Anda di halaman 1dari 5

Masalah pembelajaran Bahasa Inggeris

Penyataan
1. tidak minat
2. Perbendaharaan kata yang kurang
3. Tidak bermotivasi
4. Tanggapan negatif kepada subjek
5. Guru kurang menarik
Faktor
Law Of Readiness -Sediakan pelajara dengan
Law Of Exercise
Law of Effect
Pengenalan
Edward Lee Ted Thorndike merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat
yang menghabiskan hampir keseluruhan kariernya mengajar di Teachers College,
Universiti Columbia. Hasil kerjanya dalam Pembandingan Psikologi dan proses
pembelajaran menjadi perintis kepada teori Connectionism and telah menjadi asas
saintifik dalam psikologi pendidikan moden. Edward Thorndike juga mempunyai
impak yang hebat dalam teori reinforcement dan behavior analysis yang menjadi asas
utama dalam teorinya Law Of Effect ataupun hukum kesan. Melalui sumbangannya
dalam bidang psikologi behavioral (sifat), teori hukum kesan telah menjadi pengaruh
besar dalam pembelajaran dalam kelas.
Bahasa Inggeris dan permasalahnya
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di Malaysia dan juga bahasa pengantara
antarabangsa. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara antarabangsa
menjadikan penguasaannya begitu penting. Sistem pendidikan di Malaysia juga tidak
terlepas pandang mengenai kepentingan Bahasa Inggeris apabila menjadikan Bahasa
Inggeris sebagai subjek wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Peranan pendidikan yang digariskan dalam wawasan 2020 adalah untuk
merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya
merupakan agenda yang sungguh mencabar dan bersifat kritikal. Langkah ini
menunjukkan akan kepentingan Bahasa Inggeris pada masa kini.
Namun begitu, tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia masih di tahap yang
sederhana menurut Nor Fadila Mohd Amin dan Adibah binti Abd. Rahim (2009). Ada

beberapa faktor yang menyumbang kepada hal ini dan masalah pembelajaran subjek
Bahasa Inggeris sudah tentu menjadi faktor utama. Menurut Azdham Dahalan (2014),
penguasaan Bahasa Inggeris diambil kira dari segi kemahiran bertutur, menulis,
membaca dan mendengar. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2002) pula berkata, dua
perkara penting dalam proses membaca ialah mengetahui tujuan dan mampu memberi
tumpuan. Di sinilah punca kenapa pelajar sukar menguasai Bahasa Inggeris kerana
masalah pemberian tumpuan ketika proses pembelajaran
Penyataan dan faktor masalah
Tumpuan ketika proses pembelajaran perlu dititikberatkan kerana tidak kira anda
belajar sains atau sejarah, anda kena sentiasa fokus dan tidak mengendahkan
gangguan. Kita semua mempunyai keupayaan untuk menumpukan pada sesuatukadangkala. Ingat semula waktu kita menonton rancangan kegemaran kita setiap
malam Isnin atau sedang bermain permainan komputer selama berjam lamanya.
Sudah tentu kita memberi tumpuan sepenuhnya bukan?
Namun adakalanya kita:
Fikiran melayang dari sesuatu perkara ke perkara yang lain
Kerisauan anda menghantui fikiran anda
Gangguan luaran
Bahan atau subjek itu membosankan, sukar dan tidak menarik
Ya. Bahan atau objek yang membosankan, sukar dan tidak menarik. Inilah
permasalahan utama kenapa pelajar kurang meminati Bahasa Inggeris lantas
menyebabkan mereka gagal memberi tumpuan sewajarnya di dalam kelas.
Di sini akan disenaraikan beberapa faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada
permasalahan ini:
1. Kurang pendedahan kepada bahasa
2. Lebih banyak menggunakan broken english berbanding standard
english
3. Terlalu bergantung kepada sarikata tatkala menonton rancangan dalam bahasa
inggeris
4. Menganggap tiada keperluan belajar bahasa asing asalkan hidup berjaya
5. Mudah bosan bila guru mengajar

Jadi sekarang, perkara yang menyebabkan berlaku permasalah ini adalah kerana
kurangnya pendedahan kepada bahasa dan apabila mereka ingin menggunakan bahasa
Inggeris, mereka lebih cenderung menggunakan broken english berbanding standard
english.
Penyelesaian Masalah menggunakan Teori Pembelajaran Thorndike
Mengikut teori pembelajaran Thorndike, konsep trial and error amat penting kerana
respons akan diperkuat melalui beberapa siri ujian atau cubaan sementara respons
yang lemah akan berkurang lalu menghilang. Teori Connectionsm ini diperlukan bagi
memastikan istrumen dalam mendapat hasil reward yang diinginkan. Maka,
terhasillah

hukum

yang

dinamakan

hukum

kesediaan

(effect),

hukum

latihan/pembiasaan (exercise) dan hukum kesediaan (readiness).


Sebelum menerangkan langkah penyelesaian masalah, akan diterangkan di sini secara
asas apakah 3 hukum yang dinyatakan tadi.
1.

Hukum kesediaan ( Law of Readiness)


Hukum ini berkait rapat dengan tumpuan, konsentrasi dan keinginan. Seseorang

individu akan memaksimakan kefahaman mereka jika mereka bersedia secara mental,
fizikan dan emosi untuk belajar. Di sini juga perlu dinyatakan bahawa fungsi guru
amat penting sekali dalam menyediakan pelajar.
2.

Hukum latihan/pembiasaan ( Law of Exercise)


Secara asasnya, hukum ini menitikberatkan sesuatu aktiviti yang paling kerap

diulang dan dilakukan dan yang paling diingati pelajar. Konsep ini dipanggil drill dan
practice. Perkara kunci di sini ialah aktiviti tersebut mestilah bermakna. Ianya hanya
boleh diketahui apabila kesan dari aktiviti tersebut akan menghasilkan tindakbalas
yang positif.
3.

Hukum kesan (Law of Effect)


Asas utama hukum ini ialah berdasarkan reaksi pelajar secara emosional dan

berkait rapat dengan motivasi mereka. Kesan ini diperkuatkan apabila ianya
disekalikan dengan perasaan puas hati dan gembira namun boleh menjadi lemah
apabila mengakibatkan perasaan yang tidak baik timbul. Pelajar akan terus berusaha
melakukan perbuatan yang memuaskan hati tadi dalam pelajaran dan ini dipanggil

sebagai positive reinforcement. Namun sekiranya akibat buruk timbul (negative


reinforcement), pelajar akan meninggalkan terus perbuatan itu.
Persoalannya sekarang, bagaimana ingin mengaplikasikan teori hukum ini dalam
masalah pembelajaran diatas?
Beberapa orang pelajar tingkatan 5 SMA Padang Tengku didapati sentiasa mendapat
markah rendah dalam ujian Bahasa Inggeris. Setelah menjalankan kaji selidik kepada
mereka, rata-rata mendakwa mereka sukar memberi tumpuan ketika proses
pembelajaran sedang berlaku. Sebab utama kenapa berlaku permasalahan sedemikian
adalah kerana mereka sangat kurang pendedahan kepada Bahasa Inggeris dan hanya
menggunakannya bila perlu seperti ketika memuatnaik status di WeChat dan
Facebook tetapi menggunakan broken English. Bagi mencari solusi bagi
permasalahan ini, guru Bahasa Inggeris telah berjaya menghasil satu modul khas yang
diinspirasikan daripada teori pembelajaran Thorndike. Modul ini mempunyai 3
peringkat iaitu dipanggil sebagai Level 1, Level 2 dan Level 3.
Level 1
Pada tahap ini, pelajar yang bermasalah akan dipanggil ke perpustakaan setiap pagi
sebelum

proses

P&P

bermula.

Kemudian,

guru

Bahasa

Inggeris

akan

memperdengarkan satu babak filem atau ulasan seperti ulasan berita hiburan, laporan
kaji cuaca dan berita sukan namun dalam Bahasa Inggeris. Sumber audio berita
diambil daripada Fox News dan Sky. Pelajar diperdengarkan kepada audio tadi dalam
durasi 5 minit. Kemudian, guru akan memperlihatkan pula visual berkaitan ulasan
berita tadi juga dalam durasi 5 minit. Setelah itu, guru akan mengagihkan teks
berkaitan ulasan berita tadi dan kali ini, pelajar perlu membaca teks berikut mengikut
apa yang mereka telah dengari mengikut intonasi. Proses di tahap ini dilakukan pada
setiap Isnin sahaja dan akan berlanjutan selama sebulan. Ini bagi memanfaatkan
proses trial dan error supaya pelajar mendapat pendedahan sewajarnya kepada Bahasa
Inggeris sebenar. Tujuan utama modul pada tahap pertama ini adalah kerana untuk
mempersiapkan pelajar dengan amaun Bahasa Inggeris yang sepatutnya supaya
mereka mempunyai satu perkara yang boleh mereka ingati dan kaitkan ketika proses
P&P Bahasa Inggeris berjalan di dalam kelas.
Level 2

Selepas sebulan modul Level 1 diaplikasikan pada beberapa pelajar tadi, mereka tidak
lagi perlu menjalani aktiviti pada setiap Isnin seperti sebelum ini. Mereka akan terus
masuk ke dalam kelas bagi mengikuti proses P&P seperti biasa. Namun, mereka akan
diarahkan untuk duduk di dalam kumpulan mengikut tahap penguasaan Bahasa
Inggeris mereka. Bagi sesi P&P berdurasi 1 jam, guru akan memberi tugasan
mengikut kumpulan dan kumpulan yang khas bagi pelajar lemah tadi akan diberi satu
tugasan khas. Guru akan memberi satu modul khas berdasarkan apa yang telah
mereka jalani sebulan lepas namun berkaitan secara langsung dengan pelajaran.
Contohnya, guru akan memberi satu soalan kertas 1 di bawah Section A iaitu Directed
Writing atau Penulisan Berpandu. Penulisan ini mempunyai format tersendiri dan
guru akan mereka satu soalan khas seperti soalan surat kiriman tidak rasmi.

Kaitan Teori Pembelajaran Thorndike dalam perspektif Islam

Rujukan
1. Nor Fadila Mohd Amin, Adibah binti Abd. Rahim (2009) Tahap Penguasaan
Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar
Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan. Fakulti Pendidikan. UTM.
2. Azdham Dahalan (2014, 5 November) Kelemahan Penguasaan Bahasa
Inggeris Dalam Kalangan Pelajar. Retrieved from
https://prezi.com/a7ibbyfkblpz/kelemahan-penguasaan-bahasa-inggeris-dalamkalangan-pelajar/
3. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2002). Komunikasi Di Tempat Kerja. Kuala
Lumpur: Sanon Printing Corporation Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai