Anda di halaman 1dari 2

Perniagaan saya ini berasaskan konsep minuman Big Cup, di mana terdiri daripada

variasi perisa. Keunikan minuman kategori ini adalah pada harganya yang murah,
kuantiti yang banyak dan penyelarasan tahap rasa yang setanding dengan
franchise minuman kopi terkenal serata dunia Starbucks. Bisnes ini dimulakan pada
20 Mac 2016, setelah melakukan pendaftaran untuk memastikan segala urusan
pensijilan dan lesen untuk penjagaan kualiti terkawal. No. pendaftaran ssm adalah
002524392-H.Idea ini diinspirasikan sepanjang pengalaman saya bekerja sendiri
sebagai barista Starbucks Cheras di mana saya sangat tertarik dengan keefisienan
sistem Starbucks dalam mendominasi kafe kopi minuman di seluruh dunia. Perkara
ini seterusnya membuahkan idea untuk saya mengasaskan Coffee Shop saya
sendiri yang sesuai dengan peredaran zaman (waqi'iyyah), bersih, berkualiti, murah
dan mudah didapati oleh masyarakat. Modal pada permulaan bisnes adalah
RM4000.00, di mana ini adalah 100% hasil simpanan saya sendiri semasa saya
bekerja dengan MRA International Holding, sebuah syarikat minyak antarabangsa.
SOP perniagaan adalah, saya mendapatkan sebuah tapak untuk membuat air dan
mengadakan servis penghantaran ke bilik secara percuma. Krew terdiri daripada 2
orang barista, 2 orang krew penghantar, dan seorang bertanggungjawab dalam
menyusun order yang diterima samada melalui whatsapp, call ataupun direct
comment di Instagram. Apa yang menjadi tarikan adalah servis penghantaran
percuma, 'pick-up' lines pada cup dan khidmat 'tuju gelas' di mana pembeli boleh
membeli untuk orang lain dan krew kami akan menghias cup dengan mesej yang
ingin disampaikan kepada individu yang ingin dituju. Kami turut menyertai acaraacara luaran dan dalaman serta mendapat sokongan yang tinggi daripada staf-staf
dan pensyarah unikl serta pelajar.
Cadangan projek terdiri daripada 4 fasa. Fasa pertama adalah pengukuhan Pesawat
Coffee enterprise di UniKL MIAT. Fasa ini telah selesai. Fasa kedua adalah
pengembangan bisnes ke seluruh 12 cawangan UniKL. Impak yang pertama adalah
peluang untuk menjadi seorang usahawan dengan risiko yang rendah.Setiap
kampus UniKL terletak di kawasan luar bandar. Ini sekaligus memberikan peluang
untuk merekrut penduduk luar setempat untuk menjalankan bisnes ini. Kelebihan
yang kedua adalah tumpuan sasaran. Para pelajar merupakan sasaran utama untuk
memastikan aliran wang berjalan lancar. Fasa ke 3 terdiri daripada kajian dan
pertumbuhan (R&D) untuk mengasaskan dua perkara iaitu penanaman
menggunakan serbuk kopi menggantikan tanah dan penciptaan bom pemadam api.
Kelebihan tanaman berasaskan serbuk kopi ini adalah dapat menggalakkan
penanaman sayuran di rumah sendiri seperti cili padi, jagung dan cendawan. Yang
kedua adalah penciptaan bom pemadam api. Kelebihan bom ini adalah mudah
digunakan setiap peringkat umur, mudah dilupuskan secara semula jadi dan tidak
merbahaya. Impak melalui dua aktiviti ini adalah daripada sudut peluang pekerjaan
dalam sektor pembuatan dan servis. Selain itu akan wujud juga jaringan jaringan
khas bisnes dengan syarikat lain. Fasa ke 4 terdiri daripada pemasaran sehingga ke
luar negara. Fasa ini memainkan impak terbesar kepada penduduk luar bandar
melalui penglibatan mereka pada tahap antarabangsa. Usaha murni kami adalah

untuk memastikan orang luar bandar tidak hanya terlekat di sektor perkilangan dan
buruh. Sekiranya fasa ini mampu dikecapi, kami akan menyumbang balik kepada
masyarakat dengan cara pemberian biasiswa pelajaran kepada masyarakat yang
memerlukan, khususnya kepada mereka yang telah menyumbang kepada
pertumbuhan syarikat dan segala isinya.

Anda mungkin juga menyukai