Anda di halaman 1dari 3

INKUIRI BERSTRUKTUR

Tajuk : Kesan Asap Rokok Terhadap Peparu

Cadangan jawapan:

Pemerhatian Permulaan eksperimen Akhir eksperimen


Suhu/oC 29 33
Warna kapas Putih Kuning Keperangan
Warna penunjuk universal Hijau Kuning

1. Pada awal eksperimen suhu awal udara dalam tiub U adalah 29 oC, warna kapas
putih dan warna penunjuk universal adalah hijau.
2. Pada akhir eksperimen suhu udara dalam tiub U adalah 33 oC, warna kapas
bertukar menjadi kuning keperangan dan warna penunjuk universal bertukar
kuning.
3. Peningkatan suhu udara dalam tiub U adalah disebabkan oleh kesan haba
daripada pembakaran rokok.
4. Perubahan warna kapas adalah disebabkan oleh pengenapan zarah-zarah tar
daripada asap rokok.
5. Penunjuk universal berubah warna dari hijau ke warna kuning kerana asap rokok
mengandungi nitrogen dioksida yang berasid.

A) Berdasarkan pemerhatian-pemerhatian yang diperolehi, huraikan analogi yang


dapat ditunjukkan daripada kesan asap rokok terhadap kapas putih?
Kapas putih menjadi kuning keperangan disebabkan asap rokok. Hal ini
menunjukkan bahawa tisu peparu menjadi hitam akibat mendapan zarah-zarah kecil
dan tar daripada asap rokok.

B) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang


permasalahan berikut :
Dilaporkan kira-kira 10 000 penduduk negara ini mati setiap tahun disebabkan
penyakit berkaitan rokok seperti kanser peparu, angin ahmar dan kardiovaskular.
Selain itu, Negara kehilangan RM 2 Bilion setiap tahun akibat aktiviti penyeludupan
rokok. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, nyatakan kesan-
kesan jangka panjang terhadap kesihatan perokok dan cadangkan kaedah-kaedah
untuk menangani masalah merokok dalam kalangan penduduk Malaysia.

Jawapan:
Kesan-kesan jangka panjang terhadap kesihatan perokok.
a) Kanser peparu
b) Penyakit bronchitis
c) Kanser mulut
d) Asma
e) Batuk teruk
Antara kaedah yang dicadangkan untuk menangani masalah merokok di kalangan
penduduk Malaysia adalah:
a) Menaikkan harga rokok
b) Menangkap penyeludup rokok dan pembeli rokok seludup
c) Mengetatkan undang-undang terhadap perokok di bawah umur
d) Mengadakan kempen kesedaran bahaya merokok
e) Mengenakan denda kepada individu yang merokok di tempat awam

Anda mungkin juga menyukai