Anda di halaman 1dari 2

Kepimpinan Yang Diteladani

Seseorang pemimpin, dalam memimpin atau mengetuai sesuatu tugas tertentu,


perlulah mempunyai pengalaman, panduan, pendidikan dan tunjuk ajar yang ada
hubung kait dengan tugasan mereka. Ini kewajipannya untuk membawa ahlinya
kepada kesatuan yang kukuh, harmoni dan saling kasih mengasihi agar hidup
menjadi teratur, tenang dan sempurna.
Secara keseluruhannya, ciri-ciri kepimpinan yang telah diutarakan oleh Orientalis
Barat adalah di ambil dari konsep kepimpinan menurut ajaran Islam. Ini
menunjukkan tiadanya perbezaan yang ketara antara dua konsep kepimpinan
yang telah disebutkan.
Menurut ahli Psikologi Sosial, pemimpin mempunyai pengaruh yang lebih
meluas,
tidak hanya dari pengaruh peribadinya, bahkan mempunyai kuasa atau diberi
kuasa dalam memberi sesuatu arahan atau keputusan yang mesti dipatuhi oleh
setiap orang. Kuasa pemutus ada ditangannya.
Menurut satu kajian yang dibuat oleh Pensyarah Psikologi Sosial, Aminuddin
Mohd. Yusuf, 'Kepimpinan' memiliki empat ciri manusia yang mempunyai
kemungkinan untuk ditiru oleh orang lain :
1. Berkelebihan dari segi umur.
2. Berkelebihan dalam status sosial.
3. Ada kelebihan kedudukan dalam ciri-ciri tertentu.
4. Kemahiran teknik iaitu mahir dalam lapangan yang berlaitan dengan
tugasan kelompok pimpinannya dan menjadi model terbaik untuk
diteladani oleh ahlinya.

Perlantikan seseorang pemimpin menurut pandangan Islam, haruslah


mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Ikhlas kepada Allah.
2. Bijaksana dan mampu dalam menyelesaikan masalah.
3. Berpengetahuan luas, wawasan baik dan berpandangan jauh.
4. Adil
5. Mempunyai keazaman yang kuat dan berani
6. Memiliki jiwa yang besar dan berhemah tinggi
7. Sentiasa menjaga kebajikan pengikutnya
8. Mudah bergaul dengan pengikutnya

TEE CHEE CHENG


SRI 2

Anda mungkin juga menyukai