Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK PENANDAAN KERTAS SENI HALUS

DAN KRSV SPM BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


1.0 PENGENALAN
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, mengikut prosedur yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS perlu dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran
dan pembelanjaran.PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran
sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. PBS
dilaksanakan berdasarkan Dokumen Standard Prestasi (DSP).DSP digunakan sebagai panduan
untuk guru menambah baik pentaksiran sekolah.
DSP mengandungi:
Band

Terdiri daripada band 1-6 yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras
tertentu.

Deskriptor

Pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh


murid.

Evidens

Pernyataan yang menerangkan cara murid melaksanakan sesuatu tugasan


berdasarkan deskriptor.

Instruments

Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan murid.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru PSV
bukan opsyen khususnya tentang teknik penandaan PBS bagi subjek Pendidikan Seni
Visual.
3.0 OBJEKTIF
3.1

Mengetahui teknik penandaan PBS bagi subjek Pendidikan Seni Visual.

3.2 Dapat mengusai teknik penandaan dan teknik menjawab kertas soalan subjek
Pendidikan Seni Visual.
.

3.3 Hasil kerja murid yang terlibat dalam PBS boleh dipamerkan di kawasan
sekolah terutamanya dalam bilik darjah.
3.4 Menggalakkan minat dan mengasah bakat pelajar menengah rendah untuk
menguasai teknik melukis dan mendaftar subjek Pendidikan Seni Visual untuk
SPM sewaktu tingkatan 5.
3.5 Memberi pendedahan positif kepada pelajar RK dan memenuhi
keperluan penilaian Band PBS mereka serta menarik minat mereka untuk daftar
subjek PSV dalam SPM dan seterusnya mengecilkan GPS Sekolah.
4.0 PERLAKSANAAN
Tarikh : 16 Februari 2016
Masa : 3.00 petang hingga 5 petang
Tempat : Kelas 4 Cemerlang
Kumpulan Sasaran: Guru PSV Menengah Rendah

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


- Sendiri
7.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga bengkel penandaan ini dapat meningkatkan motivasi diri para murid disamping
meningkatkan lagi pencapaian sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
..............................
(Norizan Binti Zuaini)
KP PSV
SMKSJ

Disemak oleh,
..............................
(Saudah bt. Basir)
KB Kemanusiaan
SMKSJ

Disahkan oleh,
............................
(Maizun bt Jaafar)
Pengetua Cemerlang
SMKSJ

Anda mungkin juga menyukai