Anda di halaman 1dari 4

KOMUNIKASI VISUAL

MBKP 1043
TAJUK:
IKLAN ROTI MASSIMO DARIPADA PERSPEKTIF FUNGSI GAMBAR

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN NORAZIRAWATI BINTI AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:
LUBNA BINTI MOHD KHALID
15BC02046
NUR ATIQAH BINTI MUHAMMAD ARIF LEE
15BC02049
FAZA ASTRIA BINTI MOHD RASHID
15BC02045
NURUL NABIHAH AQILAH BINTI ANUAR
15BC02067

SEMESTER 2 SESI 2 2015/2016


IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (PENYIARAN)
TEKS PEMBENTANGAN

Rasional kami memlilih iklan roti Massimo ini adalah kerana iklan ini
memaparkan informasi yang menarik tentang kerelavannya yang
mencukupi segala elemen iklan yang dikaji. Berikutnya adalah di
mana iklan jenis pemakanan ini bukan sahaja memberi faedah
kesihatan.
Seterusnya daripada segi di mana audio dan visual yang memberi
impak yang tinggi.
Dalam iklan ini terdapat metafora, elemen, peranan, konotasi,
dinotasi dan yang berkaitan.
Ia juga memaparkan gambar dan suara secara hidup yang menarik
iaitu melalui warna-warna yang sesuai dan menarik pandangan
pada penonton yang melihatnya.
Rasionalnya, lagi iklan ini dipilih kerana ianya tidak berat dan tidak
keterlaluan pengisiannya. Selain roti yang dicetuskan dari negara
Itali yang memang popular di kalangan makanannya yang lazat
menyebabkan pelanggan untuk membelinya adalah tinggi,
Akhir sekali, iklan ini menguasai elemen yang biasa tetapi ia penuh
dengan maklumat dan infonya dan mampu menarik masyarakat
yang menontonnya ke serata dunia.
Peranan-peranan iklan:

Iklan memberi impak yang besar kepada ekonomi, sosial dan


pendidikan. Apabila iklan Roti Massimo dipaparkan, maka kegiatan
perniagaan dan perdagangan juga meningkat untuk jualan dan
belian roti tersebut apabila permintaan meningkat. Pihak pengiklan
juga akan mendapat keuntungan apabila pihak pengusaha kilang
roti membayar stesen televisyen untuk mengiklankan produk
mereka.
Selain daripada itu, daripada aspek sosial. Pemaparan iklan yang
positif akan mendedahkan masyarakat supaya mengamalkan gaya
hidup sihat seterusnya mewujudkan masyarakat yang sihat
sejahtera. Roti merupakan makanan yang sihat kerana
mengandungi kandungan karbohidrat tinggi serta tidak
mengandungi lemak yang berlebihan.
Tambahan lagi, daripada aspek, pendidikan. Iklan Roti Massimo
menunjukkan pemaparan keluarga yang bahagia. Hal ini, secara
tidak langsung mendidik masyarakat supaya mewujudkan keluarga
yang bahagia.
Elemen- elemen yang terdapat di dalam iklan:

Antara elemen-elemen sesebuah iklan ialah mempunyai elemen


heard words. Heard words bermaksud kata-kata yang terdengar
dalam iklan. Heard words mengandungi informasi-informasi tentang
produk daripada sesuatu perusahaan untuk mencapai penjualan
yang maksimum dengan melalui merangsang minat pembeli atau
pemakai. Sebagai contohnya, perkataan yang digunakan di dalam
iklan Roti Massimo ialah kebaikan menyeluruh yang menunjukkan
pelbagai kebaikan. Selain daripada itu, perkataan mmuaahh juga
menunjukkan keenakan Roti Massimo secara melampau-lampau.
Selain daripada itu, elemen picture atau gambar/ tayangan iklan.
Gambar merupakan storyboard, rangkaian gambar yang
membentuk sesebuah cerita. Storyboard merupakan konsep
komunikasi dan ungkapan kreatif, teknik dan media yang sampai
melalui pesanan. Sebagai contohnya, iklan Roti Massimo
menunjukkan gambaran bijirin gandum untuk menunjukkan roti
tersebut mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Selain
daripada itu, gambaran kegebuan roti tersebut menampakkan roti
tersebut sedap dan menarik minat masyarakat untuk membeli roti
tersebut.
Tambahan lagi, elemen movement. Movement merupakan
pergerakan tertentu yang menarik minat masyarakat untuk melihat
visual. Sebagai contoh, pergerakan seorang kanak-kanak di akhir
iklan itu yang menggunakan pergerakan sedap semasa suara naratif
perkataan mmuuaahh.

Metafora:

Metafora merupakan suatu elemen pelampauan yang


Di dalam iklan Roti Massimo, metafora jelas di dalam pemaparan
gambar kegebuan roti tersebut ketika ianya diuli. Selain daripada
itu, pemaparan roti itu apabila dipotong menunjukkan setiap hirisan
roti itu sempurna, putih tanpa cacat cela. Tambahan lagi,
penggunaan kata sempurna tanpa cacat cela juga salah satu
daripada elemen metafora yang terdapat dalam iklan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai