Anda di halaman 1dari 1

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON MENDAPATKAN

ANAK ANGKAT DI KEWAJA

1. Pasangan suami isteri Warganegara Malaysia yang beragama Islam dan


menetap ATAU tinggal tetap didalam Negara.

2. Telah berkahwin lebih daripada 5 Tahun dan tiada mempunyai zuriat atau
anak sendiri walaupun anak angkat.

3. Pasangan suami isteri yang layak mestilah berumur tidak melebihi 45 Tahun
dan sihat tubuh badan serta mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

4. Jika perkahwinan kali kedua atau kali yang seterusnya, keutamaan hanya
kepada isteri yang tidak pernah hamil ATAU tiada anak kandung sendiri.

5. Kepada pasangan yang belum cukup 5 Tahun, mereka mestilah menyediakan


lapuran atau pengesahan doktor yang mengesahkan mereka sukar untuk
dapat anak ATAU berkemungkinan tidak boleh mengandung.

6. Pasangan yang layak hendaklah bersedia menjadi penaja demi menanggung


segala kos yang berkaitan dengan Ibu Kandung bayi ( anak angkat )
disepanjang Ibu tersebut berada di Kewaja termasuk kos perubatan dan
pengurusan kerana Kewaja tiada mendapat bantuan dari sesiapa.

7. Pasangan yang layak dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut;

Salinan Mykad suami isteri.


Salinan Sijil Perkahwinan.
Salinan Slip Gaji atau bukti pendapatan bulanan ATAU perkerjaan.
Maklumat dua orang kenalan yang tiada pertalian keluarga ATAU persaudaraan
untuk rujukan.Surat sokongan atau pengesahan (Rujuk No.5) untuk kes tertentu
ATAU jika perlu sahaja.

8. Proses permohonan dibuat pada minggu pertama setiap bulan. Pemohon di


kehendaki menghubungi Kewaja untuk mengetahui tarikh dan masa. INGAT,
Setiap Hari Rabu Minggu Pertama setiap bulan dari Jam 10.00 pagi hingga
12.00 T/Hari.

9. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3384868 atau 012-2966884.

Disediakan oleh;
Pengarah Urusan
Kem Modal Insan Kewaja

Anda mungkin juga menyukai