Anda di halaman 1dari 2

Nama : Mohd Rusydi Bin Ahmad (P84297)

Subjek: (SKAA 2033) Teori Antropologi Dan Sosiologi


N. Matrik: P84297
Soalan : Perbezaan antara Teori dan Konsep.

Secara umumnya, teori ialah penerangan yang saintifik mengenai sesuatu fenomena. Merujuk
buku Konsep, Teori, Dimensi & Isu Pembangunan oleh Ahmad Shukri Mohd. Nain &
Rosnan Md. Yusoff (2003) menyatakan bahawa teori adalah satu set idea yang membantu
untuk menjelaskan mengapa sesuatu berlaku atau berlaku dengan cara yang tertentu, dan
untuk meramalkan kemungkinan keputusan pada masa hadapan. Manakala definisi konsep
merujuk kepada berkaitan dengan bagaimana data ini dihuraikan dan ditafsirkan, termasuk
bagaimana fenomena tertentu dikategorikan.
Merujuk kepada takrifan teori dalam bidang antropologi & sosiologi, ia merujuk
kepada gagasan idea untuk menjelaskan secara saintifik tingkah laku manusia dan kelompok
manusia serta interaksi sosial antara mereka dan juga cara hidup berbudaya. Di samping itu,
teori juga membantu dalam membina sesuatu ramalan sehingga pembuktian itu dibuktikan
benar serta boleh dikelaskan sebagai teori yang bersifat kepada rasional.
Manakala konsep pula dilihat dalam bidang antropologi & sosiologi merujuk kepada
idea idea bagi menjelaskan tingkah laku manusia & kelompok manusia dan interaksi sosial
antara mereka serta juga melihat dari sudut cara hidup berbudaya.

Namun demikian, teori dan konsep adalah saling berkait rapat dalam hubungan
diantara satu sama lain serta bagi setiap teori itu adalah sukar jika tanpa sokongan daripada
pemerhatian semasa. Teori juga merupakan cara bagi mengaitkan beberapa konsep.
Misalnya, teori revolusi akan mengaitkan beberapa konsep seperti kelas sosial dan konflik
antara kelompok. Contohnya, sekiranya beberapa orang individu dari kelas sosial yang
tertindas memperolehi kekayaan, kuasa dan prestij, dan sekiranya mereka tersebut merasakan
golongan mereka akan dapat memperbaiki kedudukan mereka pada masa akan datang, dan
sekiranya harapan ini tidak tercapai, maka tercetuslah konflik antara kelompok yang
mungkin akan membawa kepada revolusi besar. Oleh itu, teori adalah sistem abstrak
daripada sebuah konsep dengan indikasi hubungan diantara konsep-konsep tersebut yang
dapat membantu kita memahami sebuah fenomena.
Oleh itu, dirusmuskan bahawa konsep dan teori mempunyai nilai konteks yang
berbeza namum begitu mempunyai hubungan yang saling berkait rapat sebagai satu
pelengkap dalam membentuk sesebuah struktur yang menjelaskan sesuatu fenomena sosial
yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai