Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROJEK INDIVIDU


(PROJEK GURU KELAS)

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)


PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


KAVITHA PALAN
DENGAN KERJASAMA SK RAHANG, SEREMBAN
1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan lapangan yang bertujuan untuk


mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar
tugas guru permulaan. Bagi memenuhi peranan dan matlamat program kejurulatihan
ini, guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang
berkaitan dengan amalan profesion perguruan di sekolah.

Lantaran itu, tugas menjadi guru kelas di sekolah Rahang dicadangkan bagi
memenuhi objektif tersebut. Seorang guru yang komprehensif perlu mempunyai
keterampilan diri yang mantap. Komunikasi dan interaksi di hadapan khalayak
terutamanya masyarakat setempat merupakan sesuatu peranan yang amat penting
bagi menampilkan ciri-ciri guru yang profesional.

Guru kelas adalah seorang pendidik sekaligus sebagai pengganti orang tua di
sekolah. Guru kelas mempunyai peranan, tanggungjawab dan hak dalam proses
belajar mengajar pada seluruh mata pelajaran dalam kelas tertentu.

Jadi, tugas menjadi seorang guru kelas ini dicadangkan sebagai landasan
pertama guru pelatih dalam memantapkan aspek komunikasi dan interaksi terhadap
klien warga pendidik, iaitu murid-murid di sekolah. Tambahan pula, tugas seharian
guru kelas terlalu banyak. Di sinilah keterampilan peribadi, kemampuan guru
berbahasa, dan kecekapan guru, bertanggungjawab dalam mengawal tindak-tanduk
murid diperlihatkan.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar tugas individu kepada guru pelatih
ini dapat memberikan pengalaman dan penyesuaian diri dalam mengamalkan
peranan guru di sekolah kelak. Aspek komunikasi dan interaksi serta tanggungjawab
sebagai seorang guru kelas yang berkesan dan bermakna oleh seseorang pendidik
mampu membentuk keperibadian sebuah generasi berilmu yang berpekerti mulia.
2.0 MATLAMAT

Memupuk keyakinan dan membentuk keterampilan peribadi guru yang komprehensif


dan mantap. Hal ini memberi kesedaran kepada guru pelatih bahawa tugas seorang
guru kelas bersifat menyeluruh sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada guru pelatih menimba pengalaman dalam menjadi


seorang guru kelas.
ii. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.
iii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
iv. Mengetahui cara mengurus bilik darjah dengan baik.

v. Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan tidak bermasalah dari segi


disiplin, kesihatan dan latar belakang.

vi. Memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan teraputik.

vii. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara pelajar dengan
pelajar serta pelajar dengan guru.

viii. Memastikan kecemerlangan akademik para pelajar tidak terabai.

4.0 TARIKH

06 FEBRUARI 2017 3 MAC 2017

5.0 TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAHANG

6.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENASIHAT

PUAN RAHIMAH BINTI IBRAHIM


(Guru Besar SK Rahang)

Mentor
Puan Dhanaletchumy A/P R.Naidu

Pengerusi
Kavitha A/P Palan

AJK
Santhiya Periasamy
Siti Nur Ain binti Hashim
Nik Shaniamizah binti Nik Shafie

7.0 ANGGARAN PERBELANJAWAN


Anggaran belanjawan projek ini adalah seperti berikut:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. BAHAN FOTOSTAT/ BANNER RM50 X 1 RM 50

2. KERTAS WARNA 200 X 0.5 RM 1O

3. BAHAN HIASAN RM100

JUMLAH RM160.00

8.0 PELAN TINDAKAN


Yang berikut merupakan pelan tindakan dalam projek individu :

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


Guru besar
Perbincangan dan agihan Mentor
1 6/2/2017
tugas individu Guru pelatih

Merujuki guru kelas dan


Guru kelas
2 7/2/2017 berbincang mengenai kelas Guru pelatih
Kelas 3B
Mengambil gambar
3 8/2/2017
kedudukan kelas

Kelas 3B
4 12/2/2017 Mulakan projek

Mengambil gambar
5 24/2/2017 kedudukan kelas Kelas 3B

9.0 PENUTUP

Setiap warga pendidik perlulah sentiasa bersedia dan melengkapkan diri


dengan pelbagai kemahiran interpersonal yang melambangkan profesional seorang
guru. Justeru, projek individu seperti yang dinyatakan amatlah bertepatan dengan
matlamat kertas kerja ini di cadangkan.

Bagi pihak guru pelatih, projek individu sebagai guru kelas ini dapat dijadikan
satu pengalaman baru yang berguna untuk bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru
sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada
konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.
Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah
diharapkan bagi melancarkan pelaksanaan tugasan inidividu ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... ..........................................
( KAVITHA A/P PALAN ) (PUAN DHANALETCHUMY)

Pengerusi Projek Guru Kelas, Mentor Projek Internship,

Guru Pelatih PISMP, Guru SK Rahang,Seremban.


IPG Kampus Raja Melewar,Seremban Negeri Sembilan

ULASAN :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan


program dalam kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

..........................................................
(PUAN RAHIMAH BINTI IBRAHIM)
Guru Besar,
SK Rahang, Seremban.
TARIKH: ........................................

Anda mungkin juga menyukai