20120409170408modul KT 3 Unit 5 PDF
20120409170408modul KT 3 Unit 5 PDF
UNIT 5
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda diharap akan dapat
PENGENALAN
Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kepelbagaian ini
banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang disasarkan, pendekatan kajian
yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian
sebelum memulakan penulisan laporan. Unit ini akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu
dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam laporan kajian
tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian
tindakan.
ISI KANDUNGAN
Persediaan untuk menulis
Andaikan anda hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar anda kepada
pengetua/guru besar, guru, murid dan ibu bapa, adakah anda akan memberikan
laporan yang sama atau pun laporan yang berbeza?
Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian
yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan ke dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan
audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai.
Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan perhatian
kepada:
Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi
meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik, partisipan
dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan penekanan kepada
menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 62
untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka.
Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa
yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada
intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang
mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain.
Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas kepentingan
dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat membantu pengkaji
lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu laporan dapat menyediakan
rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan personal. Menurut Mills lagi,
terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. Proses menulis memerlukan pengkaji
menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan pengkaji memilih perkataan-perkataan
dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang diperhati, serta membuat refleksi
terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian. Secara lebih khusus lagi, dalam kerja-
kerja menulis kajian, perkara-perkara berikut perlu diberi pehatian:
Kejelasan menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba
hendak disampaikan.
Validasi menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau
pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan
Empowermen membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya pengkaji
mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada
Generatif penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk, iaitu
sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang lebih
luas
Pencapaian menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah mencapai
sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca hasil kajian kita.
Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu
ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah:
i. menentukan audien
ii. memilih fokus
iii. merangka susun atur laporan
Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu
ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana kelompok dan
jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan, apa yang
perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan idea penting
dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan, kita boleh bertanya
apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. Jawapan kepada soalan itu akan dapat
membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan.
Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam, pembuat
dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat kajian.
Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan memerlukan
pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat membantu penyelidik
mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 63
McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang disasarkan
laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan yang akan
dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan?
Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan kajian kes
misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji menjalankan
kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat berkaitan dengan
metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang maklumat tersebut
sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang yang dikaji.
Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur
kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian termasuk rujukan
kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian serta soalan kajian.
Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih, bagaimana data dikumpul dan
dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan.
Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang
dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji.
Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang mudah
diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama laporan. Menulis
draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan tenaga. Draf pertama
laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan kajian untuk mendapatkan
komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat melalui kerja-kerja mengedit oleh
pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan.
Pelaporan perlu memenuhi lima langkah asas kajian tindakan iaitu tinjauan awal, bertindak, merancang,
memerhati dan mereflek. Secara umumnya format laporan kajian tindakan perlu mengandungi
komponen-komponen berikut:
Isi Kandungan
Penghargaan
Abstrak
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 64
Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya kepada
amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah dijalankan.
Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap pengajaran, dan
apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-langkah di atas merupakan satu
kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam menulis laporan kajian tindakan. Namun,
tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam penulisan kajian tindakan.
RUMUSAN
Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada
umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke atas
tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat lebih mendalami apa
yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat meningkatkan pemahaman
penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar. Dengan ertikata
lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji, menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah
masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman
tersebut dengan orang lain.
KATA KUNCI
1. Laporan kajian
2. Format
3. Audien
RUJUKAN
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and
Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon
Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ:
Merrill.
Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit
UPSI
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 65
Anda dikehendaki mendapatkan satu laporan kajian tindakan guru yang telah
dijalankan. Sila teliti dan nilai laporan kajian tindakan tersebut dengan
menggunakan kriteria penilaian yang diberi di bawah. Anda dikehendaki mengisi
Borang A dan Borang B dengan memberikan skor yang sesuai. Sila sediakan satu laporan penilaian
anda tidak melebihi lima (5) muka surat.
1.1 Tajuk
1.2 Abstrak
1.3 Bab Pengenalan
1.4 Bab Sorotan Literatur
1.5 Bab Metodologi
1.6 Bab Dapatan Kajian
1.7 Bab Perbincangan dan Kesimpulan
1.8 Bibliografi
1.9 Lampiran (jika ada)
Jumlah
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 67
1. Tajuk
Pendek dan ringkas (biasanya 15 perkataan atau kurang) serta jelas dalam menunjukkan tentang
kajian yang dijalankan
2. Abstrak
Menjelaskan aspek-aspek yang penting dalam kajian termasuk pernyataan masalah, populasi dan
sampelan, pembolehubah bebas dan bersandar, instrumen yang digunakan, rekabentuk, dapatan
kajian yang utama dan kesimpulan
3. Pengenalan
4. Metod kajian
Menjelaskan tentang instrumen kajian termasuk soalselidik, ujian, temubual dan lain-
lain yang digunakan untuk mengumpul data. Bukti-bukti berkaitan dengan kesahan
dan kebolehpercayaan kajian dinyatakan.
5. Keputusan kajian
Mengemukakan dapatan kajian dengan penggunaan jadual dan rajah yang sesuai.
Perlu dijelaskan teknik analisis dan interpretasi yang digunakan.
6. Perbincangan
7. Rujukan