Anda di halaman 1dari 5

HUKUMAN MATI

Hukuman mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah
dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan
maut dan sebagainya

Hukuman mati ialah hukuman berat yang dijatuhkan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan
kesalahan-kesalahan tertentu seperti membunuh, mengedar dadah dan sebagainya, mereka
yang melakukan kesalahan ini akan dihukum bunuh

Selain itu, hukuman mati juga merupakan satu cara untuk mengadakan kawalan sosial. Di
negara yang autokratik, mereka yang mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan
mungkin akan dihukum mati. Contohnya di negara komunis, seseorang itu akan dibunuh
sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya itu "berbahaya kepada masyarakat".

Contoh negara yang tidak mengamalkan hukuman mati adalah negara-negara dalam Kesatuan
Eropah. Mereka menganggap hukuman mati adalah tindakan yang melanggar hak kemanusiaan

Membunuh
Kebanyakan negara akan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang membunuh
secara segaja. Ini adalah berdasarkan prinsip pembalasan: "hutang harta dibayar harta;
hutang darah dibayar darah".

Penyeludupan dadah
Di negara Asia seperti Malaysia, Singapura, dan juga China, sesiapa yang melakukan
penyeludupandadah boleh dikenakan hukuman mati. Ini adalah berdasarkan bahawa dadah
memberi kesan yang mahaburuk kepada masyarakat.

Penjual-belian manusia
Di negara China, penjual-belian manusia adalah satu jenayah yang membawa hukuman
mati.

Jenayah seks/rogol
Di negara Islam, penjenayah seks boleh dikenakan hukuman mati. Keadaan yang sama juga
berlaku di Vietnam yang mengenakan hukuman mati terhadap pesalah yangmerogol kanak-
kanak.
Jenayah-jenayah lain
Menderhaka, menculik, penyalahgunaan senjata api, malah rasuah adalah antara kesalahan
.yang dikenakan hukuman mati di beberapa negara

Dalil nyah ontologi

Kedua-dua pihak penyokong dan penentang menuntut kepada dalil nyah ontologi untuk
menahan pendapat masing-masing. Bagi pihak penentang, hukuman mati adalah satu bentuk
pembunuhan juga. Sebagai satu bentuk pembunuhan, ia tidak lari daripada sifat kekejaman.
Tambahan juga, hidup dan manusia merupakan hak Tuhan, dengan itu manusia tidak harus
mengambil nyawa manusia kerana ia bukan hak manusia.

Bagi mereka yang menyokong hukuman mati, hukuman mati adalah adil untuk dikenakan
kepada mereka yang melanggar hak kehidupan orang lain, yakni pembunuh. Atas prinsip
pembalasan, mereka yang membunuh harus dibunuh.

Maka kesimpulannya, dari segi analisis hierarki nilai, mereka yang menyokong hukuman
mati, sebenarnya telah meletakkan nilai keadilan di atas nilai "sayang kepada nyawa". Maka
bagi mereka yang menentang hukuman mati, mereka meletakkan nilai "sayang kepada
nyawa" di atas nilai keadilan.

Dalil ekonomi

Dalil ekonomi tidaklah boleh dianggap dalil yang utama dalam mendebatkan isu ini.
Ekonomi di sini juga tidak merujuk kepada konsep kewangan tetapi kepada "peruntukan"
dalam erti kata yang luas.

Bagi pihak yang menyokong hukuman mati, dikatakan hukuman mati adalah lebih jimat
berbanding dengan hukuman seumur hidup. Kenyataan ini adalah senang diterima kerana
hukuman seumur hidup melibatkan kos penyaraan si pesalah untuk satu jangka masa yang
panjang. Manakala bagi hukuman mati pula, ia tidak melibatkan kos ini. Dikatakan bahawa
lebih baik kos menyara hidup banduan seumur hidup ini dialihkan untuk kegunaan perkara
yang lebih berfaedah seperti memajukan kebajikan rakyat.

Tetapi bagi pihak yang menentang hukuman mati, dikatakan hukuman mati sebenarnya
menelan kos yang lebih banyak. Ini adalah kerana hukuman mati sentiasa melibatkan proses
kehakiman yang teliti dan mengambil masa yang panjang. Maka kos yang ditelannya lebih
banyak.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum dapat mengeluarkan statistik untuk
membuktikan kesahihan hipotesis masing-masing.
Albania Tembak, Gantung DimansuhkanEU

Bermud
Gantung Dimansuhkan
a

Grenada Gantung Dimansuhkan

Papua New Guinea Gantung Dimansuhkan

Philippines Suntikan Maut Dimansuhkan

Temba
Russia Dimansuhkan
k

Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan
membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan keslahan
bersabit pemilikan senjatapi adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman
gantung sampai mati.

Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat
perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah
hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah
Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamh ini memutuskan keputusan bersalah
terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan yang dilakukan
dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di
Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini
adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan
memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada
pesalah.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang
dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata
seseorang itu menjalani hukumanmati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi
adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1
tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.

Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah
ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk
menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah,
pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan
5 fasa tindakan.

Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah Raja atau Yang di-Pertua
Negeri (Gabenor) negeri di mana jenayah itu dilakukan, ATAU Yang di-Pertuan Agongboleh
bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di Wilayah Persekutuan atau
apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia dijalankan atas
konsep gantung sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara
Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman
gantung iaitu Hukuman gantung dan Hukuman gantung sampai mati.

Antara 1970 dan 2001, Malaysia melaksanakan hukuman mati kepada 359 orang penjenayah.
Seperti tahun 2006, 159 orang masih berada pada hukuman mati. Malaysia juga menggunakan
undang-undang Syariah.

Berikut adalah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati:

Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong - Seksyen 121 Kanun


Keseksaan (lihat: Al-Ma'unah)

Kesalahan terhadap Raja[1] - Seksyen 121A Kanun Keseksaan

Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) - Seksyen 132 Kanun Keseksaan

Pembunuhan - Seksyen 302 Kanun Keseksaan (wajib) (lihat: Mona Fandey)


Menyubahati membunuh diri [2] - Seksyen 305 Kanun Keseksaan

Dicuba dengan kehidupan banduan membunuh, jika kecederaan disebabkan - Seksyen


307 (c) Kanun Keseksaan (wajib)

Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364 Kanun Keseksaan

Tebusan - Seksyen 374A Kanun Keseksaan

Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396 Kanun Keseksaan

Pengedaran dan penyeludupan dadah - Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya


1952 (wajib) (lihat: Barlow dan Chambers pelaksanaan)

Pemilikan senjata api - Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi.[3] Dianggarkan bagi
tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia,
manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. [4] Malah masalah ini dari
hari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Keadaan tersebut dipandang cukup serius
oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, penguatkuasaan dan beberapa badan bukan
kerajaan akibat dari liputan media yang hangat.

Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes
bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu
menerima hukuman berat.[5]

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa
hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307
kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak
2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-
duanya sekali jika sabit kesalahan.[6]

Anda mungkin juga menyukai