Anda di halaman 1dari 47

ANJING DAN PERMASALAHAN FIQH SEKITARNYA Masalah Yang Diperbincangkan Antara fenomena yang ketara bagi Muslim yang

tinggal di negara barat ialah ramai penduduk tempatan memelihara anjing. Anjing-anjing di kebanyakan negara barat biasanya terlatih dan amat jinak. Ada undang-undang yang memberikan perlindungan kepada anjing, pembela anjing dan juga orang awam. Dengan sebab itulah ramai yang memelihara anjing, terutamanya bagi yang hidup kesunyian tanpa teman. Apatah lagi budaya orang barat ialah anak-anak jarang tinggal dengan ibu bapa yang telah tua, lalu dipeliharalah anjing sebagai teman hidup. Bahkan ada yang telah mati beberapa hari bersama anjing yang setia dengan tuannya, kemudian baru ditemui oleh orang lain. Ada juga yang mewasiatkan hartanya kepada anjing. Pertubuhan menjaga kebajikan anjing juga tidak kurang banyaknya. Bagi Muslim yang berasal dari Malaysia, kebanyakan kita agak fobia apabila melihat anjing ini. Ini kerana jarang kita berjumpa dengan anjing yang jinak di tanah air. Kebanyakannya adalah anjing liar. Saya pernah hidup berjiran dengan rakan berbangsa India yang membela anjing. Di depan rumahnya, ditampal papan tanda besar Awas Anjing dengan imej anjing yang ganas. Natijahnya, saya jadi takut dengan anjing. Takut dengan anjing itu terbawa-bawa sampailah ke UK. Semasa awal permukiman saya di sini, punyalah seksa kalau berjumpa dengan anjing. Terutamanya di taman, atau di kaki lima di bandar, atau di car boot sale, asal jumpa anjing mesti ada antara orang Melayu yang lari ketakutan. Padahal anjing di sini semuanya jinak-jinak belaka. Kalau ada yang menerkam, itu tandanya anjing itu sedang teruja atau amat excited dengan kita. Anjing di sini suka mengenali kawan tuannya, dan cara anjing mengenali kita ialah dengan menghidu tangan kita. Oleh kerana anjing di sini terlatih, jarang kita dengar kes serangan anjing. Kalau ada pun, ianya membabitkan spesis yang bahaya, terlarang, dan dipelihara tanpa kebenaran. Anjing yang menyerang manusia biasakan akan terus dihukum tidur. Akan tetapi, tahukah anda yang sebenarnya ada juga orang Islam yang memelihara anjing, termasuklah golongan ulamak. Kawan saya yang mengaji pondok di Pattani menyatakan yang tok guru pondoknya memelihara anjing untuk tujuan keselamatan. Saya juga pernah menziarahi rumah rakan karib saya di sebuah kampung tradisional Melayu di

Tumpat, Kelantan. Rumah di situ dibina tinggi, kerana lokasinya di tebing sungai. Kawan saya memaklumkan yang zaman dahulu, ramai yang memelihara anjing di bawah rumah masing-masing untuk tujuan keselamatan. Kebetulan rakan saya ini adalah berketurunan tok guru dan mufti diraja Kelantan, maka beliau menunjukkan beberapa keping gambar lama pegawai istana termasuklah Mufti dan Sultan. Ada antara gambar tersebut menunjukkan seorang berimej tok guru sedang memegang anjing (dengan tali) bergambar bersama kerabat diraja. Saya cuba untuk meringkaskan beberapa persoalan fiqh mengenai anjing seperti berikut: Adakah Anjing Itu Najis Hukum Memelihara Anjing Kesimpulan Pendapat Pertama Pendapat Kedua Ulasan dan Komentar

Hukum Memelihara Anjing Sebahagian ustaz menggunakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud di bawah untuk mengharamkan Muslim memelihara anjing di dalam rumah seperti di bawah: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mempunyai gambar dan anjing. Hadith di atas termasuk di dalam hadith dhoif. Imam al-Bukhari dan Syeikh al-Albani adalah antara sebahagian ulama hadith yang mendhoifkan hadith ini. Akan tetapi, di sana terdapat sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim yang menyentuh mengenai hukum memelihara anjing di rumah, iaitu:

Barangsiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing berjalan (untuk tujuan menjaga ternakan atau keselamatan) dan anjing perburuan, maka berkuranganlah (pahala) amalannya setiap hari sebesar qirat (ukuran yang amat besar). Berdasarkan metodologi fuqaha dalam memahami nas ini, adalah jelas bahawa haram hukumnya bagi Muslim memelihara anjing di dalam rumah melainkan untuk tujuan keselamatan dan juga perburuan. Ini kerana setiap sesuatu yang mengurangkan dosa itu adalah antara petunjuk kepada hukum haram. Dan ada juga hadith sahih riwayat Muslim yang boleh menjadi penguat kepada hadith Abu Daud di atas, iaitu: ) : . : : : : . : ( Daripada Aisyah r.a beliau berkata: Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: Bila masuknya anjing ini? Siti Aisyah menjawab: Saya tidak tahu. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang. Jawab Jibril: anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (patung). Bagaimana pula dengan sebagai pemelihara anjing Muslim yang berhujah antaranya pemuda Ashabul Kahfi memelihara anjing? Di sana ada dua jawapan: 1. Memang benar, antara sumber hukum di dalam Islam ialah syariat umat sebelum

Muhammad (syar man qablana). Akan tetapi, syariat umat terdahulu adalah tertakluk kepada syariat baru setiap kali diutuskan nabi baru dan wahyu baru. Hadith sahih di atas secara jelas mengharamkan Muslim memelihara anjing di dalam rumah.

2.

Pemuda Ashabul Kahfi tersebut memelihara anjing untuk tujuan keselamatan. Selain

itu, tiada petunjuk yang menyatakan kisah itu memberi sesuatu nilai dari aspek fiqh mengenai kenajisan anjing. Mengulas isu ini, Syeikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan Pengajian Islam di Islamic Institute of Toronto, Canada berkata bahawa adalah haram untuk memelihara anjing di rumah, melainkan untuk tujuan berikut: 1. Perburuan. Ini dijelaskan di dalam surah al-Maidah ayat 4 dan juga dalam beberapa potong hadith yang lain, dan perkara ini juga termasuk di dalam amr taabbudiy (sila rujuk penjelasannya di bawah). 2. Untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya memerlukan. 3. Untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti polis dan kastam. 4. Untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah. 5. Untuk membantu penternakan haiwan.

Adakah Anjing Itu Najis? Untuk menjawab persoalan ini, satu-satunya hujjah yang paling kuat digunakan sebagai rujukan ialah sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: (Cara) menyucikan bekas kamu sekiranya dijilat anjing ialah dengan membasuhkan sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah, atau dimulakan dengan tanah, atau basuhan kelapan dengan tanah. Hadith ini sebenarnya memberikan maksud yang anjing itu adalah najis. Ini kerana perkatan tuhur di awal hadith berkenaan iaitu yang bermaksud cara menyucikan menunjukkan sifatnya yang bernajis, kerana penyucian itu hanyalah diperlukan untuk zat yang bernajis sahaja. Najisnya dianggap sebagai berat (mughalazah) kerana cara penyuciannya yang membabitkan proses samak.

Pun demikian, masih wujud khilaf ulamak dalam kenajisan anjing. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah meringkaskan khilaf itu seperti berikut: 1. Anjing itu tidak najis keseluruhannya sama ada bulu kulit atau cecair badannya (kecuali najisnya yang dianggap mutawassitah). Ini adalah pendapat mazhab Maliki. Akan tetapi sekiranya anjing itu menjilat sesuatu, maka ianya perlu disamak. Syeikh Yusuf al-Qaradawi cenderung kepada pendapat ini. 2. Anjing itu najis termasuklah bulu dan cecair badannya (seperti peluh dan air liur). Ini adalah pendapat mazhab Shafie, dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal. 3. Anjing itu najis pada cecair badannya sahaja, bukan pada bulu kulit badannya ketika kering. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat kedua di dalam mazhab Hanbali. Imam Ibn Taimiyyah lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga. Pendapat ini selari dengan keharusan membela anjing di dalam rumah untuk tujuan di atas. Sekiranya ia najis keseluruhan, bagaimana mungkin ianya dibenarkan untuk dipelihara dalam keadaan tertentu? Justeru, najis anjing menurut Ibn Taimiyyah ialah pada cecair badannya sahaja. Dengan penuh penghormatan, saya secara peribadi tidak dapat menerima pendapat Imam Malik kerana zahir nas hadith di atas, dan juga kerana metodologi ulamak fiqh dan ulamak usul di dalam memahaminya. Imam Malik dilihat menggunakan metodologi yang agak mudah, memahami dan mengeluarkan hukum secara zahir daripada hadith di atas. Bagi orang awam, memahami hadith tidak boleh dilakukan tanpa kepakaran ilmu alat seperti ilmu bahasa arab, ilmu hadith dan seumpamanya, justeru urusan seumpama ini perlu diserahkan kepada mujtahid. Perbezaan pandangan ulamak mazhab adalah disebabkan perbezaan metodologi yang mereka gunakan di dalam mengeluarkan hukum daripada nas. Justeru sekiranya anda tiada ilmu alat, janganlah sampai tahap mencerca ulamak mazhab lain seperti yang saya dapati wujud dalam beberapa komuniti yang bersungguh-sungguh ingin membela anjing. Ada antaranya yang menyatakan pendapat Ustaz Shafie adalah pendapat yang tidak selari dengan nas, sedangkan mereka tiada ilmu alat yang setanding dengan alImam al-Shafie r.a.

Saya hanya menyatakan khilaf hukum ini secara ringkas sahaja. Perbahasan setiap mazhab dalam menentukan kenajisan anjing sebenarnya adalah agak panjang. Seperkara lagi, saya juga cenderung untuk menyatakan yang kenajisan anjing, dan juga cara mencucinya adalah amr taabbudiy atau perkara ibadah yang perlu kita tunduk kepada arahannya tanpa berfikir alasan logiknya secara melampau. Saya tidak nafikan ada kajian saintifik untuk menyokong kenajisan anjing seperti kandungan kumannya, tabiat kotornya atau tabiat pemakanannya, akan tetapi kandungan kuman juga mungkin terdapat dalam haiwan peliharaan yang halal dijaga kita di dalam rumah. Dan ada juga anjing terlatih atau yang dibiakkan menjadi bersih secara lahirnya. Justeru, persoalan kenajisan anjing ini tidak wajar terlalu dikaitkan dengan logik akal, akan tetapi anggaplah ianya sebagai amr taabbudiy. Cara Samak Cara samak telah diterangkan secara terang di dalam hadith di atas, iaitu membuang najis itu terlebih dahulu, diikut dengan mencuci anggota yang terkena anjing (tertakluk kepada mazhab pegangan anda) sebanyak 7 kali dengan air mutlaq, salah satunya dicampur dengan tanah. Di Malaysia, ada dijual produk sabun Taharah yang dikatakan memenuhi tuntutan sebahagian air basuhan yang dicampur dengan tanah tersebut. Adakah Ada Alternatif Tanah Seperti Sabun Untuk Samak? Ulamak berselisih pendapat di dalam isu ini, yang saya ringkaskan seperti berikut: 1. Pendapat terkuat di dalam mazhab Shafie menyatakan yang tiada alternatif dibenarkan untuk tanah dalam samak. Ini kerana cara cucian tersebut telah diterangkan secara jelas di dalam nas hadith. 2. Pandangan jumhur di dalam mazhab Hanbali menyatakan yang boleh digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua keadaan. Syeikh Muhammad Shaltut, bekas Syeikhul Azhar cenderung menerima pendapat ini. Ini dikiaskan dengan keharusan menggunakan sebarang bahan kesat termasuklah tisu ketika istinja walaupun nas hadith secara jelas menyatakan batu sahaja. Selain itu, menurut Syeikh Shaltut, tanah itu adalah simbolik kepada bahan penguat kepada air yang mencuci najis tersebut. Itu adalah bahan yang ada semasa zaman nabi. Sabun menurut beliau lebih kuat sifat

mencucinya berbanding tanah, justeru diharuskan untuk menggunakannya sebagai ganti tanah. 3. Ada yang menyatakan boleh sekiranya sukar atau ada halangan untuk mendapatkan tanah. Hukum Membunuh Anjing. Menurut Syeikh Atiyyah Saqar, bekas pengerusi Majlis Fatwa Universiti al-Azhar, berdasarkan beberapa hadith yang sahih merujuk kepada arahan nabi kepada para sahabat membunuh anjing dan membiarkannya pada hadith yang lain, hukum membunuh anjing boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Tidak boleh membunuh anjing yang telah terlatih untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan manusia memeliharanya seperti keselamatan, penternakan, jurupandu dan lain-lain. 2. Adapun anjing yang tiada manfaatnya, sekiranya ianya berbahaya seperti buas mengancam kanak-kanak atau manusia umumnya, atau membawa penyakit dan kekotoran, atau menganggu kejiranan dan lain-lain, maka diharuskan untuk membunuhnya untuk tujuan kawalan. 3. Adapun anjing yang tiada manfaat dan tidak pula membawa mudarat, maka ulamak berselisih pendapat sama ada dibolehkan atau diharamkan membunuhnya. Kesimpulan 1. Adalah amat penting kita mengetahui sekurang-kurangnya secara ringkas hukum

mengenai anjing ini, bagi memudahkan kita merasai nikmat keluasan fiqh di dalam Islam. 2. Ianya juga penting untuk mengubah sikap dan persepsi kita terhadap anjing. Islam

menyuruh kita mempunyai hubungan yang baik terhadap semua makhluk termasuklah haiwan. Fobia dan imej anjing pada masyarakat Melayu sebenarnya tiada kaitan dengan agama, tetapi lebih kerana faktor persekitaran budaya kebanyakan masyarakat kita sahaja. 3. Ini juga penting bagi memulihkan imej umat Islam di mata non-Muslim. Tahun lepas,

timbul isu yang menyatakan Islam sebagai agama yang anti anjing di UK setelah kerajaan memperluaskan lagi penggunaan anjing untuk tujuan sekuriti, dan cadangan ini mendapat bantahan membuta tuli daripada sebahagian komuniti Muslim. Bantahan ini tiada kaitan dengan Islam, tetapi sebaliknya dipengaruhi oleh faktor budaya hidup mereka sahaja.

4.

Walaupun ada perbezaan pandangan ulamak mengenai kadar kenajisan anjing, akan

tetapi jumhur berpandangan yang haram bagi Muslim memeliharanya di dalam rumah. Sekiranya ada keperluan untuk memelihara anjing untuk tujuan-tujuan seperti di atas, maka anjing itu perlu diasingkan daripada kediaman bagi membolehkan malaikat rahmat memasuki rumah kita. Allahu alam bissawab.

ARKIB : 09/03/2012 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 45 Hukum pelihara anjing SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Antara alasan-alasan yang mereka beri: 1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing. 2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing. 3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah. 4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur. 5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing. 6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemudapemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga. 7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid. 8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing. Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing." JAWAPAN

Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing. Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud). Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan. Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu. Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya. Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya. Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya. Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie. Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat). Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie. Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas. Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga. Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya" (Mughni AlMuhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain). Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234) Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940). Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)" Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah 1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya. 2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya. 3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing. 4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat). 5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395) Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221). Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu

dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan. Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing. Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2012&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm#ixzz3HrIQ4 6YI Utusan Melayu (M) Bhd Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah : Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat". Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari? 3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. (Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung) 3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut : Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. 3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi alIslam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot.

Apabila disebut sahaja anjing, maka bermacam-macam persepsi akan timbul. Ada yang jijik melihat anjing, ada pula yang begitu mesra dengan anjing, dan ada pula orang yang apabila marah akan menggunakan perkataan anjing sebagai salah satu kata-kata nista dan keji yang dihamburkan. Bagi masyarakat Melayu Islam pula, anjing merupakan binatang yang paling tidak digemari dan mereka akan sedaya upaya menjauhkan diri daripada binatang tersebut. Lantaran itu boleh dikatakan masyarakat Melayu tidak berani mendekati anjing, apa lagi menyentuhnya. Sebenarnya, anjing sebagai binatang yang dianggap najis, termaktub di dalam hadis yang sahih. Justeru, menurut jumhur fuqahak, anjing membawa najis mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah agar membasuh bekas yang dijilat anjing sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah. Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah . (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad). Mungkin timbul persoalan mengapa Rasulullah menyuruh umatnya menggunakan tanah untuk menyuci bekas yang dijilat anjing? Hikmah yang sebenarnya, hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam air liur anjing ada bakteria yang hanya dapat dimatikan oleh tanah yang dicampur air. Walaupun Rasulullah mengarahkan agar membasuh bekas jilatan anjing sebanyak tujuh kali, namun ini tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi. Ini kerana Islam mengajar kita supaya mempunyai sifat rahmat di antara sesama makhluk, termasuk kepada binatang. Walau apa pun persepsi manusia terhadap anjing, ia merupakan salah satu daripada makhluk yang diciptakan Allah di atas muka bumi ini. Sekiranya seseorang itu melakukan kebaikan pada mana-mana makhluk Allah, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan

ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga? Baginda menjawab: Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala. (Hadis riwayat al-Bukhari). Walaubagaimanapun, Islam telah menetapkan beberapa peraturan berkaitan dengan anjing ini, apatah lagi apabila ia termasuk dalam najis mughallazah. Contohnya ialah masalah memelihara anjing, adakah ia dibenarkan oleh syara' atau tidak? Oleh itu, hendaklah dilihat maksud pemeliharaan itu sama ada untuk menjaga kemaslahatan manusia atau tidak. Jika ya, maka hukumnya boleh, dan apabila tidak, maka hukumnya haram.

Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih) Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda nabi: " Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim). Menurut Abdul Qadir Ahmad 'Ata menerusi bukunya Haza Halal wa Haza Haram, antara sebab malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing ialah anjing merupakan binatang yang banyak makan benda-benda kotor serta mempunyai bau yang kurang

menyenangkan yang tidak disukai oleh para malaikat. Sebahagian ulama lain pula ada yang berpendapat, bahawa hikmah dilarangnya memelihara anjing di rumah ialah apabila anjing itu menyalak, ia akan menakutkan tetamu yang berkunjung ke rumah. Imam al-Qurtubi berkata : "Telah terjadi ikhtilaf di antara para ulama tentang sebab-sebab Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing. Sebahagian ulama mengatakan bahawa anjing itu najis, dan ada pula yang mengatakan bahawa ada anjing yang diserupai oleh syaitan. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing itu ialah malaikat tertentu sahaja seperti Malaikat Jibril dan Malaikat Rahmat. Manakala malaikat-malaikat lain tetap akan masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing. Ini kerana terdapat nas-nas yang menunjukkan malaikat ada di mana-mana bersama anak Adam, khususnya Raqib dan 'Atid yang mencatat segala amalan manusia. Apatah lagi malaikat maut, akan masuk mana-mana rumah untuk mencabut nyawa penghuninya yang sudah sampai waktu ajalnya. Manakala Ibnu Hajar dalam al-Fath al-Bari pula berkata : "Ungkapan malaikat tidak akan memasuki rumah ...." menunjukkan malaikat secara umum (malaikat rahmat, malaikat hafazah, dan malaikat lainnya)". Akan tetapi pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Wadhdhah, Imam Al-Khatabi, dan yang lainnya mengatakan : "Kecuali malaikat hafazah, mereka tetap memasuki rumah setiap orang kerana tugas mereka adalah mendampingi manusia sehingga tidak pernah berpisah sedetik pun dengan manusia. Sedangkan yang dimaksud dengan malaikat (yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing) ialah malaikat rahmat (yang suka memohon keampunan untuk manusia) bukan malaikat hafazhah yang menjaga manusia. (Lihat Sharah Shahih Muslim 14/94). Ringkasnya, Islam melarang memelihara anjing tanpa sebarang keperluan kerana Islam merupakan agama yang mencintai kebersihan. Tambahan itu, larangan tersebut adalah kerana malaikat Rahmat tidak akan masuk kedalam rumah orang yang memelihara anjing di dalamnya. Akan tetapi, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan dan maslahat bagi manusia, seperti untuk berburu, menjaga tanaman, menjaga binatang dan sebagainya adalah dikecualikan daripada larangan ini. Ini kerana terdapat hadis Rasulullah yang mengharuskannya. Sebagai contohnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara anjing, selain anjing pemburu atau penjaga tanaman dan binatang, maka pahalanya akan berkurang setiap hari satu qirat." (Riwayat Jamaah) Berdasarkan hadis tersebut, sebahagian ulama' fekah berpendapat bahawa larangan memelihara anjing itu hanya makruh, bukan haram, sebab kalau sesuatu yang haram, sama sekali tidak boleh dilakukan sama ada pahalanya itu berkurang atau tidak. Justeru, al-Khattabi dan Qadhi Iyad berkata, malaikat hanya tidak memasuki rumah orang yang membela anjing tanpa keperluan, tapi bagi mereka yang memelihara anjing untuk tujuan buruan, malaikat rahmat tetap masuk ke dalam rumah itu. Namun, Imam Nawawi menyanggah pendapat ini dengan menyatakan hadis tersebut bersifat umum, jadi malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah yang memelihara mana-mana anjing sekalipun. Di samping itu, terdapat hadis-hadis lain yang menerangkan tentang keharusan memelihara anjing dengan tujuan untuk pengawalan atau untuk berburu sekiranya dijaga batas-batas pergaulan dengan binatang tersebut. Antaranya ialah: "Daripada Abu Tha'labah al-Khasyni berkata; Aku pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di kawasan berburu, aku berburu dengan anak panahku dan dengan menggunakan anjingku yang terlatih (yang diajar) serta anjingku yang belum terlatih, manakah yang dibolehkan untukku ?" Rasulullah saw menjawab: "apa yang telah engkau buru dengan anak panahmu dan engkau sebut nama Allah sebelumnya, makanlah. Dan yang telah engkau buru dengan anjingmu yang tidak terlatih, lalu kamu sempat menyembelihnya, maka makanlah". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sehubungan dengan itu, dapat dinyatakan bahawa memelihara anjing hanya dibenarkan apabila wujud keperluan untuk menjaga maslahah manusia. Namun begitu, sekiranya tidak didasarkan kepada apa-apa keperluan, maka pemeliharaan anjing adalah haram dan dilarang. Ini berikutan 'najis mughallazah' yang terdapat pada anjing tersebut dan kesan pemeliharaan tersebut menyebabkan malaikat Rahmat tidak memasuki rumah penghuninya. Posted by Ustaz Shauqi Othman at 9:53 AM

Apabila sahaja disebut tentang anjing, pasti ramai yang akan merasa jijik. Apabila sahaja melihat anjing, ramai yang akan cuba menjauhinya. Ini kerana kita sejak awal telah diajar bahawa anjing adalah najis yang berat. Akan tetapi pada masa kini, wujud beberapa suasana di mana kita terpaksa berada berhampiran dengan anjing. Sebagai contoh, terdapat beberapa lapangan terbang antarabangsa yang menggunakan anjing untuk mengesan dadah pada penumpang dan bagasi mereka. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kita kerana kesukaran untuk menyamak mana-mana bahagian yang telah disentuh oleh anjing tersebut. Dalam risalah ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian mengkaji semula, adakah benar anjing adalah najis yang berat? Adakah setiap kali anjing bersentuhan dengan kita, kita perlu menyamaknya? Sebelum dimulakan kajian ini, penulis ingin terlebih dahulu memberi muqaddimah tentang pandangan Islam terhadap haiwan secara umum.

Pandangan Islam Tentang Haiwan. Islam adalah agama yang bukan sahaja menjaga hak-hak manusia tetapi juga hak-hak haiwan. Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda: Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik.[1]

Perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan-haiwan menunjukkan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Subhanahu wa Taala pada Hari Akhirat nanti dengan bagaimana sikap kita terhadap haiwan. Jika kita menjaga mereka dengan baik, memberi hak-hak mereka seperti makanan, minuman dan tempat berteduh, kita akan memperoleh ganjaran daripada Allah. Sebaliknya jika kita menzalimi mereka, maka kita akan memperoleh azab daripada Allah. Dua hadis berikut perlu menjadi sumber iktibar bagi kita: Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan

kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.[2] Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.[3]

Daripada hadis-hadis di atas, jelas bahawa sikap kita terhadap haiwan memiliki kedudukan yang penting di dalam agama sehingga melibatkan antara syurga dan neraka. Oleh itu hendaklah kita sentiasa memerhatikan sikap kita terhadap haiwan. Jangan dihadkan belai kasih kepada haiwan peliharaan sahaja tetapi hendaklah diluaskan kepada haiwan-haiwan yang lain. Sebagai contoh, jika di persekitaran rumah ada kucing yang menjadi pemeliharaan seseorang dan beberapa kucing lain yang berkeliaran, janganlah makanan disediakan untuk kucing yang dipelihara sahaja. Sediakan juga makanan kepada kucing-kucing yang lain. Berdasarkan hadis-hadis di atas juga, kita patut bersikap terbuka untuk menilai semula, sejauh manakah pendapat yang mengatakan anjing adalah najis berat. Pendapat ini memang masyhur akan tetapi kemasyhuran sesuatu hukum tidak menjamin kebenarannya. Justeru marilah kita menilai semula hukum kenajisan anjing.

Hukum kenajisan anjing. Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.[4]

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari hadis no: 172. Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah. Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya.[5]

Berdasarkan hadis ini wujud dua pendapat tentang kenajisan anjing. Pendapat pertama berkata anjing adalah najis keseluruhannya manakala pendapat kedua berkata ianya tidak najis keseluruhannya. Perinciannya adalah seperti berikut:

Pendapat pertama dan dalil-dalilnya: Pendapat pertama menyatakan bahawa seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat Mazhab al-Syafiiy dan Hambali.[6] Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas. Suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya yakni seluruh badannya adalah najis juga. Lebih dari itu air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najis maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjing adalah najis. Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis: Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing. Lalu dikatakan kepada baginda: Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: Sesungguhnya kucing bukan najis.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Hakim. Berdasarkan hadis ini difahami bahawa anjing adalah najis (berbeza dengan kucing yang bukan najis).

Pendapat kedua dan dalil-dalilnya. Pendapat kedua menyatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis.[7] Tokoh-tokoh Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (taabudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Taala: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis. Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis kecuali mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.

Pendapat yang rajih (kuat):

Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang kedua. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Pertama: Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah. Ini kerana asal pengusulan kaedah qiyas adalah bagi mencari hukum terhadap kes baru yang tidak wujud pada zaman turunnya wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Illat atau sebab bagi kes yang baru tersebut dikaitkan secara analogi kepada satu kes yang sudah sedia wujud pada zaman penurunan wahyu. Menggunakan qiyas untuk menghukum keseluruhan anjing sebagai najis dianggap lemah kerana anjing pada asalnya sudah wujud pada zaman turunnya wahyu. Bererti ia bukanlah kes yang baru. Apabila sesuatu kes itu sudah sedia wujud di zaman penurunan wahyu dan tidak ada wahyu yang menerangkan hukumnya, bererti sememangnya Allah tidak bermaksud untuk menurunkan apa-apa hukum ke atasnya. Apabila tiada hukum yang diturunkan maka ia kembali kepada kedudukan yang asal, iaitu halal/harus/bersih. Firman Allah: Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. [al-Baqarah 2:29] Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti. [al-Jatsiyah 45:13] Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? [Luqman 31:20]

Kesimpulannya, anjing adalah haiwan yang sedia wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila tiada ketentuan hukum diturunkan dalam persoalan najis atau tidaknya anjing, bererti hukum anjing kembali kepada yang asal, iaitu ia adalah haiwan yang tidak najis.

Kedua: Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah ( dhaif). Berkata Syaikh Adl Ahmad Abd al-Mawjud dan Syaikh Ali Muhammad Mawudh ketika men takhrij hadis tersebut:[8] Dikeluarkan oleh Ahmad (2/442), al-Hakim (1/183), al-Uqaili dalam al-Dhuafa (3/386) dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (1/151); setiapnya daripada jalan Isa bin al-Musayyab, daripada Abi Zurah, daripada Abi Hurairah. Berkata al-Hakim: Dan Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zurah kecuali bahawasanya beliau benar (shaduq) dan tidak tidak dicela secara pasti. Namun ini kemudiannya diikuti dengan komentar al-Zahabi: Berkata Abu Daud (tentang Isa bin al-Musayyab): Dhaif. Berkata Abu Hatim: Tidaklah dia kuat. Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Yahya bin Main bahawa dia berkata: Isa bin alMusayyab dhaif. Berkata al-Haitsami di dalam al-Majma (4/48): Diriwayatkan oleh Ahmad dan di dalam (sanadnya) terdapat Isa bin al-Musayyab, dinilai terpercaya (thiqah) oleh Abu Hatim dan dhaif oleh selainnya. (Ini tidak benar) kerana Abu Hatim tidak menilai beliau thiqah, beliau hanya berkata tentangnya dalam al-Jarh wa alTadil (6/288): Dianggap shaduq akan tetapi kuat. Demikian takhrij oleh Syaikh Adl Ahmad Abd al-Mawjud dan Syaikh Ali Muhammad Mawudh. Selain itu, al-Daruquthni dan al-Baihaqi menilai Isa bin al-Musayyab sebagai shalih al-Hadis. Akan tetapi dalam ilmu hadis sedia diterangkan bahawa apabila bertembung celaan dan pujian, hendaklah diunggulkan celaan tersebut.

Oleh kerana itu Syaikh Syuaib al-Arnauth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan al-Daruquthni (Muassasah al-Risalah, Beirut 2004), jld 1, ms 103 telah mengkategorikan hadis ini sebagai: Hadis Dhaif. Kesimpulannya, hadis ini dhaif dan tidak boleh dijadikan sumber dalil dalam perkara hukum.

Ketiga: Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab al-Syafiiy berakhir dengan lafaz: Sesungguhnya kucing bukan najis. Lafaz ini sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Lafaz yang terdapat dalam Sunan al-Daruquthni adalah: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke rumah satu kaum daripada kalangan orang-orang Anshar namun baginda enggan masuk rumah mereka. Ini menimbulkan kegelisahan ke atas mereka (tuan rumah) lalu mereka bertanya: Ya Rasulullah, anda datang ke rumah si fulan tetapi anda enggan pergi ke rumah kami. Maka baginda menjawab: Ini kerana rumah kamu ada anjing. Mereka berkata: Akan tetapi pada rumah mereka ada kucing. Rasulullah menjawab: Kucing adalah sejenis binatang buas (yakni tidak tetap penjagaannya, sering merayau-rayau).

Oleh itu al-Hafiz al-Iraqi telah berkata:[9] Seandainya sabit tambahan ini (yakni Sesungguhnya kucing bukan najis.), ia telah menjadi sumber pendalilan yang masyhur. Akan tetapi ianya tidak dikenali asal usulnya di dalam mana-mana kitab hadis yang sedia ada. Padahal hadis ini diriwayatkan dengan tambahannya oleh Imam Ahmad, dalam Musnadnya, al-Daruquthni dalam Sunannya dan alHakim dalam al-Mustadraknya daripada riwayat Isa bin al-Musayyab daripada Abi Zurah daripada Abi Hurairah, kecuali mereka tidak menyebut dalam (kitab-kitab mereka) lafaz: Sesungguhnya kucing bukan najis. Sesunguhnya yang disebut adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Kucing adalah sejenis binatang buas. Dan berkata al-Daruquthni sesudah mengeluarkan hadis tersebut: Isa bin al-Musayyab Shalih al-Hadis. Dan berkata al-Hakim: Hadis ini sahih isnad dan tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari atau Muslim) dan Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zurah, akan tetapi (tak mengapa) kerana dia benar ( shaduq) dan tidak dicela secara pasti. Saya (al-Hafiz al-Iraqi) berkata: Bahkan yang benar dia telah dicela oleh Ibn Main, Abu Daud, al-Nasaiy, Ibn Hibban dan al-Daruquthni sendiri di tempat yang lain. Kesimpulannya, hadis yang dijadikan dalil kenajisan anjing tertolak dari dua sudut: pertama adalah kelemahan sanadnya manakala kedua adalah tambahan lafaz Sesungguhnya kucing bukan najis yang sebenarnya tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis. Berdasarkan tiga sebab di atas, maka yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua, iaitu anjing tidak najis. Hadis yang menyuruh menyucikan bekas yang dijilat oleh anjing tidak semestinya bererti jilatan anjing itu najis, sebagaimana kita manusia juga disuruh berwudhu dan bertayamum suruhan ini tidaklah bererti kita najis. Akan tetapi ia adalah ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya semata-mata. Inilah juga merupakan pendapat Yusuf al-Qaradhawi. Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, beliau merumuskan:[10] Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali. Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al-Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis Abd Allah bin Mughaffal tentang kenajisannya. Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu. Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebut tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah

Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang dijilat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam al-Syaukani. Khususnya jika dikaitkan dengan hadits Abd Allah ibn Umar (yang menerangkan) Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud).

Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hikmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik. Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan

ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakitpenyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan. Sekian al-Qaradhawi.

Di atas merupakan pendapatnya yang terbaru, membatalkan pendapat beliau yang lama dalam kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

Seterusnya terdapat tiga persoalan lanjut yang perlu dijelaskan: Persoalan pertama: Jika anjing tidak najis, haruskah kita mencuci jilatannya jika ia menjilat kita atau perkakas kita? Penjelasan kepada persoalan pertama: Jawapannya ya, berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menyuruh kita mencuci jilatan anjing. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Persoalan kedua: Apabila tersentuh jilatan atau air liur anjing, adakah cara menyucinya wajib dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah atau boleh dicuci dengan apa sahaja yang bersifat menyucikan? Penjelasan kepada persoalan kedua: Di sini para fuqaha berbeza pendapat sama ada boleh menggunakan sabun bagi menggantikan tanah. al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh al-Thaharah, ms 61-63 menerangkan bahawa sebahagian fuqaha Syafiiyyah dan Hanabilah kontemporer membolehkan penggunaan sabun. Bahkan Mazhab Maliki mengatakan penggunaan tanah/debu adalah tidak wajib, ia sunnah sahaja.

Pendapat yang dipertengahan lagi mendekati hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah mencuci jilatan anjing dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah. Akan tetapi jika tidak ditemui tanah atau pada saat itu tidak sesuai untuk menggunakan tanah maka dibolehkan menggunakan sabun atau apa jua yang sifatnya menyucikan. Ini kerana mencuci jilatan anjing ialah duduk dalam bab ketaatan kepada perintah syariat dan ketaatan ini adalah berdasarkan kemampuan setiap individu berdasarkan kesenangan dan kesukaran yang dihadapinya. Jika menghadapi kesukaran untuk mentaatinya maka syariat memberi kelonggaran sekadar mana yang perlu. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu. [al-Taghabun 64:16] Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Apa sahaja yang aku larang kamu daripadanya maka tinggalkanlah ia dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu dengannya maka lakukanlah ia sedaya upaya kamu.[11]

Persoalan ketiga: Bolehkah memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan (pet)? Penjelasan bagi soalan kedua: Jawapan kepada soalan kedua boleh diperolehi dengan merujuk kepada hadis berikut: Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim no: 1574]

Terhadap hadis di atas para fuqaha berbeza pendapat adakah haram atau makruh untuk memelihara anjing atas sebab-sebab selain menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Pendapat yang rajih (kuat) adalah makruh hukumnya, sebagaimana ulas al-Syaukani:[13]

Ini menjadi dalil atas kebolehan memelihara anjing atas sebab-sebab selain daripada apa yang disebut (dalam hadis di atas). Sesungguhnya ia tidak haram kerana sesuatu yang jika penggunaannya adalah haram ia tidak boleh digunakan dalam semua keadaan tak kira sama ada ia mengakibatkan pengurangan pahala atau tidak. Maka ini menunjukkan bahawa penggunaannya (memelihara anjing selain daripada tujuan menjaga tanaman, ternakan dan berburu) adalah makruh dan bukan haram. Kesimpulannya, makruh hukumnya untuk memelihara anjing kecuali jika memiliki sebabsebab yang tertentu demi menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Adapun hikmah hukum makruh ini antara lain adalah kerana memelihara anjing akan menyebabkan malaikat rahmat menjauhi rumah kita, menimbulkan rasa takut kepada tetamu dan salakannya mengganggu ketenteraman jiran.

TOP [1] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah alAhadith al-Shahihah (Maktabah al-Maarif, Riyadh 1995), hadis no: 23. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467 (Kitab hadis-hadis al-Anbiya). [3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3318 (Kitab permulaan penciptaan). [4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air) [5] Ibn Hajar al-Asqalani Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar alFikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370 dan al-Albani Irwa al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar alSabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62. [6] Wahbah al-Zuhaili Fiqh al-Islami wa Adilatuhu (Dar al-Fikr, Damsyik 1994), jld. 1, ms. 305 [7] Wahbah al-Zuhaili Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jld. 1, ms. 305. [8] Sunan al-Daruquthni (Dar al-Marefah, Beirut 2001), jld. 1, ms 171. [9] Thahr al-Tastrib bi Syarh al-Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid (Dar al-Fikr, Beirut), jld. 2, ms 123.

[10] Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama; al-Kautsar, Jakarta 2004), ms. 21-22. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya hadis no: 1337. Rujuk juga Hadis 40 al-Imam al-Nawawi hadis no: 9. [12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya hadis no: 1574 (Kitab alMasaqah, Bab perintah membunuh anjing) [13] Nail al-Authar min Asrar Muntaqa al-Abrar (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 2000), jld. 5, ms. 204.

HUKUM ORANG ISLAM BELA ANJING

MAMA! Boleh tak kakak bela anjing?" pinta Maisara. Mama Amina buat-buat tidak dengar dengan permintaan anak sulungnya. "Kakak boleh peluk dia, main dengannya, kalau malam dia boleh tidur dengan kakak nanti kakak tidak takut lagi," beria-ia Maisara memujuk. "Tak boleh," balas mama Amina. Belum pun sempat mama Amina meneruskan kata-katanya, Maisara lantas membalas, "kenapa tak boleh, tengok kat televisyen tu ramai yang bela anjing?" Maisara tidak pernah jemu memujuk. "Kira orang Islam tak boleh bela anjing sebab is najis," balas Mama Amina ringkas. Maisara termenung seketika sambil membelek-belek pensel warnanya. Kemudian merenung Mama Amina lalu bersuara kembali, "mama, kita orang Islam tak boleh bela anjing sebab kotor tapi hari itu kakak tengok ada perempuan pakai tudung boleh bela anjing di dalam rumah. Kenapa anjing dia tu tak najis ke?" Bertambah pening kepala Mama Amina bagaimana hendak menerangkan kepada kanak-kanak yang baru berusia lima tahun. Maisara hanya tahu daripada apa yang dilihatnya dan sedikit pembacaan namun tidak memahaminya. Selama ini pun dia tidak pernah ambil berat sangat tentang hukum membela anjing di kalangan orang Islam kerana tidak ada kepentingan. Apabila persoalan bolehkah orang Islam memelihara anjing diajukan kepada Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadin, inilah jawapannya. Bagi orang yang mengikut mazhab Maliki, anjing tidak najis. Tapi di Malaysia yang mengikut mazhab Maliki tidak ramai dan kita boleh tengok perbezaan cara ibadat mereka dengan mazhab Syafie. Kalau benarlah orang yang membela anjing itu mengikut mazhab Maliki tidak mengapa tapi kalau mereka membela anjing hanya kerana ikut-ikutan dengan budaya barat tidak boleh. "Menurut mazhab Syafie anjing najis tapi ia masih boleh dipelihara oleh orang Islam atas tujuan tertentu. Hukumnya harus memelihara anjing untuk menjaga keselamatan kalau duduk di kawasan yang terdedah kepada binatang buas, untuk menjaga tanaman dan ternakan.

"Namun keharusan memelihara itu tidak bermaksud anjing boleh dibawa masuk ke dalam rumah. Anjing yang dipelihara untuk tujuan itu mesti diasingkan tempat tinggalnya dari tuan rumah. Jika dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah di kawasan bandar, mestilah di sekeliling rumah mempunyai pagar yang tinggi supaya salakan anjing tidak menakutkan orang yang lalu lalang. "Di dalam Al-Quran juga ada menyebut binatang buruan hasil tangkapan anjing terlatih boleh dimakan. Anjing terlatih untuk menjadi pemburu menangkap, haiwan buruan dengan gigi dan kukunya boleh dimakan oleh orang Islam sebagai mana firman Allah di dalam surah AlMaa'idah ayat 4 bermaksud; Wereka bertanya kepada mu (wahai Muhammad):,apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu makanan yang lazat-lazat serta baik-baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburuan yang telab kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telab diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah ( dengan memelihara dari memakan yang diharamkan Allah) sesunggubnya Allah maka cepat bitungan bisabnya. "

Tentang air liur anjing pula menurut ulama Hanafi, Syafie, Imam Ahmad dan jumhur ulama, hukumnya adalah najis. Ia bersandarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud, apabila anjing menjilat bejana kamu maka cucilah ia tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. " (riwayat Bukhari). Bila dipersoalkan tentang najis air liar anjing, ada pula yang mengatakan semua air liur kotor termasuk air liur manusia. Kenapa mesti air liar anjing saja yang dikatakan najis. Mengulas tentang bantahan yang dikemukakan oleh beberapa orang peminat anjing, Sheikh Abdul Halim menegaskan dengan nada yang sinis. Katanya kalau fikir dengan logik akal, air liar anjing lagi bersih dari air liur manusia. Tambahnya lagi anjing mempunyai tabiat menjelirkan lidah sepanjang masa dengan tujuan

untuk mengeluarkan air liurnya. Berbanding dengan manusia atau haiwan lain yang air liurnya sentiasa tersimpan di dalam mulut, lagi banyak kumannya. "Itulah kalau berfikir secara logik akal air liur anjing lebih bersih kerana tidak tersimpan lama di dalam mulut. Tapi kita orang Islam yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan. Kita juga ada fatwa dari ulama yang berpegang kepada mazhab," jelasnya. Tidak boleh bela sebagai binatang peliharaan - Ahmad Kutty Masih lagi berkisar mengenai persoalan, mengapa orang Islam tidak boleh bela anjing sebagai binatang peliharaan yang boleh dipeluk dan tidur sekatil. Berhubung dengan persoalan ini, ditinjau pula pendapat yang dikemukakan oleh Sheikh Ahmad Kutty, Pensyarah dan ulama di Islamic Institute Of Toronto, Ontario, Kanada. Katanya orang Islam tidak dibenarkan membela anjing sebagai binatang peliharaan kerana ia bukanlah haiwan yang bersih. Sering kali kita lihat anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Bukankah itu menjijikkan, bila mana tuannya pula mencium mulut anjing itu. Bayangkan berapa banyak kuman yang tersembunyi di dalam mulut anjing sudah dipindahkan ke mulut tuan anjing. Malah Nabi s.a.w memerintahkan kita agar menghindari air liar anjing kerana tidak mahu kita terdedah kepada kekotoran itu. Dan diajarkan juga kepada kita bagaimana untuk membasuh jika tersentuh air liur anjing. Bahagian yang terkena hendaklah disamak dengan tujuh bilasan air, yang pertama mestilah dengan tanah. Sheikh Ahmad Kutty juga mengingatkan umat Islam supaya jangan bercita-cita dan berangan-angan untuk membela anjing sebagai binatang peliharaan di dalam rumah.

Kecualilah jika ada keperluan tertentu yang dibolehkan, maka dia boleh berbuat demikian. Namun peraturannya sungguh ketat agar tidak menyentuh air liar anjing dan menyediakan tempat tinggal berasingan. Anjing boleh dibela oleh orang Islam untuk tujuan-tujuan tertentu saja menurut Sheikh Ahmad Kutty. 1. Anjing yang dilatih untuk kerja memburu. Namun harus diingat, Islam hanya membenarkan memburu untuk tujuan makanan saja kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atas sebab sukasuka. 2. Juru pandu, anjing yang digunakan oleh orang buta untuk menjadi juru pandu yang terlatih melakukan khidmat itu.

3. Melaksanakan tugas-tugas polis. 4. Penjaga keselamatan rumah dan harta benda. 5. Sebagai penggembala dan penjaga ternakan seperti kambing dan lembu.

Bela anjing hukumnya harus-Al*Qaradawi. Manakala menurut Dr. Yusuf Al*Qaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelaskannya begin; Memelihara anjing di dalam rumahtanpa ada suatu keperluan, termasuk perkara yang dilarang oleh Nabi s.a.w. Alasannya, dengan membenarkan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pads bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut. Sebahagian ulama berpendapat, hikmah dilarang memelihara anjing di rumah adalah; kalau anjing itu menyalak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang. Pun begitu, Al-Qaradawi menjelaskan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dikecualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilakukan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak. Walaupun kita dilarang memelihara anjing di rumah itu bukan bermakna boleh membunuhnya sewenang-wenang atau melayannya dengan buruk. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda. Andai kata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat umat yang lain nescaya aku perintahkan untuk dibunuh." (riwayat Abu Daud dan Tarmizi).AlQaradawi menyelitkan beberapa kajian moden yang dilakukan beberapa doktor yang membuktikan bahaya memelihara anjing di rumah. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Pakar dari Jerman, Dr. Graard Pentsmar ter*hadap bahaya yang disebabkan cacing pica anjing. Cacing tersebut juga - terdapat pada babi tetapi kadar pertumbuhannya lambat tidak seperti ketika berada di dalam usus anjing. Kalau kepada manusia pula, cacing itu berbentuk seperti

jerawat atau bisul. Struktur fizikal cacing ini amat berbeza dengan cacing pita lain, ia terlalu kecil hingga tidak dapat dilihat.Kata Dr. Graard, pertumbuhan cacing pita anjing sangat aneh kerana sebiji telur boleh mengeluarkan banyak kepala cacing yang boleh menyebabkan bisul. Setiap telur akan mengeluarkan jerawat yang berbeza sifatnya antara satu sama lain. Kemudian kepala kepala cacing yang tumbuh daripada bisul itu akan berubah menjadi cacing pita yang sempurna di dalam usus anjing. Cacing tersebut tidak boleh membiak di dalam badan manusia atau pun haiwan lain tetapi boleh menyebabkan bisul.

Bisul-bisul itu biasanya menyerang hati, limpa, buah pinggang, paru-paru dan otak. Sehingga hari ini belum ada penemuan sains yang boleh menghapuskan cacing itu kecuali badan akan bertindak balas menghapuskannya secara semula jadi.

Usaha untuk menghapuskan cacing pica melalui ubat-ubatan kimia memang tidak berkesan melainkan dengan menjalani pembedahan. Kalau kita tabu bahaya yang ditimbulkan oleh anjing pastinya tidak ada orang menentang spa yang telah nabi s.a.w. larang. Menjauhkan diri darinya adalah salah satu keharusan, demi menjaga, dan melindungi manusia serta tersebarnya wabak itu. Jalan yang paling baik, untuk membendung wabak ini dari merebak adalah dengan mengurung cacing pita itu di dalam anjing, jangan sampai ia merebak hingga tidak dapat dikawal. Jangan biarkan anak-anak bergaul dengan anjing dan menjilat tangan serta pinggan mangkuk yang sering digunakan di rumah. Untuk lebih selamat jangan benarkan anjing keluar masuk kedai-kedai makan, pasar, warung dan sebagainya. Sesungguhnya larangan yang ditetapkan oleh Rasulullah itu sebagai peringatan kepada umatnya tentang bahaya yang dibawa oleh anjing. Nabi melarang orang Islam memelihara anjing kecuali atas keperluan tertentu ia amat bersesuaian dengan pengetahuan moden dan ilmu kedoktoran yang mutakhir. Disebut di dalam surah an-Najm, ayat 3-4; "Dan Muhammad tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubungan dengan agama Islam)

menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada alQuran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." Hukum Memelihara Anjing Imam Nawawi berkata: Mazhab Syafie berpendapat, Haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan. (Syarh sahih muslim) Ulama Maliki berpendapat, "Makruh memeliharanya dengan tujuan selain dari menjaga tanaman, menjaga binatang ternakan dan berburu."Sebahagian ulama Maliki mengatakan harus. "Pelihara untuk jaga rumah dan tujuan lain (selain 3 tujuan yang disebut dalam hadis)Imam Abdul Bar berkata, "Termasuk dalam berburu dan sebagainya yang mengharuskan membela anjing adalah membelanya untuk mendapat manfaat dan menghindari kemudaratan. Ini diambil dari qias. Makruh membelanya hanya kerana membela tanpa keperluan." (Fathul Bari)Ibnu Quddamah (Hambali) berkata, Haram membela anjing untuk men*jaga rumah kerana hadis yang lepas."Kesimpulan: Ini termasuk dalam perkara khilaf. Mazhab Syafie membe*narkannya untuk tujuan keperluan seperti berburu, menjaga rumah dan sebagainya dan haram membelanya tanpa tujuan tertentu. Rujukan: Fathul Bari oleh Ibnu. Hajar Asqalani, syarh sahih muslim oleh 1 Imam Nawawi dan kredit Penulis: Norimanah Seman Terbitan asal: AL ISLAM Oktober 2009 Mausuah Feqhiah kuwaitiah.AL ISLAM Oktober 2009

Hukum orang yang memelihara anjing Soalan 14 Assalamualaikum wrm wrbt. Apakah hukumnya jika saya membeli makanan dari seorang yang beragama Islam tetapi beliau memelihara anjing sebagai binatang peliharaannya dan menganggapnya sebagai binatang kesayangannya? Saya membelinya sebelum saya mendapat tahu dia memelihara anjing tersebut. Jika saya tidak memakannya bolehkah di berikan kepada orang yang beragama Islam? Sekian Terima Kasih. Jawapan. Hukum orang Islam yang memelihara anjing adalah harus dengan syarat dia memelihara kesuciannya. Halal jual beli dengan orang Islam yang memelihara anjing. Jika puan yakin makanan yang dibeli itu adalah halal maka bolehlah dimakan. Jika sebaliknya (ragu), maka puan perlu meninggalkannya. Hukum harus jika puan memberi makanan tersebut kepada orang lain. Wallahu A'lam.

Hukum Memelihara Anjing -INDON Agu 14 Posted by Admin

Umumnya para ulama mengatakan bahwa memelihara anjing di dalam rumah haram hukumnya, kecuali bila ada manfaatnya untuk menjaga rumah. Dan untuk itu, anjing tidak dipelihara di dalam rumah melainkan di luar rumah. Larangan Memelihara Anjing di dalam Rumah Ada sebuah dalil yang sering dijadikan dasar oleh para ulama untuk tidak memelihara anjing di dalam rumah. . , ( ) . . . . . ! : ) ! ( . . -! >: .( ) Dari Aisyah rodiyallahu anha berkata bahwa Rasulullah shollahu alaihi

wassalam menunggu Jibril alaihissalam pada saat yang telah ditentukan. Namun Jibril tidak datang pada saatnya, sehingga nabi melempar tongkat dari tangannya dan berkata, Allah tidak mengingkari janjinya, demikian juga dengan rasulnya. Kemudian beliau shollahu alaihi wassalam menoleh dan mendapati seekor anjing di kolong tempat tidurnya. Wahai Aisyah, sejak kapan anjingi itu masuk ke sini? Aisyah menjawab, Aku tidak tahu. Maka beliau shollahu alaihi wassalam memerintahkan agar anjing itu dikeluarkan. Maka datanglah jibril dan Rasulullah shollahu alaihi wassalam bertanya, Engkau telah janji dan aku telah duduk menunggu, tapi Engkau tidak datang, mengapa? Jibril menjawab, Anjing di dalam rumahmu itu telah mencegahku. Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar. (HR Muslim) Hadits ini dan hadits lainnya yang sejenis telah dijadikan dasar oleh para ulama untuk mengharamkan umat Islam memelihara anjing di dalam rumah. Memiliki Anjing di dalam Al-Quran Namun meski demikian, di dalam Al-Quran Al-Kariem, di dalam salah satu ayatnya justru memberi isyarat tentang bolehnya seorang muslim memelihara anjing. Namun fungsinya jelas, yaitu sebagai anjing pemburu yang bertugas untuk berburu hewan buruan. Dan memang tidak dipelihara di dalam rumah, karena memang haram hukumnya.

Simaklah ayat berikut ini: Mereka menanyakan kepadamu, Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah, Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan oleh binatang buas (anjing)yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.(QS. Al-Maidah: 4) Al-Mukallab adalah hewan buas apa saja, termasuk di dalamnya anjing, burung elang dan lainnya. Semuanya harus sudah terlatih, menurut kepada perintah tuannya, dan ketika melepasnya diucapkan basmalah. Di ayat lain, juga disinggung tentang para hamba Allah yang menghuni gua (ashhabul kahfi), di mana mereka memiliki seekor anjing yang mengikuti selama pelarian dan persembunyian. Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan raqim (anjing)itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? (QS. Al-Kahfi: 9) Meski ada beberapa perbedaan pendapat tentang makna raqim di dalam ayat ini, namun tidak sedikit yang berpendapat bahwa raqim adalah nama anjing milik salah seorang dari mereka. Ayat ini menjunjukkan -setidaknya- umat Islam di masa lalu, sebelum masa kenabian Muhammad shollahu alaihi wassalam, dibolehkan memelihara anjing. Kenajisan Anjing Selain keharaman memelihara anjing di dalam rumah, seorang muslim yang memelihara anjing untuk penjaga atau pemburu juga harus memperhatikan sisi lainnya, yaitu faktor kenajisan air liur anjing dan tubuhnya juga.

Ada beberapa hadits nabawi yang secara tegas menyebutkan bahwa air liur anjing hukumnya najis. Di antaranya hadits berikut ini: Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah shollahu alaihi wassalam bersabda, `Bila seekor anjing minum dari wadah milik kalian, maka cucilah 7 kali. (HR Bukhari 172, Muslim 279, 90). . : : Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah shollahu alaihi wassalam bersabda, `Sucinya wadah kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali. Dan menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah. (HR Muslim 279, 91, Ahmad 2/427) Meski demikian, kedua hadits di atas masih dalam batas najis air liurnya saja. Tetapi apakah badannya juga najis, ternyata para ulama masih berbeda pendapat dalam membreak-down pengertiannya. Sebagian ulama menghukumi anjing sebagai hewan yang najis berat (mughallazhoh), bukan hanya air liurnya saja, tetapi juga seluruh tubuhnya. Namun ada sebagian ulama yang tidak menghukumi najis anjing pada badannya, kecuali hanya air liurnya saja sebagai najis berat. Lebih dalam tentang bagaimana perbedaan pendapat di kalangan ulama tentang kenajisan anjing ini, kita bedah satu persatu sesuai apa yang terdapat dalam kitab-kitab fiqih rujukan utama. 1. Mazhab Al-Hanafiyah Dalam mazhab ini, yang najis dari anjing hanyalah air liurnya, mulutnya dan kotorannya. Sedangkan tubuh dan bagian lainnya tidak dianggap najis. Kedudukannya sebagaimana hewan yang lainnya, bahkan umumnya anjing bermanfaat banyak buat manusia. Misalnya sebagai hewan penjaga atau pun hewan untuk berburu. Mengapa demikian? Sebab dalam hadits tentang najisnya anjing, yang ditetapkan sebagai najis hanya bila anjing itu minum di suatu wadah air. Maka hanya bagian mulut dan air liurnya saja (termasuk

kotorannya) yang dianggap najis. Lihat kitab Fathul Qadir jilid 1 halaman 64, kitab Al-Badai` jilid 1 halaman 63. 2. Mazhab Al-Malikiyah Mazhab ini juga mengatakan bahwa badan anjing itu tidak najis kecuali hanya air liurnya saja. Bila air liur anjing jatuh masuk ke dalam wadah air, wajiblah dicuci tujuh kali sebagai bentuk ritual pensuciannya. Silahkan periksa kitab Asy-Syarhul Kabir jilid 1 halaman 83 dan AsSyarhus-Shaghir jilid 1 halaman 43. 3. Mazhab As-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah Kedua mazhab ini sepakat mengatakan bahwa bukan hanya air liurnya saja yang najis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk keringatnya. Bahkan hewan lain yang kawin dengan anjing pun ikut hukum yang sama pula. Dan untuk mensucikannya harus dengan mencucinya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. Logika yang digunakan oleh mazhab ini adalah tidak mungkin kita hanya mengatakan bahwa yang najis dari anjing hanya mulut dan air liurnya saja. Sebab sumber air liur itu dari badannya. Maka badannya itu juga merupakan sumber najis. Termasuk air yang keluar dari tubuh itu juga, baik kencing, kotoran dan juga keringatnya. Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadits lainnya antara lain: Bahwa Rasululah shollahu alaihi wassalam diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di kala lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda, Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu itu tidak najis. (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Dari hadits ini bisa dipahami bahwa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu najis. Lihat kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 1 halaman 78, kitab Kasy-syaaf Al-Qanna` jilid 1 halaman 208 dan kitab Al-Mughni jilid 1 halaman 52.

Demikian kajian sekilas tentang hukum memelihara anjing dan aturan dalam memeliharanya. Semoga bermanfaat. Wallahu alam bishshawab.

nak pandangan mazhab yang payah tu. selama ni ngaji pasal hadis jer... Indon jawapan dari Mohd_Masri yg di nukil dari Al Ahkam. ALhamdulillah, kita dah dengar banyak ilmu tentang kenajisan/ketidaknajisan anjing. Minta tuan2 ilmuwan al ahkam terangkan hukum beserta dalilnya untuk membela anjing, bagi tujuan peliharaan (pet). Jazakallahulkhair jawapan:

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet. Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran. Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda, Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath. [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafiiy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu, IX/234) Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibn Hajar ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg berkurangnya Keengganan Ada anjing Malaikat yang menjadi pahala masuk dari jelmaan kepada rumah anjing yang (anjing pemeliharanya ada hitam anjing pekat) mengunjunginya

Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan

pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221). Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya. 2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman. sekian al-ahkam

Anda mungkin juga menyukai