Anda di halaman 1dari 1

Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim hujan.

Bukan sahaja
harta benda musnah malah nyawa manusia turut melayang.

Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.


Pendahuluan
a. Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
b. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa
bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan
terus berlaku.
c. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana alam ini berupaya menimbulkan
tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta
benda dan korban manusia
d. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini.
Isi 1
a. Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu malapetaka yang sudah menjadi lumrah
dalam sejarah peradaban manusia.
b. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir
serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja.
c. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian
bencana alam itu.
d. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini
sejak berkurun-kurun lalu.
Isi 2
a. Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian
terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu.
b. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam
era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula.
c. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas
pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu.
d. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu
sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Isi 3
a. Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan.
b. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga
memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat?
c. Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih
awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang
baik.
d. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita
memandang rendah keupayaan bencana alam ini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu
membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.
Isi 4
a. Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu
perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini.
b. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim
global dunia dalam tempoh masa tertentu.
c. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan
terus berlaku di dunia ini.
d. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan
global.
Penutup
a. Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi.
b. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan
ribuaan nyawa dengan sekelip mata.
c. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada
penyelesaian bencana alam ini.
d. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam
menangani kemelut ini.

Anda mungkin juga menyukai