Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS)


MPU2033-U1
SEMESTER SEPTEMBER 2016
Malaysia Pada Abad Ke-21: (Koridor Raya Multimedia
atau MSC Multimedia Super Corridor)
NO. ID
012015030308

AHLI KUMPULAN
MOHAMMAD SAHAL BIN HAJI IDRIS

PROGRAM
BBC

PEMERIKSA
SITI AISHAH BT SHARIFUDDIN
MARKAH
COVER PAGE WARNA KUNING (potong yg tidak berkenaan)
KERTAS KERJA
Multimedia Super Corridor (MSC)

1.0

PENGENALAN

Saya dikendaki membuat satu kajian mengenai perkembangan negara ke arah mencapai
matlamat Wawasan 2020 serta sedikit mengenai peristiwa Tanah Air pada masa lampau.
Malaysia seperti yang kita rakyatnya sedia maklum sebelum ini merupakan satu negara yang
hanya mempunyai industri pertanian. Malaysia sebagai satu negara pertanian didapati
mengakibatkan kurangnya pembangunan di dalam negara.
Alvin Toffler, seorang pakar dalam bidang futuristik telah menyatakan dalam bukunya bernama
Power Shift bahawa zaman pertanian serta zaman perindustrian yang telah berlanjutan selama
beberapa kurun lalu akan tamat dan digantikan dengan zaman maklumat menjelang alaf baru.
Menyedari hakikat ini, banyak negara kini mengalihkan perhatian mereka ke bidang teknologi
maklumat dengan mengambil peluang untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai
enjin pertumbuhan eknonomi negara. Sebagai contoh, Singapura telah menetapkan matlamat
IT2000 dengan menjadikan Singapura sebagai sebuah Pulau Bistari atau "Intelligent Island"
menjelang tahun 2000.
Dalam hal ini, Malaysia turut tidak ketinggalan, Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Coridor atau ringkasannya MSC) telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa
merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1hb Ogos 1996. Pengumuman ini secara tidak
langsung menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah dunia multimedia dan pada masa
yang sama menyediakan diri dalam menghadapi zaman maklumat ini.

2.0

RASIONAL KAJIAN

Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bermula pada tahun 1996 adalah bertujuan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Perkembangan
MSC telah mengubah negara menjadi hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
dinamik dan menjadi teras utama kepada syarikat multinasional seperti syarikat asing dan
syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk multimedia dan komunikasi serta penyelidikan
(P&P) yang berkaitan dengan ICT.
Sekiranya Projek MSC ini berjaya, maka dipercayai MSC akan muncul sebagai sebuah
kawasan pembangunan perdana yang termoden dan termaju serta serba lengkap dengan pusat
pentadbiran, pendidikan, pembangunan, taman kediaman yang ceria, kawasan rekreasi dan
hiburan yang kesemuanya akan menjadi kebanggaan Malaysia.
Jika dilihat dari asasnya projek MSC menunjukkkan kejayaan apabila sejumlah 1,208 syarikat
telah diberi status MSC, penjanaan 19000 pekerjaan berasaskan pengetahuan, penjualan
produk berasaskan ICT sebanyak RM 68 juta dan sejumlah RM 522 juta telah dibelanjakan
untuk P&P. Disamping itu, MSC juga telah memainkan peranannya dalam usaha memupuk
penginovasian dan perkembangan syarikat yang berasaskan ICT di mana pada hari ini apa
yang boleh dilihat lebih 70 peratus daripada syarikat sekuriti MASDAQ berstatus MSC.
Konsep pembangunan MSC berjaya menambat perhatian hampir 900 buah organisasi
berteraskan multinasional, syarikat asing serta firma tempatan untuk membuat pelaburan di
kawasan MSC yang telah dispesifikan. Kebanyakkan syarikat tersebut adalah syarikat
berteraskan multimedia, telekomunikasi, perkhidmatan serta penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Sementelahan itu, MSC merupakan peneraju utama kepada 48 syarikat yang
menjalankan proses operasi perkongsian, perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) yang
bertaraf dunia. Proses MSC telah memberi kesan dalam mewujudkan hampir 11, 200 peluang
pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Selepas hampir 17 tahun, pelaksanaan projek MSC masih belum lagi mencapai tahap yang
boleh kita banggakan. Terdapat tiga fasa pelaksanaan MSC iaitu;
2

Fasa 1: (1996-2003) MSC telah berjaya diwujudkan.


Fasa 2: (2004-2010) Sekurang-kurangnya empat daripada lima pintar bandar akan
dihubungkan dengan bandar-bandar global yang lain di seluruh dunia.
Fasa 3: (2011-2020) Malaysia akan berubah menjadi satu Koridor Raya Multimedia. Cybercourt
Keadilan Antarabangsa akan ditubuhkan di MSC dan 12 bandaraya bistari akan dikaitkan
dengan MSC.

Fasa pertama telah dilaksanakan dengan wujudnya Cyberjaya, Universiti Multimedia Malaysia
dan beberapa pelaksanaan MSC itu sendiri berdasarkan tujuh inisiatif kerajaan. Malaysia masih
belum mencapai Fasa 2 walaupun tempohnya telah melangkaui tempoh yang ditetapkan,
setakat ini ada tiga sahaja yang dihubungkan iaitu Cyberjaya, Bayan Lepas dan Kulim Hitech
Park (Bunnell, 2002). Pelaksanaan 12 bandaraya bestari belum lagi dilaksanakan sepenuhnya
oleh kerajaan sedangkan tempoh masa yang berbaki hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi
sebelum ia ditakrifkan telah mencapai matlamat pada tahun 2020.
Antara alasan lain kenapa pelaksanaan MSC belum mencapai sasaran yang ditetapkan ialah
berkenaan inisiatif kerajaan yang belum dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan Elektronik yang
digariskan dalam tujuh inisiatif kerajaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya dan masih ada
lagi jabatan kerajaan yang menggunakan sistem manual seperti alat perakam waktu,
pelaksanaan paperless yang tidak mencapai apa yang diharapkan. Kad Pelbagai Guna yang
sepatutnya dijadikan bahan utama belum lagi dilaksanakan walaupun Kad Pengenalan yang
hendak digunapakai telah dimasukkan aplikasi MEPS (Malaysia Electronic Payment Systems)
tetapi penggunaan nya masih lagi sebagai pengenalan diri dan belum mencapai had Kad
Pelbagai Guna walaupun beberapa maklumat boleh dimasukkan seperti Lesen Memandu, Kad
Nikah dan Pembayaran tetapi pelaksanaannya tidak mencapai apa yang dihasratkan untuk
dilaksanakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekolah Bestari, setakat ini 88 buah sekolah
berkenaan tidak dapat melaksanakan aplikasi kerana kekangan tertentu sehinggakan kerajaan
menubuhkan bestarinet sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan di 88 buah sekolah
berkenaan. Telekesihatan, tidak lagi dapat menghubungkan antara hospital kerajaan, hospital
swasta dan klinik persendirian, klinik kerajaan dan poliklinik bagi memudahkan capaian
3

maklumat pesakit. Kelompok R & D, E-Perniagaan dan Pusat Pembangunan Usahawan masih
ditahap rendah, system kepercayaan masyarakat terhadap pelaksanaan E-Perniagaan
terutamanya penggunaan kad kredit masih lagi ditahap rendah kerana kerisauan tertipu dengan
sistem yang ada dan atas talian.
MSC masih lagi berada dalam landasan yang betul tetapi ia perlulah pantas dalam mengejar
fasa yang akan datang. Fasa ke tiga adalah fasa yang kritikal untuk dicapai dan pada masa ini
boleh dikatakan Malaysia telahpun sepatutnya mencapai status sebagai Negara maju. Oleh
kerana itu, MSC haruslah melonjak secara pantas agar apa juga yang ingin dicapai adalah
seiringan dengan perkembangan negara.

3.0

JAWATANKUASA PENGELOLA

(Rujuk Lampiran 1)

4.0

LOKASI

Koridor Raya Multimedia merangkumi kawasan seluas 750 km persegi yang melebar ke selatan
Kuala Lumpur, bermula dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (PBKL) di utara hinggalah ke
Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAB) di selatan. Ia disempadani oleh Lebuh
Raya Utara-Selatan di sebelah timur dan Lebuh Raya Persisiran Pantai di sebelah barat.
Di antara PBKL dan LTAB, terdiri dua identiti mega di tengah-tengahnya, iaitu pusat pentadbiran
baru kerajaan, Putrajaya dan Bandar Raya Teknologi Maklumat (IT City). Antara kewujudan
bangunan mega itu, terbangun pula industri multimedia dan syarikat utama yang menerajui
perkembangan infrastruktur dan teknologi maklumat. Selain itu, keseluruhan MSC juga akan
dilengkapi dengan rangkaian optik gentian digital, 2.5 hingga 10 gigabit yang akan
menghubungkannya secara langsung dan interaktif dengan negara Asean, Jepun, Amerika
Syarikat, Eropah dan negara membangun yang lain.

5.0

TARIKH DAN MASA

TIADA

6.0

TENTATIF PROGRAM

(Rujuk Lampiran 2)

7.0

KUMPULAN SASARAN

Orang ramai dan pelajar MSU.

8.0

PENUTUP

Kesimpulannya, kewujudan kawasan MSC dan kemasukan syarikat yang diberikan status MSC
ini menyediakan peluang kepada rakyat tempatan disemua peringkat dan bidang. Oleh itu,
kerajaan seharusnya perlu mempromosikan MSC Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi
menarik minat lebih banyak lagi syarikat-syarikat lain untuk turut serta melabur di dalam MSC
Malaysia.

Disediakan oleh:

_____________________

LAMPIRAN 1

MOHAMMAD SAHAL BIN HAJI IDRIS

012015030308

LAMPIRAN 2

Tentatif program
25 November 2016

Menyediakan kertas kerja dan tugasan yang diberi oleh pensyarah

RUJUKAN
8

Wong Hon Wai. Peluang dan Cabaran : Analisis terhadap Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia. Retrieved from
http://web.archive.org/web/19990117014642/www.geocities.com/CapitolHill/6954/Msc.htm#bab
1
Zaid Ahmad, et al. (2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai