Anda di halaman 1dari 10

Isu 1: Isu pengiklanan berunsurkan lucah

1.0 Pengenalan

Menurut Bogart (1969) pengiklanan adalah suatu institusi ekonomi dan sosial dalam
memasarkan produk atau perkhidmatannya tersendiri. Pengiklanan dan ketrampilan budaya
tempatan adalah saling berkait dan mempengaruhi. Ini kerana perkembangan pembangunan
dan teknologi membawa banyak cabaran baru yang dapat mempengaruhi sosial dan identiti
budaya.

Wacana pengiklanan dan ketrampilan budaya tempatan harus diambil perhatian secara
menyeluruh dan pragmatik iaitu dengan mengambil kira sosial, ekonomi dan juga politik
negara khususnya dalam pelbagai bentuk (Mohd Helmi, 2004). Kebanyakkan kritikan
terhadap pengiklanan adalah berfokuskan kepada kesan-kesan sosial termasuklah pengaruh
terhadap budaya. Ia dikritik kerana pengiklanan memainkan emosi, memudahkan situasi
kehidupan sebenar manusia kepada streotaip, mengeksploitasi dan menggunakan teknik
pemujukan yang akhirnya membawa kepada eksploitasi (Pollay, 1986). Pengiklanan
dilabelkan sebagai materialistik, sinis, tidak rasional, tamak dan lebih tertumpu kepada seks.

Menurut Mohd Helmi (1989), beliau berpendapat bahawa aspek budaya dalam
pengiklanan kurang difahami. Budaya adalah merangkumi aspek bahasa, nilai dan
kepercayaan, simbol, daya tarikan, konsep dan juga kreativiti dalam pengiklanan. Oleh itu,
penyelidikan dan kefahaman adalah faktor yang harus diambil kira supaya pengiklanan antara
negara tidak terjerumus dalam keadaan yang memalukan.

Dasar am dalam Kod Etika Penyiaran RTM telah dirangka untuk melindungi
kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh
mengancam perpaduan dan pertubuhan negara yang disebarkan melalui media penyiaran.
Garis panduan ini juga diwujudkan atas dasar tanggungjawab dan kepekaan kerajaan
terhadap kehendak masyarakat, tatanilai dan sosio-budaya negara serta hasrat kerajaan
untuk mewujudkan satu bangsa yang bertamadun, berbudaya maju dan bermoral tinggi.

Dalam bahagian II iaitu bahan-bahan siaran yang terkandung dalam Kod Etika
Penyiaran RTM juga menggariskan ciri-ciri bahan yang tidak boleh disiarkan iaitu berkaitan
ketertiban dan ketatasusilaan dimana pengiklanan tidak boleh menunjukkan perlakuan-
perlakuan yang mengghairahkan dan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan
bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
(Sumber: Jabatan Penyiaran Malaysia)

Dalam kod etika pengiklanan juga menggariskan tentang moral, sivik, pegangan
agama dan kehormatan diri dimana iklan yang disiarkan tidak boleh menghina moral, sivik
dan pegangan agama rakyat. Iklan mesti menghormati kemuliaan manusia dalam segala
bentuk dan ungkapan.

2.0 Kod Amalan Pengiklanan berkaitan- Pembesaran payudara

Peniaga yang ingin mengiklankan produk pembesaran payudara mestilah mematuhi etika
pengiklanan yang dinyatakan dengan jelas dalam Kod Amalan Pengiklanan Malaysia (ASA).
Antaranya adalah:

a) Iklan untuk penyediaan dan peranti yang dikatakan boleh membesarkan payudara
tidak boleh diterima
b) Senaman dan kursus yang termasuk senaman yang boleh mempunyai kesan
sampingan pada payudara tidak boleh diiklankan sebegitu rupa sehingga memberikan
penekanan yang berlebihan tentang apa-apa kesan menambaikkan, menegangkan atau
membesarkan payudara.

3.0 Pengiklanan yang berunsurkan lucah


a) Pengiklanan yang menggunakan bahasa lucah dalam mempromosikan produk
yang dijual secara online.

Kini terdapat banyak produk kecantikan yang dijual secara atas talian iaitu online. Antaranya
di media massa seperti akaun facebook, instagram dan banyak lagi. Aktiviti perniagaan
tersebut adalah tidak salah dan tidak melanggar etika serta norma masyarakat. Namun apabila
terdapat peniaga yang ingin cepat menjadi kaya dan melariskan barangan jualannya maka
tanpa segan silu mengiklankan dan mempromosikan produk jualan tersebut dengan
menggunakan bahasa dan perkataan yang berbaur lucah bagi menarik perhatian pelanggan.
(Maikel, 2017)

Ini dipetik dari satu isu semasa dalam berita online yang bertajuk iklan kecantikan
wanita di media sosial sudah terlampau lucah. Dalam berita ini mengatakan bahawa
seorang netizen berasa tidak selesa dengan iklan-iklan tersebut yang berfungsi untuk
membesarkan dan mengetatkan aset terutamanya bagi kaum wanita. Netizen tersebut
berpendapat bahawa cara penjual menggunakan tulisan yang berbaur lucah menggambarkan
tahap IQ penjual. Netizen tersebut menentang pengiklanan yang menggunakan bahasa
berbaur lucah ini kerana ianya menampakkan martabat kaum wanita sangat rendah sehingga
wanita dianggap sebagai objek seks semata-mata. (Maikel, 2017)

Penggunaan perkataan dan bahasa lucah seperti suami lemas dalam dakapan, oh!!
Isteriku yang sendat dan ketat.. abang hari-hari melekat dan banyak lagi tagline yang
digunakan oleh penjual untuk melariskan produknya. Ini menunjukkan peniaga tersebut
seorang yang tidak beretika. Secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi masyarakat
terutamanya golongan remaja untuk membeli produk ini.

Tambahan itu, sebuah video iklan produk kecantikan terkenal iaitu Dherbs didakwa
mempunyai unsur lucah dan dikatakan menghina golongan wanita. Menerusi video tersebut
yang memaparkan kehidupan seorang suami yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan
bentuk badan isterinya yang mengimpikan isterinya memiliki payu dara idaman. Dengan
hanya meminum produk Payu-up Collagen DHerbs menyebabkan wanita tersebut berjaya
mengubah bentuk badannya sehingga menyebababkan suaminya terpukau dan naik ghairah.
Ini telah menyebabkan pengguna media sosial mengkritik dan mengecam video tersebut
kerana mengandungi unsur lucah. (Hasimi, 2015). Iklan sebegini jelas melanggar etika
pengiklanan kerana ianya mengadungi unsur-unsur ghairah yang dilarang sama sekali
disiarkan di media massa menurut kod etika pengiklanan.
Begitu juga dengan iklan produk pembesaran payu dara yang dilakonkan oleh Nizam
Rahman yang dikatakan lucah kerana dalam iklan tersebut Nizam menggunakan perkataan
yang tak sepatutnya iaitu tetek. Ditambah aksi lucahnya juga dalam iklan tersebut telah
mendapat kecaman hebat dari netizen yang mengatakan bahawa iklan seumpama itu tidak
sepatutnya diiklankan terutamanya dalam media sosial seperti facebook kerana kebanyakkan
masyarakat menggunakan facebook tidak mengira usia lebih-lebih lagi golongan remaja. Ini
secara tidak langsung akan mempengaruhi golongan remaja untuk mencuba produk tersebut
dan sedikit sebanyak adegan lucah dalam iklan tersebut boleh mempengaruhi pemikiran anak
muda khususnya remaja ke arah yang tidak beretika. Tambahan itu, ia juga dikatakan terang-
terangan menghina agama dengan merendahkan maruah kaum wanita. Ia turut boleh
menyumbang kepada perbuatan maksiat yang sememangnya melanggar etika dan undang-
undang. (Mynewshub, 2017)

b) Pengiklanan melalui papan iklan yang berbaur lucah di sepanjang lebuh raya.

Selain menggunakan medium facebook, para peniaga juga tidak ketinggalan menggunakan
papan iklan untuk mengiklankan produk mereka. Perniagaan yang dijalankan tidak salah
namun cara pengiklanan dan perkataan yang digunakan semasa mengiklankan produk
tersebut haruslah diambil kira. Kini ramai di antara usahawan dan peniaga yang
menggunakan bahasa lucah untuk mengiklankan produk. Ini boleh dilihat pada papan iklan
yang terdapat di sepanjang lebuh raya Pantai Barat yang menggunakan tagline subuh baru
cabut. Perkataan-perkataan sebegini tidak harus digunakan dalam pengiklanan produk
kerana ianya melanggar etika pengiklanan. Penggunaan perkataan ini boleh mempengaruhi
masyarakat berfikiran negatif apatah lagi kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Kanak-kanak
akan tertanya-tanya kepada ibu bapa tentang maksud perkataan tersebut. Oleh itu, pihak
peniaga harus menjaga sensitiviti dan perkataan apabila mengiklankan sesuatu produk supaya
ianya tidak melanggar etika dan norma masyarakat kerana pengiklanan yang berbaur lucah
ini akan menjurus kepada perkara-perkara yang negatif seperti maksiat, zina dan pergaulan
bebas. (Rahul, 2017)

Begitu juga dengan papan iklan yang menjual produk Gambir Emas yang diletakkan
di papan iklan sepanjang lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur Labu
Seremban semasa cuti sekolah. Menggunakan tagline subuh baru cabut ini
menggambarkan iklan tersebut sangat tidak bermoral apatah lagi apabila kanak-kanak melihat
iklan tersebut. Pengiklanan ini terang-terangan melanggar etika pengiklanan kerana
berunsurkan lucah yang boleh merosakkan fikiran dan tingkah laku masyarakat terutamanya
golongan muda dan remaja yang mudah terpengaruh. (Editor, 2016)

c) Pengiklanan di televisyen yang menggunakan aksi dan perkataan lucah.

Media dijadikan platform kepada para usahawan untuk mempromosikan produk kepada
semua lapisan masyarakat melalui pengiklanan atas talian. Golongan usahawan yang tidak
betanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan serta kekayaan ini semakin ghairah
dan teruja mengiklankan produk mereka tanpa memikirkan kesan negatif kepada semua
lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Demi mempromosikan perniagaan produk masing-
masing, para uasahawan sanggup menggunakan iklan yang berunsurkan lucah dan tidak
mengambil kira sensitiviti individu tentang nilai murni. Contohnya syarikat Air Asia
membuat pengiklanan mengenai penerbangannya dengan menggunakan susuk tubuh
pramugari wanita yang seksi. Namun pun begitu, tiada tindakan undang-undang diambil oleh
Kementerian Penerangan mahupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Ini secara tidak langsung telah melanggar etika pengiklanan kerana dalam iklan
tersebut terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menghayati susuk tubuh pramugari
tersebut. Ini jelas melanggar etika pengiklanan kerana kanak-kanak tidak sepatutnya
ditayangkan kepada iklan-iklan yang seumpama tersebut. (Sasaran, 2012)

d) Pengiklanan penggunaan kondom.

Menurut BBC Indonesia (2013), iklan kondom di Kenya telah ditarik balik. Ini kerana iklan
tersebut yang mempromosikan kondom di Kenya telah mendapat tentangan yang hebat
daripada Ketua Agama Islam dan Ketua Agama Kristian disebabkan ianya menggalakkan
kehidupan pergaulan bebas dan kecurangan dalam institusi keluarga antara suami isteri dan
bukannya bertujuan untuk mengajarkan hubungan seks yang betul dan halal bagi mencegah
penyebaran penyakit HIV Aids. Tambahan itu, Pejabat Kementerian Kesihatan Kenya iaitu
Peter Cherutih mengatakan bahawa dalam kalangan 30% pasangan yang telah berkahwin di
negara tersebut mempunyai aktiviti seksual luar nikah. Menurut data Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) di Kenya, sekitar 1.6 juta rakyatnya daripada 41.6 juta adalah
penghidap penyakit HIV/Aids. Ini menyebabkan iklan tersebut telah ditarik balik kerana
ianya mendorong masyarakat untuk berkelakuan tidak bermoral. Menurut Sheikh Mohammed
Khalifa dalam memberitahu BBC mengatakan bahawa iklan ini menggambarkan negara
tersebut khususnya bangsa Sodom dan Gomorah tidak menghargai institusi perkahwinan dan
kekeluargaan.
Dalam pada itu, pengiklanan kondom ini juga turut membawa kesan negatif.
Antaranya adalah ia menggalakkan aktiviti seks bebas. Ini kerana kondom tidak hanya
dihadkan kepada pasangan yang telah berkahwin tetapi juga turut digunakan oleh para remaja
dan pelajar-pelajar. Tambahan itu, kondom-kondom ini sangat mudah untuk didapati. Jika
dilihat di Malaysia, kondom ini diletakkan di kaunter bayaran pasaraya dengan bungkusan
yang menarik perhatian. Bungkusan sebegini secara tidak langsung akan menarik perhatian
kanak-kanak juga kerana kanak-kanak berpendapat bahawa ianya adalah makanan atau
permainan. Jadi kondom ini tidak seharusnya diiklankan secara terang-terangan dan kepada
umum kerana ia akan mempengaruhi pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja
dan muda. Jelaslah bahawa iklan kondom ini melanggar etika pengiklanan. (Boy Manurung,
2012).

Iklan kondom di Pakistan juga turut mendapat tentangan daripada masyarakat. Ini
berikutan sebuah iklan kondom jenama Josh yang dibintangi oleh model dan artis terkenal
Pakistan iaitu Mathira yang berdurasi 50 saat. Dalam iklan tersebut memaparkan seorang
isteri yang baru mendirikan rumah tangganya hingga menyebabkan jiran-jiran cemburu. Jadi
si suami pun menjawab bawa Josh ke dalam hidup anda. Ini menyebabkan pihak Media
Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta agar pihak televisyen menghentikan iklan kondom
Josh tersebut. Tambahan itu, jurucakap PEMRA juga menolak pengiklanan ini yang dianggap
tidak senonoh, tidak bermoral dan mengabaikan nilai-nilai sosial budaya serta agama. Ini
jelaslah menunjukkan bahawa iklan kondom ini melanggar etika dan norma masyarakat
kerana ia mempengaruhi pemikiran masyarakat.

(Sumber: Detiknews, 2013)


e) Penggunaan nama artis untuk mempromosikan iklan ubat rangsang seks

Terdapat juga di antara peniaga yang menggunakan nama artis bagi tujuan mempromosikan
dan melariskan jualan iklan ubat perangsang seks. Dalam kes ini, penyanyi nombor satu
Malaysia iatu Datuk Siti Nurhaliza telah digunakan oleh pihak peniaga yang tidak
bertanggungjawab untuk mempromosikan iklan ubat perangsang seks di laman istagram yang
mendakwa pasangan Datuk Siti Nurhaliza menggunakan produk tersebut. Iklan sebegini
sangat tidak bermoral kerana ianya mengaibkan orang lain yang tidak bersalah. Demi
melariskan jualan dan mendapatkan keuntungan, pihak peniaga sanggup membuat perkara
sebegini. Tambahan itu, produk ubat perangsang seks ini juga turut dijual di luar negara
dengan harga antara RM150 hingga RM200 sebotol dengan 90 biji pil. Ini jelas
menggambarkan bahawa pengiklanan sebegini melanggarkan etika kerana ia mengiklankan
produk yang berkaitan dengan seks secara terang-terangan dan turut mengaibkan orang lain.

(Sumber: Berita Harian, 2017)


Bibliografi

BBC Indonesia (2013). Iklan kondom ditarik di Kenya. Diambil daripada


http://www.bbc.com/indonesia/majalah/2013/03/130321_kenyacondomadvert

Berita harian (2017). Guna nama untuk iklan ubat rangsang seks: Siti Nurhaliza mahu
saman peniaga. Diambil daripada http://www.beritaharian.sg/dunia/guna-nama-untuk-iklan-
ubat-rangsang-seks-siti-nurhaliza-mahu-saman-peniaga

Bogart L. (1969). Where does advertising research go fm here? Journal of Advertising


Research 9.1 halaman 1-6

Boy Manurung. (2012). Analisa Iklan Kondom. Diambil daripada


https://www.scribd.com/doc/77445123/analisa-IKLAN-KONDOM

Detiknews (2013). Diambil daripada


http://news.detik.com/internasional/2312236/iklan-kondom-dilarang-ditayangkan-di-
paki[%3Ca%20href=

Editor (2016). Iklan lucah gambir emas di lebuh raya KL Seremban. Diambil daripada
http://www.pru14.tv/2016/12/29/iklan-lucah-gambir-emas-di-lebuh-raya-kl-seremban/

Kod etika penyiaran. Jabatan Penyiaran Malaysia. Diambil daripada


http://www.kkmm.gov.my/pdf/saringan_perolehan_jkpr_kpkk/Kod%20Etika%20Penyiaran
%20TENDER.pdf

Maikel (2017). Iklan kecantikan wanita di media sosial sudah terlampau lucah.
Utaranews. Diambil daripada http://utaranews.com/2017/03/iklan-kecantikan-wanita-di-
media-sosial-sudah-terlampau-lucah.html/

Mohd Helmi. (1989). Intercultural Communication: Understanding Cultural Problems


in International Advertising. Jurnal Komunikasi (5). Halaman 53-60

Mohd Helmi. (2004). Pengiklanan dan penampilan budaya tempatan. Jurnal


Komunikasi (20) halaman 79-93

Mynewshub (2017). Dikecam buat iklan lucah, penjelasan Nizam. Diambil daripada
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dikecam-buat-iklan-lucah-ini-penjelasan-nizam/
Mynewshub (2017). Iklan lucah Nizam Rahman dapat kecaman hebat netizen.
Diambil daripada https://www.klick.my/iklan-lucah-nizam-rahman-dapat-kecaman-hebat-
netizen/

Pollay R.W. (1986). The Distorted Mirror: reflections on the Unintended


Consequences of Advertising. Journal of marketing. 50,4 halaman 16-24

Rahul (2017). Papan iklan berbaur lucah sepanjang lebuh raya. Diambil daripada
http://www.orangperak.com/papan-iklan-berbaur-lucah-sepanjang-lebuh-raya.html

Sasaranfkpm (2012). Adakah lucah itu mengiklankan? Sasaran majalah kritikan


media. Diambil daripada https://sasaranfkpm.wordpress.com/2012/12/03/adakah-lucah-itu-
menguntungkan/

Anda mungkin juga menyukai