid

Objektif
pembelajaran

: 1. Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersira


tentang sesuatu kejadian dalam gambar.
2. Menulis maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu
kejadian dalam gambar.
3. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami isinya.

Hasil
pembelajaran

: Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat;


A Menguasai isi kandungan
1. Menjelaskan 2 maklumat yang tersurat dan tersirat
tentang sesuatu peristiwa.
2. Membaca kuat teks prosa dengan sebuatan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
3. Menyenaraikan 1 punca, kesan dan tindakan
tentang sesuatu peristiwa dengan melengkapkan
pengurusan grafik.
B

Membina kemahiran saintifik, berfikir dan


strategi berfikir
1. Berbincang dalam kumpulan untuk mendapat
maksud penyataan mengikut konteks ayat.

C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Melibatkan diri sacara aktif dalam perbincangan


kumpulan, semangat berpasukan dan menghargai
masa.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Tatabahasa: Ayat penyata
Kosa kata: Bahan pencemar
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
LCD, slaid petikan Jerebu dan Hujan Asid, gambar-gambar pencemaran alam dan lagu
serta lembaran kerja.
Langkah berjaga-jaga:
Elakkan daripada melakukan aksi atau gerak geri yang memberbahayakan sewaktu
pelaksanaan aktiviti pembelajaran murid
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mengetahui jenis-jenis pencemaran alam yang menjadi isu di kawasan
setempat.

Fasa
Permulaan/
Mencungkil
idea
(3 minit)

Isi Kandungan
Bercerita
tentang isu-isu
masalah
pencemaran
alam

Menstruktur/ Petikan:Menstruktur Jerebu dan


semula
Hujan Asid.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Guru menayangkan
Murid
slaid-slaid gambar
menginterprestasikan
tentang pencemaran
slaid-slaid gambar
alam.
menggunakan laras
bahasa yang betul dan
bertatasusila.
Guru mengaitkan
aktiviti tadi dengan isi
pelajaran hari ini
Guru menayangkan
slaid petikan Jerebu
dan Hujan Asid.

Nota
Strategi/
Teknik:
Pembelajaran
kontekstual.

Murid memerhati slaid


petikan yang
ditayangkan.

Sumber
pengajaran:
slaid PP

Murid membaca
petikan secara

Strategi/
Teknik:
Aktiviti

(14 minit)
Guru meminta murid
membaca petikan
secara senyap.

senyap.
Bacaan
mekanis

Guru meminta semua


murid membaca
petikan tadi dengan
memberi penekanan
pada intonasi.

pembelajaran
masteri

Semua murid
membaca petikan
secara nyaring.

Guru membuat
penilaian tahap
bacaan murid dan
memberi pengiktirafan
dalam bentuk
ganjaran.

Bersoal jawab

Guru mengemukakan
beberapa soalan
berdasarkan petikan
yang dibaca untuk
menguji tahap
pemahaman dan
dijawab secara lisan
murid.
Cadangan soalan:
1. Mengapakah jerebu
boleh berlaku?
2. Apakah kesan
buruk hujan
asid?
3. Pada pendapat
kamu,
bagaimanakah
masalah jerebu
dan hujan asid
dapat
dielakkan?

Aplikasi
Idea
(10 minit)

Tayangan slaid
gambar situasi.

Guru membahagikan
murid kepada murid
kepada 3 kumpulan.
Guru menayangkan
slaid gambar situasi.

Murid menjawab
soalan yang
dikemukakan secara
lisan.
Cadangan jawapan:
1. Pembakaran dan
pelepasan asap ke
udara yang
menyebabkan jerebu
boleh berlaku.
2. Hujan asid boleh
memudaratkan
kesihatan,
merosakkan harta
benda dan
memusnahkan
tumbuh-tumbuhan..
3.
i. Elakkan
pembakaran
sampah.
ii. Amalan berkongsi
kereta.
Setiap kumpulan
berbincang untuk
mendapatkan
jawapan.
Setiap jawapan yang

Strategi:
Penyoalan
keseluruhan
kelas

BBM:
Slaid gambar
situasi dan
lembaran
pengurusan
grafik

Setiap kumpulan
membuat
penyelesaian masalah
bagi gambar situasi
yang ditayangkan tadi.
i. Punca kejadian
ii. Kesan daripada
punca kejadian.
iii. Tindakan yang
perlu diambil.

diperolehi tadi ditulis


dalam kertas sebak
yang mengandungi
pengurusan grafik

Strategi:
Perbincangan
secara
berkumpulan

Murid menyalin
jawapan hasil
perbincangan guru
dan murid.

Guru mengedarkan
lembaran kerja.
Pengujian
Latihan
i. Bina 3 ayat
mudah
berdasarkan
jawapan
pengurusan
grafik tadi.
Latihan
Pengukuhan
Latihan
Pemulihan

Refleksi/
Penutup
(3 min)

Lagu Hijau
Rumusan

Guru meminta murid


berbincang dalam
kumpulan untuk
mendapat jawapan.
Guru dan murid
bersama-sama
berbincang untuk
memperoleh jawapan
yang betul.

Murid membuat
lembaran kerja yang
diedarkanuntuk
menguji tahap
pemahaman murid.

BBM:
Lembaran
kerja

Murid menyanyikan
lagu Hijau.

Strategi:
Perbincangan
kumpulan

Kumpulan yang
Berjaya memberi
jawapan yang betul
diberi bintang yang
akan ditampal pada
carta pengiktirafan
pasukan .
Guru menayangkan
slaid untuk lirik lagu
Hijau.

Murid membuat
kesimpulan pelajaran
dengan menyatakan
idea utama serta
mengaitkannya
dengan idea asal
dengan bimbingan
guru.

Sikap saintifik
dan nilai
murni:
Penglibatan
aktif
Menghargai
masa

Sumber
pengajaran:
slaid

AKTIVITI PEMBELAJARAN
Set Induksi
Gambar-gambar Pencemaran Alam

Menstruktur
Petikan Jerebu dan Hujan Asid

Tajuk : Jerebu dan Hujan Asid


Jerebu bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Setiap kali dilanda jerebu, ruang
angkasa kita yang terang dan bersih akan bertukar menjadi kelam. Keaadaan ini
berlaku kerana debu dan kekotoran yang terapung di udara menyekat pancaran cahaya
matahari ke bumi. Keaadaan ini juga menyebabkan jarak penglihatan kita terbatas

Pembakaran dan pelepasan asap ke udara merupakan punca berlakunya jerebu.


Selain itu, aktiviti pencemar ini akan mengalami perubahan kimia lalu membentuk asid
sulfurik dan asid nitric. Asid-asid ini kemudian bergabung dengn wap air semasa
pembentukan awan.
Apabila jatuh ke bumi, titisan air yang mengandungi kepekatan asig yang tinggi ini
dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid membawa pelbagai kesan buruk kepada kita
seperti memudaratkan kesihatan, merosakkan harta benda dan memusnahkan tumbuhtumbuhan.
Dengan itu, sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka boleh didakwa di bawah
Akta Kualiti alam Sekeliling 1974. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab jika disabit
kesalahan boleh didenda tidak melbihi RM500 000.00. Mereka juga boleh dipenjarakan
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Aplikasi Idea
Pengurusan Grafik (Berdasarkan slaid situasi gambar yang ditunjukkan)

GEJALA JEREBU
Punca

Kesan
Tindakan
Penutup
Nyanyian - Lagu "Hijau"

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO


1.1

KEKUATAN

Bagi memudahkan saya membuat refleksi untuk pengajaran makro kali ini, saya
telah meminta seorang rakan sekerja membuat pemantauan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Selesai sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran hari
ini, saya meminta rakan memberi pandangan dank omen terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Hasil daripada perbincangan kami, terdapat

beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti sepanjang proses pengajaran makro
dilaksanakan.
Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran makro kali ini ialah dari aspek
kelantangan suara. Guru berupaya mengemukakan soalan dengan jelas dan respon murid
juga agak menggalakkan. Soalan yang dikemukakan oleh guru dapat didengar dengan
jelas dan ini memudahkan proses pengajaran diteruskan tanpa ada sisipan pengulangan
langkah pengajaran.

Kelantangan suara ini menunjukkan ketegasan guru dalam

menyampaikan isi pelajaran. Murid memberi perhatian semaksimum dan ini memudahkan
pencapaian objektif pembelajaran yang telah dirancangkan.

Murid-murid juga tidak

bertindak mengganggu rakan lain sepanjang proses pengajaran makro ini. Keadaan ini
memperlihatkan sikap murid-murid yang hormat kepada guru sebagai seorang pendidik
yang menyampaikan ilmu pengetahuan.
Selain itu, penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat iaitu slide powerpoint oleh
guru telah menarik perhatian murid di samping memudahkan murid melihat paparan
gambar, petikan dan latihan penilaian dengan lebih jelas. Dengan menggunakan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang
lebih interaktif dan cergas sekaligus menepis tanggapan streotaip yang menyatakan
bahawa proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia adalah membosankankan
kerana hanya bergantung kepada papan tulis dan kertas sebak semata-mata. Murid
kelihatannya melibatkan diri secara aktif di samping kewujudan suasana kelas yang
kondusif melancarkan lagi proses pengajaran guru.
Sehubungan itu, kawalan kelas guru juga baik dan tidak terdapat gangguan daripada
murid ketika proses pengajaran makro dijalankan. Tindakan guru yang membahagikan
murid-murid kepada tiga kumpulan murid memudahkan guru mengawasi tindakan dan
prilaku murid supaya dalam terkawal serta tidak menimbulkan suasana kelas yang bising.
Keadaan ini memudahkan guru menreuskan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang
dengan lancar dan selesa serta mengikut langkah dalam rancangan pengajaran harian
yang telah dibuat.

Isi pelajaran dapat disampaikan oleh guru mengikut perancangan yang dibuat dalam
rancangan pengajaran harian. Guru dapat mempelbagai aktiviti pembelajaran untuk tujuan
penyampaian isi pelajaran secara mudah, lancar dan tersusun mengikuti langkah
pengajaran yang dibuat. Sehubungan itu, tindakan guru membuat aktiviti perbincangan
secara berkumpulan memperlihatkan guru menekankan pembelajaran berpusatkan murid.
Aktiviti berkumpulan ini menggalakkan kolaborasi di kalangan murid di samping
meningkatkan pemikiran secara reflektif terhadap isi pelajaran yang boleh dikongsi
bersama dengan rakan lain.
1.2

KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti ketika
menjalankan pengajaran makro ini.

Kelemahan yang amat jelas berlaku sepanjang

pelaksanaan pengajaran makro ini ialah guru menghadapi masalah dalam pengurusan
masa mengikut tempoh masa yang telah dibuat dalam rancangan pengajaran harian.
Berdasarkan kepada rakaman yang telah dibuat, guru telah menggunakan masa yang lebih
bagi setiap langkah pengajaran bermula dengan set induksi ataupun kemahiran memulakan
pengajaran. Keadaan ini disebabkan oleh gangguan-gangguan lain walaupun masa
keseluruhan pengajaran tidak terjejas.
Saya juga menghadapi masalah penggunaan bahasa baku sepenuhnya akibat
pengaruhi percakapan semenjak mengajar di sekolah jenis kebangsaan. Tanpa tidak sedar
saya ada menggunakan perkataan saye, kenape, taka de dan ada beberapa perkataan
yang saya rasa menunujukkan kelemahan yang ketara dalam proses pengajaran dan
pembelajaran saya.
Guru juga lebih banyak mengemukakan soalan walaupun murid memberi respon
yang memberangsangkan. Murid tidak menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir
secara kritis dalam mengemukakan soalan kepada guru. Keadaan ini disebabkan masih
ramai murid malu bertanya menyebabkan guru terpaksa mengemukakan banyak soalan
dengan tujuan murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran terutamanya ketika melibatkan
perbincangan secara kelas. Perkara jelas berlaku ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran
banyak melibatkan guru yang memberi pendapat dan ulasan.

Murid-murid hanya

menjawab ketika ditanya dan tidak bertindak secara kendiri serta perlu dibimbing
sepenuhnya sepanjang pengajaran makro ini. Peranan guru sebagai fasilitator tidak dapat
diterapkan sepenuhnya di samping tidak menggalakkan pemikiran secara reflektif di
kalangan murid-murid.
Akibat terlalu terikat dengan tempoh masa 30 minit, guru kelihatan tergopoh-gapah
untuk menghabiskan setiap langkah pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan murid juga
terpaksa bertindak pantas dengan setiap aktiviti pembelajaran guru. Setiap ahli kumpulan
murid juga tidak berpeluang untuk memberi idea atau pandangan dan hanya bergantung
harap kepada jawapan rakan semata-mata.
1.3

LANGKAH MENGATASI

Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti melalui
pengajaran makro ini, guru perlu membuat penambaikan bagi meningkatkan tahap
keberkesanan dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.

Kelemahan yang

melibatkan pengurusan masa, guru perlu mendisiplinkan diri mengikut masa yang telah
dicadangkan dalam penulisan rancangan pengajaran harian. Guru perlu memastikan
setiap langkah dalam proses pengajaran mengikut masa yang ditetapkan supaya aktiviti
pembelajaran yang berikutnya tidak terjejas. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan bermakna.
Bukan setakat itu sahaja, guru yang menepati masa akan memudahkan mereka
menjalankan proses pengajaran yang bermula dengan set induksi sehinggalah penutup.
Selain itu, guru perlu memantau perbincangan murid dari meja ke meja supaya
merka tidak miskonsepsi terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Guru harus memberi
peluang kepada murid untuk memikirkan jawapan bagi setiap aktiviti berkumpulan dengan
tujuan menggalakkan pemikiran secara kritis di kalangan murid serta meningkatkan
kolaborasi mereka. Dengan itu, murid seharusya diberi masa berbincang dalam kumpulan
di mana wakil setiap kumpulan perlu menulis dan membentangkan hasil perbincangan di
samping murid lain memberi maklum balas terhadap pembentangan rakan mereka.
Tindakan ini bertujuan melatih murid secara berfikir secara kritis dan mampu memberi
komen terhadap rakan dan bukannya mengharapkan sepenuhnya jawapan daripada guru.

Oleh itu, komen dan pandangan yang diberikan oleh rakan tadi boleh dijadikan sebagai
hasil perbincangan secara kelas untuk mendapat keputusan muktamad yang boleh
dikongsikan bersama.
Guru juga harus bertindak sebagai fasilitator iaitu menekankan pembelajaran
berpusatkan murid. Murid-murid harus diberi peluang memberi pandangan dan menerokai
setiap soalan yang dikemukakan. Guru hanya sebagai pemerhati dan mengawal aktiviti
pembelajaran murid supaya tidak menyimpang dari isi pelajaran yang diajar. Saya juga
perlu menekan penggunaan bahasa baku memandangkan mengajar Bahasa Malaysia
kerana kesilapan guru mengakibatkan penerimaan ilmu murid juga keliru.
**************************************************************************************

Anda mungkin juga menyukai