Anda di halaman 1dari 1

Nikah Khitbah

Istilah Nikah Khitbah ataupun nikah gantung sering kita dengar hari ini. Namun
ada segelintir daripada kita belum mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan
nikah gantung.
Khitbah dapat dijelaskan sebagai permintaan dari seorang lelaki untuk
menikah dengan wanita dan ungkapan yang keinginan untuk dia dan penjaganya.
Betapa beruntungnya mereka yang nikah khitbah ini. pernikahan seperti ini selalunya
dilakukan oleh pasangan yang masih menuntut ilmu.
Menurut kajian oleh Djamour , Nikah khitbah diamalkan oleh masyarakat
Jawa dan Masyarakat Boyan. Perkataan gantung di dalam nikah gantung ini
bermaksud pergantungan hak untuk menyempurnakan perkahwinan tersebut.
Dalam erti kata lain, pasangan tersebut masih dibawah tanggungan ibubapa
masing-masing mengikut tempoh persetujuan yang telah dipersetujui kedua-dua
pihak.
Nikah gantung mengutamakan akad nikah terlebih dahulu. Alasan utamanya
ialah untuk menyimpan wang bagi majlis perkahwinan. Oleh kerana kos sara hidup
yang semakin meningkat,pihak lelaki berkemungkinan memerlukan masa untuk
mengumpul wang dan menstabilkan kewangan.
Oleh itu,sejurus selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut akan tinggal
berasingan dan mereka jika mereka bersenggama, maka perjanjian tersebut akan
terbatal secara automatik. Perjanjian tersebut dikira tamat selepas majlis
persandingan atau kenduri kahwin diadakan.
Menurut seorang kadi di Pulau Pinang, nikah khitbah kebanyakannya dilakukan oleh
golongan remajayang belum cukup wang untuk mengadakan majlis persandingan.
Namun ada juga pasangan yang salah gunakan nikah khitbah ini untuk menutup
kehamilan di luar nikah.
Islam merupakan agama yang sangat mudah. Namun, manusia sendiri yang
buatnya kelihatan susah. Semua ini atas diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai