Anda di halaman 1dari 9

PUTRAJAYA: Dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan,

Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan untuk pencapaian pendidikan


negara berterusan dan para pelajar yang seimbang dalam pelbagai aspek bersesuaian dengan
generasi masa kini.

Selain itu, perlaksanaan PBS ini adalah seiring dengan objektif kerajaan iaitu melahirkan
insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Kelebihan utama perlaksanaan PBS ini termasuklah memberi kelebihan pada semua pihak
sama ada pihak sekolah, golongan guru, pelajar dan ibu bapa yang mana ianya merupakan
satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Komponen PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS),
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Bagi keempat-empat komponen PBS ini, ianya
dikendalikan oleh pihak sekolah manakala pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan.

Melalui pentaksiran keempat-empat komponen yang telah direkodkan, ianya memberi


maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Ini
secara tidak langsung mampu membantu guru menilai semula cara pengajaran mereka dan
melihat kelemahan murid tersebut.

Selain itu, melalui rekod pentaksiran ini juga pelajar boleh memperbaiki kelemahan mereka
dengan dibantu oleh ibu bapa sekali gus dapat mempertingkatkan pretasi pelajar tersebut.

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) berbeza dengan PMR

PT3 mula dilaksanakan pada tahun 2014 bukan sebagai pengganti PMR. Sebaliknya PMR
digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 merupakan komponen
Pentaksiran Pusat bagi PBS peringkat menengah rendah.

Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah (SPPMMRR) Fauzi Asirop,


berkata, PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan dari segi penyediaan
kertas soalan, pentadbiran peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan dan pengeluaran
keputusan.

Manakala, bagi PT3 Lembaga Peperiksaan hanya menyediakan soalan, panduan penskoran
dan menetapkan tempoh pelaksanaan dan dari segi pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan
serta pengeluaran keputusan dilakukan sepenuhnya oleh pentadbiran sekolah berdasarkan
panduan.

PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan dari segi penyediaan kertas
soalan, pentadbiran peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan dan pengeluaran keputusan,
katanya.

Tambah beliau lagi, PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara instrumennya di
Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akdemik pelajar daripada aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat sekolah menengah.
PT3 ditaksir melalui 3 kaedah iaitu Pelbagai Instrument, Ujian Lisan dan Ujian Bertulis.
Kesemua pelajar tingkatan 3 akan melaksanakan ketiga-tiga kaedah pentaksiran.

Cara penilaian PT3 juga berbeza dengan PMR yang mana guru di sekolah terbabit diberi
kepercayaan oleh KPM dalam pemberian skor pelajar dan bukanlah melalui pemeriksaan
oleh pemeriksa yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, katanya.

Fauzi turut menjelaskan tiada unsur berat sebelah dalam pemarkahan PT3 kerana Lembaga
Peperiksaan telah menetapkan aspek Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaannya.

Pihak sekolah akan melaksanakan aktiviti penyelarasan melalui moderasi pemeriksaan di


peringkat dalaman bagi memastikan ketelusan dan integriti seorang guru dalam memberikan
skor calon di mana pemeriksaan Skrip Jawapan Calon dilakukan dengan merujuk Peraturan
Penskoran.

Pada masa yang sama Moderasi Pemeriksaan Kedua sebanyak 10% daripada skrip calon
pelajar akan dilakukan oleh Pentaksir Kawasan yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Melalui moderasi pemeriksaan oleh Pentaksir Kawasan, guru perlu menyemak semula cara
pemeriksaan dan keakuran pada panduan penskoran sekiranya beza skor antara pemeriksaan
guru dan Pentaksir Kawasan adalah melebihi 5% markah, jelasnya lagi ketika ditemui
wartawan Utusan Borneo pada sidang media PBS di Pejabat Kementerian Pendidikan
Malaysia di Putrajaya baru-baru ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ketua Sektor Dasar dan Penyelidikan Bahagian
Pembangunan Kurikulum Dr AAzmi Shahri, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Harian Saiful
Effendi Mohd Zahari dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Mohd Rashid Mean.

Pentaksiran Sekolah (PS) bantu kesan kelemahan pelajar

Impak tersbesar PS ialah ianya boleh membantu pelajar mengenal pasti kekuatan, kelemahan,
kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang
lebih baik.

Ujar Dr AAzmi Shahri, PS merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang
perkembangan murid dalam setiap mata pelajaran yang mana guru akan memantau kemajuan
dan pertumbuhan pencapaian prestasi seseorang murid dalam setiap mata pelajaran mengikut
tahap (band) iaitu tahap satu, dua, tiga, empat, lima dan enam.

PS berlaku dalam bilik darjah semasa proses proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Semasa proses ini berlaku ianya menggunakan kaedah formatif dan sumatif
secara formal atau informal supaya guru dapat menentukan tahap pencapaian dan penguasan
sebenar pelajar secara berterusan.

Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai
semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian manakala Pentaksiran sumatif dijalankan
pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.
PS juga berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning), katanya.

Tambah Dr AAzmi, Perlaksanaan PS ini mengandungi pelbagai kepentingan yang memberi


manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar, guru, pihak sekolah serta ibu bapa.

Melalui laporan PS yang dilaporkan dua kali dalam setahun, setiap mata pelajaran akan
direkodkan dan sekolah akan ada satu rekod untuk dikongsi dan ditunjukkan pada ibu bapa
pelajar terbabit. Melalui maklumat yang diperolehi daripada PS, ianya akan digunakan oleh
pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan
perkembangan pembelajaran pelajar tersebut.

Melalui PS juga, guru boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa sekali gus mengetahui keberkesanan pengajarannya dan
menjalankan tindakan susulan yang sepatutnya.

Bagi pelajar pula, melalui PS, mereka boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka
dalam setiap mata pelajaran di sekolah dan bagi ibu bapa, mereka boleh mengetahui
perkembangan anak mereka secara menyeluruh melalui maklumat pentaksiran, katanya.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) nilai pelajar secara menyeluruh

PPsi merupakan satu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat
yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitude dan personaliti murid.

PPsi meliputi Ujian Inventori Minat Kerjaya (IMK) dan Inventori Tret Personaliti. Bagi
murid tingkatan 3 selain IMK, pelajar juga perlu menjalani ujian Aptitud Khusus iaitu
Inventori Kecerdasan Murid (IKP) dan bagi murid sekolah rendah pula mereka perlu
menjalani Ujian Aptitud Am Tahun 3 & 6.

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Harian, Saiful Effendi Mohd Zahari, berkata, perlaksanaan
PPsi ini adalah seiring dengan falsafah Pendidikan Pendidikan Kebangsaan (FPK)
menfokuskan pembangunan modal insan secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

Tujuan PPsi adalah untuk mengukur kebolehan murid secara tepat dan lebih mendalam dari
segi minat, sikap personaliti, kecenderungan kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah supaya potensi murid dapat diserlahkan secara optimum.

Kandungan PPsi merangkumi ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Ujian Aptitud
terbahagi kepada Ujian Aptitud Am (Tahun 3 dan 6) dan Ujian Aptitud Khusus (Tingkatan 3-
Inventori Kecerdasan Pelbagai, IKP).

Inventori pula terbahagi kepada Inventori Tret Personaliti (Tingkatan 1 dan 4) dan Inventori
Minat Kerjaya (Tingkatan 1,3 dan 5).

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian turut


menyediakan laporan PPsi secara online di peringkat sekolah menengah untuk rujukan guru
dan pelajar, katanya.
PPSi diharap dapat memberi impak pada semua pihak terutamanya dalam mengenal pasti
personaliti dan potensi diri pelajar bagi membantu merancang hala tuju pendidikan pelajar
tersebut.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pantau aktiviti bukan
akademik pelajar

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang


penyertaan, penglibatan dan penglibatan murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra
kurikulum.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Mohd Rashid Mean,
berkata, format PAJSK terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertamanya, Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Indeks Jisim Tubuh (BMI), kedua,
Kokurikulum (Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan) serta ketiga Ekstra
Kurikulum.

SEGAK dan BMI bertujuan mengukur kecergasan dan jisim badan murid. Ujian ini
merupakan salah satu elemen dalam subjek pendidikan jasmani yang dipe

lajari oleh setiap murid sekolah menengah (KSSM mata pelajaran wajib) dan pelajar
sekolah rendah (KSSR mata pelajaran teras).

Bagi ujian SEGAK, ia ditadbir oleh guru pendidikan jasmani dan dilaksanakan dua kali
setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. Ujian ini meliputi empat aktiviti iaitu naik turun
bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur, katanya.

Tambah beliau lagi, bagi bahagian Kokurikulum (Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan
Sukan/Permainan) dan Ekstra Kurikulum setiap pelajar akan dinilai melalui kehadiran,
jawatan, khidmat sumbangan dan penglibatan pelajar tersebut sekali gus melihat pencapaian
serta komitmen mereka dalam setiap aktiviti yang mereka sertai. Bagi pelajar yang cemerlang
mereka akan diberikan markah di atas pencapaian cemerlang mereka.

Kesimpulannya, PBS adalah satu mekanisme penilaian yang menumpukan kepada keupayaan
bakat dan kebolehan pelajar. Perlaksanann PBS ini mampu membantu mengasah bakat dan
kebolehan pelajar sekaligus memberi peluang pada mereka untuk menunjukan potensi
sebenar pelajar secara individu.

Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) beri kelebihan pada semua pihak

January 20, 2016, Wednesday

http://www.theborneopost.com/2016/01/20/program-pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs-beri-
kelebihan-pada-semua-pihak/
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang
dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di
akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
v Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah
di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,
kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam
aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK
Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain
sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum.

SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama
untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir
tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang
hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan
lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan
kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard
diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain
tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan
pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah
seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND STANDARD

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali


5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum
balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal
angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah
serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24
lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada
suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah,
tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak
dengan mendahulukan rumah sa.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid
yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli
oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan
ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh
membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga
RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan
harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi
membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid.
PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan
atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan
murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah
diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak
dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum
menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan
baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk
perkembangan individu.

ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak
manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru
tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan
Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi
merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai
laporan apabila diperlukan.

BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan
kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang
menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

Pementoran

Penyelarasan

Pemantauan

Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan
PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal
dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang
disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan
penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan
Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang
digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen
pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru
Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat
dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab
menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan
utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah
yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang
diajar.

PENUTUP
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru- guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi
memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan
seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini
memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk
penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia
diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya
dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga
merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan
sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan
penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai