Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dihormati, guru pengacara majlis, guru guru, sidang hadirin dan rakan rakan
sekalian.

Salam sejahtera pembuka bicara,

Izinkan saya memulakan cerita,

Kucing kesayangan rasulullah demikian tajuknya,

Untuk tauladan kita semua.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya


__________________________________ murid dari kelas 2 Permata, merupakan wakil dari aliran
Tahun 2 akan menyampaikan satu cerita kisah tauladan Nabi Muhammad Rasul kesayangan
kita semua.

Kisah para nabi dalam menyebarkan agama Allah memang selalu menarik. Banyak hikmah
yang boleh kita ambil dari setiap kisahnya. Termasuk cerita pendek mengenai Baginda Nabi
Muhammad SAW dan kucing kesayangannya.

Diceritakan bahwa Nabi Muhammad SAW ada memelihara seekor kucing yang diberi nama
Mueeza. Suatu ketika saat Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya, baginda
mendapati Mueeza sedang tidur terlelap dan santai di atasnya. Tak ingin mengganggu
kucing kesayangannya tidur, baginda pun rela memotong bahagian kain yang ditiduri oleh
kucingnya. Ketika baginda pulang kembali kerumah, didapati Mueeza telah bangun dari tidur
dan menunduk pada baginda, lalu Rasullulah pun membelai manja Mueeza dengan penuh
kasih sayang.

Pada situasi yang lain, apabila Baginda Rasul ada kedatangan tetamu, baginda selalu
menggendong Mueeza dan diletak di pahanya.

Sifat Mueeza yang paling disukai rasullulah adalah ia selalu mengiaw ketika mendengar
azan berkumandang, seolah - olah mengikuti suara azan yang sedang dilaungkan.

Kepada para sahabatnya Rasullulah selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan
seperti anggota keluarga sendiri, dan baginda juga ada mengingatkan hukuman bagi setiap
orang yang menyakiti haiwan. Dalam sebuah hadis dikisahkan ada seorang perempuan yang
tidak pernah memberi makan haiwan peliharaannya dan tidak pula melepasnya untuk
mencari makanan sendiri, Baginda pun menjelaslan bahawa hukuman untuk perempuan
tersebut adalah siksa api neraka.

Sahabat Rasullulah pun ada yang memelihara kucing salah satunya ialah Abdurrahman bin
Sakhr Al Azdi yang diberi julukan Bapa kucing jantan. Beliau gemar sekali merawat dan
memelihara kucing-kucing jantan di rumahnya. Bahkan Siti Aisyah ra istri rasul pun sangat
menyayangi kucing dan merasa sangat kehilangan saat kucing peliharaannya mati.

Oleh itu rakan rakan, marilah kita sama sama menyayangi haiwan di sekeliling kita
terutamanya kucing kerana kita tahu, kucing adalah binatang peliharaan kesayangan
rasulullah. Janganlah sesekali menganiaya atau menyakiti kucing kerana ia adalah
perbuatan yang dimurkai oleh rasulullah dan juga Allah Taala. Semoga kita mendapat
pengajaran dan hikmah dari cerita yang saya sampaikan.

Sekian dahulu cerita dari saya. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu.

Assalamualikum warhmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai